noi24
Junior Student
Posts: 51
|
Doa
Mar 22, 2004 0:20:03 GMT 8
Post by noi24 on Mar 22, 2004 0:20:03 GMT 8
Kita rajin2 lah berdoa. jangnan la putus asa. sebab tuhan tak bagi kita sekelip mata
|
|
|
Doa
Mar 22, 2004 1:04:46 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 22, 2004 1:04:46 GMT 8
(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
|
|
|
Doa
Mar 23, 2004 12:30:20 GMT 8
Post by kuzy on Mar 23, 2004 12:30:20 GMT 8
bleh tak kasi aku waktu2 mustajab utk berdoa
|
|
|
Doa
Mar 23, 2004 22:55:53 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 23, 2004 22:55:53 GMT 8
bleh tak kasi aku waktu2 mustajab utk berdoa awal2 lagi aku dah postkan....cuba kau rujuk balik kat page 1 thread nie....
|
|
|
Doa
Mar 23, 2004 23:01:09 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 23, 2004 23:01:09 GMT 8
lau nak ringkas....nie ha...aku dah sedia kan...
16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA
1) Malam jumaat atau siangnya. 2) Malam Aidilfitri. 3) Malam Aidiladha. 4) Malam 10 Muharram. 5) Malam Nisfu Sya'aban. 6) Malam 'LAILATUL QADAR'. 7) Sepertiga malam yang akhir. 8) Ketika hendak berbuka puasa. 9) Antara Azan & Iqamah. 10) Pada Waktu Khatib duduk antara dua kuthbah. 11) Setelah selesai solat fardhu. 12) Antara Zohur dengan Asar. 13 Selepas KhAtam Al-Quran Nur-Karim. 14) Ketika mula-mula turunnya hujan terutama selepas kemarau. 15) Selepas mengerjakan amal soleh 16) Selepas bersedekah kepada fakir miskin.
|
|
|
Doa
Mar 24, 2004 11:38:44 GMT 8
Post by kuzy on Mar 24, 2004 11:38:44 GMT 8
thanxs... lupe nak bace...
|
|
|
Doa
Mar 24, 2004 13:24:01 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 24, 2004 13:24:01 GMT 8
thanxs... lupe nak bace... samer2....x pe, baca pelan2...
|
|
|
Doa
Mar 24, 2004 18:11:49 GMT 8
Post by KomOt on Mar 24, 2004 18:11:49 GMT 8
Fadilat membaca surah al-Kautsar > > >SURAH al-Kautsar adalah surah ke-108 dalam al-Quran. Ia juga dikenali >sebagai surah *Nikmat Yang Banyak* dan mengandungi tiga ayat. > > >Maksud ayat surah itu ialah: *Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu >nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah >(fisabililah). > >*Sesungguhnya, orang yang membenci-Mu, dialah yang terputus dari rahmat >Allah.* > >Surah ini menganjurkan agar umat Islam sentiasa beribadah kepada Allah dan >berkorban sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan-Nya. > >Faedah membaca surah ini ialah: > > >Membacanya sebanyak tujuh kali pada waktu hendak tidur, maka Allah >membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki. > > >Siapa yang membacanya tujuh kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, >akan dilindungi Allah kebajikannya.
|
|
|
Doa
Mar 26, 2004 11:16:07 GMT 8
Post by kuzy on Mar 26, 2004 11:16:07 GMT 8
so tjis is the best solution utk wake up early.....
|
|
|
Doa
Mar 29, 2004 1:29:35 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 29, 2004 1:29:35 GMT 8
Kehebatan surah Al-Qadr
AL-QADR ertinya keagungan atau kemuliaan kerana surah ini mempunyai banyak kelebihan serta di dalamnya memuat penjelasan mengenai suatu malam yang diturunkan kitab suci al-Quran ke langit dunia atau Lauhil Mahfudh hingga dengan membaca seluruh isi surah ini seseorang akan mendapatkan bagaimana hebatnya kemuliaan dan keagungannya.
Bacaan surah Al-Qadr membawa maksud: Bahawasanya Kami sudah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan, dan tahukah kamu apakah sebenarnya malam yang mulia) lebih baik daripada (perbandingannya dengan malam lain) seribu bulan, (kerana) pada malam itu turun malaikat termasuk (pimpinan mereka) malaikat Jibril dengan izin Allah untuk menetapkan pengaturan segala urusan, malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar (masuknya waktu sembahyang Subuh) (Al-Qadr: 1-5).
Suatu ketika Al-Faqih al-Imam al-Walily al-Kabir Ahmad Ibn Ujail didatangi seorang fakir. Disampaikannya kisah kefakirannya itu kepada al-Faqih, lalu beliau diperintahkan membaca sebanyak mungkin surah al-Qadr dan selesai membacanya, digalakkan berdoa yang membawa erti: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah rahmati dan selamatkanlah penghulu kami Rasulullah, keluarga, para sahabatnya sekalian. Ya Allah, wahai Dia yang memadai daripada sekalian makhluk-Nya, tetapi tiada seorang pun yang tidak memerlukan-Nya di kalangan semua makhluk-Nya.
Wahai yang Esa,tiada bandingannya, putuslah harapan tanpa harapan daripada-Mu, hilang cita-cita melahirkan kepada-Mu dan amat sukar perjalanan kecuali menuju Engkau. Wahai penolong orang yang meminta tolong, tolonglah aku ( tujuh kali).
Dan siapa berhajat kepada Allah maka bacalah surah Al-Qadr (141 kali) lalu membaca doa itu (tujuh kali) kemudian memohon keperluannya.
Sesiapa membaca surah Al-Qadr (1,000 kali) pada hari Jumaat maka ia tidak meninggal sebelum melihat Rasulullah dalam tidurnya.
Sesiapa membaca surah Al-Qadr (10 kali) dan surah Al-Ikhlas (10 kali) pada air lalu dipercikkan pada pakaian baru, maka ia selalu berada dalam penghidupan yang lapang ketika masih dipakainya pakaian itu.
Dari Rasulullah, baginda bersabda: Sesiapa mengambil tanah kubur saat penguburan mayat lalu membaca surah Al-Qadr (tujuh kali) dan tanah itu diletak bersama mayat pada kain kafan atau liang kuburnya maka si mayat itu tidak akan diseksa dalam kuburnya.
Sesiapa membaca surah Al-Qadr ketika keluar maka ia akan kembali dengan selamat. Sesiapa membaca surah Al-Qadr (10 kali) maka dihapuskan seribu dosanya.
Sesiapa membaca surah al-Qadr (tiga kali) sehabis sembahyang Maghrib dan Subuh sebelum berganjak lalu berdoa maka dibangun antara dia dan iblis sebuah benteng seperti benteng pembendung Yajuj dan Majuj. Demikian dalam ad-Durri an-Nazhim.
Barang siapa membaca surah Al-Fatihah (tujuh kali), surah Muawwidzatain (tujuh kali), surah Al-Ikhlas (tujuh kali) ayat Kursi (tujuh kali) dan surah al-Qadr (tujuh kali) lalu mengadap kiblat dan memohon kepada Allah apa yang diperlukannya, maka Allah mengabulkan doanya, Insya-Allah.
|
|
|
Doa
Mar 29, 2004 14:34:52 GMT 8
Post by kuzy on Mar 29, 2004 14:34:52 GMT 8
10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
|
|
|
Doa
Apr 14, 2004 11:25:57 GMT 8
Post by KomOt on Apr 14, 2004 11:25:57 GMT 8
Doa tidak termakbul disimpan untuk akhirat
BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.
Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:
Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.
Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui.
Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.
Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.
Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.
Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.
Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.
Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.
|
|
|
Doa
Apr 21, 2004 13:11:49 GMT 8
Post by StRiDeR on Apr 21, 2004 13:11:49 GMT 8
Doa yang kurang lengkap
Sekadar berkongsi maklumat.. dan semoga ada kebaikan buat kita...
``Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke anak cucu''.
Ucapan yang berbentuk doa ini biasa ditulis di atas bungkusan hadiah
yang disediakan atau lumrah diucapkan sebagai tahniah kepada
pasangan pengantin baru. Doa yang dipohonkan oleh ramai orang,
biasanya akan dimakbulkan Tuhan. Oleh kerana itu tanpa disedari,
harapan ikhlas daripada kaum kerabat dan sahabat handai dalam doa
yang disampaikan tadi menjadi kenyataan.
Ditakdirkan, jodoh kedua-dua pasangan tersebut tidak berpanjangan.
Lebih memilukan lagi perceraian justeru berlaku sewaktu anak-anak
sudah berumah tangga dan beranak pinak.
Akhirnya, pasangan tersebut bercerai selepas bergelar datuk dan
nenek, sesuai dengan doa para hadirin yang mengiringi perkahwinan
mereka.
Kenapa tidak kita doakan mereka `berkekalan dan bahagia hingga ke
akhir hayat'? Keadaan ini hanyalah salah satu contoh permohonan doa
kepada Allah s.w.t. yang kurang lengkap dan sempurna.
Sememangnya Allah Maha Pemurah dan sentiasa mendengar dan
mengabulkan permohonan hamba-hamba-Nya, sebagaimana Firman-Nya:
``Mintalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan permintaanmu.'' (al-Mukmin:
60)
Namun, ibarat mengirim surat permohonan kerja, jawatan yang diminta
biarlah jelas dan terang. Jangan sampai lain yang diharap lain pula
yang dapat.
Beberapa lagi contoh yang berkaitan dengan doa yang kurang lengkap
ini ialah mohon dipanjangkan umur.
Sedangkan usia panjang itu sebaiknya disertakan dengan tubuh badan
yang sihat untuk beramal ibadat, bukan umur lanjut yang akhirnya
membebankan keluarga di sekelilingnya.
Begitu juga permohonan dimurahkan rezeki dan ditambahkan harta
kekayaan.
Sepatutnya kita meminta ditambahkan rezeki yang halal dan diberkati,
yang dengannya kita dapat beramal jariah dan memanfaatkannya ke
jalan Allah s.w.t.
Jangan sampai rezeki yang melimpah ruah, menjadikan kita lupa diri
sebagai hamba-Nya dan lebih fatal lagi lupakan Allah.
Kisah yang berlaku pada Tsa'labah bin Hatib berikut ini barangkali
boleh dijadikan peringatan, walaupun peristiwa tersebut bukan
merujuk pada masalah yang disebutkan di atas.
Tsa'labah meminta Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah agar dia
diberi rezeki harta. Baginda menasihatkannya supaya mensyukuri apa
yang ada kerana bimbang dia tidak kuat menerimanya.
Tetapi Tsa'labah tetap mendesak dan berjanji akan memberikan
bahagiannya kepada yang berhak sekiranya dia kaya.
Rasulullah s.a.w. pun berdoa: ``Ya Allah berikanlah Tsa'labah rezeki
harta, berilah dia kambing.''
Dengan kehendak Allah s.w.t. kambing-kambing Tsa'labah membiak
banyak seperti ulat, sehingga kota Madinah seolah-olah menjadi
sempit kerananya.
Kerana terlalu sibuk dengan `hartanya' ini, Tsa'labah hanya sempat
menunaikan solat jemaah Zuhur dan Asar. Akhirnya dia hanya sempat
sembahyang Jumaat, yang kemudiannya ditinggalkannya juga.
Mendengar keadaan Tsa'labah, Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Rugilah
Tsa'labah.'' Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.
Kemudian Allah menurunkan perintah supaya orang yang berharta
mengeluarkan sedekah untuk membersihkan dan menyucikan mereka.
Apabila baginda menghantar utusan disertakan surat kuasa kepada
Tsa'labah untuk mengutip zakat yang diperintahkan Allah s.w.t.,
Tsa'labah bahkan dengan sinis berkata berkali-kali: ``Ini tidak lain
mestilah ceti''.
Selepas utusan-utusan tadi memungut zakat daripada orang lain,
mereka kembali semula kepada Tsa'labah. ``Tunjukkan surat itu
kepadaku,'' katanya. Setelah membacanya dia berkata: ``Ini sama
sahaja dengan ceti. Kembalilah kalian, biar aku fikirkan dulu.''
Sabda Rasulullah s.a.w. : ``Celakah kamu wahai Tsa'labah!''.
Akhirnya Allah menurunkan ayat 75-77 yang menceritakan tentang
kemunafikan orang yang memungkiri janjinya.
Berita turunnya ayat tersebut kemudiannya sampai kepada Tsa'labah.
Dia datang menemui Nabi s.a.w. untuk menyampaikan zakatnya, tetapi
jawab Baginda s.a.w.: ``Allah telah melarangku menerima zakat kamu.''
Selepas Baginda s.a.w. wafat, zakat Tsa'labah tetap tidak diterima
oleh Khali-fah Abu Bakar dan Umar al-Khattab.
Sekiranya kisah Tsa'labah ini boleh kita kaitkan dengan doa yang
kurang lengkap kepada Allah, bayangkan rezeki melimpah yang diminta
bukan mendatangkan kebahagiaan sebaliknya mengundang kecelakaan.
Rasulullah s.a.w. selalu berdoa : ``Ya Allah, sesungguhnya aku mohon
kepada-Mu kehidupan yang bersih, kematian yang lurus dan kembali
tanpa kehinaan dan kecelaan.''
|
|
|
Doa
Apr 26, 2004 17:04:02 GMT 8
Post by StRiDeR on Apr 26, 2004 17:04:02 GMT 8
Doa dan terus berdoa... Ketika kumohon kepada Allah kekuatan
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat
Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan
Allah memberiku masalah untuk di pecahkan
Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan
Allah memberiku akal untuk berfikir
Ketika kumohon kepada Allah keberanian
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi
Ketika kumohon Allah sebuah cinta
Allah memberiku orang orang bermasalah untuk ku tolong
Ketika ku mohon kepada Allah bantuan
Allah memberikanku kesempatan
Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tetapi aku menerima segala yang ku perlu
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu
yang tertutup sehingga tidak melihat pintu
yang di bukakan bagi kita
orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki
hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan
yang terbaik dari setiap hal yang
hadir dalam hidupnya.
mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas karuniaNya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang orang di sekeliling'
kamu tersenyum, jalanilah hidupmu sehingga pada
waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang orang di sekelilingmu menangis.
|
|
|
Doa
May 21, 2004 9:42:19 GMT 8
Post by KomOt on May 21, 2004 9:42:19 GMT 8
> Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu > > > > Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah > mempunyai > malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, > apabila > mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka > mereka > duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga > memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia. > Apabila ahli > zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu > naik ke > langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah > mengetahuinya : > > "Dari mana kalian datang ?" > > Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang > membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu." > > Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?" > > Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga." > > Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?" > > Para Malaikat menjawab : "Belum pernah" > > Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?" > > Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan." > > Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?" > > Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu." > > Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?" > > Para Malaikat menjawab : "Belum pernah" > > Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?" > > Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu." > > Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi > permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon > untuk > diselamatkan." > > Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, > seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk > bersama > mereka." > > Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah > termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan > mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim) > > Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila > berkumpul > suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan > mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat > Allah > melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah > menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para > malaikat)." > (HR. Muslim)
|
|