|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 21:51:19 GMT 8
Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk ---------------------------------------------------------------
Kematian Kamal Atartuk yang menyiksakan.
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah....
Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. Sakit jantung Penyakit darah tinggi Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan di tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui Fikirkanlah.......!
IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI
1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat) 3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama diAnkara. 4.Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden" 5.Menggalakkan minum arak secara terbuka. 6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki 7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 8.Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki. 9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan 12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam 17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. Sekian , semoga mendapt iktibar yang sewajarnya.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 20:57:54 GMT 8
4 GOLONGAN LELAKI YG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA ---------------------------------------------------------------
Pertama:- Ayahnya --------------------------- Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya ------------------------- Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya --------------------------------- Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya -------------------------------- Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 20:34:16 GMT 8
Kakinya dirantai bumi dan muka berwajah babi -----------------------------------------------------------
Penulis telah menemu ramah seorang wanita tua yang ingin berkongsi pengalaman beliau tentang sebuah kisah menyayat hati yang disaksikan suatu ketika dahulu. Tiada apa yang boleh memadamkan ingatan saya tentang cerita ini. Aneh dan menginsafkan jika direnung kembali tentang seksaan Allah terhadap seorang anak yang derhaka kepada ibunya sendiri," cerita Nek Mariam.
Begini ceritanya: Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu. Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu.
Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya.Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna.
Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah. Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing. Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela.
Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu.
Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.
Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.
Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik.
Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak babi.
"Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat...." Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan. Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. "Binatang babi! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata. Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona. Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu.
Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam. Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu.
Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata "Oi babi, anjing, beruk! Tak boleh harap.... menyusahkan orang, celaka!" Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamilah tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya.
Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta. Ibu mana yang tidak sayangkan anak....dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu.
Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. "Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya. Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu....", jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah yang maha esa itu. Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya. Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak henti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah.
Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. "Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.
Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan.Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. "Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!! Tolonglah...! Allah Tuhanku....minta tolong...! Mak ayah...tolonglah!" suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi.
Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor babi! MasyaAllah....
Ramai orang menyaksikannya....satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu....Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: "Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam...." menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu.
"Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf....Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:54:01 GMT 8
Bisu Selepas Dihidupkan Semula --------------------------------------------
Kisah ini ialah mengenai mayat yang sedang disembahyangkan tiba-tiba hidup semula. Malangnya setelah hidup semula, dia menjadi bisu. Keadaan itu berterusan sehinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
Peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu di sebuah kampung di Pantai Timur. Ketika itu saya masih remaja dan mengaji di pondok dengan beberapa orang rakan. Orang yang meninggal dunia itu pula adalah seorang lelaki dalam lingkungan 60-an dan sudah berkeluarga. Punca kematiannya tidak saya ketahui. Pada hari tersebut, bapa angkat saya mengajak saya pergi menziarahi seorang penduduk kampung yang meninggal dunia dan sama-sama tolong menguruskan jenazahnya. Saya pun ikutlah. Apabila sampai, jenazah itupun diuruskan seperti jenazah-jenazah lain. Dimandikan dan dikafankan. Tidak ada apa-apa yang luar biasa ketika itu. Keadaan mayatnya pun macam mayat-mayat lain. Jumlah orang yang melawat pun boleh tahan juga.
Selepas Zuhur, kami beramai-ramai menyembahyangkan jenazah berkenaan dengan diimamkan oleh bapa angkat saya tadi. Saya berada di saf yang paling depan, betul-betul di belakang bapa angkat saya.
Tapi, dengan kehendak Allah, sewaktu takbir yang kedua, suasana tiba-tiba menjadi gempar. Jenazah yang sedang disembahyangkan itu bergerak-gerak. Cara mayat itu bergerak adalah seperti orang yang baru bangun dari tidur dan cuba melepaskan diri daripada selimut putih yang membungkusnya. Mungkin panas ke, atau pun lemas. Yang menyaksikan kejadian itu semuanya terkejut.
Melihat mayat berkenaan bergerak-gerak, sembahyang jenazah sekaligus dihentikan. Saya pun menjengukkan kepala untuk melihat mayat itu. Aneh, inilah kali pertama saya melihat mayat hidup semula.
"Pergilah tengok, buka kain kafannya," kata bapa angkat saya. Saya pun pergi dekat mayat itu dan bukalah. Maha Suci Allah, apabila saja dibuka kain kafan itu, saya nampak matanya terkebil-kebil. Dia masih hidup. Lepas itu hamba Allah ini duduk dalam kehairanan dan terpinga-pinga. Anehnya, dia tidak dapat berkata walau sepatahpun. Kenapa? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Apa reaksi orang ramai yang nampak kejadian itu? Mereka semua lari lintang-pukang. Tinggallah saya berdua dengan bapa angkat saya. Lucupun ada, kecewapun ada. Yelah, sepatutnya apabila hamba Allah ini hidup semula, kita membantunya. Ini tidak, lari lintang pukang.
Kalau ditanya pula perasaan saya bila nampak mayat itu hidup semula, memang saya tak rasa takut walau sedikit pun. Buat apa takut sebab sepanjang hidup saya tak pernah pula saya dengar orang mati kena cekik dengan mayat. Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan kita lebih takutkan manusia, jin, syaitan... lebih daripada takutkan Allah.
Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan menjadi bisu. Mulutnya yang dahulu lantang bercakap kini terkunci terus. Lebih mengejutkan, dia mengubah terus cara hidupnya. Mulai saat itu, lelaki tersebut hanya menumpukan penghidupan keduanya dengan mengerjakan ibadah sembahyang. Dia juga tidak pernah meninggalkan sembahyang secara berjemaah. Kesungguhannya menunaikan amal ibadat sangat luar biasa dan mengagumkan.
Keadaan ini jauh berbeza dengan kehidupannya sebelum itu yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Masa hidup dulu, lelaki itu bolehlah saya katakan sebagai 'semua boleh jadi... ke darat boleh, ke laut pun boleh'. Senang cakap, lelaki itu suka berbuat dosa tapi apabila masyarakat tegur, dia tak ambil peduli. Hendak pergi ke masjid jauh sekali.
Sepatutnya apabila lelaki ini sudah berubah sikap, orang ramai perlulah menerimanya dengan baik. Tetapi apa yang saya kesalkan, dia telah disisihkan oleh keluarganya sendiri. Tidak tahulah saya kenapa keluarga lelaki itu menyisihnya. Tapi soalnya, itukah balasan anak isteri dan keluarganya? Pada hal semasa hidup dia sudah bina rumah, kumpul harta dan sebagainya untuk keluarganya. Tetapi bila dia mati dan kemudian hidup semula, anak-anaknya tak mahu menerimanya. Sedih saya memikirkan cara penerimaan mereka itu.
Maka atas sifat ihsan bapa angkat saya tadi, dibuatkanlah sebuah rumah di kawasan masjid. Tinggallah lelaki tadi di rumah berkenaan hingga ke akhir hayatnya. Apa yang menggembirakan kami ialah setiap kali bila lelaki itu hendak ke masjid, dia akan mengajak sesiapa saja, tak kira yang ada di jalan, tembok, padang atau sebagainya, supaya segera pergi ke masjid.
Lelaki berkenaan meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Saya tidak tahu pula punca kematiannya. Bagaimanapun, sebelum akhir hayatnya, dia telah meminta maaf kepada para penduduk kampung itu di atas segala kesilapannya yang lalu.
Urusan pengkebumian jenazahnya pun berjalan dengan lancar. Menurut orang yang membawa jenazahnya itu, mayatnya ringan dan mudah dibawa. Satu lagi, masa dahulu orang-orang membawa jenazah dengan menggunakan empat buah basikal. Caranya ialah diletakkan empat batang kayu/buluh di basikal-basikal itu. Kemudian keranda diletakkan atas kayu berkenaan dan di tutup dengan daun kelapa secara berselang seli. Kata orang yang mengusung jenazah tersebut, mereka tak menghadapi sebarang masalah. Mayatnya ringan dan orang yang menolak basikal pun tak ada masalah sebab menolak basikal dengan cara begitu bukannya kerja senang.
Pengajaran daripada kejadian di atas:
Apakah yang dialaminya semasa 'mati' hingga menyebabkan dia bertaubat? Wallahuallam, saya tak tahu. Yang tahu cuma Allah dan dia sahaja. Yang pasti, dia telah melalui satu pengalaman yang sangat berharga, untuk dirinya dan untuk kita semua.
Lelaki itu bertuah kerana telah melihat kebenaran Allah dan Allah telah memilihnya untuk diberi kesempatan bertaubat sebelum dicabut semula nyawanya. Hanya segelintir saja orang yang dipilih oleh Allah untuk diberi peringatan itu.
Sayangnya dia tidak dapat beritahu kepada masyarakat apa yang dilaluinya semasa dimatikan itu. Mungkin Allah tidak mengizinkannya. Cukuplah untuk pengajaran diri lelaki itu dan juga masyarakat (yang memahaminya).
Tapi saya sedih, orang Melayu kita ini cepat lupa pada sejarah. Mereka insaf sekejap saja, lepas itu lupa balik, buat kerja-kerja mungkar. Orang-orang kampung itu cuma insaf sekejap saja, lepas itu buat lagi amalan-amalan buruk. Lebih mengecewakan ialah keluarga lelaki itu yang menyisihkannya.
Peristiwa itu cukup memberi kesan dalam hidup saya. Ada orang berkata, cerita-cerita sebegini tidak elok didedahkan kerana memberi aib pada orang yang terlibat. Saya tak beranggapan begitu. Bagi saya, ia bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang tetapi untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat. Malah saya selalu berdoa supaya Allah selalu memberikan contoh-contoh seperti ini kepada kita semua agar kita semua menjadi umat yang taat kepada-Nya.
Kita semua akan mati, sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemu Allah?
Diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:10:48 GMT 8
Azab dalam koma ----------------------
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia dipertengahan 30-an
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya. Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji itu di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hingga kami sampai di Madinah.
Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ini sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya ...... kita bawa dia ke Hospital." Kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke Haspital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di Hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan Jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pegalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital King Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahan. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanpun, kata doktor keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di Hospital.
Selepas dua hari menunggu akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tesebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut. "Kenapa kakak menangis?'
"Mazlan..... Kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik, kakak bertaubat betul-betul taubat."
"Kenapa pula ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ini sudah berumahtangga kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap, kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ni? "Yalah.... kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi"
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan..... Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma itu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:11:22 GMT 8
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga, kakak rasa azab di neraka.
"Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana sini putus, jatuh ke dalam api nereka. Buah dada kakak rentung terbakar. Panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya, wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa berhenti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman. Sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih.. pedih yang amat sangat. Tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menanggis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan ...... kakak ini nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar."
"Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedang jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
"Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya."
"Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui.. azabnya tak pernah kakak rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini"
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, kakak merayu memohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yang soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasanNya, Kalau baik amalan kita, maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita diakhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri, kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak berhenti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu Maghrib dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang Subuh.
"Kakak.. yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat " tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar" Menurut wanita itu, sepanjang berada didalam masjid al-Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, memohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu. Takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkannya supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan. Kakak takut kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa. Mazlan tak tau, kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak."
"Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlah, beribu-ribu .... Kalau seorang tengok kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah ...."
"Kakak berazam, balik saja dari haji ni, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Akak nak ajak suami kakak pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak, saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis, Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita diazab "Oh memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal" itu dah terlambat
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:24:32 GMT 8
Agama Yahudi ------------------
manusia writes: ————————————— Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid Fellow MANHAL PMRAM Kaherah, Mesir. —————————————
Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah : 70)
Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud ) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan". (al-Baqarah : 79)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja , maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka".
Bagi mereka yang ingin mengkaji Agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan dengan permasalahan keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan yang sempurna dan terperinci melainkan dengan melalui penghayatan terhadap kitab perjanjian lama. Di dalam kitab tersebut mengandungi lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil. Maka dengan ini si pengkaji dapat memahami keperibadian seseorang yang beragama Yahudi dalam semua aspek kehidupan keagamaan dan politik.
Golongan sarjana pengajian perbandingan agama yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan selainnya telah bersepakat bahawa kitab perjanjian lama yang berada di tangan kita sekarang bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan sirah Orang-orang Yahudi , mereka begitu berpegang dengan Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf kepalsuan kitab Taurat mereka. Inilah yang menjadi kehairanan kepada diri saya sehingga memaksa saya mengajak para pembaca berfikir sejenak untuk mencari jawapan di sebalik permasalahan ini.
Saya berpendapat bahawa ia tersirat di sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi iaitu mereka adalah "Bangsa Allah yang terpilih". Manakala bangsa yang lain hanya diciptakan untuk berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah hairan jika kita dapati hidup berasingan merupakan satu tradisi dan kebanggaan bagi mereka. (Sesungguhnya kamu adalah bangsa yang suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih oleh tuhan untuk menjadi ummat yang khusus di kalangan semua bangsa di muka bumi) Safar pengulangan 7/16.
Jadi, dari sini dapatlah diketahui rahsia yang menjadi pendorong kepada bangsa Yahudi agar berpegang teguh dengan kitab Taurat atau dengan kata lain kitab Taurat berjaya menghimpun bangsa Yahudi untuk menghayatinya dan menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian yang berbeza dari bangsa lain.
Kajian mengenai ilmu sejarah keagamaan memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk sesebuah masyarakat. Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita memahami akan pegangan aqidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.
Melalui kertas kerja yang ringkas dan tak seberapa ini, saya akan cuba memperkatakan mengenai sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil, kitab-kitab suci seperti Taurat, beberapa permasalahan perbandingan mazhab dan aliran yang menjadi anutan dalam agama Yahudi dan penyelewengan serta pendirian Islam terhadap permasalahan ini. Saya berharap dengan perbincangan ini dapatlah memberi sedikit gambaran agama Yahudi dan penyelewengan serta tabiat semulajadi orang-orang Yahudi.
Buat akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan kertas kerja ini dan tidak lupa juga kepada isteri saya yang banyak membantu saya.
Wassalam.
Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid Fellow MANHAL PMRAM
MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL.
1. YAHUDI
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.
2. IBRAN
Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.
3. ISRAEL
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Safar pembentukan alam 32/28.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:26:15 GMT 8
SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI
Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.
1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.
3. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.
4. Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga telah meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan'an dikenali dengan nama Bumi Kan'an .
5. Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin telah berhijrah ke bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.
6. Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.
7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra' yang menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.
8. Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.
9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir.
10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.
11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya).
12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.
13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.
14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.
15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.
16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.
17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaacob.
18. Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-
i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.
iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.
BAHASA IBRIAH
19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara keagamaan sahaja.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:28:09 GMT 8
PENGASINGAN BANGSA YAHUDI
20. Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :-
i. Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum lain menyembah berhala. ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap, mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan.
21.Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal.
22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain.
23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi.
BANI ISRAEL DI MESIR
24. Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika itu dengan penuh penghormatan.
25. Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.
26. Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.
27. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-
i. keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menim bulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir. ii. Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi di zaman Haxsos iii sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir.
28. Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.
BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR
29. Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
30. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.
31. Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.
32. Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .
33. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .
34. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s .
35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.
36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.`
35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka .
36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.
37. Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .
38. Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.
39. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
40. Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.
41. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin.
BANI ISRAEL DI BUMI PALESTIN
42. Bani Israel telah mendirikan kerajaan mereka di bumi Palestin selama 500 tahun. Di sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka tidak pernah merasa aman dan damai melainkan di zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50 tahun.
43. Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Palestin telah dibahagikan kepada 3 zaman : -
i. Zaman pemerintahan Qadi (hakim) ii. Zaman pemerintahan beraja iii. Zaman perpecahan dan kehancuran
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:30:15 GMT 8
ZAMAN PEMERINTAHAN HAKIM
44. Seperti yang telah disebut di dalam "Safar Al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan Hakim selama 4 kurun namun mengikut fakta sejarah ianya hanya 1 kurun sahaja . Dinamakan Zaman Pemerintahan Hakim kerana yang dipilih di kalangan dua belas puak Bani Israel mempunyai kuasa tertinggi namun setiap puak mempunyai kebebasan dan undang-undang tersendiri yang dipimpin oleh ketua mereka yang tertua. Peranan Hakim hanyalah sekadar menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara puak-puak yang bertelagah akan tetapi keputusannya tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah kepada kepimpinan puak tersebut untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat.
45. Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan tidak disyaratkan ianya seorang lelaki malah terdapat juga di kalangan Hakim yang memerintah beberapa orang perempuan.
ZAMAN PEMERINTAHAN BERAJA
46. Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit memberontak di atas kezaliman yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak menerima rasuah. Bani Israel telah pergi berjumpa dengan seorang Nabi di kalangan mereka yang bernama Syamwildan meminta daripadanya supaya melantik seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israel yang berpecah belah agar dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya di bawah musuh-musuh mereka.
47. Maka Syamwil denagn petunjuk Allah telah melantik Thalut sebagai raja dan panglima mereka untuk memerangi orang-orang Kan'an.
48. Di dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di mana Nabi Daud a.s adalah salah seorang daripada tentera telah dapat membunuh panglima tentera Kan'an yang bernama Jalut. Semenjak dari itulah nama Nabi Daud a.s disanjung oleh Bani Israel. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan dendam dan dengki yang membara di dalam hati Thalut menyebabkan dia bertindak memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.
49. Nabi Daud telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung dengan orang-orang Kan'an serta mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israel dengan menyerang mereka. Akhirnya Nabi Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2 bagi Bani Israel sepertimana yang disebut di dalam "Safar Syamwil Yang Ke-2".
50. Nabi Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7 tahun yang pertama dia menjadikan Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas daripada itu, dia memilih Aour Shyalim sebagai ibu negara kepada kerajaannya .
51. Zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. adalah zaman yang terbaik di zaman kewujudan Bani Israel di bumi Palestin. Ini disebabkan oleh 2 unsur utama : -
i. Kelemahan Maharaja Mesir dan Babylon ii. Nabi Daud a.s telah mengadakan perjanjian damai dengan raja Finique yang bernama Hairon.
52. Nabi Sulaiman telah mengambil alih tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya. Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani Israel berada di kemuncak kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman telah mengadakan ikatan kekeluargaan di antaranya dengan Shisyak iaitu raja Mesir.
53. Selepas daripada itu kerajaan Bani Israel menjadi lemah disebabkan oleh : -
i. Hidup dalam kemewahan dan suka berfoya-foya. ii. kezaliman dan kekerasan daripada kerajaan Nabi Sulaiman. iii.Terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan-perempuan simpanan iv.Terdapat beberapa pemberontakan yang dipimpin oleh Yarba'am.
ZAMAN KEHANCURAN
54. Rahbaam putera Nabi Sulaiman telah mengambil tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya dan dia mendapat sokongan dari dua puak iaitu Yahouza dan Bunyamin. Adapun sepuluh puak lagi enggan memberi sokongan kepada Rahbaam dan melantik Yarba'am yang pernah mengetuai pemberontakan di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s sebagai raja mereka. Pada ketika itulah kerajaan Bani Israel telah berpecah dua kerajaan : -
i. Kerajaan Selatan, ibu negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh Rahba'am. Negara mereka bernama kerajaan Yahouza. ii. Kerajaan Utara, ibu negaranya Nablus, pengasas dan rajanya yang pertama ialah Yarba'am. Negara mereka dinamakan kerajaan Israel.
KEHANCURAN KERAJAAN YAHOUZA DAN ISRAEL
55. Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.
56. Pada tahun 608 sebelum masehi, kerajaan Mesir bersama bala tentera yang besar telah menyerang Palestin dan menawan kerajaan Yahouza. Dalam peperangan tersebut mereka mendapat kemenangan dan mereka meneruskan serangan ke utara sehinggalah kerajaan Israel yang berada di bawah taklukan kerajaan Ashur jatuh ke tangan mereka.
57. Kejatuhan kerajaan Israel ke tangan orang-orang Mesir telah menimbulkan kemarahan Maharaja Bakhtanshar lalu berlakulah satu pertempuran yang hebat di antara dua maharaja Mesir dan Babylon. Akhirnya Maharaja Bakhtanshar dapat menawan kembali kerajaan Israel sekaligus dapat merebut takhta kerajaan Yahouza dari tangan Maharaja Mesir. Maharaja Bakhtanshar telah membunuh raja kerajaan Yahouza yang terakhir bernama Sidqia dan menghancurkan bandar Aour Shyalim serta menghalau semua Bani Israel keluar dari negara mereka. Ini berlaku pada tahun 586 sebelum masehi dan mereka dikenali sebagai tawanan Babylon.
BANI ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA
58. Selepas kehancuran kerajaan Israel dan Yahouza, tiada lagi mereka yang berketurunan Bani Israel di bumi Palestin. Pada tahun 538 sebelum masehi Kerajaan Babylon telah jatuh ke tangan orang-orang Parsi. Ketika itu Raja Parsi telah membenarkan orang-orang Yahudi yang hidup di pelusuk negara Babylon pulang ke tanahair mereka.
59. Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman pemerintahan Parsi tidak ubah seperti daripada kepulangan beberapa keluarga untuk menziarahi sanak saudara. Mereka lebih suka hidup di dalam buangan daripada kembali ke Palestin.
60. Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima Iskandar Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan Iskandar, Palestin diperintah oleh kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani Israel bangkit memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi kerajaan Rom telah menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau mereka keluar dari Palestin.
61. Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin, lahirlah seruan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s untuk mengajak Bani Israel ke jalan yang benar akan tetapi seruan tersebut ditolak oleh mereka.
62. Pada tahun 135 masehi sekali lagi Bani Israel bangkit memberontak menentang kerajaan Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dari kalangan Bani Israel. Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik kerajaan Rom telah lari ke serata dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel.
63. Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 m, tidak seorang pun yang berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di antara syarat penyerahan kota suci ke tangan orang islam ialah tidak dibenarkan seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.
KITAB SUCI ORANG YAHUDI
64. Dikalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab suci iaitu:-
a . Perjanjian lama. b . Talmut.
65. Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian lama adalah lebih utama dari kitab Talmut walaupun ada dikalangan sarjana pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa kitab Talmut lebih utama dari kitab perjanjian lama. Namun, saya lebih cenderung kepada pendapat yang pertama dan akan membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan menyentuh pengamalan terhadap kitab Talmut
66. Kitab Talmut ialah tulisan tulisan riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada pendita-pendita Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada ajaran yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama.
67. Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan orang-orang Yahudi dan Kristian. Namun, terdapat perbezaan diantara mazhab Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf beberapa Safar dalam kitab perjanjian lama.
68. Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah 5 Safar Musa yang dinamakan dengan Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya mengiktiraf 39 Safar sahaja termasuk Safar Musa (Taurat).
69. Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat, akhlak, bacaan, doa dan sejarah perjalanan Bani Israel. Ia terbahagi kepada Safar-safar yang boleh diertikan sebagai surah-surah di dalam Al-Quran. Selain itu, ia juga terbahagi kepada Al-Ashah. Beberapa Ashah pada setiap Safar adalah sama pengertian dengan hizib di dalam surah-surah Al-Quran.
70. Kitab perjanjian lama terbahagi kepada 4 bahagian utama :-
a . Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch ). b . Safar-safar sejarah. c . Safar-safar doa dan syair. d . Safar kenabian.
Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai Safar Musa atau Taurat manakala bakinya akan disebut pengenalannya sahaja. Ini kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan ajaran yang dibawa dalam agama Yahudi.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:31:22 GMT 8
SAFAR MUSA
71. Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia adalah sebahagian dari kitab perjanjian lama dan mengandungi 5 Safar iaitu:-
a . Safar ciptaan alam. b . Safar penghijrahan. c . Safar pengulangan. d . Safar Kaum Lawai. e . Safar Bilangan.
72. "Safar ciptaan alam" diberi nama sempena sejarah penciptaan alam, Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi bersama anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang. Ia juga menceritakan tentang Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta keturunannya Ishak dan Yaakub, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dan kehidupannya di Mesir dan berakhir dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.
73. "Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang keadaan Bani Israel selepas kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir terhadap mereka. Ia juga mengandungi cerita mengenai kelahiran Nabi Musa a.s., mukjizat yang Allah berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israel keluar dari Mesir dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka sampai ke timur Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada Bani Israel.
74. "Safar kaum Lawi" dinisbahkan kepada puak Levi yang mana ia adalah salah satu dari 12 puak Bani Israel. Hasil dari keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. Safar ini merupakan safar yang menceritakan tentang syariat dan perundangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka.
75. "Safar bilangan" pula bersempena dengan peristiwa Nabi Musa yang membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka terselamat dari Firaun - Mesir iaitu seramai 603550 orang kecuali pemuda dari puak Levi.
76. "Safar Ulangan" pula ialah safar yang mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam dan syarat yang terdapat dalam safar Levi.
SAFAR SEJARAH
77. Safar Sejarah mengandungi 16 safar iaitu:-
a. Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang telah berjaya membawa Bani Israel masuk ke kota Palestin.) b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israel ketika awal mereka berada di bumi Palestin.) c. Safar Raja I. d. Safar Raja II. e. Safar Raja III. f. Safar Raja IV. g. Safar Hari-hari I. h. Safar Hari-hari II. i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari sebelah ayahnya.) j. Safar Azra. k. Safar Nahmia. l. Safar Tubia. m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang telah berkahwin dengan raja Parsi dan telah menyelamatkan bangsa Israel.) n . Safar Yahoudid. o . Safar Mukabi I. p . Safar Mukabi II.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:32:34 GMT 8
SAFAR DOA DAN SYAIR.
78. Safar ini mengandungi 6 safar yang bermula dengan:-
a . Safar Ayub. d . Safar Himpunan. b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu. c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.
SAFAR KENABIAN.
79. Safar kenabian terdiri dari:-
a. Ashaia. h. Amus. o. Hiji. b. Armia. i. Oubdia. p. Zakaria. c. Barukh. j. Yunan. q. Malakhi. d. Hazkial. k. Mikha. r. Safar Hikmah. e. Dania. l. Nahum. s.Yasyu'Sirakh. f. Husya'. m. Hebkuk. g. Yuail. n. Sofnia.
80. Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita dongeng,kata-kata hikmah,pesanan dan syariat.Uslub penulisannya berbeza diantara satu safar dengan safar yang lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam bentuk syair ataupun biasa dengan membawa roh yang menggambarkan penderitaan dan kesedihan.Ia juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk yang ganas dan tidak bertamadun.
BEBERAPA PERSOALAN PERBANDINGAN.
81.a. Ketuhanan seperti yang terdapat dalam kitab perjanjian lama. b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama. c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian lama. d. Hari Kiamat.
82. Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah menyeru kepada mentauhidkannya. "Sesungguhnya telah kami utuskan untuk semua ummah para utusan bagi mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhkan diri daripada Thoghut". (Surah al-Nahl : 26).
83. Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan Allah. Nabi Musa adalah nabi yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat Israel. Beliau mengajak umat Israel menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Ini jelas terdapat dalam Al-Quran juga At-Taurat walaupun telah diselewengkan seperti yang disebut di dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di kalangan kamu tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang diukir atau sesuatu gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah, di dalam air dan di bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada tuhan selain dariKu dan menyembah mereka." -Safar penghijrahan Ishah ke-20, ayat 3.
84. Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita bahawa Bani Israel tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka tetap menyembahnya dan mengingkari Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga selepas kewafatan Yusya' bin Nuh, sekali lagi mereka mengsyirikkan Allah. Mereka telah menyembah apa yang disembah oleh tuhan orang-orang Asyur yang bernama Ba'lim. Salah seorang raja Bani Israel yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari ribuan berhala dan patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya. Sekaligus menghalau para pendita yang mengajak Bani Israel menyembah berhala. Di awal perpecahan kerajaan Israel Yarbaam, raja kerajaan Israel telah membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas tulen sebagai sembahan dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk mengelakkan mereka dari pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin oleh Yarbaam.
85. Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan dapati Bani Israel telah beberapa kali mengsyirikkan tuhan mereka dengan menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum di sekeliling mereka atau yang dibuat oleh mereka sendiri.
86. Sifat-sifat tuhan yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama merupakan gambaran kepada kecenderungan Bani Israel dan keperibadian mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik jika tuhan yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan tidak bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua kepada kumpulan penyamun.
87. Seperti yang disebut di dalam "safar pembentukan alam" bahawa tuhan telah menyerupai seorang manusia dan bergelut dengan Nabi Yaakub sehingga ke subuh. Tuhan tidak mampu mengalahkan Nabi Yaakub melainkan dengan menggunakan satu tipu helah yang berjaya mematahkan peha Nabi Yaakub.
88. Ini jelas terbukti apabila tuhan Yahudi itu membatalkan hasratnya untuk menghancurkan hamba-hambanya yang menyembah berhala setelah dipujuk oleh nabi Musa. Sebaliknya dia merasa sedih dan menyesal.
89. Apabila kita ingin memperkatakan tentang sifat para nabi, semestinya kita akan menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat kerana mereka adalah rasul dan pilihan Allah di atas muka bumi. Namun sebaliknya yang berlaku dalam kitab perjanjian lama kerana ia telah meletakkan para nabi di suatu tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang ia menganggap nabi tersebut sebagai penzina, penipu dan pembunuh yang tidak berperikemanusiaan.
90. Di dalam "safar penghijrahan", perjanjian lama telah mengatakan bahawa Nabi Harun a.s telah mencipta sebuah patung yang berupa lembu untuk disembah oleh Bani Israel sewaktu ketiadaan nabi Musa disebabkan oleh perasaan dengkinya.
91. Di dalam "safar samwil ke-2" telah menceritakan bahawa Nabi Daud pernah mencintai seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang tenteranya. Keadaan ini bermula sewaktu Nabi Daud bersiar-siar di istananya di Aour Shalim. Pada ketika itu dia telah melihat seorang perempuan yang sedang mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila diselidik perempuan tersebut adalah isteri kepada salah seorang tenteranya. Maka dia telah memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada perempuan tersebut berada di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita kematian lelaki berkenaan sampai kepada nabi Daud, dia terus mengahwini perempuan tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu kepada Nabi Sulaiman.
92.Mengenai Nabi Sulaiman pula, perjanjian lam telah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai 700 orang isteri di kalangan perempuan yang merdeka dan 300 di kalangan hamba. Setengah daripada isterinya itu adalah penyembah berhala. Mengikut cerita, Nabi Sulaiman sentiasa menyembah berhala yang dimiliki oleh para isterinya pada akhir hayat beliau.
93. Apabila kita perhatikan di dalam Al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa Nabi Musa telah membawa satu risalah yang mengajak ummahnya menyembah Allah yang Maha Esa, mendirikan solat serta beriman dan yakin akan kedatangan hari kiamat (surah Taha). Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati satu kalimah pun yang menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnya seperti balasan baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan terhadap amalan yang di lakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata. Sesiapa yang berbuat baik akan mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan sesiapa yang engkar serta kufur juga akan terus menerima penyiksaan di dunia ini.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:33:27 GMT 8
MAZHAB DAN FIRQAH DI DALAM AGAMA YAHUDI.
94. Agama Yahudi sepertimana agama lain mempunyai pelbagai fahaman dan mazhab, di mana setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik berbanding dengan yang lain.
95. Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara mazhab-mazhab tersebut ialah pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmud dan kepercayaan terhadap kebangkitan selepas kematian.
96. Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-
a. Farasiyun (Rabbaniyun) d. Hadasiyun b. Soduqiyun e. Samiriyun c. katabah f. Qurraayun.
97. Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani Israel di Palestin yang disebabkan oleh serangan orang-orang Babylon, golongan ini menyeru Bani Israel agar kembali berpegang kepada aqidah mereka yang asal sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan bahawa hanya dengan kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk mengembalikan kegemilangan mereka.
98. Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan selepas kematian. Pada pandangan mereka balasan baik hanyalah terhadap orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas muka bumi ini. Adapun orang-orang yang jahat dan derhaka, mereka akan mati.
99. Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat, terdapat sebuah kitab yang bernama Talmut yang mana ia juga adalah kitab suci. Para pendita mereka yang bergelar Hakamah adalah maksum iaitu terpelihara dari segala kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini begitu menebal di dalam jiwa orang-orang Yahudi sehinggakan jika seorang Hakamat berkata kepada seseorang bahawa tangan kirinya adalah tangan kanannya, orang itu haruslah membenarkan kata-kata Hakamat tersebut dari dirinya sendiri.
100. Sebenarnya golangan "Farasiun" adalah sebuah gerakan politik yang berasaskan agama dan bertujuan untuk mengembalikan negara Israel. Mereka kadang-kadang menggunakan keganasan dan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Cogankata yang mereka gunakan ialah "matlamat menghalalkan cara".
101. Golongan "Assodiqiun" pula mengingkari balasan dan hari kebangkitan. Mereka beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di dunia ini sahaja.
102. Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut kerana hanya kitab Taurat sahaja yang menjadi panduan hidup mereka. Golongan ini terdiri daripada orang-orang bangs.a.w.an yang menghormati undang-undang negara dan agama yang lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Taurat.
103. "Hasadiun" pula bererti mereka yang menjadikan kezuhudan sebagai cara hidup mereka. Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan kerajaan Mokabi di sekitar tahun 173-175 sebelum masihi. Mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan golongan yang lain dari segi ibadah dan adat resam. Orang-orang Hasadiun mengharamkan segala bentuk penyembelihan dan korban. Dari segi syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi dan bukan Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum Yahudi agar hidup secara aman dan damai bersama kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan serta mengajak kepada kehidupan yang zuhud dan menjauhkan diri dari perempuan. Ini berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama Yahudi yang mana perkahwinan merupakan kewajipan agama.
104. Golongan "Qurraun" merupakan pengikut kepada Anan bin Daud iaitu salah seorang dari ulamak di kalangan orang Yahudi yang hidup di Baghdad pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur. Mereka hanya mengiktiraf kitab Taurat sebagai kitab suci dan menggunakan ijtihad dalam meletakkan beberapa perundangan dalam agama Yahudi.
105. Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab suci kepada sesiapa yang menghendakinya.
PENYELEWENGAN TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA.
106. Di dalam beberapa ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur, Suhuf Ibrahim dan Musa. Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang utama:-
i. Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal dengan keaslianya sebagaimana ia diturunkan. ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang lain pula telah hilang atau disembunyikan.
Dalam perbicaraan ini kita akan menjadikan Al-Quran sebagai pengukur kepada kebenaran, keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab tersebut.Firman Allah (Telah kami turunkan kepada mu wahai Muhammad Al-Quran dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang terdapat di tangan kamu dari kitab-kitab yang terdahulu) Al-Maidah : 48.
107. Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut di dalam Safar pembentukan alam iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Begitu juga umur Nabi Nuh a.s iaitu selama 950 tahun.
108. Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat di dalam Safar pembentukan alam yang menceritakan bahawa Allah telah beristirehat dari kepenatan mencipta langit dan bumi pada hari yang ketujuh iaitu hari sabtu. Mengikut sejarah, kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa yang mana ia diletakkan di dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang Yahudi beberapa kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh Thalut dari tangan orang-orang Kan'an kemudian dibuka, didapati beberapa helai tulisan sahaja yang mengandungi 10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran (Dan ia adalah saki-baki dari apa yang telah ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)
109. Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat oleh para sarjana bahawa kitab Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang sengaja dilupakan kandungannya yang asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat bukan lagi sebuah kitab yang asli seperti yang telah diturunkan kepada Nabi musa.
110. Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Taurat, secara kesimpulannya terbahagi kepada tiga jenis:-
i. Menepati dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah. Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan Al- Quran dan Hadis. ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Al- Quran dan As-Sunnah. Sudah semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk mendustakannya. iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah tetapi tidak bercanggah dengan kedua-duanya. Contohnya seperti nama orang atau tempat.
Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak dan membenarkannya. Ia hanya sekadar penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita. Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah dikeluarkan oleh Bukhari di dalam kitab At-Tauhid yang berbunyi: " Jangan kamu membenarkan apa-apa yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami".
PENUTUP
Disepanjang perbincangan kita terhadap agama Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah diubah dan diselewengkan namun ia mampu membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa yang paling berkuasa. Rahsia kejayaan bangsa Yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran kembali syariat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w..
RUJUKAN 1.Al-Qur'anul Karim dan terjemahannya. 2. Kitab perjanjian lama. 3. Yahudi.Profesor Ahmad Shalabi. 4. Pengantar pengajian agama.Doktor Safwat Hamid. 5. Kajian mengenai kitab Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:42:46 GMT 8
Hidupnya Hindu Matinya Pun Hindu --------------------------------------------
Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.
Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu. Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.
Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.
Alhamdulillah, Kesemua ini adalah cerita lama yang telah ditinggalkan olih masyarakat Islam di Singapura
Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.
Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.
Bersanding yang merupakan satu pengisytiharan tidaklah salah jika perkara berikut dipelihara:
1- Menutup Aurat 2-Tiada pergaulan bebas diantara yang bukan mahram. 3-Tidak melakukan pembaziran
Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!
Tidak ramai yang menggunakan sirih masa ini, dan adat ini juga akan berkubur.
Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Rasulullah pernah mencacak daun tamar diatas kuburan, apakah meletakkan sebahagian dari tumbuhan (bunga) dianggap bersalah. Munkin satu pembaziran jika meletakkan bunga yang mahal.
Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Oleh kerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua, bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.
Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang Islam."
Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam, daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.
Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu. Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."
Dalam riwayat yang lain: "..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya)."
Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau dibuang atau diubah.
Kita bersyukur kerana banyak adat yang bercanggah telah dapat dihapuskan, namun usaha masih perlu dibuat untuk memantapkan akidah, hanya dengan pemantapan akidah, kita dapat mengenali warisan Islam sebenar dan bersedia untuk mengamalkannya, InsyaAllah.
Semuga bermanfaat
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 20:06:34 GMT 8
Khasiat ayat At-Taubah ------------------------------
Assalamualaikum, Saya ada satu bacaan/amalan yang saya rasa sungguh menakjubkan yang ingin dikongsi bersama. Sebenarnya mak saya pernah memberinya kepada saya supaya dibaca setiap kali selepas solat fardhu tapi sebab apa atau untuk apa tidaklah diberitahunya. So, sayapun kadang baca kadang tidak. Pada satu hari, saya membeli sebuah buku AMALAN KEMURAHAN REZEKI,di dalam buku tu ada bacaan tersebut yang diberi keterangan sesiapa yang membaca 2 ayat Al Quran ini 7 kali setiap selesai solat fardhu dgn tertib selama-lamanya, maka jika anda lemah menjadi kuat, jika hina menjadi mulia, jika kalah menjadi menang, jika sempit menjadi lapang rezekinya, ketika susah menjadi gembira, ketika miskin menjadi kaya dan apabila mempunyai hutang dapat membayarnya. Sejak dari itu, saya selalu membacanya, tidak selepas solat sahaja tapi setiap kali saya keluar rumah. lace>Adalace> dua tiga perkara yang sungguh menakjubkan yang pernah saya alami. Saya kehilangan sesuatu yang dah agak lama (setahun), bila ia diperlukan barulah saya sedar kehilangannya. Saya berdoa dan ayat itulah yang saya ulang-ulangkan berhari-hari. Alhamdulillah dengan tidak semena-mena, ada orang yang mengirimkannya melalui pos. Bayangkanlah setelah setahun baru dia muncul... .
Saya panjangkan kepada kawan saya yang kehilangan beg, alhamdulillah dia juga dapat kembali begnya setelah mengamalkannya.
Saya pernah kena saman polis ketika memandu. Setelah saya imbas kembali semasa saya keluar rumah pada hari tersebut, saya tidak membaca ayat tersebut seperti biasa...
Dan saya pernah dengar melalui mak mertua saya, ustaz mengatakan sesiapa yang mengamalkan ayat tersebut, sekiranya ajalnya hampir sampai, dia tidak akan dapat membaca ayat tersebut.
lace>Adalace> lagi yang saya alami tapi tak payahlah saya citerkan semuanya... ITULAH SURAH AT-TAUBAH ayat 128-129.
|
|