|
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 3:01:41 GMT 8
Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. balasan azab lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di neraka. "kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. "bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "hari- hari kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih... pedih yang amat sangat... tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak- esak. nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan... kakak ni nama saja islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-buah itu, duri- durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. panasnya cuma allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. "selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi... kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. semua terpaksa kakak lalui... azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah."masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon. kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis. sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. bila saya membawanya ke mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh. "kakak... yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat... " tegur saya. "tak apalah mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia berdoa, mohon kepada allah supaya mengampunkan dosanya. saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "tak boleh mazlan. kakak takut... kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. mazlan tak rasa, mazlan tak tau. kalau mazlan dah merasai azab itu, mazlan juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "mazlan, kalau ada perempuan islam yang tak pakai tudung, mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa. "tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah... "kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. seperti mana kakak, suami kakak tu islam pada nama saja. tapi itu semua kesilapan kakak. kakak sudah bawa dia masuk islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan islam." sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. adakah ia bercanggah? benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN" WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
|
|
|
Post by kuzy on Mar 30, 2004 16:14:52 GMT 8
12 SIFAT SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 6, 2004 17:02:16 GMT 8
Sabda Rasullullah (s.a.w). "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah."(Riwayat Muslim) kisah yang cukup menarik..suatu realiti yg perlu kita sedari..dimanakah peranan kita?!..moga islam dapat didaulatkan! kembalikan anakku Nur Amana Senja menyerakkan warna di u***** barat ketika aku keluar daripada perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan. "Sabarlah Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkan oleh suamiku sebelum aku melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang terindah. Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. yang terus sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah, keimanan terus dipertahankan. Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih dibumi fana ini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurau Nur Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta. Semuanya telah tiada. Sekelilingku pemuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkan saban hari dihidangkan kisah-kisah melukakan.Suamiku pula kini dipenjara.Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat yang saban hari ditiupkan dalam rohku. Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meniggalkan hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha. "Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi,sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci hamba-Nya.Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akan melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan". Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang,memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keaadan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu... Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. "Emm... positif! Memang Puan mengandung...," dia tersenyum memandangku. "Iyakah?," Aku seperti tidak percaya. Dia mengangguk. "Tahniah! Inai masih merah lagi...memang mahu anak awal?", tanyanya. Aku angguk. "Tentu husband Puan gembira,sampaikan ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku meninggalkannya Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macammana?," Tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!"."Kalau Abang nak... adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira Tuhan,syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku.Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan >segala-galanya. > > > > > "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang >diingatkan padaku. Aku teringat isteri Imran sewaktu mengandungkan Siti >Maryam, wanita suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan melahirkan >anak tanpa bapa. > > > > > Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya menjadi hamba yang >soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan seorang >puteri, dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada > >syaitan yang terkutuk. > > > > > Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan >teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-hari >kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam >rahim. > > > > > Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku >nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat >suci >Al-Quran. > > > > > Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati >dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya >membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila >janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimahtayyibah yang >diajarkan. > > > > > Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan >mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin >rautku.Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat >lekuk di >kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan >suamiku.Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut >hidupnya. > > > > > Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki >iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang >terunggul. > > > > > Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dasuami. Takdir >Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas >kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang >itu >sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku >tidak banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima >dengan reda. > > > > > Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan >lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila >dipandang >menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang >tua. > > > > > Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati >orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. >Dan syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri seorang >bidadari dari syurga. > > > > > Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba >pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang >cermelang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika >Syarikat. Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, >aku >yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu >menangkis >segala unsur jahat. > > > > > Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar >biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam >Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah >hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau >orang. > > > > > Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan air >mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat juga bila >sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak > > terhingga.
bersambung..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 6, 2004 17:04:36 GMT 8
Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan >membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik >semoga >anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat >berakhir nanti. Dan di luar dug> aanku, pulangnya Nur Amana membawa satu > >perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah > >ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu >menjurus kepada kebaikan. > > > > > Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak >fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang >mendorongnya >memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara >kafir >tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana >mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya >dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan >nanti. > > > > > Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma >tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, >pasti >ada rezeki untuk hamba Alah yang memegang syariat-Nya," Nur >Amanamemujukku.Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, >tidak sampai >sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah >syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi >menurut >Nur Amana sebagai esekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti >biasa. > > > > > Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku >kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, >sikap Nur >Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering >mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila >kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali >aku >cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku > >tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan. > > > > > Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur >Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama >kepada >Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu NurAmana >tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku >dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu >diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh >membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?. Apa sebenarnya yang >dilakukan >oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar?. Persoalan >demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti >kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah >untuk apa. > > > > Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura >dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku >ia tidak >bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya >dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan >letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak >berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur >Amana solat >bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia >sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah >dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan >waktu >solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi, mengapa >hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. > > > > Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat >kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, >kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih.Kecewanya hatiku dan >suami. >Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi, tapi cepat suamiku >memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis >yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. > >Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir >senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. > > > > > Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu >cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur >Amana, >anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. > > > > > > > Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang >Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut >agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang >mencurigakan >akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya.Aku >tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana >(out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk >memecah >biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang > >entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang >terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. > > > > > > Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir >semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah >sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh >anggotaku.Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan >jawapan >yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa >salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah! > > > > > Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati >pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan > >demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus >berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. > > > > "Saya mencintai Adam... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta >padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah >tamparan hinggap ke pipinya.Kemarahan suamiku sampai ke puncak. >Kesabaran >terus terhapus. Nur Amana menangis.Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini > >terlalu pahit. > > > > > Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana >membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai >mengatakan >bahawa > > > > > "cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah >memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. >Air >mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. > > > > > Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari >dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan >membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan >lain,akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. >Lalu, >cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di >akhbar >dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi >NurAmana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 6, 2004 17:04:53 GMT 8
Dan >akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur >ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. > > > > > Alangkah! Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang >lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. >Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak >pernah >dilihat oleh mata lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila >terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya >lampu >megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang >kepada sesiapa. > > > > > Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. >Keputusan diumumkan. Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi >kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang >kerana >Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah >Nur Amana ku lihat tersenyum lega. > > > > > Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan >dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat.Nur >Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa >dia > terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam >pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya >merah >padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir >perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama >kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu >hatinya.> > > > > > "Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana >memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang >menjerit,meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar >apabila mendengar >keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu >padanya. > > > > > Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari >orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba >meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini >tidak >adil! > > > > > Sekular! Undang-undang penjajah!'. > > > > > Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku >meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis >melemahkan >kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya >digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah >lelaki muda >yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. > > > > 'Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah... tapi ingat, >kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"Nur Amana tidak menjawab. >Tunduk. Kaku >bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di >sebelahnya. Hatiku tercalar. > > > > Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan >hidupnya. > > > > > Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka >kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana >menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan. Aku terjaga ketika jam >dinding >di ruang tamu berdenting tiga kali.Aku > belum solat Isyak. >Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri >semalam. Aku >segera membaharui wuduk. Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan > >solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. >Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus >berharap... pulanglah anakku, Nur Amana!.Aduhai, kisah natrah berulang >kembali...agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa > >rapuhnya undang-undang sehingga tidak > > > > > dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai >bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu >bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak >lagi >kes yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kita yangmengaku >dirinya ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini? > > > > > permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air >kita....sedarlah..... > Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK >DITEGAKKAN DI> >BUMI.......MALAYSIA khasnya....
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 18, 2004 10:58:01 GMT 8
Kelebihan menamakan anak Muhammad atau Ahmad> Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan > beberapa kelebihan bagi > anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad > mudah-mudahan menggalakkan > orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu > nama-nama itu. > > Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw > telah bersabda : > > "Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah > Ta'ala di padang > Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua > mereka masuk syurga maka > berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami > bagaimanakah kami berhak masuk > surga? Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu > berdua, masuklah > kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah > bersumpah kepada diriKu > bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu > tidak akan masuk Neraka." > > Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad > bahawa apabila berlaku > Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. > "Bangunlah hai sesiapa yang > namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga > sebagai penghormatan agung > kepada Nabi Muhammad saw." > > Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan > berteriaklah suatu yang > berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu > Nabi saw pun mengangkat > kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun > berfirman : "Saksikanlah > bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang > namanya sama dengan nama > Muhammad" > > Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah > berkata : "Tidak ada > suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang > hadir padanya seorang yang > namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala > memuliakan rumah itu dua > kali ganda." > > Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada > Ibnu Juraij daripada Nabi > saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri > yang sedang mengandung > dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di > dalam rahim itu > Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan > kepadanya anak lelaki dan jika > ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah > rumah nescaya Allah > Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu" > > Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan > seseorang itu Muhammad > maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan > tempat baginya di dalam > sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan > mukamu kepadanya."
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 12:33:31 GMT 8
Kelebihan menamakan anak Muhammad atau Ahmad> Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan > beberapa kelebihan bagi > anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad > mudah-mudahan menggalakkan > orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu > nama-nama itu. > > Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw > telah bersabda : > > "Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah > Ta'ala di padang > Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua > mereka masuk syurga maka > berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami > bagaimanakah kami berhak masuk > surga? Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu > berdua, masuklah > kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah > bersumpah kepada diriKu > bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu > tidak akan masuk Neraka." > > Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad > bahawa apabila berlaku > Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. > "Bangunlah hai sesiapa yang > namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga > sebagai penghormatan agung > kepada Nabi Muhammad saw." > > Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan > berteriaklah suatu yang > berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu > Nabi saw pun mengangkat > kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun > berfirman : "Saksikanlah > bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang > namanya sama dengan nama > Muhammad" > > Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah > berkata : "Tidak ada > suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang > hadir padanya seorang yang > namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala > memuliakan rumah itu dua > kali ganda." > > Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada > Ibnu Juraij daripada Nabi > saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri > yang sedang mengandung > dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di > dalam rahim itu > Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan > kepadanya anak lelaki dan jika > ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah > rumah nescaya Allah > Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu" > > Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan > seseorang itu Muhammad > maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan > tempat baginya di dalam > sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan > mukamu kepadanya." kalo mohd camna?same je kan..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 18, 2004 17:34:11 GMT 8
kalo mohd camna?same je kan.. samer jer...yg penting ejaan dalam jawi jer...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 26, 2004 1:38:46 GMT 8
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup 'istimewa' sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan... takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan.
Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. "Lain macam saja ni", fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, "Inilah ujian Allah kepada kita".
Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah... .suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 26, 2004 1:39:33 GMT 8
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini". Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, "Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya". Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam?
Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup... . na'uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang.
Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata 'TIDAK'. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
|
|