|
Post by kuzy on Apr 8, 2004 12:16:06 GMT 8
x pe laa...sajer2 jer tue...aku rasa baik kau cari kat nursery bunga nyer...mesti ader jual aloe vera nyer...bukan kedai yg jual bunga2 ros tue tau... kedai bunga mane pernah aku sampai dooo...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 8, 2004 12:18:47 GMT 8
kedai bunga mane pernah aku sampai dooo... ye ke nie? ...cam x caya jer ...
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 9, 2004 14:27:39 GMT 8
ye ke nie? ...cam x caya jer ... ala...wat2 caye je...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 12, 2004 12:05:55 GMT 8
hilangkan bintik hitam dan putih:
sapu muka dgn putih telur,kemudian tampalkan dgn tisu muka.sekali lagi sapu putih telur atas tisu muka yg ditampal.biarkan kering.setelah kering, tanggalkan perlahan-lahan.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 13, 2004 13:31:01 GMT 8
hampas teh suburkan tanaman: taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 14, 2004 2:17:30 GMT 8
hampas teh suburkan tanaman: taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau. petua ni betul...atok pernah buat!hasilnye..mmg subur..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 14, 2004 4:27:36 GMT 8
TIPS LEBIH DISAYANGI 1. Rajinkan diri untuk telefon si dia. Cukup sekadar bertanya khabar ? dia pasti akan berasa seronok. 2. Ungkapkan rasa cinta terhadapnya dengan pelbagai cara yang unik seperti hantar melalui SMS, tulis nota kecil dan sebagainya. 3. Sesekali buat kejutan ? ajak si dia keluar ? candle lit dinner ? di tempat-tempat yang romantis. 4. Sentiasa ucapkan terima kasih di atas segala pertolongannya dan sesekalai pujilah sikit. 5. Hari-hari penting dalam hidupnya jangan dilupa. Berikan hadiah istimewa, sesekali tak perlu tunggu hingga hari lahirnya sahaja. 6. Simpan gambarnya di dalam dompet kamu dan biarkan si dia tahu bahawa kamu sentiasa mengingatinya. 7. Sentiasa menghargai barangan pemberiannya. 8. Menyintai dirinya tanpa sebarang syarat. Kamu bersedia menerima dirinya seadanya-adanya. 9. Jika dia demam, cepat-cepatlah menghantarnya ke klinik untuk rawatan. Biar dia terasa kamu amt mengambil berat tentangnya. 10.Jadilah seorang pendengar yang setia tatkala si dia berada dalam kesusahan atau pun menghadapi sebarang masalah. Tunjukkan sikap keprihatinan kamu itu. 11. Jangan terlalu meminta sehingga si dia terasa kamu ini seorang yang bercitarasa tinggi. 12. Memanggilnya dengan panggilan tertentu.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 15, 2004 14:07:33 GMT 8
TiPz MenGhaLaNg KeCuRiaN
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur.(Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air diluar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes berlaku di Dungun).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama... )
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, waktu terjaga tengah malam,cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa berjaga-jaga).
7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala )
9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada disisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian dirumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap dikawasan anda.
16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new,sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas.
19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar(pencuri dah lama tau taktik ni... ). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat.
20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 16, 2004 4:01:06 GMT 8
jaga brg sendiri..dah cukup utk mengelak dr kecurian..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 16, 2004 12:42:40 GMT 8
Kurangkan Kolestrol
1 :: Masak lauk + bawang belah 4. bawang merendahkan kadar kolestrol 2 :: Kurangkan makanan berminyak... ..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 17, 2004 3:34:02 GMT 8
Kurangkan Kolestrol1 :: Masak lauk + bawang belah 4. bawang merendahkan kadar kolestrol 2 :: Kurangkan makanan berminyak... .. kolestrol leh membawa kpd kegemukkan..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 19, 2004 23:24:29 GMT 8
Diet dengan jus. Apa kelebihannya....
Segelas jus selam lima hari antara yang disarankan dalam diet harian. Anda boleh mencampurkan jus ddengan air mineral, gula atau zat tambahan lainnya. Tetapi jangan tambahkan garam. Apa untungnya jus? Anda tidak perlu pening mencari makanan yang sesuai kerana berat badan pasti akan turun hasil dari pengambilan kalori yang kecil. Ramai yang percaya bahawa jus boleh menjadikna tubuh kekal lebih bersih. Tetapi anda harus ada waktu sepenuhnya untuk jadual ini. Sepanjang program diet tersebut, badan akan lemah. Kekurangan kalori akan membuat tubuh hanya membakar sedikit kalori. Setelah program diet jus ini selesai, anda harus berhati-hati kembali ke kebiasaan lama. pengambilan makanan mesti dijaga kerana anda tidak lagi mengambil makanan dalam jumlah yang banyak malah memilih makanan yang lembut sahaja.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 21, 2004 13:27:37 GMT 8
merawat kulit berkedut: parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 22, 2004 14:35:43 GMT 8
DI ANTARA CARA MENGAWAL 'STRESS'
(DARI BUKU 'PERUBATAN ISLAM EDISI KEDUA' OLEH DR. DANIAL)
Menjauhi Rokok dan Arak
Perokok-perokok sering mengatakan rokok meredakan tekanan ke atas diri mereka. Sebaliknya kajian-kajian menunjukkan, nikotin yang terdapat di dalam rokok mengganggu otak dan saraf sehingga akhirnya perokok mengalami tekanan yang dikenali sebagai smokers stress ke tahap yang tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Perkara ini disebutkan oleh pakar-pakar dari Psychological ARTS yang beribu pejabat di Austin.
Institut Penyalahgunaan dan Ketagihan Alkohol Kebangsaan di Amerika mendapati alkohol juga meningkatkan tekanan. Hal ini disebabkan alkohol merangsang pengeluaran hormon-hormon seperti corticosterone dan adrenaline dari kelenjar-kelenjar pituitary, adrenal dan hypothalamus. Hormon-hormon ini meningkatkan tekanan di dalam diri manusia. Justeru, Nabi Muhammad bersabda: ?Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..? (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Tidur Yang Mencukupi Adalah Penawar
Tidur yang mencukupi merehatkan badan serta otak. Nabi Muhammad bersabda: ?Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.? (Riwayat Bukhari-Muslim)
Kajian menunjukkan, seseorang yang tidur 3-4 jam kurang dari kadarnya yang biasa akan mengalami tekanan atau stress dan ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Penemuan ini dilaporkan di dalam majalah perubatan Lancet pada bulan Oktober, 1999.
Warna Persekitaran Yang Sesuai
Mengikut riwayat oleh Abu Naim daripada Abdullah ibn Abbas, Nabi Muhammad suka melihat kepada persekitaran yang menghijau seperti pohon-pohon dan ladang, serta air yang mengalir.
Mengikut pakar-pakar warna, warna hijau adalah warna semula jadi yang membawa kepada ketenangan dan kerehatan. Hijau juga merupakan warna kesegaran dan kehidupan. Warna biru muda juga mewujudkan suasana damai yang menguntungkan jiwa kerana ia dikaitkan dengan langit biru dan air yang tenang yang sering kali membawa kepada ketenangan
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 26, 2004 2:28:09 GMT 8
Something for us to ponder... . May Allah bestow on us His richest blessings, InsyaAllah..
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka
|
|