|
Post by ~BuTtErfLy~ on Feb 24, 2004 9:33:17 GMT 8
~~ Nak beli kuih saya bang..... ~~
:)Syahdu syungguh ceghita nie...
Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.
Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah di kl...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... ". Tak nak beli kuih saya bang..Pak cik...kakak atau makcik.". Molek budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu?. Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!. Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??
Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya??. Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!
Wallahua'lam
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 24, 2004 22:05:32 GMT 8
Renungan untuk umat Islam di Malaysia
Assalammualaikum....
Beberapa tahun lalu ... pada suatu malam ... jika tidak silap ingatan saya ianya adalah Sabtu malam Ahad kira-kira pukul 9:30 malam ... saya membeli akhbar Sunday Mail di Kedai Seven Eleven. Ketika saya keluar kedai ... di luar pintu saya lihat seorang pemuda bukan Melayu yang kemudiannya memberitahu bahawa dia adalah Australian dan Muslim ... saya lihat sedang merungut-rungut seorang diri.
Apabila saya bertanya mengenai masalah yang dihadapinya ... dia dengan wajah sedih bercampur marah memberitahu ... bahawa dalam kedai Seven Eleven ini ada menjual Arak ... dia baru lihat seorang bukan Muslim membeli beberapa botol Arak ... apa yang disedihkannya dan menimbuklan kemarahannya adalah ... pekerja kaunter berkenaan adalah seorang Gadis Muslim!
Antaranya dia berkata ... bahawa sebagai Muallaf ... baru memelok Islam beberapa tahun ... pun dia tahu bahawa bekerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak ... kadang-kadang terpaksa pula menyusun botol-botol Arak ... kadang-kadang memasukkan botol-botol arak dalam bag plastik ... ini semua subahat ... dan pendapatannya adalah haram ... dia tidak faham mengapa seorang Gadis Muslim boleh bekerja dalam keadaan sedemikian ... takkan sebagai Gadis Muslim yang memang sudah Islam sejak lahir dan belajar Agama di Sekolah Rendah & Sekolah Menengah tidak tahu hukum berkenaan ... di mana kawan-kawannya? Di mana ibu bapa dan sanak saudaranya? Di mana orang-orang Muslim ... tidak adakah sesiapa yang memberitahunya?
Kemudian dia memberitahu ... bila dia memaklumkan kepada Gadis Muslim tersebut sebentar tadi ... Gadis tersebut hanya tersenyum sambil berkata "Asalkan saya tak minum tak apalah! Saya terpaksa kerja di Seven Eleven ini kerana terpaksa untuk bantu keluarga!" Ayat itulah yang menyebabkannya berasa begitu sedih dan kecewa ... dan merungut-rungut depan kedai!
Dengan nada sedih bercampur marah dia berkata kepada saya "Jika seorang Gadis Muslim dalam negara Muslim sanggup bekerja di Kedai yang menjual Arak ... bagaimana kalau dia berada di negara saya Australia ... sebuah negara Kafir ... penduduknya pun Kafir ... apakah dia akan sanggup pula menjual kehormatannya dengan alasan terpaksa?" Dia menyambung lagi "Saya fikir ada lebih baik dia beli kuali dan jual goreng pisang tepi jalan ... kerja itu jauh lebih mulia dari dia kerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak"! Dia menyambung lagi "Tidakkah dia tahu bahawa Allaah SWT itu ada! Bukankah Allaah SWT yang mengurniakan rezeki! Apakah dia masih belum yakin bahawa Allaah SWT akan sentiasa membantu hamba-hamba yang taat kepadaNya?"
Di akhir perbualan kami saling berpesan untuk berdoa semoga Allaah SWT mengurniakan setiap Muslim dan Muslimah kefahaman Agama dan kekuatan untuk beramal dengan Ahkam Agama Islam yang murni ini. Semoga kisah yang pernah saya sendiri lalui ini sedikit sebanyaknya memberi manafaat kepada kita semua. Wa-(A)llaahu-aa'kam
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
Balasan umat Islam melakukan kemungkaran MANUSIA yang meninggal dunia akan tinggal keseorangan dalam kubur yang gelap gelita. Semua harta benda dan orang yang dikasihi akan itinggalkan. Hanya amal ibadat menemaninya di alam berkenaan. Selepas itu, mereka diangkat semula pada hari pembalasan kelak.
Menurut satu riwayat, umat Nabi Muhammad akan dibahagikan kepada 12 kumpulan di Padang Mahsyar kelak dan seterusnya akan ditentukan sama ada akan ke syurga atau neraka berdasarkan amalan mereka di dunia.
Kumpulan pertama: Mereka akan diiring dari kubur mereka tanpa tangan dan kaki, kemudian ada suara menyatakan: "Mereka adalah orang yang selalu menyakiti tetangga, maka inilah balasannya."
Kumpulan kedua: Mereka diiring dari kubur dengan bentuk seperti babi hutankemudian terdengar suara menyatakan: "Mereka adalah orang yang meremehkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
Kumpulan ketiga: Mereka diiring dari kubur dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking, maka terdengar suara yang menyatakan: "Mereka adalah orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, maka inilah pembalasannya dan nerakalah tempat kembali."
Kumpulan keempat: Mereka diiring dari kubur mereka dan mengalir dari mulutnya darah, maka terdengarlah suara yang menyatakan: "Mereka adalah orang yang curang dalam jual-beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
Kumpulan kelima: Mereka diiring dari kubur seperti hembusan angin dengan bau busuk, lebih busuk daripada bangkai, maka terdengarlah suara dari Yang Maha Pemurah: "Mereka adalah orang yang selalu berbuat maksiat kerana takut kepada manusia bukan kepada Allah, kemudian mati. Maka inilah pembalasannyadan neraka adalah tempat kembali mereka."
Kumpulan keenam: Mereka diiring dari kubur dengan leher dan tengkuk terputus, maka ada suara dari Yang Maha Pemurah: "Mereka adalah orang yang memberikan saksi palsu dan inilah balasannya, serta neraka adalah tempat kembali mereka."
Kumpulan ketujuh: Mereka diiring dari kubur tanpa mempunyai mulut dan dari tempat mulutnya keluar muntah dan darah, maka terdengarlah suara: "Mereka adalah orang yang tidak mahu bercakap benar, maka inilah balasannyadan nerakalah tempat kembali mereka.
Kumpulan kelapan: "Mereka adalah orang yang berbuat zina dan mereka diiring dengan kaki ke atas, kepala ke bawah dan neraka adalah tempat kembali mereka."
Kumpulan kesembilan: Mereka diiring dengan wajah hitam, mata biru dan perut penuh dengan api, maka terdengarlah suara Yang Maha pemurah: "Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim."
Kumpulan kesepuluh: Mereka diiring dengan penuh penyakit kusta, maka terdengar suara: "Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua-dua orang tua mereka."
Kumpulan kesebelas: Mereka diiring dalam keadaan buta mata, hati dan giginya seperti tanduk kerbau, bibirnya memanjang sampai ke dada, lidahnya menjulur panjang dan dari perutnya keluar kotoran, kemudian terdengar suara dari sisi Allah: "Mereka adalah orang yang minum arak."
Kumpulan kedua belas: Mereka diiring dari kubur seperti bulan purnama. Mereka adalah orang yang berbuat kebaikan dan amal salih, menjauhi perbuatan jahat, sentiasa takut membuat dosa serta mendapat keampunan daripada Allah.
Itulah antara balasan orang yang membuat mungkar di muka bumi seperti meninggalkan sembahyang, berzina, derhaka kepada ibu bapa dan memakan harta anak yatim.
Rasulullah bersabda, bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang atau bermudah-mudah dengannya nescaya diseksa Allah dengan 15 perkara. "Enam perkara di dunia, tiga perkara di waktu matinya, tiga perkara di dalam kuburnya dan tiga perkara di hadapan Tuhannya di akhirat nanti. Lalu sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apa dia seksa di atas dunia ini?"
Jawab Rasulullah: "Dibuang Allah berkat pada umurnya yang menyebabkan hidupnya terumbang-ambing, tidak mendapat kebahagiaan yang sejati, hidupnya diibaratkan seperti buih di atas permukaan air yang mengikut arus aliran air.
"Diangkat Allah berkat pada rezekinya walaupun dia mempunyai harta yang banyak tetapi dibelanjakan pada perkara yang tidak memberi faedah.
"Diangkat padanya tanda orang yang salih. Tiada terpelihara baginya agama Islam, iaitu ditakuti mati dalam kekufuran. Amalan menjadi sia-sia kerana tiap amal kebajikan dilakukan tidak diterima oleh Allah dan tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak diangkat ke langit."
"Bertanya lagi sahabat: Ya Rasulullah, apa seksa pada waktu matinya?" Jawab Rasulullah: "Dimatikannya dalam keadaan hina, dimatikannya dalam keadaan sangat lapar dan dimatikannya dalam keadaan sangat dahaga, iaitu jika diberi minum air tujuh lautan sekalipun, tidak hilang rasa dahaganya.
Bertanya lagi sahabat. "Apa seksa di dalam kubur itu ya Rasulullah?"
Jawab baginda: "Disempitkan tubuhnya hingga sempit dua tulang rusuknya, disuruh Allah dua malaikat untuk menyeksanya hingga hari kiamat."
"Yang menyeksakan orang yang meninggalkan solat itu ialah ular diberi nama Sujaulakraa, iaitu dua mata daripada api neraka, dua kuku malaikat yang menyeksa itu daripada besi Kharsari dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam.
"Pada tangannya itu satu tingkat daripada besi lantas berkata malaikat itu kepada mayat atau roh orang yang mati itu, aku disuruh oleh Tuhanku supaya aku memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Subuh hingga Zuhur, Zuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isyak dan Isyak hingga Subuh.
Maka setiap kali pukulan itu terbenamlah mayat tadi ke dalam bumi hingga 70hasta lalu diangkat dengan kukunya pada permulaan, begitulah seterusnya hingga ke hari kiamat."
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Feb 26, 2004 11:10:25 GMT 8
Kisah Perjalanan Farhan memluk Agama Islam.....
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. -Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. - Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.
Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
|
|
|
Post by enigma on Feb 27, 2004 14:04:43 GMT 8
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". (QS. 31:13)
Tiada kata seindah do'a dan nasehat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahasia kehidupan. Pada Anaknya Lukmanul Hakim memberi Nasehat, yang sarat makna dan rahasia kehidupan, semoga jadi panutan..
Wahai Anakku yang kusayangi,..Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT. Wahai anakku yang kusayangi .. Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insyaf dan sadar telah menerima kemuliaaan dari Allah. Wahai anakku yang kusayangi ...Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu' kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat. Wahai anakku yang kusayangi... Seandainya orang tuamu marah kepadamu (karena kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman. Wahai anakku yang kusayangi ... Jauhkanlah dirimu dari berhutang karena sesungguhnya berhutang itu bisa menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. Wahai anakku yang kusayangi ..selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak durhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT Wahai anakku yang kusayangi ...Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya karena tidak dipercaya orang dan seseorang yang telah bejat akhlaknya akan senantiasa melamunkan hal-hal yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan. Wahai anakku yang kusayangi ..Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai tetangga yang jahat. Wahai anakku yang kusayangi ...Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan. Wahai anakku yang kusayangi ...makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 29, 2004 13:37:48 GMT 8
"10 AMALAN YANG TERBALIK"
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapikalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagipetang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalaunak keluar rumah samada dengan suami atautidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas.Marilah kita berlapang dada menerima hakikatsebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 6, 2004 22:39:09 GMT 8
Betapa agungnya Tuhan...
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah... ) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah). "
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "
"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.
Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...
" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.
Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.
Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea... ? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. "
" Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.
Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Wallahualam...
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 3:13:39 GMT 8
Ghaib di Mekah, Muncul di Pahang
Cerita ini adalah ringkasan daripada sebuah cerita yang saya baca.Kisahnya mengenai seorang jemaah haji, saya namakan Ahmad yang hobinya suka berjalan-jalan. Memanglah tujuan seseorang pergi menunaikan fardhu haji bukan untuk berjalan-jalan makan angin, melancong atau membeli-belah tetapi untuk beribadat dan memohon keampunan daripada Allah.
Sebaik selepas sembahyang, tawaf atau sai dia lesap entah ke mana hinggakan kadang-kadang 2-3 hari tak nampak batang hidung. Bila ditanya, dia akan menjawab,"Eh, tak pergi mana-mana.Saya ada.Tadi pergi jalan-jalan kejap".Lama-lama hobinya itu semakin mengasyikkan.Dari kota Makkah dia merayau-rayau sehingga keluar kota sampai ke padang pasir.
Suatu hari rakan jemaah melaporkan si Ahmad ini tak balik-balik tanpa memberitahu sesiapa.Berbagai usaha dijalankan untuk mencari Ahmad tapi tak berhasil.Akhirnya pada suatu hari mereka dikejutkan apabila menerima panggilan telefon dari tanahair. Rupa-rupanya Ahmad yang menelefon dari Malaysia.! "Saya sihat ni,dah balik ke Pahang", dia memberitahu.Dia meminta maaf kerana kehilangannya telah menyusahkan rakan-rakannya.
Menurut cerita Ahmad,dia pulang ke Malaysia bukan menaiki kapal terbang atau kapal laut tetapi berjalan kaki mengikut sebuah lubang di padang pasir semasa berada di tanah suci.Ahmad bercerita, semasa dia tersesat,dia cuba mancari jalan pulang tetapi gagal sehingga semakin jauh pula perjalanannya.Setelah kepenatan,tiba-tiba dia ternampak satu lubang besar di tengah padang pasir itu dan juga terdapat seseorang yang melambaikan tangan ke arahnya.Dia mengikut lelaki itu dengan harapan dapat pulang ke hotel penginapannya.Semakin jauh dia berjalan terasa perjalanannya semakin asing dan bukan di kawasan padang pasir lagi.
Akhirnya dia menemui sebuah perkampungan di bawahnya.Keadaan di sekitarnya tidak ubah seperti di kampung halamannya di Pahang.Rupa-rupanya memang benar dia telah berada di kampungnya dan terus berjalan pulang ke rumahnya.Yang menghairankan!!...siapakah lelaki yang membawanya masuk ke dalam lubang di padang pasir itu?Jinkah?Ibliskah?Atau malaikat?Sesungguhnya tiada siapa dapat memberikan jawapannya dengan tepat kecuali Allah jua.Oleh itu,walau apa pun pekerjaan yang kita buat, nawaitu kita mesti betul.Apatah lagi semasa mengerjakan haji.Sebelum berangkat ke tanah suci,awal-awal lagi hendaklah kita berniat:Bahawa aku pergi ke Makkah ini hanyalah untuk mengerjakan haji,bukan untuk berjalan-jalan atau melancong dsb.
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 17, 2004 15:00:18 GMT 8
Makanan Itik ----------------
Kisah yang hendak saya paparkan ini telah berlaku 10 tahun lalu tapi saya percaya ia tetap relevan sehingga kini. Juga untuk masa-masa yang akan datang. Banyak iktibar yang boleh diperolehi dari kisah berkenaan.
Saperti di ceritakan oleh Ustaz Moahmad Din Yusoh (Utas Travel and Tours Sdn Bhd di negara jiran M'sia) Begini cerita nya:-
Pada tahun itu saya membawa kira-kira 600 jemaah, iatu 200 lelaki dan 400 wanita. Apabila banyak jemaah dibawa bermakna banyaklah masalah yang perlu di tanggung. Dengan itu banyaklah juga kerenah mereka yang saya saksikan. Pukul 11.30 malam 8 Zulhijah, para jemaah meninggalkan bilik masing-masing dan menaiki bas menuju Padang Arafah. kerana jalan agak sesak, kami sampai kira-kira pukul 4.00 pagi. Sampai di sana para jemaah masuk ke khemah masing-masing dan kemudian bersembahyang, berehat, berzikir serta beribadah.Keesokannya sarapan diberikan oleh para pekerja muasasah. Badan yang letih teasa segar apabila menghirup air teh panas serta makanan
seperti roti dan kuih.
Sebaik masuk waktu wukuf, kami bersembahyang, bertalbiah, berzikir, berdoa dan pelbagai ibadat lagi. Sejam kemudain para pekerja measasah datang sekali lagi membawa makanan di dalam tray. Saya lihat jemaah-jemaah menyuapnya dengan berselera. Tapi ketika baru hendak menjamah makanan tiba-tiba saya dengar berlaku kekecohan di khemah bersebelahan dengan khemah yang saya tinggal. Bunyi nya riuh rendah seperti ada pertengkaran berlaku. Saya letakan makanan dan menjenguk keluar. Dalam jarak yang Cuma beberapa meter sahaja, saya lihat seorang lelaki separuh usia berdiri dihadapan pekerja muasasah yang datang membawa makanan. Mukanya merah dan bengis. "Hei!!!" jerkahnya kepada pekerja terbabit. "Apa engkau ingat aku datang sini nak makan makanan macam ni? Hah?!!! Pekerja muasasah yang umurnya awal 20-an diam tidak berkata apa-apa. Takut agaknya. Jemaah-jemaah lain pula mendiamkan diri, menunggu apa yang akan berlaku seterusnya. "Cuba engkau tengok ni! Apa benda ni? Nasi tak serupa nasi..keras. Sayur tak serupa sayur... .. macam rumput. Daging tak serupa daging... .liat.Ni apa benda ni hah?!!! Aku bayar beribu ringgit tau nak datang sini tapi makanan macam ni yang engkau orang beri kat aku?"
Pekerja muasasah terus diam membatu. Dia tidak berani menentang mata lelaki tersebut. Dengan suara yang keras lelaki itu menyambumg, "kalau macam ni... .lah, makanan ni layaknya untuk itik aku kat kampung saja. Makanan itik aku pun lebih sedap daripada ni! Tau?!!!!! jerkah lelaki tersebut sambil menghayun tray serta makanannya ke tepi khemah.
Makanan berterabur ke tanah sementara tray pula terpelanting entah ke mana. Lauknya terpalit mengotori khemah yang bersih. Semua jemaah, lebih-lebih lagi pekerja muasasah itu tersentak. Saya juga begitu, terkejut dengan gelagat panas baran lelaki berkenaan. Namun kemarahan lelaki terbabit masih belum reda.
"Hei! Dengar sini! Daripada makan makanan yang macam ni, lebih baik aku tak payah makan terus!!!! Dah... kau pergi balik. Cakap dengan dia orang,aku tak mau makan makanan itik!" herdiknya lagi. Dadanya turun naik dengan kencang menahan marah. Matanya merah seperti hendak ditelan pekerja muasasah itu.
Selepas dimaki hamun, pekerja muasasah itu berjalan perlahan meninggalkan lelaki tersebut. Mukanya pucat da dia benar-benar malu kerana diherdiksedemikian rupa. Beberapa orang jemaah menghampiri leleaki tersebut."Sabarlah bang aji. Nak buat macam mana, dah itu aja makanan yang ada,kita kena terimalah," kata salah seorang daripada mereka sambil memegang bahunya."Mana boleh sabar.Kita bayar, mereka kenalah bagi makanan yang elok. Bukan yang macam tu. Tu makanan itik!" ulang nya lagi. Macam-macam lagi perkara yang dibebelkan oleh leleki itu. Baginya makanan tersebut terlalu hina untuk dimakan.
Selepas berjaya ditenangkan, saya lihat lelaki itu duduk seorang diri termenung. Tidak ada jemaah yang berani menegurnya takut kalau tersilap tegur, dia akan bertambah marah pula. Pada tengah hari itu dia tidak menjamah makanan walau secubit pun. Saya yang sudah bertahun tahun membawa jemaah haji dan telah melalui pelbagai pengalaman cuma memerhatikan saja gelagat panas baran lelaki tersebut. Bagi saya lelaki itu tidak faham bahawa apabila berada di Mekah bermakna kita akan melalui pelbagai ujian. Kita kenalah terima ujian itu dengann baik kerana pasti ada tujuan tertentu Allah turunkan ujian tersebut. Kalau ujian itu diterima dnegan positif pasti Allah akan memberi ganjaran yang baik. tapi kalau ujian itu kita terima dengan negatif, maka tunggu sajalah balasan daripada Nya. Itulah yang selalu berlaku dan saya saksikan sendiri. Berdasarkan gelagatnya, saya berkata di dalam hati."... .aku tidak pelik kalau bala menimpa lelaki ni."
Tapi alhamdullillah sehingga habis musim haji tidak berlaku sesuatu yang buruk kepada jemaah berkenaan. Bagaimanapun tiga bulan selepas Kembali dari Mekah, saya mendapat khabar bahawa lelaki berkenaan ditimpa satu penyakit yang aneh. Doktor yang memeriksa tidak dapat mengesan apa penyakitnya.
Penyakit yang menimpa lelaki tersebut ialah tekaknya tidak dapat menerima nasi dan apa jua makanan. Yang boleh diterima cumalah air dan susu. Kalau lelaki berkenaan memakan nasi maka tekaknya akan terasa amat sakit menyebabkan dia terasa amat pedih dan mual. Beberapa kali keluarganya cuba memberi makanan tapi tidak berjaya kerana sebaik saja makanan itu mencecah anak tekaknya, lelaki tersebut akan mengerang sesakitan. Ketika terlantar itulah barulah lelaki tersebut teringat kembali kesilapan yang dilakukannya semasa di Arafah. Akhirnya dia sedar bahawa walaupun kurang menyelerakan tapi makanan tidak boleh dihina keran itu adalah rezeki Allah. Makanan juga makhluk Allah. Ia di ciptakan untuk kita, bukan untuk dihina dikeji.Biarpun hari inin kita mendapat makanan yang kurang elok, tapi kita masih perlukannya untuk hari-hari berikutnya. Kita perlu makan untuk terus hidup. Tapi sudah terlambat. Kalau perahu terlajak boleh juga diundur, tapi kalau cakap sudah terlajak... ... . Kerana nasi yang dibuat untuk lelaki itu tidak dapat ditelannya, ia dibuang begitu saja!
Akibat penyakit itu, badan lelaki tersebut yang sebelum sihat dan tegap menjadi kurus kering tidak bermaya, terlantar diatas tilam tidak bermaya,terlantar di attas tilam tidak bergerak-gerak. Untuk menyambung hayatnyadia cuma menimum air susu sahaja. Selepas menderita selama beberapa bulan, saya dimaklumkan bahawa lelakiberkenaan kembali menghadap Ilahi.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya "Rasulullah tidak pernah mencela makanan apa saja sekalipun, sekali-kali tidak. Apabila baginda mengingini (menyukai) sesuatu makanan,dimakannya,dan apabila baginda tidak menyukainya dibiarkanya saja.â?
|
|
|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 16:30:06 GMT 8
tula akibat bile nafsu mengawal diri
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 27, 2004 14:46:42 GMT 8
GELAGAT SYAITAN DI RUMAH KENDURI..... ------------------------------------------------------
DI CERITAKAN OLEH TOK BAHAMAN�.
Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?.
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya dimana rumah... ?
mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada ebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah... ), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk... Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boeh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.
Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betian tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH... ..WASSALAM.
|
|
|
Post by KomOt on Mar 27, 2004 16:50:57 GMT 8
Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 14:31:50 GMT 8
Senarai Makanan & Hikmahnya dalam Islam
Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj) Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini) Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta') Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr) Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan) Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah) Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 14:32:16 GMT 8
"Endive" (hindiba) Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah) Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak) Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum) Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak sapi (samn) Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil) Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna) Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal) Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das) Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass) Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm) Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 29, 2004 14:44:16 GMT 8
What Prophet Mohammed (SAW) Said About Some Food -----------------------------------------------------------------------
Milk: The Prophet (SAW) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat fm the brow. It strengthens the back, increases the brain, augments intelligence, renews vision & drives away forgetfulness.
Honey: Considered to be the best remedy for diarrhea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks & drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm, as a meat preservative, hair conditioner, eye salve & mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water & is also a sunnah.
Olive oil: Excellence treatment for skin and hair, delays old age, treats inflammation of the stomach
Mushroom: The Prophet ( SAW) said that mushroom is a good cure for the eyes, it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.
Grapes: The Prophet was very fond of grapes, it purifies the blood, provides vigor & and health, strengthens the kidneys & clears the bowels.
Dates: The Prophet (SAW) said that a house without dates has no food, also to be eaten at the time of childbirth.
Figs (buah tin): It is a fruit from paradise and a cure for piles.
Barley: Good for fever in a soup form
Melon: Melon contains 1000 blessings & 1000 mercies, the Prophet SAW said "None of your women who are pregnant & eat of water melon will fail to produce offspring who are good in countenance & good in character.
Pomegranate (buah delima): The Prophet (SAW) said it cleanse you of Satan and evil aspirations for 40days.
Water: The Prophet (SAW) said the best drink in this world & the next is Water. When you are thirsty drink it by sips and not gulps. Gulping produces sickness of the liver.
So praise be to our beloved Nabi (SAW) who produced us with knowledge which dazzles the wisest minds. May this information be beneficial to all of us
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 3:00:52 GMT 8
Pramugari koma ditanah suci --------------------------------------
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di universiti al-azhar, kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya menetap di mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama gunung semanggol, perak. Keluarga saya memang semuanya di mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di madinah.
Tiba di madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya... kita bawa dia ke hospital," kata saya. tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing- masing.
Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital abdul aziz jeddah untuk mendapat- kan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke mekah untuk mengerjakan ibadat haji. selesai haji, sekali lagi saya pergi ke jeddah. malangnya, bila sampai di hospital king abdul aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka mata- nya. dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "mazlan ..kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. kakak bertaubat, betul- betul taubat." "kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. katanya, "mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma islam pada nama dan keturunan saja. ibadat satu apa pun kakak tak buat. kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. rumah kakak penuh dengan botol arak. suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah... kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.", "jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi. dengan suara tersekat- sekat,wanita itu menceritakan, "mazlan... allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. "betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "betul mazlan.
|
|