|
Solat
Jan 4, 2004 21:57:48 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 21:57:48 GMT 8
Kisah Rahsia di Sebalik Sembahyang Lima Waktu --------------------------------------------------------------
Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
. Dibebaskan daripada api neraka. 2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi, 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram). 2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga. 5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan). 6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath. 7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'
Petikan Ayat Quran bagi peringatan untuk kita semua:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)
|
|
|
Solat
Jan 5, 2004 21:03:17 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 21:03:17 GMT 8
Hikmah sembahyang ---------------------------
Kalau diperhatikan, perbuatan sembahyang itu amat sedikit iaitu berdiri, tunduk dan sujud dengan sedikit bacaan sahaja yang akan memakan masa kira-kira lima minit, tetapi perbuatan yang sedikit ini amat dipentingkan oleh Islam sehinggakan dianggap tiang agama. Mengapa? Tentu ada hikmahnya.
Antara hikmah-hikmah sembahyang:
1. Melalui sembahyang kita memperbaharui ikrar dengan Allah seperti yang disebut dalam doa iftitah "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan seru sekelian alam," Ini mengingatkan bahawa kita adalah hamba Allah dan dengan itu perlulah kita mengatur hidup seperti dikehendaki oleh Allah.
2. Melalui sembahyang juga dapat mengukuhkan dan melaksanakan sebahagian dari Rukun Islam.
3. Melalui sembahyang kita telah melaksanakan dan membuktikan berbagai keyakinan dalam Rukun Iman.
4. Sembahyang juga dapat memperbanyakkan doa. Doa adalah senjata utama orang mukmin dan Allah menyeru manusia berdoa kepadaNya. Kita tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk hidup. Oleh itu kita menyerahkan segalanya kepada Allah dan selalu memohon pertolongannya melalui doa. Dalam sembahyang ada beberapa tempat kita melafazkan doa seperti dalam bacaan surah Al Fatihah "Tunjuki kami jalan yang lurus."[/b] Doa dalam qunut Subuh, doa dalam duduk antara dua sujud dan doa yang dibaca sebagai tambahan dalam tahiyat akhir.
5. Melalui sembahyang kita memperbanyakan berzikir. Zikir atau mengingati Allah adalah satu amalan yang baik sebagai tanda merendah diri kita serta pujian kepada yang menciptakan kita. Zikir juga dapat menenangkan jiwa. Di dalam sembahyang ucapan zikir yang diucapkan ialah sewaktu rukuk, sujud, tahiyat dan sebagainya.
6. Sembahyang mencegah dari melakukan kemungkaran. "Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."[/b] An Kabur ayat 45
7.Sembahyang dapat menghapuskan dosa. Hadis Rasulullah, "Perumpamaan sembahyang itu adalah seperti sebuah sungai yang mengalir depan pintu seseorang daripada kamu. Ia mandi padanya setiap hari lima kali." Apakah pendapat kamu tentang orang itu, apakah masih ada kekotoran?[/b] Sahabat menyambung, "Tidak ada"[/b]. Rasulullah menyambung, "Sesungguhnya sembahyang lima waktu itu menghilangkan dosa seperti air menghilangkan kekotoran."
Amat hairan hari ini kita melihat ramai orang yang sanggup bersusah payah kerana hendak mendapatkan wang seperti berpanas matahari di bendang, pening kepala memikirkan masalah pejabat, tercungap nafas mendaki bukit, overtime kilang sampai tak tengok anak bini, meniarap rata padang menahan burung dan sebagainya kerana nak cari makan, sedangkan Allah yang akan memberinya rezeki tidak disembah seteruk itu.
|
|
|
Solat
Jan 6, 2004 20:37:17 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 20:37:17 GMT 8
10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t --------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
|
|
|
Solat
Jan 7, 2004 20:57:52 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:57:52 GMT 8
Keutamaan Solat Berjemaah Isya dan Subuh ---------------------------------------------------------
Mengerjakan solat Isya' dan Subuh berjemaah mempunyai kelebihan tersendiri dari solat lima waktu yang lain. Ini mungkin kerana kedua-dua solat tersebut waktunya memang ketika orang-orang yang sedang lena bagi solat Isya' dan terlena ketika solat subuh.
Antara kelebihan solat Subuh dan Isya' ialah :
1. Menyamai pahala ibadah sepanjang malam
Sungguh besar pahala mengerjakan solat Isya' dan solat Subuh dengan berjemaah. Ia menyamai dengan pahala orang yang beribadah sepanjang malam. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang solat Isya' dan solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah separuh malam. Dan barang siapa mengerjakan solat Subuh berjemaah dia sepertinya telah mengerjakan solat sepanjang malam." (Imam Muslim)
2. Menjadi tetamu kehormat Allah
Salah satu keistimewaan yang diperolehi oleh orang yang mengerjakan solat subuh berjemaah ialah dia dicatat di dalam buku rekod tetamu Allah. Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang berwudhu kemudian pergi ke masjid dan solat sunat dua rakaat sebelum fajar (subuh) kemudian duduk sehingga mengerjakan solat Subuh, maka dicatatlah solatnya pada hari itu sebagai solat orang-orang yang baik (Al-Abrar). Sedang dia sendiri di catat sebagai tetamu Allah." (At Tabrani)
3. Berada dalam tanggungan Allah
Orang yang solat subuh berjemaah juga mendapat penjagaan dari Allah dan menjadi tanggungan-Nya. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh berjemaah, maka dia berada dalam tanggungan (jaminan) Allah. Barangsiapa yang meremehkan tanggungan Allah, Allah akan menghumbankan ke dalam neraka." (At Tabrani)
4. Mendapat pahala haji dan umrah
Rasulullah menjanjikan bahawa orang yang mengerjakan solat subuh berjemaah, dia akan memperolehi pahala seperti pahalanya orang yang mengerjakan haji dan umrah. Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang mengerjakan solat subuh, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, lalu mengerjakan solat dua rakaat, dia pulang dengan mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah." (Imam At Tabrani dari Abu Umamah
|
|
|
Solat
Jan 8, 2004 23:25:22 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:25:22 GMT 8
Cara Solat Orang Sakit -----------------------------
oleh Ustaz Syed Abdillah Aljufri
IBADAT salat merupakan rukun Islam amali yang terpenting sekali. Setiap orang Muslim yang mukallaf wajib menunaikan salat tanpa sebarang keuzuran baginya kecuali Muslimah dalam masa keuzuran bulanannya.
Cara, waktu dan syarat serta rukunnya telahpun termaklum dan termaktub dalam kitab-kitab fiqh, berdasarkan sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : "Bersolatlah kamu, seperti kamu lihat aku bersolat". Bentuk solat Rasulullah saw ini telah sampai kepada kita dari satu generasi ke satu generasi dengan jalan tawatur yang tidak diragukan lagi.
Keperihatinan kaum Muslimin yang salihin terhadap ibadat ini sangatlah dihargai dan direstui oleh Islam. Oleh sebab itu, mereka yang dalam keadaan sakit sememangnya wajib menunaikan solat dalam masa sakitnya, selalu bertanya tentang cara solat mereka. Sesuai dengan kelunakannya, Islam telah mengaturkan cara salat orang sakit mengikut kemampuan mereka.
Solat Cara Duduk - Mereka yang tidak boleh berdiri diharuskan bersolat secara duduk. Cara duduknya pula menurut keselesaan orangnya sama ada iftirasy seperti duduk tahiyat awal atau duduk tawarruk seperti dalam tahiyat akhir ataupun duduk bersila. Dalam solat secara duduk ini rukuknya dibuat dengan menundukkan kepala setentang dengan tempat sujud dan sujudnya seperti biasa. Andainya orang ini tidak boleh sujud maka hendaklah ia tunduk yang lebih rendah daripada tunduk rukuknya untuk membezakan antara rukuk dengan sujud; sujud lebih rendah dari rukuk.
Solat Cara Baring - Orang yang tidak boleh bersolat duduk, dia boleh bersolat sambil berbaring. Kalau boleh dia baring mengiring atas lambongnya yang kanan. Kalau tidak boleh maka atas lambongnya yang kiri. Kalau tidak boleh juga bolehlah dia bertelentang dan kakinya mengadap ke kiblat, sangat elok jika dia dapat meninggikan sedikit bahagian kepala dan badannya. Rukuk dan sujudnya dalam cara ini ialah dengan mengangkat badan atau kepalanya ke hadapan sejauh mana mungkin dijadikan untuk sujud dan rukuk kurang sedikit.
Solat Cara Menggerakkan Kelopak Mata - Orang yang tidak dapat bergerak langsung dan terus terlentang atau kakinya terikat kerana pelanggaran dan sebagainya, solat masih diterima dengan hanya menggerakkan kelopak matanya, buka dan katup. Dia sendiri boleh memilih sama ada dia mahu memulakan solat dengan membuka mata atau menutupnya. Kalau sebelum dia bertakbir matanya terbuka lalu dia pun bertakbiratul'ihram menutup matanya, maka dibacalah Fatihah dan seterusnya dalam keadaan mata yang tertutup, apabila sampai masa rukuk dibuka matanya dan begitulah seterusnya ditukar-tukar hingga selesai salatnya.
Solat Dengan Mengamalkan Rukun-rukunnya Dalam Hati - Kalau matanya juga tidak boleh bergerak lagi tetapi fikirannya masih waras dan ingat bersolatlah dengan mengamalkan rukun-rukunnya dalam hati sahaja. Satu perkara yang perlu diperhatikan bahawa rukun-rukun qauli - jenis yang dibaca seperti takbiratul 'ihram, Fatihah, tahiyat dan selawatnya serta salam yang pertama mesti juga dibaca selagi lidah belum kelu.
Tidak Wajib Qadhak Orang yang bersolat dengan cara yang disebutkan di atas tadi tidak wajib mengqadhaknya setelah dia sembuh jika syarat-syaratnya cukup iaitu bersuci, menutup aurat, mengadap kiblat dan tidak ada najis kecuali najis yang dimaafkan seperti darah luka misalnya. Begitu juga kalau syarat-syaratnya kurang sedang dia tidak mampu untuk menyempurnakannya. Orang yang mampu mengupah orang untuk membantu mensucikan dirinya dengan wuduk dan sebagainya wajiblah dia mengupah orang.
Solat Jamak Orang sakit juga diharuskan menjamakkan antara waktu Zohor dan Asar dan Maghrib dengan Isyak; dia boleh memilih waktu mana yang mudah baginya. Kiranya dia tidak melakukan salat jamak cara ini kerana belum sedar selepas menjalani pembedahan hingga berlalu empat waktu salat misalnya dari Zohor hingga Isyak maka salat Zohor dan Asar ini dikira qadhak sahaja. Orang yang sedang keadaan koma gugur kewajipan salat daripadanya hingga dia sedar dan tidak wajib qadhak.
Dalil Al-Quran dan Hadis Nabi Jika dipandang sekali lalu nampaknya cara-cara ini semacam memberatkan, tetapi sebenarnya ia adalah ringan kerana dengan apa cara sekalipun orangnya dikira telah mengerjakan ibadat solat ini. Dalilnya bagi hukum yang diatur ini ialah dari al-Quran ayat 16, surah 64 (at-Taghabun) yang bermaksud: 'Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sedaya upaya kamu'. Dari hadis Nabi saw yang bermaksud: "Apa yang aku larang hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku suruh hendaklah kamu lakukan sedaya upaya kamu'. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Cara Bersuci Dengan Berwuduk atau Bertayammum Mengenai bersuci pula, Allah swt berfirman dalam surah al-Maidah, ayat 6 yang bermaksud : "Wahai sekalian orang yang beriman, apabila kamu bangun hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan (basuhlah) kaki kamu hingga ke buku lali dan sekiranya kamu junub hendaklah kamu bersuci (mandi) dan sekiranya kamu sakit (tidak boleh menggunakan air) atau dalam perjalanan (musafir) atau kamu baru selesai buang air atau kamu sentuh perempuan dan kamu tidak dapat air maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah yang bersih, maka sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya."
Berdasarkan ayat tadi nyatalah orang yang hendak bersolat itu mesti bersuci terlebih dahulu dengan berwuduk. Orang yang sakit di hospital juga tertakluk kepada hukum ini selagi dia dapat jalan untuk berwuduk walaupun dengan bantuan orang lain. Andainya tidak mudah mendapatkan pertolongan orang lain, maka gantinya ialah dengan bertayammum sahaja iaitu menyampaikan debu tanah ke muka dan dua tangan. Barangkali ini juga tidak mudah dilakukan, maka dalam hal ini dia tepukkan sahajalah dua tangannya ke mana tembok, bantal atau sebagainya sebagai isyarat mencari debu dengan bertaklid kepada pendapat ulama' yang mengatakan boleh ditepuk debu yang ada di mana sahaja dan bersalat dia dengan tayammum itu. Bagi mengelakkan dari khilaf sah atau tidak tayammum seperti ini maka hendaklah dia mengqadhakkan salatnya itu apabila sihat kelak.
Solat Menghormati Waktu - Sekiranya tidak ada apa yang dapat dibuatnya maka bersolatlah juga dia kerana menghormati waktu itu dan diqadhakkan setelah sihat kelak. Andainya orang ini meninggal dalam keadaan semacam ini tidak lupa kepada Allah swt dan berusaha melakukan ibadat kepadaNya, maka matinya insyaAllah dalam ibadat kepada Allah. Beramal dengan firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah kamu ingat kepada Allah. Semasa berdiri, duduk dan semasa kamu baring."
Anggota yang Berbalut atau Bersimin Anggota badan yang bersimin atau berbalut yang tidak boleh dibuka hinggalah sampai masanya, untuk mensucikan anggota ini ada 2 cara:
Jika anggota yang bersimin itu anggota wuduk, wajiblah orangnya bertayammum sebagai ganti daripada membasuh anggota itu. Cara mencucinya mesti mengikut tertib berwuduk. Umpamanya, yang berbalut itu seluruh kepalanya, maka orangnya mesti berwuduk dengan membasuh muka, kemudian membasuh tangan, Setelah dikeringkan tangan itu, dia pun bertayammum dengan menyapu muka dan kedua belah tangan dengan debu tangan yang bersih sebagai menyapu kepala tadi - kemudian baru diteruskan dengan membasuh kaki.
Jika seseorang itu wajib mandi junub atau mandi haid dan sebagainya, maka hendaklah dia mandi dahulu, kemudian dia bertayammun sebagai ganti mencuci anggota yang berbalut atau bersimin itu. Apabila dibuka kemudian, disiram sahaja anggota itu dengan niat mengangkat hadas besarnya.
Adakah wajib qadhak atas orang yang bertayammum bagi ganti basuh anggota bersimin itu? Dia tidak wajib qadhak melainkan dalam 3 hal berikut:
Siminnya pada anggota tayammum -ini kerana tayammumnya pun kurang.
Jika simin atau balutnya begitu besar sehingga melibatkan banyak bahagian anggota yang tidak sakit disimin tanpa sebarang keperluan.
Simin atau balutan itu diletakkan dalam keadaan orangnya tidak suci.
Dalam ilmu fiqh, masalah ini terkenal dengan istilah masalah jabirah. Hukum ini berdasarkan kaedah membuat apa yang disuruh semampu yang mungkin.
Solat bagi Orang dalam Keadaan Menanggung Najis Orang yang sentiasa dalam keadaan menanggung najis; umpamanya buang air kecil melalu saluran tiub wajib qadhak solatnya kalau dia telah melakukannya pada waktunya atau dengan cara jamak, dengan syarat dia membersihkan kantongnya selepas masuk waktu kemudian dia terus berwuduk dan terus bersolat tanpa berlengah. Apa yang keluar dalam masa itu dimaafkan. Begitu juga hukumnya bagi orang yang tidak putus kencingnya dan perempuan yang tidak putus darahnya.
|
|
|
Solat
Jan 11, 2004 10:46:46 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:46:46 GMT 8
Sejarah Azan dan Iqamah ---------------------------------
Azan dan iqamah disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Seorang sahabat bernama ‘Abdullah bin Zaid r.a menceritakan: Apabila Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya para sahabat membunyikan loceng untuk mengumpulkan orang ramai mendirikan solat, saya tertidur dan bermimpi seorang lelaki berlegar berdekatan saya sambil membawa loceng di tangannya.
Saya berkata kepadanya, 'Wahai hamba Allah, adakah kamu menjual loceng? ' Dia bertanya kepada saya, 'Apakah yang hendak kamu lakukan dengannya?' Saya menjawab, 'Saya hendak menggunakannya untuk mengajak orang mengerjakan solat.'
Dia bertanya lagi kepada saya, 'Hendakkah kamu saya tunjukkan satu cara yang lebih baik daripada itu?' Jawab saya, 'Sudah tentu.' Katanya, 'Kamu berkata (lafaz azan).' Dia berundur sedikit dan kemudian berkata pula, 'Apabila kamu menyeru untuk mendirikan solat, kamu katakanlah (lafaz iqamah).'
Pada pagi keesokan harinya, saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan menceritakan kepada baginda mengenai mimpi saya itu. Sabda baginda yang bermaksud: 'Sesungguhnya ia adalah mimpi yang benar jika diizinkan Allah. Maka pergilah kamu kepada Bilal dan ajarkanlah kepadanya apa yang kamu mimpi itu supaya dia melaungkannya. Sesungguhnya suaranya lebih lunak daripada suara kamu.'
Saya berjumpa dengan Bilal dan mengajarnya. Dia azan dengan apa yang saya beritahu itu.
Perkara ini sampai ke pengetahuan ‘Umar yang sedang berada di rumahnya. Dia terus berlari keluar dengan jubahnya sambil berkata, 'Demi (Allah) yang mengutuskan kamu (wahai Rasulullah) dengan kebenaran, sesungguhnya aku telah bermimpi seperti mana yang dimimpi (oleh Abdullah bin Zaid).' Nabi s.a.w lalu bersabda yang bermaksud: 'Sesungguhnya bagi Allah segala pujian.'
Perbezaan antara azan dan iqamah
1. Lafaz azan diulang dua kali manakala lafaz iqamah hanya disebut sekali saja.
2. Azan dilaungkan dengan perlahan-lahan manakala iqamah disebut dengan cepat. Ini adalah kerana azan adalah untuk orang yang tidak berada di tempat tersebut. Oleh sebab itu, sebutan secara perlahan-lahan adalah lebih baik. Manakala iqamah pula dilafazkan setelah orang yang ingin mengerjakan solat hadir berkumpul di tempat azan. Maka, sebutan secara cepat adalah lebih sesuai.
3. Sesiapa yang meninggalkan banyak solat dan ingin mengqadanya, dia hanya perlu azan untuk solat pertama saja, kemudian didirikan solat-solat qada yang lain tanpa perlu azan pada setiap kali. Iqamah pula sunat dilakukan setiap kali solat hendak didirikan.
|
|
|
Solat
Jan 12, 2004 20:41:14 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 20:41:14 GMT 8
AssalamuAlaikum Everyone, This is a nice short story sent to me about salat. Please take a moment to reflect.
He remembered his grandmother's warning about praying on time: "My son, you shouldn't leave prayer to this late time". His grandmother's age 70 but whenever she heard the Adhan, she got up like an arrow and performed Salah. He, however could never win over his ego to get up and pray. Whatever he did, his Salah was always the last to be offered prayed it quickly to get it in on time.
Thinking of this, he got up and realized that there were only 15 minutes left before Salat-ul Isha. He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib. While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed. His grandmother prayed with such tranquility and peace. He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for a while. He had been at school all day and was tired, so tired
He awoke abruptly to the sound of noise and shouting. He was sweating profusely. He looked around. It was very crowded. Every direction he looked in was filled with people. Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting.. Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was. His heart was about to burst.
It was the Day of Judgement. When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgement, but that seemed so long ago. Could this be something his mind made up? No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this. The interrogation was still going on. He began moving frantically from people to people to ask if his name had been called. No one could answer him. All of a sudden his name was called and the crowd split into two and made a passageway for him. Two people grabbed his arms and led him forward. He walked with unknowing eyes through the crowd. The angels brought him to the center and left him there. His head was bent down and his whole life was passing in front of his eyes like a movie.
He opened his eyes but saw only another world. The people were all helping others. He saw his father running from one lecture to the other, spending his wealth in the way of Islam. His mother invited guests to their house and one table was being set while the other was being cleared. He pleaded his case, "I too was always on this path. I helped others. I spread the word of Allah. I performed my Salah. I fasted in the month of Ramadan. Whatever Allah ordered us to do, I did. Whatever he ordered us not to do, I did not." He began to cry and think about how much he loved Allah. He knew that whatever he had done in life would be less than what Allah deserved and his only protector was Allah. He was sweating like never before and was shaking all over. His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision.
At last, the decision was made. The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd. His legs felt like they were going to collapse. He closed his eyes as they began to read the names of those people who were to enter Jahannam. His name was read first. He fell on his knees and yelled that this couldn't be, "How could I go to Jahannam? I served others all my life, I spread the word of Allah to others". His eyes had become blurry and he was shaking with sweat. The two angels took him by the arms. As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward the blazing flames of Jahannam. He was yelling and wondered if there was any person who was going to help him. He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped his father, his fasts, prayers, the Qur'an that he read, he was asking if none of them would help him. The Jahannam angels continued to drag him. They had gotten closer to the Hellfire. He looked back and these were his last pleas.
Had not Rasulullah [saw] said, "How clean would a person be who bathes in a river five times a day, so too does the Salah performed five times cleanse someone of their sins"? He began yelling, "My prayers?my prayers?my prayers." The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam. The flames of the fire were burning his face. He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had nothing left in him. One of the angels pushed him in.
He found himself in the air and falling towards the flames. He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back. He lifted his head and saw an old man with a long white beard. He wiped some dust off himself and asked him, "Who are you?" The old man replied, "I am your prayers". "Why are you so late! I was almost in the Fire! You rescued me at the last minute before I fell in". The old man smiled and shook his head, "You always performed me at the last minute, did you forget?" At that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah. He was in a sweat. He listened to the voices coming from outside. He heard the adhan for Salat-ul Isha. He got up quickly and went to perform Wudhu.
|
|
|
Solat
Jan 14, 2004 9:20:32 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 9:20:32 GMT 8
Assalamualaikum wbt.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH Subhanahu wa ta'ala. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin..
" WASIAT NABI MUHAMMAD Sallallahu 'alaihi wa sallam. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.
OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.
|
|
|
Solat
Jan 15, 2004 20:57:26 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 20:57:26 GMT 8
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU
Allahuakbar, Allahuakbar Allahuakbar, Allahuakbar
Subuhnya di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang dehaka siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya- tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa solat di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU
sekadar renungan bersama
|
|
|
Solat
Jan 26, 2004 23:37:07 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 26, 2004 23:37:07 GMT 8
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."
|
|
|
Solat
Feb 1, 2004 12:00:15 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 1, 2004 12:00:15 GMT 8
E-mail dari seorang teman..sekadar panduan & ingatan buat kita bersama..
Khas untuk muslimah2 sekelian. Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat.
Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap yg Esa. 2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada. Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2an di celah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") dan merapatkan ibu jari ke jari telunjuk sebaik selesai mengucap "wa'ashhaduannamuhammadarrasulullah..."
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju seeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak.Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya
Wassalam.
|
|
|
Solat
Feb 1, 2004 13:03:04 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 1, 2004 13:03:04 GMT 8
alhamdulillah..dgn post2 camni..insyaallah..takde sape yg lg salah ketika bersembahyang..
|
|
|
Solat
Feb 1, 2004 13:08:17 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 1, 2004 13:08:17 GMT 8
alhamdulillah..dgn post2 camni..insyaallah..takde sape yg lg salah ketika bersembahyang.. mudah-mudahan artikel diatas akan dimanfaatkan sepenuhnya....
|
|
|
Solat
Feb 1, 2004 20:46:40 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 1, 2004 20:46:40 GMT 8
mudah-mudahan artikel diatas akan dimanfaatkan sepenuhnya.... insyaallah.... selamat hari raya aidil'adha..
|
|
|
Solat
Feb 1, 2004 23:29:19 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 1, 2004 23:29:19 GMT 8
insyaallah.... selamat hari raya aidil'adha.. selamat hari raya kepada atok gak...n tak lupa gak kepada ahli forumerz yg lain ;D
|
|