|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 21:31:21 GMT 8
Khasiat Dari Tumbuhan
1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.
2 Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi ada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapak kali.
3 Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai..tumbuk dan sapukan kat tempat luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.
4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.
5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 19, 2004 14:41:00 GMT 8
50 most romantic things to do with your husband/wife
1. Watch the sunset together. 2. Whisper to each other. 3. Cook for each other. 4. Walk in the rain. 5. Hold hands. 6. Buy gifts for each other. 7. Roses. 8. Find out their favorite cologne/perfume and wear it every time you're together. 9. Go for a long walk down the beach at midnight. 10. Write poetry for each other 11. Hugs are the universal medicine. 12. Say I love you, only when you mean it and make sure they know you mean it. 13. Give random gifts of flowers/candy/poetry etc. 14. Tell her that she's the only girl you ever want. Do not lie. 15. Spend every second possible together. 16. Look into each other's eyes. 17. Very lightly push up her chin, look into her eyes, tell her you love her, and kiss her lightly. 18. When in public, don't flirt with each other. 19. Put love notes in their pockets when they aren't looking. 20. Buy her a ring. 21. Sing to each other. 22. Always hold her around her hips/sides. 23. Take her to dinner and do the dinner for two deal. 24. Spaghetti? (Ever see Lady and the Tramp?) 25. Hold her hand, stare into her eyes, kiss her hand and then put it over your heart. 26. Dance together. 27. Let your girl fall asleep with her head in your lap. (It looks real cute) 28. Do cute things like write I love you in a note so that they have to look in a mirror to read it. 29. Make excuses to call them every 5 minutes 30. Even if you are really busy doing something, go out of your way to call and say I love you. 31. Call from your vacation spot to tell them you were thinking about them. 32. Remember your dreams and tell her about them. 33. Always tell her how pretty she looks. 34. Tell each other your most sacred secrets/fears. 35. Be Prince Charming to her parents.(Brownie Points) 36. Brush her hair out of her face for her. 37. Hang out with his/her friends. (more brownie points) 38. Go to church/pray/worship together. 39. Take her to see a romantic movie and remember the parts she liked. 40. Learn from each other and don't make the same mistake twice. 41. Describe the joy you feel just to be with him/her. 42. Make sacrifices for each other. 43. Really love each other, or don't stay together. 44. Let there never be a second during any given day that you aren't thinking about them, and make sure they know it. 45. Love yourself before you love anyone else. 46. Learn to say sweet things in foreign languages. 47. Dedicate songs to them on the radio. 48. Fall asleep on the phone with each other. 49. Stand up for them when someone talks trash. 50. Never forget the kiss goodnight. And always remember to say, "Sweet dreams."
~This is a chain letter i wanted to share with u all~
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 21:30:02 GMT 8
Masalah Sakit Kepala, Pening & Hidung Berdarah
1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari.
2. Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.
3. Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.
4. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 8:59:26 GMT 8
CARA SENANG MENCARI BAHAN BACAAN....
Terutama bila berada di library.kena mahir atau tahu guna komputer cari bahan (opac) @ VTLS.
Biasanya, student dapat senarai buku2, jadi ikut senarai cari guna opac.lepas tu, baru kesan di rak.macam tu jak...senang....jimat...
(memandangkan kancil d'ums, majoriti pguna kurang mahir cari bhn dgn cepat & jimat masa.harap info ini mbantu tmasuk mcari bhn d'mana2 tempat)
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 9:00:11 GMT 8
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan (6) Tembakau
(2) Alkohol (7) Radiasi
(3) Sinaran cahaya matahari (8) Pekerjaan
(4) Pengambilan ubat (9) Pencemaran air dan udara
(5) Perokok yang tidak aktif (10) Keturunan
TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China,mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 1:20:33 GMT 8
Rawat sendiri kulit wajah
TIDAK perlu mengeluarkan belanja besar untuk melakukan rawatan kulit wajah kerana ia boleh dilakukan sendiri menerusi pilihan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit masing-masing.
Penjagaan kulit juga perlu dijadikan rutin seharian yang hanya mengambil masa tidak lebih daripada 10 minit setiap hari untuk mendapatkan kulit yang segar, sihat dan tampil menarik.
Sebelum memilih produk penjagaan kulit, tentukan jenis kulit anda terlebih dulu. Ini diikuti dengan produk bersesuaian untuk tujuan membersih, menyegar, melembap dan melindungi kulit.
Untuk pembersihan, sebarang jenis sabun boleh digunakan untuk membuang kotoran tetapi ia mungkin kurang berkesan untuk menanggalkan solekan. Justeru, pilihlah pembersih daripada jenis krim, losyen atau gel yang dirumus untuk jenis kulit tertentu.
Bagi mereka yang berkulit kering, bahan pembersih diperbuat daripada krim atau losyen lebih sesuai manakala kulit berminyak pula lebih sesuai dirawat dengan pembersih diperbuat daripada gel atau produk berasaskan air.
Untuk membersih, percikkan air suam ke muka untuk membuka liang roma sebelum menggunakan bahan pembersih dengan urutan ke atas. Bersihkan dengan air suam beberapa minit sebelum percikkan muka dengan air sejuk untuk menutup liang roma.
Ini dituruti dengan penyegar muka yang membuang bahan sisa berminyak akibat penggunaan solekan atau bahan pembersih. Penyegar berupaya menutup liang roma, merangsang pengaliran darah dan menghasilkan kulit yang bersih dan berkilau.
Semua jenis kulit termasuk kulit berminyak memerlukan bahan pelembap setiap hari. Bagaimanapun, ada pelbagai pelembap untuk jenis kulit berbeza. Untuk kulit kering, bahan pelembap yang mengandungi minyak (seperti petrolatum) boleh digunakan manakala kulit berminyak boleh menggunakan krim berasaskan air dan rumusan yang bebas minyak.
Kebanyakan krim pelembap mengandungi ‘alpha-hydroxy acid’ (AHA) iaitu asid berasaskan buah-buahan dan susu yang membantu untuk membuang lapisan kusam pada permukaan kulit serta mendedahkan kulit yang segar di lapisan bawah. AHA juga bertindak untuk mengurangkan penampilan liang roma dan kedutan halus.
Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, produk yang mengandungi ‘hypo-allergenic’ lebih sesuai kerana ia bebas daripada bahan pewangi dan pewarna yang boleh menyebabkan radang kulit.
Langkah penting untuk melindungi kulit adalah menggunakan bahan pelindung cahaya matahari. Ada pelbagai jenis bahan pelindung cahaya matahari di pasaran yang terdiri daripada SPF berbeza. Apa sekalipun pilihan anda, pilihlah bahan yang sesuai berdasarkan jenis kulit anda.
|
|
|
Post by enigma on Feb 17, 2004 8:38:22 GMT 8
petua menjaga kulit muka tu mesti org pompuan suker.... pandai atok cari artikel
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 17, 2004 12:08:29 GMT 8
JIKA TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK Kita hendaklah memastikan bahawa suiz elektrik ditutup terlebih dahulu. alihkan mangsa itu dengan menggunakan bahan penebat seperti plastik atau kayu yang kering. baringkan dan selimutkan badannya. sekiranya sedar, beri minum air suam kepadanya.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 17, 2004 12:08:53 GMT 8
MERAWAT CAMPAK Meminum air kelapa muda sebenarnya boleh merawat demam campak. jika ada di kalangan org terdekat ataupun anda sendiri terkena demam campak selalulah minum air kelapa muda. anda boleh lihat campak itu akan cepat keluar.
|
|
|
Post by enigma on Feb 17, 2004 12:10:22 GMT 8
Meminum air kelapa muda sebenarnya boleh merawat demam campak. jika ada di kalangan org terdekat ataupun anda sendiri terkena demam campak selalulah minum air kelapa muda. anda boleh lihat campak itu akan cepat keluar. :otu ker? blh nampak campak tu kluar.... cam ta caya jer
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 19:39:37 GMT 8
:otu ker? blh nampak campak tu kluar.... cam ta caya jer itu cara perubatan tradisonal la..akanlah tak tau? org m'si sume dah tau..bile dmm je mnm air kelapa muda..insyaallah ...baiklah nanti..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 18, 2004 9:26:56 GMT 8
BUKAN SEKADAR LILIN.....
Lilin wangian aroma terapi ternyata berkesan untuk merehatkan saraf disamping membantu mengatasi atau menghilangkan 'STRESS'. Selain wangiannya yang menyegarkan, warna sesuatu lilin juga memberikan maksud yang tertentu, cubalah!
PUTIH: MEMBERSIHKAN DIRI JINGGA/OREN: MEMBANGKITKAN SEMANGAT MERAH MUDA: MENINGKATKAN KEYAKINAN HIJAU: MENGURANGKAN TEKANAN & STRESS BIRU: MENDAMAIKAN
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 18, 2004 9:31:11 GMT 8
RILEKSKAN DIRIMU
Setelah seharian sibuk di pejabat/kuliah, kamu perlu sedikit masa untuk berehat dan bersendirian. KETIKA BERADA DI BILIK TIDURMU, BUKA PAKAIAN KERJA/KULIAH YANG TELAH DIPAKAI SEHARIAN ITU. KEMUDIAN PASTIKAN PENCAHAYAAN DALAM BILIK KAMU KELIHATAN AGAR SAMAR-SAMAR, LALU REBAHKAN TUBUH DI TEMPAT TIDUR SAMBIL MENARIK NAFAS PANJANG DAN PERLAHAN-LAHAN KAMU LEPASKAN. Hasilnya, pasti kamu akan menikmati rasa tenang & nyaman yang tidak terhingga.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 18, 2004 9:32:18 GMT 8
itu cara perubatan tradisonal la..akanlah tak tau? org m'si sume dah tau..bile dmm je mnm air kelapa muda..insyaallah ...baiklah nanti.. bukan setakat air kelapa muda....kita gak leh minum air CAP BADAK.....
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 18, 2004 9:44:58 GMT 8
MAKANAN & EMOSI
Pemakanan turut mempengaruhi emosimu! Pilihan menu yang tepat pasti mampu merubah hari & emosi dirimu!
TUBUH MALAS @ PENAT Pastikan kamu mendapatkan makanan berasaskan daging, ikan dan ayam. Dengan ini, tubuh kamu mampu berjalan dengan lancar dan harimu pasti akan lebih bertenaga.
'STRESS' SETELAH SIBUK SEHARIAN Pilih menu makanan dari kategori pasta yang kaya dengan serat, vitamin B dan mineral. Kamu boleh memilih lasagna, fetuccin atau spageti. Selain itu, kamu juga perlu mengambil makanan berasaskan gandum seperti roti @ nasi.
TIMBUL RASA SEDIH Makanan manis mampu mempertingkat mood ceria individu. Mungkin kamu boleh menikmati coklat di kala kesedihan melanda! Tapi ingat, jangan berlebihan pula!
DILANDA RASA CEMAS Nikmatilah sebiji epal. Aromanya itu mampu mengurangkan perasaan cemas yang kamu alami.
|
|