sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Doa
Feb 9, 2004 9:50:33 GMT 8
Post by sha on Feb 9, 2004 9:50:33 GMT 8
Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
|
|
|
Doa
Feb 9, 2004 21:28:04 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 9, 2004 21:28:04 GMT 8
Didalam peperangan nabi muhammad SAW vs Kafir, kebanyakan peperang itu dimenangi oleh tentera islam sendiri....... tetapi kite tidak tahu penyebab lain yg membuatkan umat islam menang....
Pernah seorang kafir menanyakan soalan kepada Nabi Muhammad SAW,
Quote: Mengapakah tentera islam begitu kuat ketika menentang kaum kami?
Quote: Nabi menjawab: selain dari pedang,anak panah& senjata2 lain ade satu lagi senjata umat islam yg tidak nampak
Quote: tanye si kafir: apekah senjata itu?
Quote: Jawab Nabi: Doa, kerana dengan doa inilah umat islam tahu bahawa allah berada disisi mereka selalu, dan mereka akan menjadi berani, kerana mereka percaya ALLAH akan menolong mereka.
Quote: p/s: jika kite di timpa sesuatu bencana segeralah meminta pertolongan dari ALLAH, tetapi ingat doa bukan sahaja dengan cara menadah tangan, tetapi dengan cara sembanhyang juga, dan satu lagi selalu mengingati ALLAH, bukan ketika kite susah sahaja, bahkan ketika kite senang.
|
|
Kurt Cobain
Senior Student
Kejiwangan adalah hak milik setiap insan
Posts: 281
|
Doa
Feb 9, 2004 21:30:15 GMT 8
Post by Kurt Cobain on Feb 9, 2004 21:30:15 GMT 8
betul la kater orang,doa tuh senjata umat islam,wallahualam
|
|
|
Doa
Feb 10, 2004 1:47:38 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 10, 2004 1:47:38 GMT 8
betul la kater orang,doa tuh senjata umat islam,wallahualam yelah!kalo tak..takdelah org dpt berlawan dgn syaitan..sbb..surah2 al-quran ni lah leh jadi penghalang utk kiter berlawan dgn syaitan2 ni..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Doa
Feb 14, 2004 8:40:28 GMT 8
Post by sha on Feb 14, 2004 8:40:28 GMT 8
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 1) Sedekah/amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
|
|
|
Doa
Feb 17, 2004 22:45:08 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 17, 2004 22:45:08 GMT 8
Khasiat Surah ===========
1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Doa
Feb 25, 2004 10:12:10 GMT 8
Post by sha on Feb 25, 2004 10:12:10 GMT 8
Amalan Bulan Muharram1 - 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat "Iyya kanak budu" kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita - terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua') dan 10 Muharram (Asyura) Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam.
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata - Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat - 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) 70 kali.
Surah dan Do’a Yg Baik untuk Dibaca pada Awal Tahun Hijriyah (1 Muharram)
1. Surah Al Fatihah - 1 kali 2. Surah Al Ikhlas - 3 kali 3. Surah Al Falq - 1 kali 4. Surah An Naas - 1 kali 5. Surah Yaa Siin - 1 kali
Cara membaca Surah Yaa Siin : 1. Pada ayat pertama dibaca 3 kali, dengan diselingi Shalawat Nabi. Contoh : Yaa Siin -----à lalu baca Allahuma Shali 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aali Muhammad. Diulang sampai 3 kali, lanjutkan pembacaan Surah Yaa Siin ke ayat berikutnya.
2. Pada ayat Salaamun Qaulam Mirrobbir Rohiim dibaca 3 kali, dengan diselingi membaca Tasbih. Contoh : Salaamun Qaulam Mirrobbir Rohiim ----à lalu baca Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar. Diulang sampai 3 kali, lanjutkan dengan membaca do'a untuk : § Mohon ampunan kepada Allah bagi diri dan orang tua, § Mohon agar diberi Taufiq, Hidayah dan Inayah, § Mohon diberi ilmu Ladunni (Ilmu yg Bermanfaat), § Mohon agar diberi kelapangan rizqi, § Do'a-do'a lainnya.
Setelah selesai berdo'a lanjutkan lagi membaca Surah Yaa Siin ke ayat berikutnya sampai selesai.
3. Setelah selesai membaca Surah Yaa Siin dilanjutkan dengan membaca Shalawat Nabi sebanyak 21 kali : Allahuma Shali 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aali Muhammad.. 21 x.
4. Lanjutkan lagi berdo'a dengan membaca ayat 126 s/d 129 pada Surah Al Baqarah.
Sekian, semoga bermanfa'at.
|
|
|
Doa
Feb 26, 2004 22:13:42 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 26, 2004 22:13:42 GMT 8
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:
Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Doa
Mar 13, 2004 11:45:11 GMT 8
Post by sha on Mar 13, 2004 11:45:11 GMT 8
Doa ini agak panjang tapi menarik.. mudah-mudahan, Allah memberi yang terbaik untuk anda.....para isteri dan bakal isteri...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku au juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
|
|
|
Doa
Mar 13, 2004 19:46:07 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 13, 2004 19:46:07 GMT 8
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
|
|
|
Doa
Mar 17, 2004 0:14:29 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 17, 2004 0:14:29 GMT 8
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
|
|
|
Doa
Mar 17, 2004 10:09:57 GMT 8
Post by kuzy on Mar 17, 2004 10:09:57 GMT 8
so inila sebaik2 petua... rugi kat orang kafir sebab tak tau... rugi kat org islam sebab tak ambil tahu
|
|
|
Doa
Mar 18, 2004 0:32:52 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 18, 2004 0:32:52 GMT 8
hikmah ayat al-kursi -------------------------
Ayat ini diturunkan setelah hijrah.Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua... .. Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT... ."
|
|
|
Doa
Mar 18, 2004 16:31:52 GMT 8
Post by kuzy on Mar 18, 2004 16:31:52 GMT 8
antara waktu yang mustajab ketika berdoa ialah diantara 2 khutbah jumaat...... doa tak semestinyer perlu dilafazkan.... kalau mulut berbuih2 tapi satu habuk pun tak paham baik tak yah...... yang terdetik dihati tu sebenarnya yang kite mintak... sebabtu ramai orang kate mulut dier masin... padahal dier tak rancang bender tersebut... itupun untung dapat didengar yg kat dalam hati tu tuhan jer tahu...
|
|
|
Doa
Mar 21, 2004 14:57:50 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 21, 2004 14:57:50 GMT 8
perbualan hati dan jiwa -------------------------------
"Hati : Pernah rasa kosong selepas bangun dari tidur?
Jiwa : Ada, selalu.
Hati : Kau tahu kenapa?
Jiwa : Beritahulah aku apa puncanya.
Hati : Ketahuilah , sebenarnya jiwa yang berada didalam kegelapan adalah berpunca dari hati yang mati. Dan perkara yang menyebabkan hati mati adalah kerana banyak ketawa. Mati yang dimaksudkan adalah lalai dari mengingatiNya
.
Jiwa : Lalu , apa yang boleh menerangkan semula hati?
Hati : Hanyasanya, mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Selain tu, berzikir dan beristighfar banyak dan... nampaknya kenalah kurangkan ketawa.
Jiwa : Mm..nampaknya betullah tu, supaya hati tak rasa kosong lagi kan.Terima kasih.
Hati : Sama-sama... ..Oh ye... sebelum tidur jgn lupa baca doa dulu.
|
|