|
Post by StRiDeR on Apr 7, 2004 17:21:10 GMT 8
Hi, semua mat2 motor n kete ...jom kita lepak2 kat thread nie jap...kat thread nie korang bincang ler aper saja pasal kete ngan moto...aku nie x berape teror sangat...still freshie lagi ;D...so, saper yg teror pasal motor n kete nie...amat lah di alu - alu kan dalam thread nie ...leh kita bertukar2 pendapat...x pun dapat ilmu baru...lau korang nak letak tips menjaga kete / motor pun leh gak... adios...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 7, 2004 17:21:50 GMT 8
Tips Ketika MEMANDU bersendirian, terutama bagi perempuan
Beberapa tips...(sila tambah...)
1.Pastikan minyak penuh dan segala keperluan asas diperiksa.
2.Lihat peta dan tandakan jalan-jalan utama yang akan dilalui bagi memudahkan perjalanan dan tidak mungkin sesat.
3.Beritahu keluarga atau teman karib ke mana destinasi dan waktu bilakah kamu dijangka pulang.
4.Kuncikan kereta dan naikkan cermin kereta sewaktu memandu.
5.Jangan letakkan kereta di tempat gelap atau tempat sunyi.
6.Jika mengantuk dan perlukan rehat, berhentilah di kawasan balai polis atau i tempat yang ramai orang.
7.Jangan singgah merata tempat. Singgah la apabila perlu sahaja.
8.Apabila kembali semula ke kereta setelah singgah di mana-mana, pastikan kunci kereta telah berada di tangan.
9.Jangan menumpang seseorang yang tidak kamu kenali. Jika dia dalam kesusahan, hubungi polis atau hospital berhampiran.
10.Belajarlah cara-cara asas megendalikan kereta sewaktu kecemasan seperti memeriksa angin tayar, menukar tayar dan sebagainya.
11.Jika kereta rosak di jalanan dan seseorang datang menawarkan pertolongan, jangan secepatnya membuka pintu.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 10, 2004 2:08:10 GMT 8
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 12, 2004 12:03:37 GMT 8
Shut Down ur Car Cruise Control on wet road!!!
> > Read this, it could save your life !!!! > A 36 year old female had an accident several weeks ago and > totaled her car. She was traveling and it was raining, though not > excessive, when her car suddenly began to hydroplane and literally flew > through the air. She was not seriously injured but very stunned at the > sudden occurrence! > When she explained to the highway patrolman what had happened he > told her something that every driver should know -NEVER DRIVE IN THE RAIN > WITH YOUR CRUISE CONTROL ON. She had thought she was being cautious by > setting the cruise control and maintaining a safe consistent speed in the > rain. But the highway patrolman told her that if the cruise control is on > and your car begins to hydroplaned - when your tires loose contact with > the > pavement your car will accelerate to a higher rate of speed and you take > off like an airplane. She told the patrolman that was exactly what had > occurred. > We all know you have little or no control over a car when it > begins to hydroplane. The highway patrol estimated her car was actually > traveling through the air at 10 to 15 miles per hour faster than the speed > > set on the cruise control. The patrolman said this warning should be > listed, on the drivers seat sun-visor - NEVER USE THE CRUISE CONTROL WHEN > THE PAVEMENT IS WET OR ICY - along with the airbag warning. We tell our > teenagers to set the cruise control and drive a safe speed but we don't > tell them to use the cruise control only when the pavement is dry. > The only person the accident victim found, who knew this > (besides the patrolman), was a man who had a similar accident, totaled his > > car and sustained severe injuries. If you send this to 15 people and only > one of them doesn't know about this, then it was all worth it. You might > have saved a life.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 12, 2004 14:13:40 GMT 8
Tips tersalah isi minyak > > Berjumpa sekali lagi di ruangan tips untuk kereta. Kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya mengenai tips jika tersalah isi minyak (isi minyak diesel untuk kereta petrol). > > Pernah terjadi di depan mata saya seorang amoi mengisi kereta kancilnya dengan minyak diesel. Bila saya ternampak perkara itu, terus saya memberitahu dia. Tanpa menghidupkan kereta, saya menolak keretanya ke tepi dan terus menelefon mekanik. > > Perkara pertama yang mekanik lakukan, dia bertanya kepada amoi tapi samada kereta dihidupkan atau tidak, jawapannya tidak. Jadi mekanik tersebut berkata, cuma tangki petrol yang perlu dicuci. Mekanik tersebut terus membuka tangki petrol kancil tersebut dan mencucinya dan kerja tersebut siap dalam masa 1 1/2 jam. > > Sekiranya kereta sudah dihidupkan dan kereta telah bergerak seketika sebelum mati, peralatan yang perlu dicuci lebih banyak. Selinder head perlu diangkat untuk mencuci piston dan kesemua saluran minyak petrol perlu dibersihkan dengan menyemburkan angin ke dalamnya. Sekiranya kereta tersebut menggunakan carburater, ia perlu diservis, sekiranya injection, injecter perlu dibuka dan dicuci. Penapis minyak petrol perlu ditukar. Tiada kerosakkan yang berlaku ke atas sistem enjin, cuma kesemua bahagian enjin yang melibatkan pengaliran minyak petrol perlu dicuci. Belanja untuk mencuci termasuk menggantikan gasket selinder head lebih kurang RM400 mengikut jenis kereta. > > Oleh itu perkara pertama yang perlu dibuat sekiranya anda tersalah isi minyak, JANGAN HIDUPKAN enjin KERETA ANDA. Perlu diambil perhatian, kepala pam minyak diesel, biasanya berwarna HITAM dan petrol pula berwarna selain dari hitam.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 13, 2004 13:44:09 GMT 8
Rim sport, tayar biar padan baru lah betul
GAYA serta kegilaan pemilik kereta berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Satu masa dulu, ramai yang lebih ghairah memilih jenis tayar berjenama dan berkualiti tanpa menghiraukan satu lagi komponen penting roda kenderaan iaitu rim. Tetapi pemilik kereta masa kini, terutama generasi muda berasa tidak lengkap jika kereta mereka tidak dipasang dengan rim sport bagi menggantikan rim keluli asal. Sesetengah kereta model baru pula sudah siap dipasang dengan rim sport apabila berada di pasaran atau rim sport dijadikan sebagai aksesori pilihan untuk memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah itu. Dalam hal ini, pemilik kereta yang tergila-gilakan aksesori seperti rim sport tidak terkecuali daripada mengambil kira faktor wang, kualiti dan penjagaannya. Ada kalanya tayar yang digunakan tidak sesuai untuk rim sport yang dibeli dan sudah tentu, kerugian berlaku. Justeru, langkah tertentu perlu diambil sebelum memilih rim baru supaya tidak memberi kesan sampingan kepada kereta. Perkara utama, itu, pastikan rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Antara kelebihan menggunakan rim sport ialah ia mampu memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar. Ada pendapat yang mendakwa pemasangan rim sport boleh menaikkan nilai jualan kereta pada masa depan. Bagaimanapun, faktor ini masih bergantung kepada sejauh mana pemilik berjaya memberi penjagaan ke atas keseluruhan komponen kereta. Tidak bermakna jika kereta hanya menarik di luar tetapi dari segi dalaman, prestasi enjin dan keupayaan meluncur, ia mengecewakan. Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang. Dari segi keburukan pula, ia membabitkan tiga perkara utama iaitu sama ada tayar yang dipasang sesuai dengan ruang tayar pada kereta, tekanan bakal diterima oleh hab dan setiap penyambungan serta kesan pada stereng. Jika membeli rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang. Menggunakan rim bengkok juga menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak pula boleh menyebabkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol. Selain itu, jika mempunyai rim sport yang berat, ia mengurangkan daya pecutan, sekali gus menambah penggunaan petrol. Perkara paling penting ialah kemampuan menganggar ukuran antara rim yang perlu dibeli dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim. Dengan kedudukan tayar lurus, ukur ketinggian sehingga ke tahap maksimum antara tanah dengan ruang tayar. Selepas itu, pusing tayar untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu dengan memerhatikan jurangnya dengan penyerap hentak dan spring. Langkah seterusnya, letakkan penual pada sebelah tayar untuk memastikan sejauh manakah tayar boleh jatuh. Faktor lain yang perlu diberi tumpuan ialah memastikan lubang skru pada rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih daripada empat skru. Selain itu, penyerap hentakan perlu diberi perhatian kerana ia sangat penting bagi sesebuah kereta. Jika ia rosak, kenderaan ibarat kereta kuda yang melantun-lantun hingga menyakitkan badan pemandu dan penumpangnya. Meskipun penyerap hentakan dianggap antara komponen panjang hayat, ia tidak semestinya tidak boleh rosak dalam jangka waktu singkat. Ketahanan penyerap hentakan sebenarnya banyak bergantung kepada cara pemandu mengendalikan kenderaannya. Jika pemandu itu kasar dan lasak, pastilah penyerap hentakan mudah rosak dan tidak tahan lama. Sebagai contoh, pemandu yang kasar tidak akan memperlahankan keretanya jika ternampak lubang atau penghadang jalan. Selain itu, penyerap hentakan menjadi lemah jika sering membawa muatan berlebihan. Penyerap hentakan yang tidak berfungsi dengan sempurna boleh mengakibatkan kenderaan hilang keseimbangan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 14, 2004 2:10:57 GMT 8
sesuai..kalo sport rim pakai tayar nipis...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 21, 2004 12:57:27 GMT 8
Tip untuk kereta ditenggelami banjir
Saya ada beberapa tip untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir (Semua yang saya kongsikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman kawan-kawan saya yang diberitahu kepada saya)
1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untukmembaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalahlebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektrik kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.
2. Apabila sampai ke bengkel, buka kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.
4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original). #nosmileys
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 27, 2004 1:48:51 GMT 8
Petua Membeli Kereta Terpakai
1. Luaran : cuba perhatikan body kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu samada kereta tu dah di simen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan side edge (garisan dari hujung depan ke belakang). Sepatutnya lurus sekiranya accident free. Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama semasa pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak di buka).
2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan steering. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang telah mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung yang semakin popular sekarang. Selak karpet lantai dibelakang atau dibawah tempat duduk pemandu. Perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Semasa test drive, cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. Ujan ini hanya untuk kepada yang mempunyai expectation tinggi untuk kereta.
3. Injin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke workshop dan naikkan kereta di atas hoist equip. dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikan dengannya. Kutip kembali minyak hitam daripada lama dari injin dan cuba rasa dengan jari samada berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan injin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta tu kerana mungkin salah satu gasket dalam injin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall injin tanpa tukar barang dalam injin). Pernah terjadi "used car" masukkan habuk kayu dalam injin untuk mengurangkan knocking injin dan ini dapat dikesan apabila kita periksa minyak hitam daripada injin (berketul). Untuk kereta auto, tukar juga minyak gearbox. Kalau bercampur air (biasanya minyak gear box akan jadi warna pink), maksudnya jangkahayat gearbox tak akan lama. Sekiranya absorber dah nampak berminyak, maksudnya oil seal dah bocor, ke tukar baru (anggaran belanja satu absorber tanpa coil spring-RM150+RM25 upah).
3. Turunkan kereta buka bonet dan periksa injin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, valve dah nak kena gramme atau piston ring dah longgar. Pasangkan kembali dan cuba start kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam dah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa wiring kesuluruhan kereta. ada atau tidak pengubahsuaian. Kadang-kadang pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakkan (rujuk tip saya mengenai kereta kena banjir). Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang dah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Start injin dan hidupkan aircon, kedua-dua kipas berpusing, tutup aircon, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam injin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan injin melahu selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam injin berpusing dan berhenti secara auto. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.
4. Pemanduan : Pandu kereta pada jalan yg lurus, lepas kan steering free, kereta mesti di jalan yg lurus bukannya intend to move to the right or left. Kalau macam nak jalan ke kiri atau ke kanan ini mesti ada some thing wrong dgn steering system, toe in / toe out ada masalah, kena pi kedai dan buat alignment. Test drive shaft, drive shaft adalah satu komponen dari gear box ke roda - hanya digunakan pada kereta pacuan roda hadapan (front wheel drive) - cari satu kawasan lapang, pusing kan kereta anda 360 degree anticlockwise and clockwise. Kalau ada problem, komponen ini akan bernyi tok tok tok. Test Brake, berhentikan kereta di kawasan bercerun, tarik handbrake dan lepas brake kaki. Kalau kereta turun, maksudnya pelapik brake belakang perlu diganti. Cuba jalan, kalau rpm naik sehingga bunyi injin luarbiasa sebelum kereta mula bergerak, maksudnya klutch plate dah nipis mungkin perlu ditukar dalam beberapa bulan akan datang.
5. Dan yang terakhirnya dapatkan nombor casis, nombor injin, jenis injin, tahun dibuat, jenis kenderaaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati dripada geran kereta. Periksa samada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat tu ke JPJ terdekat dan balai polis traffik terdekat dan periksa samada kereta tu "selamat" atau tidak. Kalau nakkan pengesahan tentang status specifikasi kereta, bawa ke PUSPAKOM (RM40) dan test.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 29, 2004 0:51:06 GMT 8
berhatiĀ² ketika memandu.. ;D
|
|
|
Post by kuzy on Apr 29, 2004 12:18:01 GMT 8
|
|
|
Post by KomOt on Apr 29, 2004 12:24:31 GMT 8
wahahaha..caya la kuzy..kita bg thread ni meriah ngan post2 kita yg bermanfaat lak.. ;D
|
|
|
Post by kuzy on Apr 29, 2004 15:58:20 GMT 8
|
|
|
Post by kuzy on Apr 29, 2004 16:02:19 GMT 8
sebab kerajaan melarang anda park kereta kat pili bomba
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 29, 2004 17:13:49 GMT 8
wah...caya lah komot n kuzy...mekacih kerana memeriahkan lagi thread nie...respect korang...mekacih yerk....
|
|