|
Post by KomOt on Apr 30, 2004 0:56:38 GMT 8
kitorang nk tolong member2..biase la..kami ni kn mmg suka membantu..kn kuzy kn?? maklum la..pemuda harapan bangsa dan negara..hensem lak tu.. ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 30, 2004 10:32:50 GMT 8
TATACARA MEMANDU KETIKA HUJAN
Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.
Ada dua aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:- - Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan - Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik - Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air. - Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik. - Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya. - Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.
Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
- Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar. - Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan. - Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan. - Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu: 1. Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik 2. Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek. 3. Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek. 4. Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja. 5. Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj
Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.
|
|
|
Post by PoKai B on May 4, 2004 13:38:31 GMT 8
|
|
|
Post by StRiDeR on May 4, 2004 19:09:20 GMT 8
x pe...sekurang2 nya ader komen membina skit...emm, aper cadangan kau utk nama baru bagi thread nie?
|
|
|
Post by StRiDeR on May 4, 2004 22:23:38 GMT 8
|
|
|
Post by PoKai B on May 5, 2004 1:32:16 GMT 8
wa bkn aper strider...kalau tak silap wa...gti turbo pun ader bukak thread pasal keta gak..... camnilah...aper kater lu buat thread ni utk kenderaan2 tergempak kat dunia......lu post kenderaan yg unik ker....yg tercanggih ker...yg ader history disebalik nyer ker.....tak kisah la ape jenis kenderaan pun..... camner?wa skadar bagi cadangan jer......kalau raser tak bleh blah....lu terus trang jer.....hawhawhaw....
|
|
|
Post by StRiDeR on May 5, 2004 14:35:07 GMT 8
wa bkn aper strider...kalau tak silap wa...gti turbo pun ader bukak thread pasal keta gak..... camnilah...aper kater lu buat thread ni utk kenderaan2 tergempak kat dunia......lu post kenderaan yg unik ker....yg tercanggih ker...yg ader history disebalik nyer ker.....tak kisah la ape jenis kenderaan pun..... camner?wa skadar bagi cadangan jer......kalau raser tak bleh blah....lu terus trang jer.....hawhawhaw.... mekacih atas cadangan kau tue, pokai b...nanti aku pertimbangkan yerk...
|
|
|
Post by StRiDeR on May 5, 2004 14:37:01 GMT 8
Jangan beli sebarang kenderaan dalam masa 6-12 bulan
APABILA kita berbicara tentang Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) tentulah sektor automobil yang akan menjadi tajuk utama.
Ia menjadi perbincangan hangat sejak beberapa tahun yang lalu dan bertukar menjadi isu panas pada penghujung 2003.
Adalah amat menghairankan kerana kerajaan terpaksa menunggu sehingga hari terakhir dalam tahun 2003 untuk mengumumkan struktur baru percukaian untuk sektor automobil.
Selepas melihat kepada struktur baru tersebut ramai penganalisis otomobil dan ahli ekonomi menjangkakan harga untuk kereta di bawah 1800 cc dari negara ASEAN akan mengalami penurunan sehingga 12 peratus.
Seperti kebiasaan, apabila ada penurunan harga pelbagai alasan akan di buat oleh pengeluar kenderaan, terutama pengeluar kereta tempatan untuk menangguhkan pengumuman harga baru kenderaan.
Pelbagai daleh
Di antara yang biasa kita dengar ialah: “Kami akan menghabiskan stok lama”, “Pihak kami masih lagi keliru dengan struktur baru”, "Kami akan mengadakan perbingangan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu” dan lain lain alasan berbunga untuk menyedapkan halwa telinga kita.
Kini, bulan Januari sudah hampir meninggalkan kita dan kita semua dimaklumkan harga kenderaan akan meningkat pada kadar RM800 ke RM20,000 sebuah bergantung kepada model dan kapasiti enjin.
Menurut Puan Presiden Persatuan Automobil Malaysia, senarai harga baru hanya akan diumumkan pada awal bulan Februari. Ahli-ahli Persatuan Automobil Malaysia nampaknya memerlukan sebulan untuk memahani struktur cukai baru.
Dipaksa beli kereta tak berkualiti
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak tertentu untuk menaikkan harga kenderaan di Malaysia, saya berpendapat ia sama sekali tidak wajar.
Rakyat telah lama dipaksa untuk membeli kereta yang tidak berkualiti pada harga yang mahal.
Rakyat telah lama menolong PROTON dan PERODUA dan sekarang tibalah masanya untuk kedua-dua syarikat ini bersaing secara adil di pasaran. Cuba kita renungi dan kaji fakta-fakta berikut:
1. Untuk kenderaan bawah 1800 cc dari negara ASEAN, cukai import dikurangkan sebanyak 17% dan cukai eksais dinaikkan sebanyak 5%. Yang mana secara logiknya masih lagi terdapat pengurangan sebanyak 12%.
2. Banyak syarikat yang berjanji akan menyerap sebarang kenaikan harga jika disebabkan oleh pengukuhan pertukaran matawang asing tertentu. Sekarang oni apa yang terjadi?
3. Kenderaan keluaran PROTON dan PERODUA yang diuar-uarkan mengandungi 90% komponen dalam negeri turut mengalami kenaikan harga walaupun kualiti berada pada tahap sama.
4. Kenaikan harga turut dikaitkan dengan pengukuhan matawang Euro dan Yen. Persoalan yang timbul di sini, adakah semua komponen kenderaan yang dipasang di ASEAN diimport dari Jepun dan Eropah. Bagaimana pula yang diimport dari Thailand dan negara ASEAN yang lain. Adakah ia dibayar dengan Euro atau Yen? Jika RM ditambat kepada DOLLAR AS kenapa pembayaran perdagangan intra-ASEAN tidak dibuat dalam bentuk DOLLAR AS.
5. Kenapa syarikat syarikat kenderaan gergasi dunia seperti Toyota, Nissan, General Motors, BMW, Honda, Isuzu, Alfa Romeo, PSA Peugoet Citroen dan lain-lain menbuka kilang pemasangan di Thailand, tidak di Malaysia? Adakah negara kita kekurangan sesuatu jika dibandingkan dengan Thailand?
6. Kenapa kereta Honda Civic generasi ke-10 dijual dengan harga RM 69,000 di Jepun tetapi harganya berlipat kali ganda di Malaysia walaupun pendapatan per kapita Jepun hampir 6 kali lebih tinggi dari Malaysia?
7. Jika rakyat Malaysia dikehendaki lebih patriotik, maka para pemimpin hendaklah lebih dahulu menggunakan kenderaan tempatan dan janganlah hadiahkan Mercedes Benz kepada anak sempena hari ulangtahun kelahiran. Hadiahkan saja Perodua Kancil atau Proton Iswara Aeroback.
8. Kenapa pelajar Malaysia di luar negeri mampu membeli kereta untuk kegunaan harian sedangkan di Malaysia, mereka yang sudah bertahun tahun kerja masih bermimpi untuk memilikinya.
9. Berapa banyakkah jumlah wang yang terpaksa pembayar cukai tanggung kerana kerajaan kita terpaksa membayar pampasan kerajaan Thailand akibat dari penangguhan perlaksanaan sepenuhnya AFTA bagi sektor automotif?
10. Berapa lamakah kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik terpaksa menolong dua syarikat yang mengaku gergasi di dalam negara tapi bacul di arena antarabangsa.
Akhir sekali saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersatu hati untuk tidak membeli apa apa kenderaan untuk tempoh tertentu (6 – 12 bulan) seperti yang disarankan oleh beberapa orang teman.
Bila kita berbuat demikian sebenarnya kita telah menyahut seruan Pak Lah yang menyatakan: “Biarlah kuasa pasaran yang menentukan harga kereta.”
Ayuhlah rakyat Malaysia. Gunakanlah kuasa beli yang ada di tangan kita untuk memberi sedikit pelajaran kepada pengeluar kereta di Malaysia.
*Isu yang di siarkan mungkin benar dan mungkin juga tidak, tetapi apa yang penting ialah maklumat yang disampaikan boleh menjadikan kita seorang yang peka dan sentiasa berhati-hati. Kita amat mengharapkan komen dari pembaca untuk mengesah atau menidakkan sesuatu isu yang disiarkan. Semoga yang baik kita jadikan panduan dan yang buruk kita jadikan sempadan.*
|
|
|
Post by PoKai B on May 5, 2004 21:03:27 GMT 8
mekacih atas cadangan kau tue, pokai b...nanti aku pertimbangkan yerk... no big deal la kwn....
|
|
|
Post by KomOt on May 5, 2004 22:50:32 GMT 8
small matter la..
|
|
|
Post by PoKai B on May 5, 2004 23:17:20 GMT 8
sap sap sui ma..... ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on May 6, 2004 0:00:15 GMT 8
cou tim...hehehe
|
|
|
Post by KomOt on May 6, 2004 9:48:09 GMT 8
chimman tai lok..
|
|
|
Post by KomOt on May 6, 2004 12:04:20 GMT 8
satu² nye bas yg ade kelajuan roket..hahaha..
|
|
|
Post by StRiDeR on May 6, 2004 15:14:40 GMT 8
|
|