|
Post by SweetGirlz on Nov 13, 2003 4:58:05 GMT 8
erm..btul tu!saya girl,saya dpt rasekn perubahan wanita zaman dulu+skrg.. ee..takutnye tgk muka alien tu..btul ke ha tu alien?
|
|
|
pesanan
Nov 13, 2003 19:48:03 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 13, 2003 19:48:03 GMT 8
takut? ;)la..watpe nak takut..alien tu bkn depan mata! hehehe..la..btul lah tu alien!nape..tak caye ke? ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 18, 2003 1:13:56 GMT 8
Doa Untuk Kekasih "DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE MAT/MINAH JIWANG YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH.. 'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.... Amin.. Ya Rabbal A'lamin. ." p/s:jgn lupa amalkan doa ni.. atok..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Nov 20, 2003 4:38:26 GMT 8
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
pesanan
Nov 21, 2003 14:02:31 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Nov 21, 2003 14:02:31 GMT 8
Apa kata kalau kita ikut pEsAnAn itu,.,,,
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 22, 2003 1:39:12 GMT 8
hehehe.. dah ader bf or gf ke nan? IMPOTANT !!!!Pesan Roh Kepada Manusia Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku,padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Assala'mualaikum Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. " Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikat Ku,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, merek diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat. Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya: 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. by: atok..
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
pesanan
Nov 22, 2003 11:11:16 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Nov 22, 2003 11:11:16 GMT 8
erm.....................insaf rasayanya .,..
|
|
|
pesanan
Nov 22, 2003 14:39:54 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 22, 2003 14:39:54 GMT 8
insaflah..sebelum terlambat!
|
|
|
pesanan
Nov 22, 2003 14:46:10 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 22, 2003 14:46:10 GMT 8
a'kum..
Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:
1. Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!
2. Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.
Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.
3. Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
4. Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.
Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
5. Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.
6. Tidak lagi rajin menelefon anda.
Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
7. Berubah sikap dengan ketara.
Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!
8. Asyik lewat ketika temujanji.
Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!
9. Menerima panggilan telefon secara rahsia.
Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!
10. Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda.
Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!
|
|
|
pesanan
Nov 22, 2003 14:48:37 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 22, 2003 14:48:37 GMT 8
sambung...
11.Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati .
Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati..Jika tidak mati, taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!
12. Kerap memberi alasan sibuk dan penat .
Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat. Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu. Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami. Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!
13. Sering tersasul menyebut nama wanita lain.
Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.
14. Sepi tanpa berita bila berjauhan.
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.
15. Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya .
Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.
16. Marah apabila anda bertanya aktivitinya.
Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!"
atok..
|
|
|
pesanan
Nov 27, 2003 22:26:34 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 27, 2003 22:26:34 GMT 8
a'kum.. * Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri * Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar * Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar * Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia * Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya * Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya * Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan * Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri * Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan * Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang. * Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati. * Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit. * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian atok..
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
pesanan
Nov 28, 2003 18:49:18 GMT 8
Post by LaNgSuIr on Nov 28, 2003 18:49:18 GMT 8
Oooo..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 29, 2003 2:03:20 GMT 8
lawak org tua... suami yg baik??? Irra sedang tenat ditempat tidur menunggu ajal nya yang hampir tiba, ia dipangku oleh suaminya Awie yang sudah berlinang air mata....di tangannya masih berada saputangan untuk menghapus air mata yang berjatuhan....kemudian si Irra berbisik.. "Bang Wiee ku sayang.."(dengan suara yang lemah..).... "Ssshhht....sudahlah Irr jangan terlalu banyak bicara".... "Bangg". (dengan nada kesakitan dan kepiluan...) Irra memaksa untuk berkata-kata... "Aku mau mengatakan sesuatu bangg...aku ingin membuat pengakuan.." .....terus si Awie menyapa .."Tiada apa lagi yang harus kau akui Irr...sudah berehatlah..."(sambil menghapus air matanya Irra)... "tidak...tidakk...tidakk...Yang seharusnya Irr harus beritahu sesuatu pada abang Wie sekarang, biar Irr tenang nanti......bangg aku pernah tidur dengan adik mu,sahabat mu, dan ayahmu..hhhgggh..." ucap Irr dengan nada teresak-esak...... terus si Wie menyambung kata-kata si irr..." suudahlah Irr jangan paksa diri kau berbicara terus,..tidak apa-apa, aku tidak kisah semua itu, aku sudah tahu semuanya itu .....kalau tidak kenapa aku meracuni engkau dengan racun tikus untuk apa..?" ;D atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 5, 2003 1:13:36 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 6, 2003 2:17:21 GMT 8
|
|