sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 10:08:22 GMT 8
Petua Menambat Hati Isteri......
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bagi yang lelaki, baca, fahami dan lakukan sesuatu. Petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal suami. Bagi si isteri pula sila print dan bagi husband baca.
Bahagian 1
1)Sentiasa berdoa agar disayangi. 2)Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain. 3)Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. 4)Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik. 5)Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. 6)Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk. 7)Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala. 8)Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll. 9)Pujuk bila isteri marah atau kecil hati. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu. 10)Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak. 11)Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah. 12)Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen. 13)Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir. 14)Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri. 15)Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen. 16)Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. 17)Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur. 18)Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.
Bahagian 2
1)Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you". 2)Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari. 3)Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. 4)Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. 5)Tolong buang sampah tanpa disuruh. 6)Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai. 7)Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 8)Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa. 9)Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. 10)Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri. 11)Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri. 12)Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. 13)Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan. 14)Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 15)Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala. 16)Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. 17)Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan. 18)Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai 19)Lebihkan isteri dari anak-anak. 20)Belikan hadiah-hadiah kecil dari masa ke masa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya. Bahagian 3
1)Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita. 2)Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita. 3)Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur. 4)Belai isteri sebelum pergi kerja. 5)Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan. 6)Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan. 7)Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala. 8)Lakukan riadhah bersama isteri. 9)Pergi berkelah / picnic sekali-sekala. 10)Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala. 11)Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. 12)Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati. 13)Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan. 14)Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala. 15Sentiasa lakukan ibadah bersama.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA
*Insyallah jika diamalkan membuahkan kejayaan.Ustaz dah pernah cuba...hasilnya sangat memuaskan...
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 10:10:00 GMT 8
Petua ini sesuai diamalkan buat bakal suami dan isteri, buat yang sudah berkahwin tu teramat-amat sesuai diamalkan agar rumahtangga sentiasa harmoni, aman dan bahagia.
Kata orang tua tua... PETUA MENGASIHI SUAMI....
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.
PETUA MENGASIHI ISTERI.....
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau seumpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
Semoga Rumahtangga diberkati Allah s.w.t.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 10:12:14 GMT 8
8G Pada Lelaki Yg Dibenci Wanita.....
Diperturunkan 8G perkara yang dibenci oleh Wanita tentang Lelaki ....Apakah dia ??
1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar,suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2.Ganas (kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri,bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4.Gabrah (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7.Ganggo (kete rlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat,macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8.Gatal (miang ke ladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 10:24:37 GMT 8
Memahami Bahasa Badan Si Dia........
Rahsia bahasa badan si dia.Gerak-geri dapat menggambarkan satu perasaan yang sukar untuk diungkap oleh kata-kata.Percayakah kamu tentang ungkapan itu? Ibarat pepatah Melayu, 'Sekilas ikan di air, sudah tahu yang mana jantan, yang mana betina'.
Renungan mata seseorang mampu menggambarkan perasaannya pada kamu. Sama ada si dia suka atau tidak pada kamu. Kalau suka, renungannya pasti kelihatan jernih, cerah, ceria dan mata terbuka luas lantas mampu menyatakan perasaan yang berbuku di dalam hati.
Jika si dia merenung dengan pandangan tajam dan berkerut dahinya, maka awaslah! Kemungkinan si dia kurang menyenangi sikap ataupun tingkah laku kamu. Kalau betul dia tidak suka pada kamu, memandang wajah kamu pun sudah tidak mahu lagi. Bukan itu saja terdapat pelbagai lagi gerak-geri badan yang boleh berlaku tanpa disedari dan boleh membongkarkan sikap atau peribadi seseorang.Contohnya, di tempat kerja/sekolah, ada seorang jejaka yang menaruh hati pada kamu tapi tidak berterus-terang. Mungkin dia takut jikalau kamu sudah berpunya ataupun malas nak layan perasaan cinta, cuba perhatikan tingkah laku si dia. Terutamanya bila kamu berhadapan dengan dia. Bagaimana reaksi dan pandangan matanya. Hah! tentu lain bukan. Mungkin dari renungan mata yang tajam sambil melemparkan sebuah senyuman yang bisa menggegarkan jantung, boleh menyatakan sesuatu. Tapi bagi lelaki yang berani, tentu saja dia sudah meluahkan apa yang terpendam. Adakah si gadis sudi bertakhta di hati ataupun sebaliknya, tidak menjadi masalah baginya.
Komunikasi Menurut pakar psikiatri, komunikasi sesama manusia terbahagi kepada dua iaitu verbal (percakapan) dan non-verbal (bahasa badan). Komunikasi secara face to face mudah untuk difahami, lebih-lebih lagi secara straight forward (berterus-terang). Manakala komunikasi secara non-verbal adalah seperti penggunaan tangan, lirikan mata dan pergerakan anggota badan yang lain yang kebanyakannya berlaku tanpa disedari.
Dalam kes ingin meluahkan perasaan tanpa berkata-kata, selalunya lirikan mata dan senyuman mampu membantu kamu meluahkan apa yang terpendam. Lebih-lebih lagi bagi kamu yang sukar untuk menyusun ayat dan mengungkapkan kata-kata cinta pada si dia. Terutamanya bagi perempuan. Yelah..takkan nak mulakan dulu. Tapi bagi kamu yang berani, apa salahnya. Zaman sekarang ni, kalau perempuan yang masuk meminang lelaki pun tak menjadi masalah. Cuma.. antara sanggup atau tidak saja? Bahasa badan boleh menjadikan komunikasi antara kamu dan si dia lebih menarik lagi. Bahasa badan yang berlaku secara spontan bukan direka-reka dan amat sukar untuk menipu kerana gerak-geri yang terhasil boleh membongkar rahsia di sebaliknya. Sebab itulah, jangan kamu terkejut jika ada orang yang boleh mengetahui isi hati yang terpendam selama ini.
Rahsia pergerakan Pasangan lelaki dan perempuan memiliki pergerakan tertentu yang serupa dan ada kalanya berbeza. Jika tertarik antara satu sama lain dan apabila mereka berdekatan atau rapat, secara tidak langsung berlaku satu perubahan terhadap otot di anggota badan. Otot-otot akan menegang dan mengembang seperti di bahagian dada dan pipi. Manakala di bahagian perut pula akan mengempis. Kiranya kecut perutlah!
Jika bagi lelaki yang inginkan perhatian daripada gadis yang diminati, dia akan cuba berlagak macho dan menyerlahkan sifat-sifat kelakiannya. Gaya jalan, bercakap dan reaksi muka mampu menggambarkan emosinya pada waktu itu. Bahasa badan lelaki nampak lebih kasar sedikit. Sesuai dengan perwatakan mereka yang gentleman dan macho. Mereka sering menonjolkan daya tarikan seks, contohnya dengan meletakkan ibu jari di kedua-dua belah poket seluar.
Bagi seorang gadis pula, ada caranya untuk mendapatkan perhatian pada jejaka yang diminati. Mereka suka pusingkan kepala supaya rambut yang panjang mengurai turut beralun. Apabila berhadapan dengan lelaki yang diminati , ada yang suka memintal-mintalkan hujung rambut, memeluk tubuh sambil menggerakkan badannya sedikit, bercakap dengan suara yang bergetar ataupun lunak, merenung ke arah lelaki tersebut dengan jelingan manja dan mengambil berat.
Tips mengenali bahasa tubuh si dia Lelaki :
1) Control macho 2) Berjalan sambil meletakkan tangan ke dalam poket 3) Mata sering memfokuskan pada si dia 4) Mengusap-usap dagunya sambil memerhatikan si dia 5) Angkat kening sebelah bila bertembung dengan si dia sambil melemparkan senyuman 6) Bergaya dengan mendada serta mencekak pinggang supaya terserlah sifat-sifat kelakian 7) Membetulkan rambut supaya kelihatan kemas dan rapi 8) Membaiki kolar baju dan lipatan lengan 9) Bila berjalan/bergambar dalam berkumpulan, akan sentiasa mahu bersebelahan dengan si dia 10) Bertepuk tampar dan cubit-cubitan yang masih ada batasan terutamanya bagi lelaki dan perempuan adalah lumrah biasa dalam pergaulan kita dengan kengkawan yang lain, tetapi... seseorang lelaki itu tidak akan bergurau dengan cara menyentuh walaupun seinci pada tubuh gadis yang disukainya berbanding dengan teman-teman wanitanya yang lain. Malu dan hormatlah konon....
Tips mengenali bahasa tubuh si dia Perempuan :
1) Cepat-cepat melarikan mata bila pandangan bertembung 2) Control ayu! 3) Mencuri-curi pandang pada si dia 4) Muka merah padam bila si dia mengusik ataupun menyapa 5) Kaki akan disilangkan dan bertukar-tukar ketika berbual 6) Apabila duduk, kaki akan menghala ke arah yang sama dengan si dia 7) Bagi yang berambut pendek, akan menyelitkan rambut depan ke telinga supaya tidak nampak terjurai 8)Punggung akan ditonjolkan dengan meliuk-lentuk ketika bercakap ataupun berdepan dengan si dia 9)Bibir sedikit terbuka, agak basah, membesar sedikit dan menjadi merah 10)Gelisah dan tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi bila si dia berada di hadapan mata.Adakalanya sampai kerja yang dilakukan tidak menjadi.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 2, 2004 6:31:23 GMT 8
Need To Send Roses?
Take a look @ significant meanings bhind the numbers & colors & what they really represent!
How Many Stalks Should I Send?
1 stalk of rose......... Exceptional Love Concentrated on you 2 stalks of roses..... Just you and Me 3 stalks of roses..... I Love You 5 stalks of roses..... I Love You Very Much 6 stalks of roses..... Just For You ( a friend ) 11 stalks of roses... You are my only Love 12 stalks of roses... Satisfactory Union and Mutual Affinity 24 stalks of roses... Loving you every minute 36 stalks of roses... Feeling Romantic Attachment Because you came to me 99 stalks of roses... Love with Understanding Makes Love Eternal 100 stalks of roses.. Loving with Understanding Makes Love Eternal 108 stalks of roses.. Please Marry Me 365 stalks of roses.. Thinking of you everyday, Loving you everyday
Which Color Should I Send? White Roses........... Purity, Sincerity Orange Roses......... Strong Love, Affectionately Pink Roses............. Tender Love, Caring Light Pink Roses...... Grace, Happiness Dark Pink Roses...... Thankfulness Red Roses.............. True Love Yellow Roses........... Goodbye, Jealousy, Rejected Love, Apology Peach Roses........... Thinking of you day and night, True Friends Amber orange Roses............... Deeply in Love with you Champagne Roses.. Congratulations, Romantic Love Lipstick Pink............ First Approach Sweetheart Yellow.. Undying Love
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 9, 2004 9:14:37 GMT 8
1.GIVE YOUR EYE A BREAK. Take a vision break after 30 or 40 mins of new work, like reading,writing, using computer, sewing, playing hand-held computer games. Look at distant object or look out of the window for 3 to 5 mins.
2.WHEN READING. Your book should be about 30cm away from your eyes. Sit upright in a comfortable chair. Make sure the room has adequate lighting. Try not let excessive glare shine directly onto your book or on your face. If possible, choose that have langer print.
3.WHEN WATCHING TV OR PLAYING VIDEO GAMES. Sit at least 2m from the screen. Don't sit in the dark, switch on the room light. Try not to watch television while lying down,the centre of the screen should be at your eye level or lower.
4.WHEN USING THE COMPUTER. Place the monitor screen about 50cm from your eyes. Make sure the room has adequate lighting. Adjust your monitor screen to redure glare.
5.EYE CHECK UP. Go for regular eye check-ups.Myopic children should get their eyes examined once a year. For adult with no eye problem, an eye examination should be done once every 2 to 4 years after age 40, and once every1 to 2 years after age 60.
Source:MEDLINEplus health information.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 9, 2004 10:34:26 GMT 8
10 Brain Damaging Habits
1. No Breakfast People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.
2. Overeating It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.
3. Smoking It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar consumption Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
5. Air Pollution The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.
6. Sleep Deprivation Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.
7. Head covered while sleeping Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
8. Working your brain during illness Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.
9. Lacking in stimulating thoughts Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
10. Talking Rarely - Intellectual conversations Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 12:24:27 GMT 8
Jus dapat menyembuhkan.... -------------------------------------
Alergi ~~ Jus aneka sayur Anemia ~~ Jus bayam Asma ~~ Jus jeruk/mangga Bau mulut ~~ Jus delima Dehidrasi ~~ Jus betik-mangga Selsema ~~ Jus jeruk/mangga Gangguan hati ~~ Jus tomato Gangguan pencernaan ~~ Jus strawberi Gangguan kulit ~~ Jus mentimun Gigitan serangga ~~ Jus tomato Kolestrol tinggi ~~ Jus epal Kulit kering ~~ Jus mentimun Nafsu makan kurang ~~ Jus tomato Panas dalam ~~ Jus pisang/betik-mangga Sembelit ~~ Jus epal/kombinasi Serangan jantung ~~ Jus anggur-kismis Sesak nafas ~~ Jus mangga Tekanan darah rendah ~~ Jus delima Radang gusi ~~ Jus strawberi Radang sendi (Artritis) ~~ Jus epal/adpokat
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 12, 2004 9:38:30 GMT 8
Fehhhh! Menarik nombor rumah itu," kata Ramey apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 - pada sebuah banglo. "Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramey terus memandu.
Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?
"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 - ada 'ong' kata mereka," Ramey memecah kesunyian. "Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.
Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.
"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah. "Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.
Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya.
"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.
1 - Satu Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.
2 - Dua Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. "Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah..tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.
3 - Tiga Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.
4 - Empat Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.
5 - Lima Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.
6 - Enam Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.
7 - Tujuh Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.
8 -Lapan Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya.. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.
9 - Sembilan NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang..walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!
10 atau 0 Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah. tidak wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.
Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri....
|
|
Qhas _da best
Senior Student
kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan, kesabaran itu ketenangan, fikirlah wahai teman!!!!
Posts: 374
|
Post by Qhas _da best on Jan 14, 2004 14:12:16 GMT 8
When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person. But when that special someone is not around, you might look around to find them. At that moment, you are in love. Although there is someone else who always makes you laugh, your eyes and attention might go only to that special someone. Then, you are in love. Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of their safe arrival, your phone is quiet. You are desperately waiting for the call! At that moment, you are in love. If you are much more excited for one short e-mail from that special someone than other many long e-mails, you are in love. When you find yourself as one who cannot erase all the messages in your answering machine because of one message from that special someone, you are in love. When you get a couple of free movie tickets, you would not hesitate to think of that special someone. Then, you are in love. You keep telling yourself, "that special someone is just a friend", but you realize that you can not avoid that person's special attraction. At that moment, you are in love. While you are reading this page, if someone appears in your mind, then u are in love with that person. sha kan ker articel dah post.. mungkin satu kesilapan he..he..he.. anyway thanx..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 14, 2004 14:55:13 GMT 8
yeke?kat na?sha x perasan pun.....xpelah kalu dah ade sha delete jelah......buat ape2 banyak2 kan...bace skali cukuplah kan......anyway thanks..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 14, 2004 15:04:44 GMT 8
PETUA MENJAWAB TELEFON MASE SIBUK.......
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah...dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).
Soalan: haloo, may i speak to ina please? Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli. Soalan: haloo ina, buat ape tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
Soalan: halloo...... Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul letu.
Soalan: assalammualaikum... Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kitewajib jawab)hehehehe... yaaaaaaiiiittttt!!!
Nota: Jangan amalkan kalau nak selamat... hihihihihi
|
|
Qhas _da best
Senior Student
kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan, kesabaran itu ketenangan, fikirlah wahai teman!!!!
Posts: 374
|
Post by Qhas _da best on Jan 14, 2004 15:06:42 GMT 8
mana dapat mende2 nie semua ..kelakar ler...
|
|
|
Post by enigma on Jan 14, 2004 16:08:55 GMT 8
PETUA MENJAWAB TELEFON MASE SIBUK....... Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah...dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator). Soalan: haloo, may i speak to ina please? Jawapan: maap.sini bukan balai polis. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane.. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur. Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli. Soalan: haloo ina, buat ape tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni.. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap Soalan: halloo...... Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar? Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul letu. Soalan: assalammualaikum... Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kitewajib jawab)hehehehe... yaaaaaaiiiittttt!!! Nota: Jangan amalkan kalau nak selamat... hihihihihi la..cik kak oi....artikel ni pon dah penah dipos dah..tp tak pelah..leh refresh balik....
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 21:54:15 GMT 8
Petua Mencantikkan Rambut
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- urangnya seminggu.
2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.
4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).
|
|