Post by KomOt on May 12, 2004 17:59:07 GMT 8
Berhati-hati di PLUS highway...
SEBAGAI mekanik, saya ingin berkongsi pengalaman untuk kebaikan semua pemandu kereta.Baru-baru ini saya telah membaik pulih sebuah kereta Proton Wira 1.6i yang mengalami kerosakan akibat enjin terlampau panas di Lebuh Raya utara-Selatan.Pemilik kereta tersebut memberitahu saya,sebelum kenderaannya rosak beliau telah berhenti minum di sebuah hentian rehat di lebuh raya itu. Sebelum itu keretanya tidak mengalami sebarang masalah walaupun telah dipandu lebih 200 kilometer pada hari kejadian. Enjin keretanya mengalami masalah panas tidak sampai 10 minit selepas bergerak dari hentian rehat tersebut.Oleh kerana mengalami kerosakan beliau telah memberhentikan keretanya di tepi lebuh raya. Sejurus kemudian,tampil seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai mekanik.Lelaki itu berpura-pura cuba untuk membaiki kenderaan terbabit dan menyarankan agar kenderaan tersebut ditunda ke bengkel kereta yang dicadangkannya.
Setelah sampai ke destinasi,pemilik kenderaan dikejutkan dengan kos membaik pulih (top overhaul) yang begitu tinggi iaitu sebanyak RM1,800 (melebihi harga sebuah enjin terpakai).Mujurlah pemilik kenderaan terbabit berfikir panjang dan menelefon anak saudaranya yang menyarankan agar kenderaan itu ditunda ke bengkel saya. Apabila sudah dibaik pulih dengan kos lebih kurang RM500, saya dapati kenderaan tersebut sebenarnya tidak mempunyai masalah cuma terdapat satu wayar penyambung ke suis radiator tidak dipasang dan terbiar tergantung. ini memusykilkan saya kerana semasa menjalankan top overhaul wayar terbabit tidak disentuh sama sekali. Biasanya wayar tersebut tidak terbuka dengan mudah sekalipun getaran enjin kuat. Ia hanya boleh ditanggal dengan tangan. Apabila wayar ini dicabut atau tidak dipasang dengan rapi atau tertanggal, kipas penyejuk radiator tidak akan berfungsi menyebabkan enjin terlampau panas.
Selepas mengalami masalah terlampau panas, kereta memerlukan penyelenggaraan top verhaul.Menurut pemilik kereta terbabit, pada hari kejadian terdapat beberapa buah kenderaan Proton yang juga mengalami kerosakan yang sama.Justeru, saya berpendapat ada pihak-pihak tertentu yang mensabotaj kenderaan-kenderaan tersebut. Mereka ini menjalankan kegiatan mereka di hentian-hentian rehat di sepanjang lebuh raya. Mereka telah mencabut wayar tersebut yang terletak di bawah bumper hadapan kenderaan (khususnya Proton).Saya percaya mereka melakukan kerja jahat itu semasa pemilik makan minum. Kemudian mereka menyamar sebagai mekanik semasa kenderaan rosak dan berpura-pura menawarkan pertolongan merawat dan menunda. Pemilik-pemilik kenderaan terbabit akan dikenakan bayaran yang tinggi. Oleh itu, saya menyarankan agar semua pemilik kereta berhati-hati dengan golongan yang tidak bertanggungjawab ini.
Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat yang senang dilihat dan diperhatikan . Kenal pasti kerosakan kenderaan anda sebelum membuat keputusan. Ambil kira kos penyelenggaraan sama ada berpatutan ataupun tidak. Saya juga menyeru pihak PLUS menempatkan unit peronda di hentian-hentian lebuh raya dengan lebih kerap untuk memantau kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini.