|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 9:31:16 GMT 8
Cerita Tauladan ----------------------
Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu pegawai itu lagi.
"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. "Tapi bang..."
"Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.
"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.
Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. "Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. BUkan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah." Intan cuba membuat abahnya faham.
"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!"
"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.
"Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.
Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah solat Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.
"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. "Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan." "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.
"Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.
"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.
"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. "Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 9:31:40 GMT 8
"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. "Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
"Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.
Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...." "Habis tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti." Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. "Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya. "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.
Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. "Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."
"Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...," ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
"Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.
"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. "Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?" "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
"Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
"Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. "Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa. "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.
"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. "Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman.
"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.
SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. "Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. "Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya.
"Kenapa Az...kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. "Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah. "Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 20:53:07 GMT 8
Fatwa Semasa: Peraduan Menggunakan Talian Telefon - Perjudian Yang Diharamkan Kiriman: PanelSyariah pada Ahad, 21 September, 2003 - 09:47 PM EST
SOALAN:
Setiap hari di kaca TV ataupun melalui media massa lain kita dihidangkan dengan iklan peraduan/pertandingan yang baru, cara menyertainya terlalu mudah dan senang, hanya dengan menghubungi nombor telefon atau talian yang dinyatakan dan menjanjikan pelbagai hadiah dan wang beribu-ribu malah mencecah jutaan ringgit. Adakah menyertai pertandingan/peraduan seumpama ini diharuskan?
JAWAPAN:
Jawapan Oleh : Dr. As-Sheikh Yusof Abdullah Al-Qardhawi / Pro. Dr. Ali As-Salus / Sheikh Muhammad Salleh Al-Munjid
Dengan Nama Allah, Segala Pujian bagiNya, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.
Islam tidak melarang manusia untuk mencari wang di dalam rangkaian sebab-sebab dan punca-puncanya dan menurut segala sunnah Allah di alam maya dan di dalam masyarakat. Prinsip asas di dalam sunnah ini ialah manusia mendapatkan duit dengan usaha yang dilakukannya, titik peluh, hasil pemikiran, kesungguhan badan dan usaha yang berterusan siang dan malam sehingga mencapai cita-citanya.
Ulama' menyebutkan penipuan dan perjudian adalah dua cara mendapatkan wang yang menjadikan haramnya muamalat, ini merangkumi peraduan-peraduan yang terdapat di televisyen dan di media-media lain. Dengan ini tidak harus menyertai pertandingan seumpama ini.
Setiap hari kita menyaksikan individu-individu yang tidak dikenali mengumumkan pertandingan/peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan wang beribu-ribu, ratus ribu malah mencecah jutaan ringgit. Sesiapa yang ingin memenanginya hanya perlu menghubungi nombor-nombor telefon atau talian yang dinyatakan.
Peserta yang menghubungi nombor itu menghabiskan sepuluh atau seratus atau kadang-kadang mencecah ribuan ringgit, dengan angan-angan untuk berjaya mendapatkan hadiah yang lumayan, kereta-kereta mewah dan segala apa yang telah diiklankan.
Hukum Islam di dalam pertandingan seumpama ini yang disertai oleh manusia yang berharap hanya membayar sedikit tetapi mendapat keuntungan yang banyak, adalah haram tidak harus untuk umat Islam menyertainya apatah lagi untuk mempromosinya.
Majma' Al-Fiqh Al-Islami (Akademi Fikh Islam) juga telah membuat ketetapan bahawa bayaran kepada bil telefon / talian untuk memasuki pertandingan adalah tidak harus dari segi syara' (haram) jika sekiranya bayaran tersebut atau sebahagian darinya dimasukkan di dalam nilai hadiah sebagai menghalang dari mengambil harta manusia secara batil.
Pertandingan seperti ini adalah merupakan salah satu dari jenis-jenis judi ataupun Al-Maisir menurut bahasa Al-Quran yang disertai oleh beribu-ribu/berjuta-juta orang yang mahu mengejar kemenangan untuk mendapatkan wang yang bernilai sejuta ataupun yang kurang darinya dengan kadar bil telefon yang dibayar, dengan andaian akan menang ataupun kalah. Majoritinya mengalami kekalahan dan hanya seorang dari sejuta atau dari beberapa ribu orang yang memenanginya.
Sebab pengharaman yang jelas kepada pertandingan atau peraduan ini dan digolongkan di dalam perjudian ialah kerana perserta yang menghubungi atau menggunakan talian telefon untuk menyertainya membayar setiap minit dengan bayaran yang lebih dari caj bayaran yang biasa. Begitupun jika sekiranya peserta membayar dengan caj bayaran yang biasa pun termasuk juga di dalam judi kerana dia membuat panggilan dan sanggup membayar bil telefon itu dengan tujuan untuk memperolehi kemenangan.
Perjudian di sini ialah apabila syarikat yang menaja wang di dalam iklan-iklan dan menyediakan peraduan/pertandingan menunggu wang yang datangnya dari caj bayaran telefon/talian.
Jikalau sekiranya para penaja pertandingan memberikan sesuatu (menjadikannya hadiah untuk dimenangi) dari apa yang mereka iklankan, ini adalah termasuk di dalam harta judi yang diharamkan.
Memang benar orang yang kalah tidak kalah dengan kerugian yang banyak, tetapi apa yang diambil kira adalah prinsip dan bukanlah kepada nilai kerugian. Yang pentingnya peserta telah memasuki proses perjudian, dengan harapan untuk menang dan menjadi jutawan sekelip mata.
Di samping itu, syarikat-syarikat yang menganjurkan peraduan, pertandingan atau yang seumpamanya ini berjaya mengumpulkan berlipat kali ganda hasil dari kadar bayaran yang dikenakan kepada peserta, kerana jumlah mereka terlalu ramai. Dari satu sudut, syarikat-syarikat ini telah mengambil wang manusia lain secara batil ataupun dengan ungkapan yang jelas operasi pencurian yang diyakinkan dan disaluti dengan pertandingan atau peraduan.
Islam mengharamkan Judi ataupun Al-Maisir seharam-haramnya dan Allah mengiringkannya dengan arak di dalam Al-Quran dan menjadikannya bersama arak, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang maksudnya :-
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Al-Maidah : 90)
Ini menunjukkan bahawa ia tergolong di dalam perkara haram yang terbesar dan bukannya yang kecil. Ia diharamkan kerana untuk memelihara manusia dari angan-angan dan impian yang palsu yang didirikan tanpa asas.
Apa yang menyedihkan pertandingan ataupun peraduan seumpama ini begitu melata di dalam masyarakat umat Islam yang sangat diingkari dan diharamkan Islam. Inilah yang telah diingatkan oleh Saidina Ali r.a dahulu kepada anaknya Hassan di dalam wasiatnya "Jauhilah dari berharap kepada impian, sesungguhnya ia adalah barang-barang orang yang estupido"
Dan penyair berkata "Janganlah kamu menjadi hamba angan-angan, kerana angan-angan adalah modal orang muflis"
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 16, 2004 22:05:48 GMT 8
Di Sebalik Permainan
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.
Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan etakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 19, 2004 20:36:25 GMT 8
Aku Hanyalah Seorang Hamba --------------------------------------
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... Adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.
Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 23:37:10 GMT 8
SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu.
Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.
Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu.
Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. "Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya. Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah.
Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari.
Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!
semoga kita sama2 dapat ambil iktibar dari kisah ni......
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 29, 2004 21:15:03 GMT 8
Mahu sihat seperti Rasulullah? ------------------------------------------- Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ."(HR Muslim) Bagaimana agar senantiasa sehat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut : SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara shubuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB - Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari JUmát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim) TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan GEMAR BERJALAN KAKI Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung TIDAK PEMARAH Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon - Segeralah berwudhu - Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT TAK PERNAH IRI HATI Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Wassalam
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 1, 2004 13:01:27 GMT 8
Murtad dari PEMIKIRAN -----------------------------
Seorang dari Pranchis datang mengerjakan Ibadat haji di Mekah. Ia juga nak mencari pengalaman melihat sendiri bagaimana mayat orang orang Arab dikebumikan. Dia pun diizinkan bersama sama orang yang menguruskan mayat (kalau ditempat kita dipanggil "penggali kubur"). Biasanya mayat yang telah seminggu, setelah kecut, dipindahkan ke tempat lain, bagi membolehkan mayat baru ditempatkan disitu. Tapi yang peliknya pada hari itu, mayat yang diletakan disitu seminggu dalu, telah bertukar orang. Sebenarnya mayat tersebut adalah seorang Lelaki Arab, tetapi sekarang seorang remaja wanita Peranchis. Kampung si pelawat tadi. Dia terkejut besar, setahunya wanita ini seorang Kristian, bukan Islam bila pula dia meninggal?? Untuk kepastian, saudara kita ini balik kekampungnya bertemu dengan keluarga wanita tadi. Keluarganya memberitahu bahawa anaknya itu baru seminggu meninggal dunia dan dikebumikan diperkuburan Kristian, kerana tiada tanda dan tiada berita ia masuk Islam. Mereka pun untuk lebih pasti bersama keluarga wanita tersebut pergi menggali kuburnya dan amatlah terperanjat mendapati mayatnya telah tiada tetapi mayat seorang lelaki Arab pula disitu!!?? Apabila diselidik dari kawannya, didapati wanita ini telapun memeluk Islam secara senyap tanpa pengetahuan keluarganya. Hal ini tidaklah menghairankan sangat. Yang hairan sekali, kenapa si Arab yang Islam ini, berada dikubur Kristian??? Maka ia pun kembali ke Mekah bertemu isteri simati nak tahu kalau-kalau ia tahu mengapa terjadi demikian. Isterinya setelah berfikir sejenak, mengatakan...Pada suatu malam, setelah berjimak, suaminya berkata "Yang bagusnya agama Kristian adalah setelah berjimak, mereka tak payah mandi macam kita yang Islam ni" .... Tuan/puan, satu sahaja amalan kufar kita setujui dengan hati dan fikiran kita, maka lihat kesannya. Didunia tersenarai dalam senarai Islam tetapi diakhirat dalam senarai Kafir.Nau'zubillah.
SESATNYA SHEIKH ABDULLAH AL-ANDALUSI Cerita ini lagi ngeri ..
Kisah dari Sepanyol Seorang Sheikh (Tuk guru), dengan serombongan anak muridnya membuat perjalanan darat untuk menunaikan fardu Haji ke Mekah. Sampai di suatu perkampungan Majusi penyembah api, timbul dihati Sheikh ini suatu pemikiran yang sangat membenci dan menghina ahli kariah tersebut yang beragama Majusi. Ditakdirkan semasa berkhemah dipergigian sungai, Sheikh ini ternampak seorang gadis sedang kesungai. Wajahnya yang ayu, memikat hati Sheikh ini. Timbul dihatinya ingin mengahwini gadis tersebut. Dia pun bersama tongkatnya mengekori hingga kerumah wanita tersebut. Berjumpa keluarga wanita tersebut, Bapanya memberi syarat yang ketat iaitu, kamu boleh kahwin dengan anak aku tapi kamu mesti 1. Gembala ternakan aku (kinzir).
2. Ikuti cara hidup kami. Dia pun setuju dan terus bernikah dengan wanita tersebut. Wanita tersebut tidak pun masuk Islam. Hiduplah ia sebagai pengembala kinzir dengan tongkat yang digunakan dimimbar khutbah Jumaat setiap minggu, bergelumang dengan hama nan najis kinzir.Setiap petang ia mandi disungai dan kembali kerumah. Akan hal anak buahnya, mencari-cari dimanakah Tuk guru mereka. Akhirnya dengan perasaan yang hampir tak percaya dan ada yang nak pengsan melihatkan tuk guru mereka berkeadaan begitu. Puas dipujuk rayu, tapi hampa belaka. Mereka pun meninggalkannya meneruskan perjalanan ke mekah. Disana mereka terus menerus berdoa dihadapan Ka'abah, solat hajat, baca yaasin, memohon pertolongan Allah. Setelah selesai kerja Haji, mereka pun kembali melalui jalan yang sama. Semasa mereka merentas sungai kampung Majusi, mereka terlihat Tuk guru mereka berenang-renang bersama tongkatnya kesayangannya kehulu, kehilir. Ribuan Hadith dan Al-Quran yang dihafalnya semuanya telah dilupai kecuali satu ayat sahaja yang bermaksud "jangan putus asa terhadap rahmat Allah" itulah ayat yang diulang-ulang semasa ia berenang-renang itu. Muridnya bergegas menghampirinya dan memimpinnya membawanya bertaubat, Islamkannya semula dan akhirnya meninggalkan kampung tersebut. Sheikh ini betul-betul menyesal atas perasaan dan pemikirannya yang lalu yang menyebabkan tercabut hidayah dari hatinya. Kita juga boleh ambil iktibar bagaimana BARSISA seorang Sheikh hebat yang muridnya ramai yang boleh terbang dengan ilmu yang diajarinya. Oleh kerana ingin masyhur, serta ingin kelebihan, sanggup rerjebak dengan dosa-dosa besar, seterusnya hilang pertimbangan mengikut arahan syaitan DAN MATI MURTAD.Nau'zubillah..
Semuga cerita diatas menjadi iktibar buat kkita..... Wassalam.
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 21:56:13 GMT 8
Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya. Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu. Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa .....sila-silakanlah...... Wassalam. Tolong edarkan e-mail ini kepada semua muslimin & muslimat. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. bersabda, sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 10, 2004 19:51:48 GMT 8
Keajaiban Kejadian Tubuh Manusia
*tubuh kasar manusia terbentuk hasil gabungan dari 60 ~ 75 trillion sel yg berbagai bentuk dan saiz.
* Sel2 ini bergabung utk membentuk Tisu ~ lalu membentuk -> organ (buah pinggang / paru2 / jantung / hati dll dan gabungan serta rantaian ini membentuk pula -> Sistem (perkumuhan / pembiakan / dll)
* Terdapat 9 Sistem utama tubuh iaitu – Saraf (nervous) / Imunisasi (immune) / Pernafasan (respiratory) / Usus (intestinal) / Peredaran ( circulatory) / Kencing ( urinary) / Pencernaan ( digestive) / Kelenjar (glandular) dan Kerangka tubuh ,sturktur ( structural).
*70% dari tubuh adalah air ~dikelaskan kpd 3 bhg terbesar air # organan (organan – lemak & gula ) # bukan organan (bukan organan – calsium /megnesium / ferum dll (mineral) ~ kesemua ini bhn penting berfungsi utk membena / membentuk darah.
*umur utk tiap Sel adalah pendek (short duration) ~beribu2 musnah & diganti baru pada satu2 masa ~bhn2 perlu utk pembaharuan Sel dibawa oleh Sel darah melalui saluran darah (bertugas sebagai sistem pengankutan dan menyebarkan zat keserata bahagian tubuh).
*kiranya darah kekurangan bhn2 perlu bagi Sel / atau seseorg mengalami masalah kekurangan darah/ proses pembaharuan Sel akan terancat ~ Sel2 menjadi kurang subur / kurang daya tahan ( lemah dan mudah dijangkiti / diserang penyakit) ~ini menggalakkan timbulnya berbagai jenis penyakit.
*Benda mati akan binasa (destruction) -> virus & kuman akan hidup/ membiak didlm sel2 mati ~ seperti bangkai haiwan / tumbuhan yg mengalami proses pereputan lalu – binasa. Keadaan ini menghasilkan gas spt posphate /nitrogen /hidrogan ( toksid ) – melalui perkumuhannya.
* Sel2 mati diserap keluar melalui saluran darah ke buah pinggang -> lalu dikumuhkan ~ kiranya terlalu banyak bahan2 toksid ini dlm tubuh badan,ia membentuk mendapan beracun ~lama kelaman ia memcetuskan gejala kecil spt sengal2 sendi / sakit2/ bisa2 badan / kudis / bernanah.
*Lanjutan dari ini (jika tidak mendapat rawatan serta peka dlm menjaga kesihatan) ~ toksid ini merubah sifat2 sel2 hidup yg lain menjadi sel2 baru yg asing (abnormal sel)
*Semakin lama jumlah sel2 asing ini (Anormal Sel) menjadi semakin banyak lalu membesar dari dlm dan menonjol keluar tubuh sebagai -> ketumbuhan / kudis / tumor / kenser / kerosakan buah pinggang / paru2 / ulser.
* Sel yg tidak subur menyebabkan ketidak suburan Tisu juga mengganggu kesuburan Organ kerana setiap satunya saling bergantungan kpd satu sama lain -> lalu ini menyebabkan juga gangguan kepada Sistem Tubuh.
* Kiranya Sel2 yg rosak ini, tidak diberi rawatan yg sempurna -> tidak dibersihkan dari bhn2 mendapan / beracun ~ tubuh badan akan menderita sakit
*Walaupun keadaan tubuh kasar (fizikal) tidak menunjuk apa2 yg pelik seseorg itu tetap mengeluh menyatakan ia masih tidak sihat ini membuktikan dgn jelas bahawa :dalam tubuh itu sedang sakit / ada sesuatu yg tidak kena pada tubuh badan tersebut.
* penyakit selalunya bersembunyi dlm tubuh. tidak semestinya seseorg itu benar2 sihat jika tiada apa2 keganjilan pd fizikal tubuh.
*Penyakit mengambil masa 5 – 10 thn utk menzahirkan diri (menjadi kronik).
* Sebelumnya `ia’ (idapan / penyakit itu) telah memberi byk tanda yg selalunya tidak disedari / tidak dihiraukan / tidak tahu.
* Pada peringkat permulaan gejala timbul -> kita akan mula terasa dari dlm badan – tidak selesa / letih / kurang/lebih selera makan / perubahan gaya sistem badan – kerap terkencing / mengantuk / mengah dll
*peringkat ke ii -> perubahan fizikal – kaki bengkak / kebas2 / kudis yg tidak sembuh/ bentuk fizikal mula berubah dll
* pd peringkat ini, gangguan fungsi tubuh, ia dipanggil semboyan (atau tanda isyarat terakhir)
* Pada peringkat terakhir perubahan fizikal tubuh ( sakit yg sangat teruk / muntah darah / dll ) -> pada ketika ini sesuatu penyakit selalunya sudah berada pada tahap kronik.
* Kadangkala sesuatu penyakit itu ketika dikesan / disedari sudah dalam keadaan yg parah dan sesetengah kes pesakit tidak lagi dapat diselamatkan atau pesakit boleh dipulihkan dengan menjalani rawatan yg panjang atau mengalami kecacatan kekal.
|
|
Kurt Cobain
Senior Student
Kejiwangan adalah hak milik setiap insan
Posts: 281
|
Post by Kurt Cobain on Feb 10, 2004 19:54:50 GMT 8
sumer tuh kuasa Tuhan,dia maha berkuasa dan tiada tandingannya
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 11, 2004 20:45:27 GMT 8
Sekadar renungan ==============
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?
Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu,
"Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis,
"Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
***************************************** "Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar." -surah Al-Israa', ayat 9.
Nota : Moga dengan apa yang kita baca diatas tadi dapat dijadikan panduan & ikhtibar .....
Wassalam
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 14, 2004 15:27:59 GMT 8
Jin ===
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu (sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya) ,perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di adapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang,terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai... .orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi... .
11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.
12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya
13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.
14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.
15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.
16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.
17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 17, 2004 11:55:52 GMT 8
Bimbingan Rohani Sebuah renungan disaat kematian menjelangLidah kelu disaat kematian,kematian pasti menjelma, hanya masa dan Waktunya yang tidak kita ketahui, Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang nazak (Hampir ajal) tidak dapat berkata-kata apa-apa, Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakratul maut.
Diriwayatkan dari sebuah Hadis Rasullullah SAW , yang bermaksud :- "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika Azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya".
Ini jelas menunjukan kita disarankan agar mendiamkan diri, Jangan berkata apa-apapun semasa Azan berkumandang.Sebagai Orang muslimin dan muslimat, kita wajib menghormati Azan , Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri ,Mengapa Azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!!
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika Azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak,kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba,maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah"LaailahaiAllah...", yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut, Allah menjanjikan Syurga untuknya.
Dari itu, marilah kita sama-sama menghormati Azan, dan bermohon kepada Allah agar lidah kita tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.
"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkanlah lidah kami untuk mengucapkan Kalimah "LaailahaillAllah..."
semasa sakratul maut menghampiri kami....Amin....amin...Ya Rabbal aa'alamin ...".
Wasalam
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 17:40:52 GMT 8
Islam Sains & Teknologi: Al-Quran tolak pendapat Adam tidak sempurna
DALAM susunan tumbuhan dan haiwan, wujud gambaran yang menakjubkan iaitu beberapa persamaan bentuk dan susunan yang teratur mengikut darjat kerumitannya peringkat demi peringkat. I k l a n
Contohnya, dari sel (tumbuhan) yang mudah seperti rumpai-rumpai (alga) atau monera hingga tumbuhan yang kompleks seperti pokok kayu.
Dalam alam haiwan juga wujud susunan seperti itu dari sel yang mudah seperti amoeba hingga organisme yang kompleks seperti monyet.
Firman Allah bermaksud: “Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedangkan sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki.” (Suran an-Nuur, ayat 25)
Menurut tafsir Mohd Ali-Saabuni: “Allah telah mencipta semua jenis haiwan dengan pelbagai macam sifatnya daripada satu jenis air (menunjukkan keesaannya) yang diturunkan dari langit.
“Ada jenis haiwan yang berjalan atas perutnya seperti ular. Ada yang berjalan atas dua kaki seperti burung, ada yang berjalan atas empat kaki seperti kerbau atau kambing. Allah telah menyebut ular dulu kerana cara ia berjalan lebih menakjubkan.”
Ayat di atas menunjukkan bahawa penciptaan semua jenis binatang adalah dari air berlainan dengan ciptaan manusia yang dibentuk dari tanah liat.
Ini bermakna ada dua unsur asli sebagai asas bahan penciptaan, iaitu air bagi haiwan dan tanah liat bagi manusia.
Menurut Islam semua manusia adalah dari Nabi Adam dan baginda dicipta daripada at-Tiin (tanah liat).
Islam membezakan ciptaan manusia daripada haiwan. Sebaliknya dari pandangan ahli sains berfahaman ateisme manusia adalah sebahagian daripada haiwan. Oleh itu, mereka membuat anggapan tambahan iaitu manusia berasal dari jenis haiwan iaitu kera besar.
Ini berbeza dengan pandangan Dr Maurice Bucaille yang mengutarakan Teori Evolusi Kreatif.
Dr Bucaille dalam bukunya What Is The Origin Of Man? Edisi 1982, dicetak dalam bahasa Melayu bertajuk Asal Usul Manusia oleh Thinker's Library Sdn Bhd, Malaysia (1987) mengutarakan pernyataan berikut:
Evolusi sebagai satu fakta tidak boleh disangkalkan lagi.
Evolusi secara kreatif tetap berlaku di kalangan haiwan. (Muka 12Ed. 1982)
Evolusi kreatif spesies manusia terjadi secara terpisah daripada keturunan.
Pendapat beliau bersandar kepada pandangan ahli zoologi Perancis, PP Grasse yang percaya kepada evolusi kreatif bagi haiwan dan manusia.
Dia mengutarakan teori bahawa manusia adalah daripada keturunan rangka prototaip manusia seperti Cromagnun, Australopithecus dan Neanderthal. (Ibid. Muka 12)
Evolusi kreatif di sisi manusia adalah melalui pembentukan gen baru, yang mengambil masa yang lama. (Muka 79 & 81: Edisi 1982)
Teori kreatif P P Grasse yang berasaskan kepada pembentukan gen baru tidak boleh didemontrasi atau ditunjukkan berlaku di makmal melalui sebarang uji kaji sains (Muka 83; Edisi 1982)
Adalah jelas bahawa pendapat P P Grasse belum ada nilai sains dan masih di peringkat kepercayaan. Tetapi yang penting dalam teori ini, ia tidak percaya bahawa Nabi Adam adalah manusia moden yang tersempurna berakhlak mulia dan bapa kepada sekalian manusia.
Menurut al-Quran, Nabi Adam dicipta daripada tanah liat dan bukan prototaip manusia.
Allah menegaskan bahawa Dia mampu membuat sesuatu dalam tempoh sekelip mata (al-Qmar, 50) melalui firman-Nya bermaksud: “Jadilah, maka terjadilah ia." (Surah Yassin, ayat 82)
Permulaan ciptaan manusia dan alam semesta serta kebangkitan manusia pada hari kiamat adalah terkeluar daripada kaedah sains biasa. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama." (Surah Yaasin, ayat 79)
Bagaimana ahli sains Barat menafsir kewujudan alam?
Pada amnya ada dua kumpulan ahli sains di Barat yang memberi penafsiran berlainan terhadap alam yang wujud.
Dalam kumpulan pertama, kebanyakan mereka bersifat ateis menafsirkan bahawa:
Perhubungan antara satu peringkat haiwan yang mudah dengan peringkat haiwan yang lebih kompleks adalah melalui proses evolusi.
Ini adalah andaian kerana hampir 100 tahun lamanya mereka masih mencari bukti yang kuat dan yang boleh diuji. Setakat ini bukti yang mereka utarakan adalah kabur dan banyak darinya mempunyai tanda soal.
Kumpulan kedua, kebanyakannya saintis beragama Kristian menafsirkan:
Semua organisme yang wujud di semua peringkat kehidupan telah dicipta secara mendadak (spontaneous) serta sempurna daripada awalnya dan pada masa sama atau zaman berlainan.
Mereka menganggap Nabi Adam sebagai manusia (Homo sapiens) yang pertama dicipta dengan kudrat Allah yang luar biasa, bentuknya tersempurna seperti masa kini.
Al-Quran telah menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah selaras dengan pendapat ahli sains dari kumpulan kedua ini.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (Surah at-Tiin, ayat 4)
Malaikat sujud kepada Nabi Adam selepas dicipta oleh Allah sebagai tanda penghormatan yang agung.
Bukan kerana Adam itu sendiri, tetapi disebabkan Adam adalah makhluk (ciptaan) Allah yang teragung.
Berkata malaikat: melalui firman Allah bermaksud: “Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah, ayat 32)
Kalaulah Nabi Adam adalah ‘homo erectus’, sejenis orang purba yang mempunyai otak yang belum sempurna, belum boleh dikatakan Adam itu suatu ciptaan yang teragung dan diberi pangkat sebagai nabi Allah.
Allah telah melantik Nabi Adam sebagai khalifah di bumi ini.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ini...” (Surah al-Baqarah, ayat 30) dan “Telah mengajar Nabi Adam nama-nama benda seluruhnya...” (Surah al-Baqarah, ayat 31).
Inilah suatu keganjilan manusia iaitu mereka boleh menuntut ilmu.
|
|