|
Doa
Jan 4, 2004 21:19:16 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 21:19:16 GMT 8
Bila Doa mudah dan cepat dimakbulkan? --------------------------------------------------- Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subahanahu Wataala. Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya. Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tiadak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu. Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan? Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah: - Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.
- Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
- Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.
- Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.
- Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.
- Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.
- Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.
- Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan.
Diantaranya: 1.Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu. 2.Ketika Lailatulqadar. 3.Hari Arafah. 4.Di bulan Ramadhan. 5.Hari dan malam Jummat. 6.Di antara azan dan iqamah. 7.Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan. 8.Ketika sujud di dalam sembahyang. 9.Ketika mendengar kokokan ayam. 10.Ketika waktu hujan. 11.Ketika meminum air Zam-Zam. 12.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam. 13.Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan. Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu sengan". Hadis riwayat at-Tirmidzi)
|
|
|
Doa
Jan 5, 2004 20:36:13 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 20:36:13 GMT 8
Masa Dan Tempat Beristighfar ---------------------------------------
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan dan menyarankan kepada kita tempat dan masa yang sesuai untuk mengamalkan istighfar agar diperkenankan oleh Allah S.W.T. Di antara tempat-tempat dan masa-masa yang dimaksudkan ialah:
1.Sepanjang hari dan masa Rasulullah bersabda; "Wahai manusia bertaubatlah kepada Allah sesungguhnya aku sahaja yang bertaubat kepada Allah sebanyak seratus kali sehari" H.R. muslim.
2.Sesudah mengerjakan sesuatu dosa Rasulullah bersabda; "Tiadalah seseorang hamba yang berdosa, kemudian ia terus berwudhu dan mengerjakan sembahyang dua rakaat serta memohon keampunan di atas dosanya itu melainkan Allah akan mengampuninya" Riwayat Abu Daud
3.Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis Rasulullah bersabda; "Barangsiapa duduk di dalam sesuatu majlis dan berlakunya kesibukan dan perbicaraan, sebelum ia meninggalkan majlis itu lalu ia membaca: "Maha suci Engkau wahai Tuhanku Ya Allah dengan segala puji bagiMu aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Engakau, aku memohon ampun kepada Mu dan aku bertaubat : pastinya Allah menutup dosanya yang terjadi di dalam majlis itu." H.R Turmidzi
4.Dikala berbuka puasa Rasulullah bersabda; " Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu dengan rahmat-Mu yang amat luaskan mengampunkan dosaku" H.R Ibnu Sunni.
5.Ketika bersahur Rasulullah bersabda; "Tuhan kami turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu waktu sepertiga akhir malam. Dia berfirman "Siapakah yang akan berdoa supaya aku perkenankan dan siapakah yang akan meminta ampun supaya aku ampuni" H.R Muslim
6.Ketika keluar dari tandas. Rasulullah bersabda "Aku mohon keampunanMu wahai Tuhanku" H.R Ibnu Majah.
7.Ketika mengambil wuduk Rasulullah bersabda; "Tuhanku ampunilah segala dosaku, luaskanlah (lapangkanlah) rumahtanggaku dan berkatilah rezeki untukku" H.R.Nasai
8.Sesudah mengambil wuduk Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku jadikanlah aku orang yang bertaubat dan suci bersih, Maha suci Engkau yang maha Terpuji, aku mengaku tiada Tuhan selain Engkau dan aku mohon ampun serta kepada Engkau aku bertaubat" H.R At-Tirmidzi
9.Ketika masuk masjid Rasulullah bersabda; " Wahai Tuhanku ampunilah dosaku dan bukalah bagiku pintu rahmatMu" H.R Ibnu Sunni.
10.Ketika keluar dari masjid Rasulullah bersabda; " Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan bukakanlah pintu-pintu keutamaan" Ibnu Sunni.
11.Ketika terbenam matahari Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku permulaan malam-Mu telah menjelma, siang-Mu telah pergi sedang gema muazzim telah kedengaran, maka ampunilah dosaku" Abu Daud dan At-Tirmidzi.
12.Ketika mendengar azan maghrib Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku ini telah mendatangkan malamMu dan berlalu siangMu dan ini suara penyeruMu, maka ampunilah aku" Abu Daud.
13.Selepas takbiratul ihram. Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku ampunilah dosaku, tunjukilah dan berilah rezeki kepadaku."
14.Ketika rukuk. Rasulullah bersabda; "Maha suci Engkau wahai Tuhanku.Tuhan kami seraya memujimu Wahai Tuhanku ampunilah dosaku" H.Bukhari
15.Ketika Iktidal Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku ampunilah dosaku, tunjuki dan berilah rezeki kepadaku dan aku berlindung dengan-Mu dari kesempitan dunia dan akhirat" Abu Daud.
16.Ketika sujud Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku ampunilah dosaku baik yang halus mahupun yang kasar, yang awal atau akhir yang terang atau tersembunyi." H.R Muslim.
17.Ketika duduk antara dua sujud Rasulullah bersabda; Wahai Tuhanku ampunilah dosaku, rahmati aku dan tutuplah segala aibku, angkatlah kedudukanku, berilah rezeki bagiku, tunjukilah aku dan afiatkalah aku" Riwayat Au Daud
18.Sesudah tasyahud (tahiyyat akhir) Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku telah meng-aniayai diriku sendiri dengan cara yang aniaya, tiada siapa pun Tuhanku yang dapat mengampuni aku kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan yang sebaik-baiknya dari sisi-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Bukhari.
19.Sesudah memberi salam akhir sembahyang Rasulullah bersabda; "Aku memohon ampun kepada Allah Tuhan yang Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia yang sentiasa hidup dan menguruskan hamba-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya" Muslim.
20.Ketika minum air zam-zam. "Wahai Tuhanku aku meminumnya untuk Engkau ampuni dosaku atau untuk engkau perbuat terhadap diriku, maka ampunilah aku atau penuhilah hajatku"
21.Ketika minta hujan Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku Engkau menyuruh kami supaya berdoa kepada-Mu dan Engkau berjanji akan perkenankan doa kami. Kami telah berdoa kepadamu sebagaimana engkau perintahkan, perkenankanlah doa kami seperti mana Engkau janjikan.Curahkanlah nikmat kepada kami dengan memgampunkan dosa yang telah kami kerjakan dan menerima permohonan kami untuk menyirami kami dengan keluasan rezeki kami". Riwayat Abu Daud
22.Ketika gerhana matahari. Apabila kamu melihat gerhana segeralah kamu menyebut nama Allah, mendoakan kepadanya dan memohon keampunan" H.R Bukhari.
23.Ketika bertemu sahabat "Apabila bertemu dua orang Muslim lalu berjabat tangan dan sama-sama memohon keampunan maka Allah akan mengampuni kedua-duanya". Riwayat Abu Daud
24.Ketika sedang marah Rasulullah bersabda; "Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk. Ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk itu". Riwayat Bukhari dan Muslim
25.Ketika hati resah dan gelisah Rasulullah bersabda; "Barang siapa selalu beristighfar pada-Nya maka Allah akan melapangkan kesempitan dan melenyapkan keresahan mereka" Abu Daud.
26.Ketika hendak tidur Rasulullah bersabda; "Dengan nama Allah aku letakkan tubuhku dan ampuni aku dan binasalah syaitan-syaitan yang menggodaku serta lepaskan rantai yang membelengguku dan masukanlah aku dalam golongan darjat yang tinggi" Abu Daud.
27.Ketika bangun dari tidur Rasulullah bersabda; "Wahai Allah kau tambahkanlah ilmu dan janganlah pesongkan hatiku setelah Engkau memberi petunjuk dan kurniakanlah rahmat untukku disisi Mu dan Engkaulah yang amat banyak memberi pemberian" Abu Daud
28.Ketika diakhir khutbah jumaat dan ceramah Rasulullah bersabda; "Aku ucapkan khutbahku ini kemudian aku me-mohon keampunan dari Allah untukku dan kamu semua"
29.Ketika menziarahi jenazah. Rasulullah bersabda; "Wahai Tuhanku ampunilah dosaku dan dosanya dan berikanlah padaku darinya ganti yang baik". Riwayat Muslim
30.Ketika sembahyang jenazah Rasulullah bersabda; "Ya Allah ampunilah, rahmatilah sejahterakan muliakanlah kedatangannya, luaskan tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air, salji dan embun daripada kekotoran……" Riwayat Muslim
31. Ketika menguburkan jenazah Rasulullah bersabda; "Mohonkanlah keampunan dari Allah untuk saudaramu yang dikuburkan ini dan teguhkan dia dalam menjawab soalan yang dinyatakan kepadanya" Riwayat Abu Daud
|
|
|
Doa
Jan 12, 2004 20:35:24 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 20:35:24 GMT 8
Keistimewaan doa ketika sujud ----------------------------------------
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. yang biasa emanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam :- Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di alamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imamyang benar,ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia),segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api nerakaselain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Doa
Jan 15, 2004 10:27:03 GMT 8
Post by jaga_um on Jan 15, 2004 10:27:03 GMT 8
"May Allah's Love Stay In Our Hearts"
1 Minute for Allah
Step 1:
Say with your heart and tongue:
*SUBHANA'LLAH *ALHAMDULI'LLAH *LA I LAHA ILLA'LLAH *ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRU'LLAH *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA UHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Step 2:
Contemplate in their meaning sentence by sentence and word by word
Step 3:
Forward this email onto at least seven other people
Result 1:
Within hours you have caused a multitude of people to remember, praise and glorify The Almighty ALLAH
Result 2:
Within hours you have caused a multitude of people to Salute, pray for and glorify the Prophet (P.B.U.H.)
Result 3:
Within hours at least seven people would have prayed for you with Angels saying AMEEN, INSHA'A'LLAH NOW.......... Sit back and watch the power of ALLAH work in your life for doing the thing that you know HE loves.
^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^->.._....,-^-
BENIFITS OF AAYATUL QURSI
1) RECITE AAYATUL QURSI AT THE TIME OF LEAVING HOUSE BECAUSE 70000 ANGELS PROTECT PERSON FROM LEFT, RIGHT, FRONT AND BACK AND IF A PERSON DIES BEFORE RETURNING HE WILL GET 70 MARTYRS REWARD. 2)RECITE AAYATUL QURSI 40 TIMES EVERY DAY AT THE TIME OF SUNSET, PERSON WILL GET REWARD OF 40 HAJJ. 3)RECITE AAYATUL QURSI EVERY NIGHT AT BED, THIS CREATES ONE ANGEL WHO WILL GUARD THE PERSON TILL MORNING. 4) RECITE AAYATULQURSI EVERY TIME AFTER DOING ABLUTION (WUZU) THIS WILL RAISE PERSON 40 TIMES IN RANK FROM EACH WORD. 5)RECITE AAYATUL QURSI EVERY TIME AFTER RETURNING HOME BECAUSE IT KEEPS AWAY POVE! RTY.
PASS THIS INFORMATION TO ALL MUSLIM BROTHERS AND SISTERS AND EARN VIRTUE.
^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^--^-,._.,-^--^-,
The following message in the next seven days should reach at least FIVE MILLION Muslims all over the world, Insha-Allah. Please forward this message TODAY to your friends and relative and earn abundant Rewards from Allah Subhanawatala.
SAYINGS (HADITH) OF PROPHET MUHAMMAD (Sallallaahu alaihi wa sallam)The one who disdains the prayers will receive Fifteen punishments from Allah.
Six punishments in this lifetime
Three while dying Three in the grave & Three on the Day of Judgment.
THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE:
1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate) 2.Allah does not accept his plea (Dua's) 3.Allah erases the features of good people from his face. 4.He will be detested by all creatures on earth. 5.Allah does not award him for his good deeds. (No thawab) 6.He will not be included in th! e Dua's of good people.
THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING:
1. He dies humiliated. 2. He dies hungry. 3. He dies thirsty. Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.
THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE:
1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other. 2. Allah pours on him fire with embers. 3. Allah sets on him a snake called "the brave", "the bold" which hits Him from morning until afternoon for leaving Fajr prayer, from the afternoon until Asr for leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground.
THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT:
1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face. 2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down. 3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell.
Note: If you get this copy, please make copies of it and distribute them among all Muslims. Y! ou will be earning a Reward as well as helping to show your brother the Right Path. May Allah give guidance to all of us.
AAMEEN!!!!!!!
----------------------------------------------
THOSE WHO DO NOT SAY THEIR PRAYERS OF:
FAJAR: the glow of their face is taken away. ZOHAR: the blessing of their income is taken away. ASAR: the strength of their body is taken away. MAGHRIB: they are not benefacted by their children. ISHA: the peace of their sleep is taken away.
-----------------------------------------------------------------
THE HOLY QUR'AN:
Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".
"Namaz Parh Is Se Pehle Ke Teri Namaz Parhi Jaye".
----------------------------------------------------------
|
|
|
Doa
Jan 15, 2004 20:40:37 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 20:40:37 GMT 8
Dibacakan keseluruhan SURAH AL-BAQARAH. Sekali aje sebelum berpindah masuk ke dalam rumah yang ingin diduduki itu. Dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala, "penghuni nakal" dalam rumah itu akan keluar daripada rumah itu.
"Penghuni nakal" : Jin & Syaitan yang menggangu
* Sumber : YB Ustaz Dato' Ismail Kamus
p/s: Jika tidak kemungkinan baby menangis tak henti2, kita rasa serabut tak tenang, asyik nak gadoh dengan pasangan, jiran dll masalah. Ini disebabkan gangguan drp. makhluk tu....
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Doa
Jan 16, 2004 15:09:49 GMT 8
Post by jaga_um on Jan 16, 2004 15:09:49 GMT 8
Marilah kita sama2 baca doa dibawah ini sekurang2nya dapat membantu orang2 islam yang tak berdosa di Iraq.Sampaikan dan panjangkan doa ini pada kawan2 di internet diseluruh Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan dimana sahaja yang memahami Bahasa Malaysia. InsyaAllah kita dapat keberkatan dan pahala walaupun hanya ini sahaja yang mampu kita lakukan. InyaAllah.
Al Fatihah..
Bismilahirahmanirahim.
"Ya Allah, tolonglah tentera-tentera Muslimin dan tentera-tentera yang mengEsakan Mu dan binasakanlah orang-orang kafir dan orang-orang yang menceroboh dan pembawa-pembawa Bida`ah dan orang-orang yang menyekutukan Mu dan hancurkanlah musuh-musuh kami dan musuh-musuh agama Mu (Islam) dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Allah sekelian alam.Ya Allah, pecahkanlah kumpulan-kumpulan mereka dan bubarkanlah himpunan mereka dan kurangkanlah bilangan mereka dan goncangkanlah kaki mereka dan turunkanlah siksa yang pedih keatas mereka dengan kekuasaan Mu wahai Tuhan Yang Maha Agong. Ya Allah ya Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi kaum kafir, dan orang-orang yang dilaknati Allah. Bukakanlah pintu hati saudara seislamku yang menyeleweng balik kepangkuan Mu. Bukakalah pintu hati mereka untuk menyayangi saudara seislam yang sentiasa saling menyayangi. Ampunkanlah dosa-dosa kami dan matikanlah kami sebagai seorang Islam dan moga-moga Allah sejahterakanlah Penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam. dan keluarganya dan para sahabat-sahabatnya sekelian. Maha Suci Allah yang mulia daripada sifat-sifat kekurangan dan salam keatas Rasul-Rasul dan pujian yang sebenar adalah bagi Allah, Tuhan sekelian alam."
Amin, amin Ya Rabbal Alamin.
|
|
|
Doa
Jan 16, 2004 22:01:02 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 16, 2004 22:01:02 GMT 8
DOA WUDUK Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya: 1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah 2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri 3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan 4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri 5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala 6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll 7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali 8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.
"Sampaikanlah pesanku biar pun satu perkataan......"
|
|
|
Doa
Jan 20, 2004 23:39:00 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 23:39:00 GMT 8
Assalamulaikum...
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH Subhanahu wa ta'ala.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walamyu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu
kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang
kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik
ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Doa
Jan 21, 2004 11:38:35 GMT 8
Post by sha on Jan 21, 2004 11:38:35 GMT 8
DO'A PILIH JODOH
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ke tepian yang sejahtera dan abadi... Maka jodohkanlah kami...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan... Dia bukan milikku... Bawalah dia jauh dari pandanganku... Luputkanlah dia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhan yang Maha Mengerti... Berikanlah kau kekuatan... Menolak bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja yang merah... Agarku sentiasa tenang... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buatku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku... Di dunia dan akhirat... Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini... Janganlah engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah... Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat... Dan peliharalah kami dari azab api neraka... Amin...Amin...Ya Rabbal'aalamin
|
|
|
Doa
Jan 25, 2004 22:02:26 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 25, 2004 22:02:26 GMT 8
DO'A PILIH JODOHDengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha PenyayangYa Allah... Seandainya telah Engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ke tepian yang sejahtera dan abadi... Maka jodohkanlah kami...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan... Dia bukan milikku... Bawalah dia jauh dari pandanganku... Luputkanlah dia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhan yang Maha Mengerti... Berikanlah kau kekuatan... Menolak bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja yang merah... Agarku sentiasa tenang... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buatku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku... Di dunia dan akhirat... Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini... Janganlah engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah... Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat... Dan peliharalah kami dari azab api neraka... Amin...Amin...Ya Rabbal'aalamin wa...bagus doa nie...mekacih sha
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Doa
Jan 27, 2004 10:50:49 GMT 8
Post by sha on Jan 27, 2004 10:50:49 GMT 8
sbg panduan utk smue muslimin & muslimat........strider gak leh lagune do'a utk panduan strider..... ;D
|
|
|
Doa
Jan 29, 2004 21:24:51 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 29, 2004 21:24:51 GMT 8
KERBERKATAN YAASIIN by DR FATMA ELZAHRAA
Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..
Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat. Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak. Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut. Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur. Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri...Hati yang kering akan hidup semula. Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak. Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu. Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan. Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup. Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t. Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Ø Tiupan ke-dua - Hancur Ø Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar. Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya. Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt. Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini. Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
1. Selepas sembahyang subuh 2. 3 Jumaat berturut-turut 3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 4. Ayat 38 - 12x 5. Ayat 58 - 7x 6. Ayat 82 - 14x 7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan: Ø Yasin is the jantung of Al-Quran Ø Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran Ø Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin: o Child is sick o Feeling troubled. o Memudahkan urusan o Memudahkan perjalanan o As selusoh (to ease pain when giving birth) Ø Read Yasin (3x) over water Ø Read 3 Qul (three times each) Ø Fatihah Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x) Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Wajaalna...."
Ø Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.. Ø Lindungi diri dari dianiaya Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur Ø Baca Ayat 9 Ø Fatihah Ø Read 3 Qul (three times each) Ø Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...." Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.." Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari Ø Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..." Ø Jika sakit anggota Ø Tak tenang hati Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.." Ø Bila rasa sedih Ø Untuk menenangkan hati Ø Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..." Ø Tulang patah Ø Sakit sendi Ø Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.." Ø Jika mandul Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan Dry method o Sembahyang tahjud o Sembahyang hajat o Doa minta hajat o Baca ayat 100 x dengan yakin o Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan) o Seperti di atas o Bila baca ayat, tiup dalam air o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain o Doa sambil minum o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum: Ø Ilmu Pertanian Ø Ilmu Falak Ø Ilmu Laut Ø Ilmu Kiamat Ø Ilmu Ciptaan Manusia Ø Ilmu Binatang Ø Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi ******* Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah: Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga) Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab. Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahua'lam...
|
|
|
Doa
Feb 1, 2004 11:57:29 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 1, 2004 11:57:29 GMT 8
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 1) Sedekah/amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Doa
Feb 7, 2004 10:14:44 GMT 8
Post by sha on Feb 7, 2004 10:14:44 GMT 8
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful Assalamu Alaikum wa Rahmatu Allah wa Barakatoh Enes Ibn Malik reports that a Bedouin came to the Messenger of Allah and greeted him in the mosque. The Messenger of Allah asked him where he came from. The Bedouin said:" I came from far seeking answers to some questions". Our master told him to ask his questions":
I wish to be an intelligent man, what should I do? Holy Prophet Replied, "Fear Allah".
I wish to be a loyal servant to Allah and do what He wants me to do? Holy Prophet Replied, "Read the Qur'an."
I wish to be enlightened and have peace of heart? Holy Prophet Replied, "Remember Death".
I wish to be protected against enemies? Holy Prophet Replied, "Trust in Allah".
I wish to follow the Straight Path? Holy Prophet Replied, "Do good to others for Allah's sake".
What should I do so that Allah does not abase me? Holy Prophet Replied, " Do not respond to the desires of your flesh".
I wish to have a long life? Holy Prophet Replied, "Praise and thank Allah".
I wish for prosperity? Holy Prophet Replied, "Be in a state of ablution at all times".
How can I save myself from the hellfire? Holy Prophet Replied, "Protect your eyes and your tongue and your hands and what is below your waistline against evil".
How can I cleanse myself from my sins? Holy Prophet Replied, "Shed tears for what you have done and repent by undoing what you have done wrong".
I wish to be a respectable person? Holy Prophet Replied, "Then, don't ask for anything from anybody".
I wish to be honorable? Holy Prophet Replied, "Then don't divulge the wrong doings of anybody".
What should I do to protect myself from the tortures of the grave? Holy Prophet Replied, "Recite the Surah Mulk".
What should one do to be rich? Holy Prophet Replied, "Read the Surah Muzammil".
How should I calm my fear of the day of last judgment? Holy Prophet Replied,"Remember Allah before you eat anything and before you sleep".
What should I do to feel the presence of Allah when I make my prayers? Holy Prophet Replied,"Give the utmost care in taking your ablutions and in being clean and pure.
|
|
CoolDragon
Junior Student
if Allah brings you to it, Allah will bring you through it...
Posts: 154
|
Doa
Feb 9, 2004 9:16:50 GMT 8
Post by CoolDragon on Feb 9, 2004 9:16:50 GMT 8
TUHAN, DENGARLAH DOAKU….
Tuhan ! Setiap doaku Engkau dengarlah…
Setiap permintaanku Engkau terimalah dengan redha.
Setiap rintihanku dengan sebab berdosa, hapuskanlah dosaku…
Penderitaan jiwaku memang dosa, kasihanilah aku……..
Setiap kesungguhanku bermujahadah Engkau kiralah walaupun aku lemah, memanglah hamba-Mu lemah …… maafkan aku.
Kelemahan ini memang sifat hamba…..
Di sinilah dengan rahmat-Mu….Engkau maafkan selalu…
Atau setidak-tidaknya dengan kemaafan-Mu…Engkau gugurkanlah dosa-dosaku.
Aku bukan gembira dengan dosa-dosa yang aku lakukan ..
Tidaklah pula aku berbangga dengan kebaikan yang aku buat..
Apa yang berlaku itu ada maksud dari-Mu…..
Dengan dosa disuruh dukacita…..begitulah sifat hamba….
Dengan kebaikan disuruh bersyukur ….kerana itulah anugerah kepada hamba…
Pimpinlah aku selalu dalam kehidupan ini….
Kerana kehidupan di dunia selalu sahaja menipu…
Kalau Engkau tidak pimpin aku, tidak ada ertinya hidup ini…
Dan kecundanglah aku di sana…….
|
|