sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 25, 2004 10:57:41 GMT 8
Cara mengira keseimbangan berat dan tinggi
Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan(kg) bahagi Ketinggian(m) ganda dua
BMI= Berat Tubuh Badan / (ketinggian*ketinggian)
Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mual-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6
Sekiranya BMI anda : * Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan * 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal * 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan * 30 dan keatas,anda adalah obese<berat badan berlebihan>
****Selamat Mencuba****
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 25, 2004 21:32:46 GMT 8
Hormon pengaruhi berat badan ======================
Bagaimana bentuk tubuh anda. Padat berisi atau kurus kerempeng. Ternyata bentuk tubuh ditentukan oleh kelenjar yang paling dominan dalam tubuh.Kelenjar ini jugalah yang menentukan bagaimana dan di mana berat badan biasanya tertumpu serta jenis makanan yang anda perlu ambil. Secara umum ada empat jenis bentuk tubuh. Kategori manakah tubuh anda?
Jenis A (Adrenalin)
anda cenderung memiliki tubuh yang berotot di bahagian lengan dan kaki.Biasanya kelebihan berat badan bertumpu pada batang tubuh.Pengambilanprotein dan karbohidrat harus dikurangkan, jika anda tidak ingin mengalami kelebihan berat badan.
Jenis G (gonadal)
Tubuh anda mirip buah pir. Bentuk badan seprti ini cenderung menyimpan berat badan berlebihan di bahagian belakang dan lengan. Elakkan makananpedas yang mengandungi lemak.
Jenis P (pituitary)
Kelenjar hipofisis (pituitary) adalah kelenjar yang berada di bawah otak.Dominasi kelenjar yang berada di bawah otak. Dominasi kelenjar ini akan membentuk tubuh yang kecil dengan berat badan yang terganggu pada seluruh tubuh. Meskipun demikian, jauhi makanan atau produk yan g mengandungi susu. jika anda tidak ingin tubuh menjadi "melar".
Jenis T (tiroid)
Metabolisme anda terlalu aktif, sehingga tubuh anda lebih tinggi. Untuk mengelakkan berat badan kurangkan pengambilan gula, karbohidrat yang telah disuling (refined carbohyrates) dan minuman berkafein secara berlebihan.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 26, 2004 10:08:24 GMT 8
Berikut adalah cara² dan petua bagaimana untuk menasihati anak,isteri atau suami supaya tidak degil ...
1- Semasa beliau sedang tidur kerana masa inilah paling sesuai terutamanya diwaktu 2/3 malam . Kerana diwaktu ini fikiran di bawah sedarnya ( sub conscious mind) adalah paling optimum. Yang sebenarnya tidur adalah fikiran sedarnya (conscious mind) ataupun minda sedar.
2- Sentuh lah langit² anda dengan perut ibu jari tangan kanan anda kemudian usap perlahan² ibujari anda itu ke ubun² kepala beliau.
3- Semasa ibujari anda di atas ubun² kepalanya hendaklah diselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W diikuti bacaan surah Al-fatihah. kemudian diteruskan dengan zikir Subhanallahi walhamdulillahi walailla HailAllah di dalam hati tanpa putus.
4- Kemudian angkat ibujari tangan anda kemudian membisik dengan perlahan (supaya mereka tidak terjaga) sambil zikir tidak putus di dalam hati anda.
5- Bisikanlah kata² nasihat serta teguran atau apa sahaja yang diinginkan .. kalau dapat pastikan zikir tidak putus dibaca di dalam hati.
6- Anda boleh melihat reaksi mereka mendengar dengan melihat kelopak mata mereka bergerak2.. insyallah kaedah ini berjaya.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah ( Hanafi An Nu'man ) seseorang pernah bertanya kepada bapanya ( Bapa Imam Abu Hanifah )
"Tuan bagaimana tuan mendidik anak tuan sehingga menjadi sebegini istimewa?"
Jawapnya " Aku mendidik beliau semenjak 40 tahun lagi sebelum beliau dilahirkan"
Dari segi logik memang tak masuk akal .. tetapi sebagai renungan .. bagaimana mungkin Acuan bulat boleh menghasilkan kuih yang bersegi empat?
Oleh itu untuk membina keluarga yang kita kehendaki bermula dari pembentukkan diri kita sendiri ...
Sekian wasalam ..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 26, 2004 21:25:32 GMT 8
TIPS KETIKA ANDA SEDANG MARAH
1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita. 2.Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. 3.Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 4.Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 5.Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. 6.Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 7.Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. 8.Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 9.Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.
Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku,apabila naik marah, yang bersandar, akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Kawallah diri anda sebaiknya.
Wassalam..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 27, 2004 21:59:28 GMT 8
Resepi CINTA
BAHAN-BAHANNYA 1 tin cerita 2 keping hati yang masih muda 1 mangkuk besar pengertian 2 tin keimanan kepada Tuhan 2 biji tomato pengharapan 1 mangkuk keyakinan 1/2 sudu cemburu 1 mangkuk perjodohan cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)
CARA - CARANYA : Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya. Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mengkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan. Tuangkan kepercayaan dan pengertian. Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan sesuka hati masing- masing. Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan. Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan. Canpuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.
Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati. Masanya: Darah Muda
Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 3:35:17 GMT 8
sesuai sgt utk org yg tgh bercinta...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 29, 2004 14:09:05 GMT 8
Tip untuk wanita
- Minum banyak air putih kerana ia mampu membuang toksin, menjaga kesihatan kulit dan membakar kalori dalam badan. Bila badan sihat, anda akan nampak cantik luar dan dalaman sekali gus mampu menyenangkan hati suami atau kekasih.
- Rajin-rajinlah bersenam. Jika badan sihat, anda mampu melakukan pelbagai aktiviti sihat dengan orang tersayang seperti berjoging, mendaki gunung, jungle trekking dan banyak lagi. Bila bangkit dari tidur, lakukan sedikit regangan ringan bagi membetulkan peredaran darah.
- Jangan sesekali merokok. Rokok bukan saja merosakkan jantung dan paru-paru tetapi juga kulit akan menjadi kasar.Bila anda merokok, kesukaran memperoleh zuriat lebih tinggi daripada wanita yang tidak merokok. Jadi jangan amalkan tabiat buruk ini semata-mata mahu kelihatan hebat dan bersaing dengan lelaki.
- Tidur secukupnya. Gemar berjaga malam mengakibatkan kelopak bawah mata akan kelihatan lebam dan kehitaman. Lama kelamaan, kesan hitam itu nampak hodoh dan memburukkan wajah. Berehatlah kerana ia baik untuk kesihatan tubuh.
- Rajin-rajinlah cuci wajah selepas memakai alat solek. Tahukah anda, jika sisa alat solek tidak dibersihkan, membuatkan wajah kelihatan lebih hodoh dari usia.Tentunya anda tidak mahu tua sebelum waktunya.
- Jangan terlalu ghairah nak kurus sampai memudaratkan kesihatan tubuh. Amalkan pemakanan seimbang. Gemuk atau kurus bukan soalnya asalkan badan sihat. Lagipun cita rasa lelaki berbeza; ada yang suka wanita kurus, tidak kurang yang minat pada wanita gemuk.
- Manjakan diri sekurang-kurangnya sebulan sekali di salun untuk facial atau pergi ke spa. Kalau malas ke salun, lakukan sendiri di rumah, kosnya pun lebih jimat. Jadi tak adalah bila suami selisih dengan orang lain dan akui wangi tapi bila dekat dengan kita, katanya macam bau kuih basi.
- Jauhi tekanan terutama membabitkan masalah rumah tangga. Berfikirlah dengan bijak untuk menanganinya. Hal kecil jangan diperbesarkan. Berbincang adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi tekanan.
- Yakini pada diri sendiri. Berfikiran positiflah kerana jika kita sendiri hilang keyakinan diri, bagaimana kita mahu berurusan dengan orang lain? Kalau anda mengatakan orang lain cantik, tentunya anda kena yakin pada diri sendiri. Jangan sesekali ambil keputusan menyepikan diri sebaliknya berkawanlah dengan ramai orang, mana tahu ada di antara mereka yang senasib dengan anda. Sekurang-kurangnya anda boleh berkongsi cerita yang sama.
- Ketawalah. Di saat anda kesusahan, bersuka rialah dengan kawan-kawan kerana ia mampu menghilangkan duka di hati. Jangan menyepikan diri kerana kesannya lebih buruk. Ingatlah, kecantikan sebenarnya datang dari luaran dan dalaman yang sihat.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 1, 2004 0:41:39 GMT 8
ape lagi kaum hawa..take note la..
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 4, 2004 20:53:48 GMT 8
EMOSI DAN PENYAKIT
Maklumat berikut diperolehi semasa menghadiri ceramah PROF. DR. SIR MUGENI SAMERIN salah seorang ahli lembaga pengarah Sureco yang merupakan pakar perubatan rawatan alternatif.
PERKARA BERIKUT ADALAH HASIL PEMERHATIAN YANG MENGAMBIL MASA BER ABAD-ABAD LAMANYA UNTUK DI KENALPASTI, DI KUTIP DAN DI AMBIL DARI BERBAGAI-BAGAI SUMBER. TIADA KAJIAN SAINTIFIK UNTUK PERKARA BERIKUT.
Emosi rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita..
EMOSI KESAN
Pengerasan ateri dan sakit tekak- Kondem Orang
Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang
Cynical, sindiran -bongkok
Menahan marah, memendam rasa -Sakit semua bahagian belakang
Menanggung masalah sendiri/orang lain -Lenguh bahagian belakang
Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, -Kanser
cemburu, kebencian, Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu -Sembelit
Menyampah kepada seseorang -Batuk
Kerakusan kasih -Jantung dan paru-paru
Minda yang tiada tolak ansur -Sakit sendi
Memendam emosi -Sakit pinggang
Kekesalan -Hati (liver)
Ketegangan emosi -Tengkuk tegang
Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan -Pankreas
Komplen -Organ seks
Dendam -Gastrik
KESIMPULANNYA
Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.
Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.Waallahualam
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 5, 2004 3:11:09 GMT 8
.:: Bahan2 dlm rokok:1 ::.
Sedikit tentang bahan yang terkandung dalam rokok.
Bahan tambahan seperti ammonia akan meningkatkan tahap pH dalam asap rokok dan menghasilkan "nikotin bebas" pada tahap yang tinggi, yang lebih mudah diserap oleh tubuh manusia berbanding "nikotina terikat". Pelbagai perisa dan bahan pemanis diadunkan dalam rokok untuk menyembunyikan rasa asap tembakau yang kasar dan menjadikannya lebih enak kepada kanak-kanak dan pengguna yang baru mencuba. Sesetengah bahan tambahan ini juga menyembunyikan bau dan penglihatan asap persekitaran. Tindakan ini membahayakan orang-orang yang tidak merokok. Di samping itu, ia juga melemahkan hujah-hujah perundangan yang menyokong udara bersih di dalam bangunan.
Bahan tambahan seperti mentol digunakan untuk menjadikan tekak pengguna kebas supaya ia tidak akan merasai kesan-kesan asap yang memedihkan tekak.
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 11, 2004 18:51:45 GMT 8
Petua : Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
Pengirim : Yan
|
|
|
Post by kuzy on Mar 12, 2004 10:10:12 GMT 8
petua nak hensem... buat plastic surgery
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 15:37:35 GMT 8
kurangkan dan memecahkan lemak dalam badan
Caranya mudah sahaja.Ambil 2 atau 3 biji limau nipis.Perah untuk memperoleh patinya.Campurkan sedikit gula. Seeloknya gunakan air suam untuk hasil yang mujarab.Amalkan selalu untuk memperoleh hasilnya.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 16, 2004 15:28:42 GMT 8
pastu minum ker... citerla sampai abis
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 17, 2004 0:00:07 GMT 8
pastu minum ker... citerla sampai abis o.k...aku sambung....pastu kau minum....mestilah minum...x kan buang kot.... ;D kau try yer...
|
|