|
Post by enigma on May 11, 2004 0:07:04 GMT 8
3 langkah ceriakan harimu
hari berkerja atau belajar memang meletihkan. Namun, dlm sekelip mata mood kita itu lebih diceriakan dgn melakukan 3 langkah mudah saperti berikut
1) ketika berdandan atau bersiap, jgn terburu-buru. Cthnya,sapukan bedak secara perlahan-lahan [ada kulit. Tarik nafas panjang dan lepaskan secara perlahan-lahan. Biarkan dirimu berada dala keadaan tenang.
2) cuci tanganmu dgn menggunakan ari suam.gosokkan sabun sehingga menghhasilkan buih dan urut jari jemarimu perlahan lahan.
3) dengar muzik walau di mana jua kamu berada tak kiralah sama ada di pejabat mahupun sedang beriadah. Dgn cara ini kamu akan terhibur setiap saat.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 11, 2004 14:53:02 GMT 8
CARA HINDARI SALAH FAHAM DENGAN PASANGAN ANDA
JADIKAN PASANGAN ANDA SEBAGAI SAHABAT SEJATI
KEBALKAN DIRI TERHADAP KRITIKAN YANG DATANG
BANGKITKAN PUJIAN DAN PENGHARGAAN TERHADAP PASANGAN ANDA
HILANGKAN SIFAT MENGONGKONG
MULAILAH DENGAN CARA YANG RAMAH DAN MESRA
ADA HIKMAH DI SEBALIK MASALAH DAN KEJADIAN
SALING BERKONGSI PENGALAMAN BARU
HARGAI SIFAT DAN PERASAAN YANG ADA
JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
P/S: SEMOGA ANDA BERBAHAGIA DENGAN PASANGAN ANDA
|
|
|
Post by StRiDeR on May 13, 2004 22:30:18 GMT 8
CENDAWAN MERAH @ Ganoderma Lucidium
Assalamualakum... ... ..dan Salam sejahtera Berikut adalah sedikit info berkaitan cendawan merah : CENDAWAN MERAH @ Ganoderma Lucidium Cendawan Merah atau Ganoderma Lucidium ialah nama saintifik bagi Ling Zhi. Ganoderma dalam bahasa Cina dikenali sebagai Ling Zhi manakalanya Reishi dalam bahasa Jepun. Ganoderma Lucidium merupakan sejenis cendawan daripada famili Polyoraceae. Ganoderma Lucidium merupakan jamur kayu yang konon sudah ribuan tahun deketahui memiliki khasiat ubat. Mulai dari batuk hingga kanser baisa mencapai 2.000ppm dan polisakarida. Kedua-dua unsur ini diyakini sebagai zat ajaib penangkal pelbagai penyakit.
Menurut Sistem Pengklasifikasi Fungsi Ainsworth {1973}, Ganoderma Lucidium tergolong dalam Basidiomycotina, Hymenomycetes, Holobasidiomycetiddae, Aphyllophorales atau Polyporals. Ganodermatacea Ganoderma. Genus cendawan ini ialah Ganoderma dan selain spesies Lucidium, terdapat beberapa spesies lain daripada genus ini Contohnya Ganoderma Lucudium (merah), Ganoderma Applanatum (perang), Ganoderma Tsugae (merah), Ganoderma Sinense (unggu), Ganoderma Oregonense (perang tua).
JENIS-JENIS GANODERMA
GANODERMA LUCIDIUM
Ganoderma Lucidium merupakan sejenis spesies Ling Zhi yang paling dikenali. Ia digunakan secara meluas untuk mengatasi masalah kesihatan. Ganoderma mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai tangkai yang panjang, memiliki badan yang berkilat dan berwarna perang seperti buah berangan, galuran serta spora yang seperti berkalat jelas kesihatan, spora-spora tersebut dibebaskan melalui liang-liang yang berwarna putih atau perang yang pudar.
Ganoderma ini paling banyak digunakan sebagai ubat kerana mengandungi bahan aktif germanium organik hingga 2.000ppm dan terdiri daripada 6 kultivar yang dapat dibedakan dari bentuk spora dan warna tubuh,buah kuning, hijau, putih, hitam dan unggu.
GANODERMA APPLANATUM
Ia merupakan Ling Zhi yang terulung dalam legenda ialah cendawan yang tidak mengandung tangkai yang tumbuh di serata dunia malah pernah mencatat rekod berat sebanyak 12 paun.
GANODERMA TSUGAE
Ia kelihatan seakan-akan G.Lucidium melainkan permukaan cendawannya kelihatan lebih berkilat dan berwarna jingga-kemerahan yang terang.
GANODERMA OREGONENSE
Namanya yang membayangkan segolongan masyarakat tempatan di bahagian barat Amerika Utara. Ia tidak dikaji untuk aktiviti perubatan dan ia diberikan tanggapan bahawa mempunyai sifat-sifat yang seakan-akan spesies yang lain.
KANDUNGAN KIMIA DAN NILAI PERUBATAN
Di dalam teori perubatan tradisional cina, Ganoderma adalah antara kumpulan teratas.Ganoderma dapat memelihara kesihatan keseluruhan, awet muda dan ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan biarpun diambil untuk jangka masa yang panjang. Penyelidikan perubatan moden turut membuktikan bahawa Ganoderma bukan penawar segala penyakit, tetapi peranan utamanya adalah untuk membantu memulihkan fungsi organ dalam badan yang hilang keseimbangan, seolah-olah Ganoderma dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui Analisis Saintifik Moden, Terdapat 200 Elemen Aktif Di Dalam Ganoderma.
A) Triterpenoids: Menolong meningkatkan sistem penghadaman, mengurangkan kolesterol dan lemak neutral di dalam badan. Ia juga efektif kerana dapat mengurangkan kesakitan, membuang bahan toksik dan lain-lain.
B) Adenosin: Tahap kolestrol rendah dan kurang lemak. Melancarkan peredaran darah, mengawal metabolisme dan justeru itu anda kekal sihat dan bertenaga.
C) Polisakarida: Membantu membersihkan toksin yang tersimpan didalam badan, menguatkan daya keupayaan pemulihan badan, mengubah sel tidak normal kepada sel normal, meningkatkan sitem kalis (imun) badan sekaligus memelihara kesihatan keseluruhan.
Telah dikenal pasti bahawa ia dapat mengubati kebanyakan penyakit repiratori seperti asma kronik, bronkitis dan masalah sinus. Satu kajian telah dijalankan di China pada tahun 1970-an, di mana 2000 pesakit bronkitis diberi sirap Ling Zhi dalam bentuk pil selama dua minggu. Keputusan yang didapati ialah 60 ?90% menunjukkan pemulihan penyakit tersebut termasuk selera makan bertambah baik. Ujian di Jepun pula menunjukkan pemulihan 50 ?90%.
Pada umumnya selain penyakit-penyakit di atas, Ling Zhi dipercayai dapat mengatasi masalah kesihatan seperti kolestrol yang tinggi, insomnia, diabetes, masalah hati, arthiris dan melegakan kesakitan.
Walaupun Ling Zhi telah digunakan sebanyak 300 kali dalam dos yang direkomenkan tetapi kesan toksik masih tidak dapat diperhatikan. Pengambilan Ling Zhi pada permulaannya akan menyebabkan rasa pening, sengal tulang, kulit bermasalah, cirit-birit atau sembelit. Ini merupakan tanda bahawa toksin telah dibersihkan dari badan. Apabila semua toksin dibersihkan dari badan, keadaan tersebut akan pulih dan tidak akan wujud lagi.
ANALISIS KOMPONEN KIMIA UMUM LING ZHI
KOMPONEN KIMIA
PERATUSAN ( % )
KARBOHIDRAT
43.1
PROTEIN
26.4
ABU
19.0
POLISAKARIDA
11
AIR
6.9
LEMAK
4.5
GENTIAN
0.1
ANALISIS BAHAN BUKAN ORGANIK LING ZHI
BAHAN BUKAN ORGANIK
MG / 100G
FOSFORUS
4150
POTASSIUM
3590
MAGNESIUM
1030
KALSIUM
832
NATRIUM
375
ZAT BESI
82.6
ANALISIS JENIS-JENIS VITAMIN LING ZHI
JENIS VITAMIN
MG / 100G
NIACIN
61.90
B2
17.10
B1
3.49
B6
0.71
HABITAT
Ramai orang mengetahui tentang kesan Ganoderma, tetapi hanya segelintir sahaja menyedari bahawa Ganoderma memerlukan persekitaran yang panas dan lembap, suhu antara 26 ?27 darjah Celsius untuk tumbuh. Justeru itu, banyak Ganoderma yang tumbuh liar di hutan Malaysia.
Sebenarnya Ganoderma mudah ditemui di sekitar lingkungan kita, ia biasa dilihat tumbuh pada pohon yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Biasanya paling banyak ditemui tumbuh pada tanaman angsana ( Pterocarpus Indica ) atau kenari ( Canarium Commune ) seperti yang dinyatakan oleh seorang peneliti Ganoderma Cecep Suryana di Kebun Raya Bogor. Kadang kala Ganoderma juga ada pada tanaman palem ( Palmae ).
Daripada hasil penelitian Kebun Raya Bogor selama 4 tahun akhirnya menyimpulkan bahawa Ganoderma Enedemik tumbuh pada tanaman yang masih hidup. Cecep Suryana juga menyatakan bahawa sifat hidup ia yang epitit, kita biasa perhatikan pada bahagian bawah setiap pohon yang ditumbuhi Ganoderma anggota kelas Basidiomycetes itu perlahan ?lahan akan lapuk.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan Ganoderma yang tumbuh semulajadi manusia terpaksa memanjat tinggi ke atas gunung dan menjelajah ke dalam hutan rimba yang tebal demi mendapatkan cendawan yang misteri ini. Tetapi pada zaman teknologi yang moden ini, manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkannya. Dengan adanya teknologi moden kejuruteraan-bio, kini ia telah ditanam secara komersildi dalam rumah hijau di kebanyakan negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 14, 2004 15:45:57 GMT 8
atok tak suke mkn cendawan..nanti mesti muntah balik!
|
|
|
Post by StRiDeR on May 14, 2004 15:48:14 GMT 8
atok tak suke mkn cendawan..nanti mesti muntah balik! x pe laa...just 4 ur information jer....
|
|
|
Post by atokENSEM on May 14, 2004 16:11:02 GMT 8
.:: Menyingkap Rahsia Cakaran Harimau dan Urutan Labah-labah ::. Assalamualaikum semua..ok..aku sebenarnya jarang menyumbangkan artikel di Tokeikedai...tapi ntah kenapa aku terpanggil untuk menyumbangkan artikel tentang topik ni. Ok pada Hari Sabtu, 24/4/04, Aku telah diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk mewakilinya untuk Seminar Keluarga Bahagia, dengan keadaan aku berbadan dua ni memangla rasa cam malas sket nak pergi..tapi bila ketua jabatan aku bagi kad undangan kat aku ...tertera nama penyampai salah satu kertas kerja tu adalah Ustazah Siti Norbahyah Mahamood yang glamer dengan teknik 'Cakaran Harimau' tu, aku tanpa bersoal jawab terus menyatakan kesediaan aku untuk pergi seminar tu mewakili ketua jabatan aku. Memang aku dah agak..selalunya Seminar Keluarga Bahagia - Rumahku Syurgaku jarang la ramai umat yang datang, tapi tah kenapa bila aku sampai kat perkarangan Masjid Negeri, tempat seminar tu diadakan, punyala manusia ramai. Dalam fikiran aku, aku dah jangka ni semua penangan 'Cakaran Harimau' la nih. Tapi memang betul pun. Sampaikan pihak penganjur tak menyangka auditorium Masjid Negeri boleh penuh sampai ada yg kene duduk dekat tangga. Okla..aku ceritakan serba sedikit apa yang Ustazah sampaikan semasa seminar tu untuk maklumat dan panduan kepada kita yang dah berumahtangga. Kalau belum kahwin, simpan ilmu ni dan buat masa dah kahwin nanti. Kalau buat masa belum kahwin bahaya. Sebenarnya ada beberapa ciri-ciri suami dan isteri yang akan dicintai oleh pasangan masing-masing. Ok, kita masuk bab isteri dahulu, ciri yang paling utama, cinta kepada Allah sebelum cinta kepada pasangan anda. Kemudian sentiasa menggunakan kata-kata yang baik bila bercakap dengan suami, gunakan teknik ungkapan cinta dan teknik urutan untuk meningkatkan rasa cinta antara pasangan. Oklah..ni dia langkah-langkah untuk teknik yang diajarkan (cakaran harimau dan urutan labah-labah) semoga hubungan you all suami isteri akan lebih mesra. 1. Mula dengan urutan pada bahagian tengkuk dan terus turun ke bahagian pinggang. 2. Buat cubitan jemput-jemput (cubit ngan lembut) pada kedua-dua tulang belikat. dan tulang belakang. 3. Utk langkah ketiga ni. Sila pastikan kuku anda telah dipotong pendek. Dengan gaya seperti hendak mencakar, cakar bahagian belakang badan pasangan bermula dari tengkuk membawa ke pinggang melalui tulang belakang dengan lembut penuh kasih sayang. Bukan kasar ek. Dan dilarang membunyikan 'aum' cam rimau. 4. Bila tangan anda berada di pinggang pasangan utk teknik no 3 tadik, gunakan teknik urutan cam labah-labah panjat dinding dan urut dari pinggang naik ke tengkuk.terbalik dengan yang no 3 tadik. Paham ek. 5. Ulangi langkah 3 dan 4 beberapa kali ikut suka la. 6. Genggam tangan anda, cam nak tumbuk orang tu, dan tumbuk-tumbuk lembut belakang badan pasangan anda. 7. Akhir sekali bisikkan ketelinga pasangan anda "Aku Cinta Pada Mu", "I Love You" dan perkataan yang sewaktu dengannya untuk mengungkapkan bahawa anda sayang pada pasangan anda. Ok. Tu dia. Selamat Mencuba Ok. Ok la satu lagik, sebenarnya teknik ni aku dah praktiskan pada pasangan, nampaknya berkesan tapi you all kene ingat, kalau buat teknik cakar harimau ni silap haribulan, pasangan anda akan 'hari-hari mau'..hehhe..tu nasib you all la..yang penting you all bahagia...dan lagi..teknik ni juga bukan setakat untuk suami isteri, sesama ahli keluarga yang lain pun boleh, anak pun boleh buat kat mak, mak pun boleh buat kat anak, tapi kalau bapak nak buat kat anak perempuan, hati-hati sikit...si anak perempuan kena melengkapkan diri dengan 'Hikmat Cakaran Harimau Kumbang' la pulak. Sebenarnya kalau diikutkan ni sebahagian kecil sahaja cara supaya hubungan suami isteri dapat diperkukuhkan, Banyak lagi cara lain, yang disarankan dalam Islam, contohnya bagi para isteri sentiasa pastikan kita sentiasa berpenampilan menarik ketika bersama suami, Ingat, pakai minyak wangi bukan setakat nak pergi kerja atau nak jumpa klien ke. Duduk rumah dengan suami pun kalau boleh pakai minyak wangi. Sentiasa pakai seksi ...dalam rumah takpe bila dengan suami...jangan pakai seksi luar rumah...nanti kat neraka seksa. Untuk para suami, fahamilah isteri anda, layanilah isteri dengan sebaik mungkin. Setiap suami memang mempunyai ego , tetapi ego kita kalau diturunkan untuk isteri pun tak rugi apa-apa malah pihak suami juga akan dapat keuntungannya. Wanita suka pada suami yang memahami , penyayang dan menunjukkan rasa kasihnya kepada isterinya. Ingatlah sekali suami melakukan sesuatu yang disenangi oleh isteri , isteri pasti rela melakukan beribu-ribu perkara yang disenangi oleh suami. Turunkan ego anda, buat satu perkara baik, anda akan dapat balasan beribu-ribu perkara baik dari isteri anda. Mahu tak???. Oklah buat setakat ni aku boleh bagi tips-tips yang berguna untuk dipraktiskan. Semoga rumahtangga yang you all bina akan sentiasa ceria dan kekal sehingga ke akhir hayat. Semoga kita semua dapat menjadi isteri dan suami yang sentiasa menggembirakan pasangan masing-masing. Note: Kena masukkan modul dlm kursus kawin ni,jgn lupa beli vcd teknik ni nanti keluaran telaga biru production
|
|
|
Post by atokENSEM on May 14, 2004 16:11:54 GMT 8
3 langkah ceriakan harimu hari berkerja atau belajar memang meletihkan. Namun, dlm sekelip mata mood kita itu lebih diceriakan dgn melakukan 3 langkah mudah saperti berikut 1) ketika berdandan atau bersiap, jgn terburu-buru. Cthnya,sapukan bedak secara perlahan-lahan [ada kulit. Tarik nafas panjang dan lepaskan secara perlahan-lahan. Biarkan dirimu berada dala keadaan tenang. 2) cuci tanganmu dgn menggunakan ari suam.gosokkan sabun sehingga menghhasilkan buih dan urut jari jemarimu perlahan lahan. 3) dengar muzik walau di mana jua kamu berada tak kiralah sama ada di pejabat mahupun sedang beriadah. Dgn cara ini kamu akan terhibur setiap saat. ade keje..pun leh jd ceria..
|
|
|
Post by StRiDeR on May 15, 2004 0:05:27 GMT 8
How to improve your reading skills
Here are five tips to help you benefit the most from what you read.
1. Only read what you find interesting. If your passion in life is football, read all about your favourite football team, the sports pages of newspapers and so on. If you are interested in literature but find long novels too difficult, try graded readers, which are simplified versions of English classics. Or try reading short stories youll get a great sense of satisfaction when you finish one.
2. Read through the text once for general understanding. As you read, think about what the story or article is about and dont worry too much about the words you dont understand. You may find that what you are reading is so technical that it will take you too long to understand. Or perhaps you realise that it isnt at all interesting to you. If either of these is true of what you are reading, just move on to another text.
3. Decide which words you need to look up and use a good dictionary. Once you have read through to get a good general understanding, decide which words you need to look up in a dictionary in order to understand the text. These words may be high-frequency or key words. These are the words you need to understand, make a note of and then practise.
4. Make a note of the new words and expressions you want to learn and use and review them. Once you write down the meaning of a new word or expression, make sure you use it actively in order to remember it. Write your own sentence using the new word, or put it on a small card so that you can refer to it often over the next few days. By doing this you can help yourself to expand your vocabulary.
5. Try to summarise what you read. Doing this will help you identify the words and phrases that go together naturally in English. Writing a summary also means that you can use new words and phrases in context. Finally, it will help you with spelling and linking words.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 17, 2004 23:40:24 GMT 8
1.hilangkan lebam bibir-biasanya yg menghadapi masalah ini adalah seorg yg perokok,untuk mengatasinya,sapukan bibir anda dgn mentega sebelum menghisap rokok.
|
|
|
Post by KomOt on May 18, 2004 15:18:11 GMT 8
CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN
Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.
BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani). Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut: Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA) Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA) Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah) Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)
MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."
MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)
MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi). Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 21, 2004 16:09:11 GMT 8
tip menjaga kecantikan rambut
Assalamualaikum & salam sejahtera
Jangan anggap semua rawatan kecantikan rambut mahal. Sebenarnya jika kita rajin mencari petua, pasti kita dapat mengumpul beberapa cara mudah serta murah utk memastikan rambut kita sentiasa sihat, cantik & senang didandan.
Mungkin petua-petua yg diberikan ini akan dapat menambah himpunan petua rambut menawan anda. Selamat mencuba.
1. DIET, DIET & DIET... ... ... Bukan kurangkan makan, tetapi jaga pemakanan. Pilih makanan yg berkhasiat saja spt sayur-sayuran, buah-buahan serta kurang berlemak, manis atau terlalu pedas.
2. Rambut juga spt kulit, perlu pelembap agar lebih mudah diurus. Oleh itu rajin2lah minum air kosong, bukan teh, kopi atau minuman alcohol. Makanan atau buah-buahan bercecair juga elok utk mengekalkan lembapan & pakai perapi agar rambut kekal bersinar.
3. Ketegangan atau tekanan adalah antara punca rambut bermasalah. Atasinya dgn banyak bersenam.
4. Jika rambut kering, rawat dgn minyak hangat (hot oil). Cuba minyak bijan & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kemudian bungkus dgn serkup mandi atau kertas aluminium & balut dgn tuala hangat.
5. Jika tak sempat mencuci rambut, hilangkan baunya dgn mencelup sikat ke dalam air yg dicampur wangian lavender. Kemudian sikat rambut. Em... ... ..semerbak!!
6. Sesekali rawat sendiri rambut kita dgn bahan daripada dapur. Campurkan daun parsli dgn minyak bunga matahari & sapu pada seluruh kulit kepala. Ia berupaya mengurangkan masalah rambut kering & bermasalah.
7. Jangan sesekali menyikat rambut ketika rambut masih basah kerana serat rambut mudah gugur atau putus. Sisir dgn jari atau sikat yg bermata jarang.
8. Jgn gunakan syampu terlampau tajam kerana ia hanya menyebabkan rambut kusam & tidak bermaya. Kadang2 ia menyebabkan kutikel tertanggal, membuatkan rambut bercabang.
9. Pilih syampu yg lebih seimbang atau kurang beralkali kerana ia menyebabkan rambut kering & tidak menarik.
10. Jika tinggal di bandar dan rambut selalu terdedah kpd habuk, basuh rambut setiap hari.
11. Jgn sesekali menggaru kulit kepala dgn kasar ketika mencuci rambut kerana ia bukan saja menyakitkan tetapi rambut mudah rosak. Anggaplah rambut kita spt bayi yg perlu dibelai & dimanjakan setiap masa. Basuh dgn lembut & berhati2.
12. Jgn lupa pakai perapi agar rambut lebih mudah diurus serta tidak mudah kusut. Ia juga membuatkan rambut lebih bersinar & nampak sihat.
13. Pilih perapi yg sesuai dgn rambut & jgn sesekali terpikat dgn perapi berpewangi. Pilihan yg salah hanya menyebabkan rambut tidak berseri.
14. Jgn lupa keringkan semua lebihan air bilasan pada rambut sebelum memakai perapi.
15. PENTING! Jgn sapu perapi pada kulit kepala kerana ia menyebabkan rambut berminyak. Sebaik2nya sapu perapi hanya pada pertengahan rambut hingga ke hujungnya saja.
16. Pastikan perapi disapu rata. Sebaik2nya gunakan sikat ala jari bermata kasar & jarang.
17. Cara mengering rambut yg betul adalah rahsia rambut berseri & bersinar. Pastikan kita tidak melenyapkan lembapan rambut ketika mengeringkannya.
18. Pastikan kita tahu cara 'sihat' menggunakan pengering rambut agar hasilnya memuaskan. Langkah paling penting ialah memulakan pengeringan dari bahagian bawah sekali & terus ke atas.
19. Mulakan proses mongering rambut dgn kepanasan sederhana & semakin berkurangan apabila semua lembapan hampir kering.
20. Menggunakan tahap kepanasan yg terlalu tinggi ketika rambut hamper kering hanya akan merosakkan rambut.
21. Jgn terlalu kerap menggunakan alat dandanan panas. Sebaik2nya minta pendandan memilih fesyen rambut yg paling sesuai utk kita bagi mengurangkan penggunaan alat dandanan sampingan.
22. Sekiranya gemar berjemur atau berenang, jgn lupa pakai krim bagi melindungi rambut dpd matahari & klorin.
23. Jika rambut kita kering, elakkan mencuci lebih dpd sekali sehari. Jgn lupa perapi & gunakan syampu lembut yg kaya kolagen, protin & lipid agar rambut lebih mudah diurus.
24. Akhir sekali, jangan lupa amalkan petua ini & selamat mencuba.
Wassalam
|
|
|
Post by enigma on May 21, 2004 18:36:30 GMT 8
slalunyer petua rambut ni lebih kpd org pompuan nyer rambut...
|
|
|
Post by StRiDeR on May 21, 2004 20:38:57 GMT 8
slalunyer petua rambut ni lebih kpd org pompuan nyer rambut... memang laa...kan org kata rambut tue mahkota bagi gurlz...
|
|
|
Post by StRiDeR on May 25, 2004 20:24:30 GMT 8
5.menjaga kulit dr pendigin udara- kulit akan menjadi kering jika terlalu terdedah pada pendigin udara.untuk menjaga kulit dlm keadaan ini cuba petua dibawah:- -sapukan krim pada muka dan seluruh badan -minum banyak air -pakai pakaian tertutup
|
|
|
Post by john on May 26, 2004 16:01:07 GMT 8
From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class today.
How to use the Surah Al Fatihah
1. To make someone (YOUR Husband, wife, children) think of you
all the time
-Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
2. For terminal diseases:
-Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take
a bath with that water.
3. For the mentally ill:
-Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in
the morning and once at night, everyday without fail.
4. When in extreme pain:
-Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink
it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.
5. For babies who cry at night or at any time:
-Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.
6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by
the door
- Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva
from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured
area.
All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
- Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
- Read it with full "khusyuk"
- Tawakal to Allah
- Use it with GOOD "niat" /intentions.
Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan
cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan
dosa dan sebagai nye)
Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah
masuknye waktu Maghrib.
- Duduk menghadap kiblat
- Lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
- Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang
sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah
masuknye waktu maghrib.
- Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar"
dilaungkan,terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA
berkuasa dgn apa yg dihajati.
- Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah. Wallahualam.
|
|