|
Post by StRiDeR on Apr 27, 2004 14:33:31 GMT 8
10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri: Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA! SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!
|
|
|
Post by kuzy on Apr 27, 2004 14:41:57 GMT 8
btol tu proud to be yourself dude.... mane ade orang kat dunia ni same cam ko.. betul... sorang je kat dunia ni..... kalau tak caye searchla kat net.... cari..kawkawakaw forsure tak jumpe..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 27, 2004 16:35:53 GMT 8
mmg takdek org yg 100 percent confident ngan diri dier..
|
|
|
Post by kuzy on Apr 27, 2004 16:39:59 GMT 8
aku ade kot tapi tengok timela.... full confident time ngorat... paling tak konfiden bile nampak ular... cuak siot
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 27, 2004 21:44:50 GMT 8
confident tue boleh...tapi jgn sampai over lak...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 28, 2004 2:20:58 GMT 8
We've all heard of finding love on the Internet. But what if you had to carry out a relationship via email? Here a few relationtips on email dating... check it out girlz...
TIPS : How to tell if he's for real... ?
1. If he seems too good to be true - he probably is! (very few dotcom billonaires with model looks & athletic six-packs trawl chat rooms looking for Miss Right)
2. Be wary of a man who will only communicate via email - especially if he has an address from a free service provider like hotmail, yahoo..etc. If he is reticent to hand over a phone number or tell you where he works, chances are he's hiding something - lika a WIFE !
3. Don't trust a man who uses emoticons (frequently uses) - those twee little smiley faces created by keyboard characters. It's a bit try-hard for a grown man, don't you think? The same goes for spelling and punctuation - do you really want to be involved with a man who expresses his feelings with "i luve u" ?
4. Don't be misled by smooth cyber-talk. If he starts laying on the compliments about aspects of your personality that he could not have possibly ascertained purely from correspondence, back away. What you have here is an e-sleaze. The most genuine of email romancers are the ones who not quite the best at it yet but are persevering bcos' you inspire them to.
5. Finally, under no circumstances should you reveal your phone number or address to a man you've just met online. This is the kind of information that should only be swapped after a face-to-face meeting with him, when you've looked into his eyes and believe that you can trust him.
So... be careful gurlz...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 29, 2004 19:03:39 GMT 8
mandi menghilang kan rasa stress
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. l Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.
Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. l Stres: Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. l Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata.
Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. l Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. l Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 30, 2004 11:07:24 GMT 8
PEMAKANAN & HIKMAHNYA DLM ISLAM
"Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum makan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj) Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini) Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta') Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda mnambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr) Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan ". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan) Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah) Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba) Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah) Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbahmembantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai .
Ikan (samak) Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum) Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama-bersama kami."
Minyak sapi (samn) Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil) Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna) Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi kebiasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal) Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya . Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das) Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass) Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm) Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana . Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 30, 2004 23:01:42 GMT 8
nie tips blaja utk korang... PREPARATION & HOW TO REVISEPREPARATION Early on, decide how many days you will need to spend on each subject. Make sure you spend time on your weaker subjects and don't avoid them, but not to be over-confident about your stronger subjects and neglect them. Realise that there are distinct stages to learning: acquiring, understanding, memorising and testing knowledge. Allow time for each of these stages. Be realistic in your planning. Don't set yourself target which you have no chance of reaching. Consider the work you have to do, the time that you have and how fast you know you can work. If you find you don't have time to do it all, go back and reconsider the number of topics you've decided to learn. Try to keep your study sessions short. Most people find short and frequent work periods of about one and a half hours work much better than long marathons. Don't put off revising by telling yourself you haven't got enough time. 20 minutes can be perfect opportunity to revise 'quick reference' cards. If you set aside 1 hour to revise, make sure that you are ready to revise than. Don't allow yourself to spend 30 minutes putting on the kettle!!!! Even if you deliberately set fairly easy reachable targets, you will still get a psychological boost each time you achieve your goal. Never forget that a plan should be flexible. There is no way that you will keep exactly to your plan and you need to be prepared to alter it along the way. Include spare days in your revision plan. These can be used to catch up on any topic, which you need to spend more time on. Leave time for relaxation either as 'spare days' or as rewards at the end of a day - have a night off!!! HOW TO REVISE Make sure you know what the key phrases used in exams (e.g. "evaluate", "compare and contrast", "analyse") means and how to answer questions that begin this way. Make the learning process distinctive in some manner. The more distinctive the learning, the greater the probability that you will remember it at the vital time. Read, make notes, speak into a tape recorder, prepare a presentation for a friend, use past exam papers, work with friends from your course. Take short breaks during the working session to do something relaxing and different for 10 minutes and then come back relaxed and refreshed. Use different coloured pens and papers. They will act as keys and aid your memory in exams. Similarly, rhymes or keywords will help you remember lists of information. Make use of spider diagrams to force you to interact with the information, i.e. to process it in some form. This will aid your memory and comprehension of the material. Straight-down-the-page notes restrict you to a linear path of thought. A spider diagram enables you to connect information in many different ways. Try using file cards to write down keywords that you need to remember on any particular topic. These can be very useful as memory-joggers once you've revised a topic. Finish your revision session on an interesting or good point. GOOD LUCK AND DON'T FORGET TO TAWAKKAL TO ALLAH SWT - PRAY & DU'A FOR YOUR SUCCESS, INSYAALLAH.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 5, 2004 15:58:07 GMT 8
Tips for Safe Journey
Before your trip... ..
Take time to plan your trip. Start a long trip in the morning, after a good night's sleep. Avoid driving late at night and very early in the morning. Plan time for stop and rest overnight on long trips. Avoid alcohol and medication that may cause drowsiness (check with your doctor).
On your trip... ..
Take regular breaks (at least every two hours). Share the task of driving with an alternative driver. Eat properly, not too much nor too little. Make use of rest areas on all major highways, as well as parks, gardens and tourist spots.
If you have one of these signs below...
Sore or heavy eyes. Day dreaming. Delayed reactions. Stiffness or cramps. General tiredness. Poor gear changes. Increased or decreased speed. Droning and humming in ears. Remember... .. You must find a suitable spot to take a long rest as soon as possible If you can't stop for a long break immediately... ..
Wind down your window. Listen to the radio. Talk to a passenger. Drink coffee
|
|
|
Post by StRiDeR on May 6, 2004 14:51:48 GMT 8
kunyit atasi hidung bayi tersumbat: Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.
|
|
|
Post by enigma on May 6, 2004 23:53:54 GMT 8
Swallowing the bitter pill
Try these tips 4 making the medicine go down a little easier, from peadiatric phrmaciest Caherine Tom.
1) try the big chill- give your child an ice block or ice chips to numb his taste bud first 2) give a chaser- get rid of a nasty aftertaste with a strong flavored food or drink he likes 3) mix it up- ask your doctor if it safe to mix a particular medicine with small amount of food of drink 4) be a leader- take a vitamin pill or your medication at the same time as your child so he can follow your lead 5) any options?- if a child can’t or won’t swallow capsules or tablets, ask your doctor if the medicine is available in liquid form
|
|
|
Post by StRiDeR on May 7, 2004 15:49:27 GMT 8
di sebalik tidur anda
"1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.
2. Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.
3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.
4. Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.
5. Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.
6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.
7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.
8. Tidur meringkuk di satu arah
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.
9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?
10. Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur! Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah... apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu
|
|
|
Post by enigma on May 7, 2004 22:46:36 GMT 8
Petua Untuk Masalah Batuk
1. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 10, 2004 15:26:07 GMT 8
petua memilih makanan..
Hidangan makanan yg sihat bermula dgn bahan yg dipilih.Semua makanan mengandungi khasiat tertentu.Apa yg penting ialah memilih makanan yg mempunyai khasiat yg lebih drpd makanan2 lain.Berikut adalah tip memilih makanan yg menyihatkan:-1)Utamakan makanan yg boleh membekalkan tenaga karbohidrat seperti nasi,roti,mi dan ubi. 2)Utamakan juga makanan yg membekalkan vitamin,zat galian dan serat e.g: buah-buahan dan sayur-sayuran 3)Pilih makanan yg membekalkan protein e.g: ikan,ayam,daging dan kekacang 4)Pilih makanan yg kaya dgn kalsium e.g: susu,keju,dadih,ikan bilic,ikan tamban,ikan sardin 5)Kurangkan penggunaan lemak,minyak,santan,gula dan garam 6)Gunakan susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan sebahagian drpd santan dlm masakan 7)Utk mendapatkan masakan yg pekat,gunakan ubi kentang yg telah dihiris nipis atau bawang yg telah ditumbuk halus 8)Kurangkan membeli makanan yg mengandungi lemak,minyak,gula dan garam berlebihan e.g: makanan ringan 9)Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran,utamakan yg segar 10)Lebihkan buah-buahan berwarna dan sayur-sayuran yg berdaun hijau
|
|