|
Solat
Feb 16, 2004 21:08:15 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 16, 2004 21:08:15 GMT 8
Bahaya Solat TANPA Khusyuk ====================
Article ini hanyalah sebagai peringatan kepada saya sendiri dan rakan-rakan yg lain... ... ...
Tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat-lewatkan kewajipan solat fardhu itu
Ada orang bertanya tentang tafsir ayat yang keempat dan kelima dari surah 'al-Ma'un. Yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai."
Dalam ayat tersebut Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka tersebut diperuntukkan bagi orang-orang yang mengerjakan solat, tetapi solat mereka itu dalam keadaan yang lalai dan lupa.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan lalai itu? Jawabnya ada beberapa perkara yang termasuk di dalam ertikata lalai itu, antaranya ialah; yang pertamanya: Mereka yang lupa ketika mengerjakan solat sehingga tidak disedarinya berapa rakaat solat yang sedang dikerjakannya itu, keduanya: Mereka lalai dengan waktu solat fardhu, ataupun mereka ingat waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar lagi dan sebagainya. Mereka bertangguh-tangguh itu sama ada disebabkan urusan pekerjaan dan seumpamanya.
Termasuk juga dalam ertikata lalai ialah mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah SWT, walaupun ia mendirikan solat namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmat solat itu.
Ibnu Jarir pula mengertikan perkataan lalai itu ialah mereka tidak bersungguh-sungguh mengerjakannya, dalam solat ingatannya melayang kepada yang lain, tidak disegerakan untuk membulatkan ingatannya untuk Allah SWT. Adapun maksud sebenar tentang lalai dan lupa itu ialah mereka yang sekiranya melakukan solat di awal waktu itu merasa beruntung serta bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepadanya sehingga dapat melakukan solat di awal waktu. Dan jika melambat-lambatkan solatnya sehingga dihujung waktu pun tidak merasa sesuatu yang merugikan malah tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat-lewatkan kewajipan solat fardhu itu.
Orang yang telah sampai ke peringkat tidak merasai perbezaan antara solat di awal waktu atau di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat tetapi malangnya ia telah direzabkan oleh Allah SWT untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.
Ada juga orang terlambat mengerjakan solat kerana ia tertidur, walaupun tertidur dan terlupa, itu suatu perbuatan yang tidak dikira salah di sisi syariat, namun ia hendaklah diperhatikan dari beberapa sudut. Apakah ia tidur setelah masuk waktu atau ketika waktu telah hampir tiba, jika dalam keadaan itu maka ia disifatkan sebagai cuai. Dengan kecuaian itu juga Allah SWT akan mendatangkan balasannya sesuai dengan kecuaian yang telah dilakukan. Tidur yang dianggap sebagai ibadah hanyalah tidur yang dilakukan sebagai modal untuk berjaga malam kerana hendak melakukan solat malam seperti yang digalakkan oleh Islam.
|
|
|
Solat
Feb 24, 2004 22:55:47 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 24, 2004 22:55:47 GMT 8
Rahsia Rakaat dalam Solat ===================
Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya"
Solat Subuh
Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat
Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan)
Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar) Solat Zuhur
Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103
[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"
[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)
Solat Zuhur
Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as. menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya perintah Allah swt. pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim as. empat rakaat
Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya
Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 107 [107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan (kibasy) yang besar;
Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil
Solat Asar
Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di dalam empat kelam
i. Kelam zulmah kesalahan ii. Kelam airnya iii. Kelam malam iv. Kelam perut ikan
Ketka Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi
Solat Maghrib
Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh (maghrib)
Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada Allah swt.
Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam daripada dituduh kaumnya
Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya Solat Isya
Solat Isyak
Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda Nabi Syuaib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya.
Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang empat itu.
Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi Yunus as.
Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman 73 sehingga 75
|
|
|
Solat
Mar 1, 2004 11:21:17 GMT 8
Post by KomOt on Mar 1, 2004 11:21:17 GMT 8
apsal tak ramai yg join thread ni?? ha,komot dgn suka hati nk join gak.. sila beri tunjuk ajar.. ;D
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang yang tidak melakukan sholat :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Dzuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Ashar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
|
|
|
Solat
Mar 1, 2004 14:41:00 GMT 8
Post by enigma on Mar 1, 2004 14:41:00 GMT 8
ish...nauzubillahimin zalikh.... sembahyanlah kamu sebelum kamu disembahyangkan..
|
|
|
Solat
Mar 1, 2004 23:09:58 GMT 8
Post by kAsuTbAtA on Mar 1, 2004 23:09:58 GMT 8
ish...nauzubillahimin zalikh.... sembahyanlah kamu sebelum kamu disembahyangkan.. aku betulkan skit yer.."sembahyang lah kamu sebelum kamu di sembahyangi"..sbb camna nak sembahyangkan jenazah yg terbujur kaku tu..klu silap betul kan yer
|
|
|
Solat
Mar 5, 2004 9:33:57 GMT 8
Post by KomOt on Mar 5, 2004 9:33:57 GMT 8
Fadhilat Wuduk
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Al! lah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya :
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita! terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
|
|
|
Solat
Mar 10, 2004 17:04:19 GMT 8
Post by KomOt on Mar 10, 2004 17:04:19 GMT 8
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT. "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
|
|
|
Solat
Mar 13, 2004 16:07:05 GMT 8
Post by ~BuTtErfLy~ on Mar 13, 2004 16:07:05 GMT 8
Kullu nafsin dzaaiqotul maut, semua yang hidup pasti akan mati. Semua beasal dari Allah dan akan kembali kepadaNYA. Bacalah..... Karena semua Insan di dunia ini akan mati, tidak ada yang kekal. Kecuali ALLAH >BALASAN MENINGGALKAN SOLAT : Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya : 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah. 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya. >= sesungguhnya mata yang tidak pernah menangis takutkan Allah dan neraka itu adalah disebabkan oleh hati yang beku(pEacE tO bE In ISLAM)
|
|
|
Solat
Mar 16, 2004 13:45:11 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 16, 2004 13:45:11 GMT 8
Kelebihan menghormati azan... ----------------------------------------
Walaupun amalan yang dilakukan adalah kecil dan bukan juga dia dari kalangan orang yang warak , tetap mendapat perlindungan dari Allah. Yang penting ialah kita perlu istiqamah dalam membuat amalan biarpun sedikit.
Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang jadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintah penyanyi dan permuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula,hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.
Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengnnya,tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu,adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?" Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan ,Allah berfirman,"Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"
Kalau pun kita tak sembahyang atau tidak alim, tapi sekurang-kurangnya hormatilah Allah. Barang dijauhkan tidak ada sesiapa diantara kita yg mahu mayatnya menjadi khinzir kelak. Marilah kita sama2 malu... ..sudahlah perintah Allah selalu dipermain-mainkan, tapi mahu menunjukkan lagi biadap dgn bercakap2, bersembang, menyanyi dan paling menyedihkan sekali melakukan maksiat pada waktu azan sedang berkumandang.
|
|
|
Solat
Mar 17, 2004 10:20:16 GMT 8
Post by kuzy on Mar 17, 2004 10:20:16 GMT 8
ya allah ampunkan dosa ku..
|
|
|
Solat
Mar 25, 2004 22:35:03 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 25, 2004 22:35:03 GMT 8
Untuk pengajaran kepada kita semua... ... ..AMALKAN... Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu?."Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua Anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:- 1] Bertaubat 2] Menyesali dosa yang telah dilakukan 3] Tidak tergila-gilakan dunia 4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') 5] Tinggalkan sifat berbangga 6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu 7] Meninggalkan sifat dengki Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.Sampaikanlah walau pun satu ayat.. Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain... ... ... . insyaallah ... ... ... ... ...
|
|
|
Solat
Mar 26, 2004 11:06:58 GMT 8
Post by kuzy on Mar 26, 2004 11:06:58 GMT 8
Rahsia Solat
Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat Berdiri Betul Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur Takbiratul Ihram Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur Rukuk Sebagai tikar kita didalam kubur Iktidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim Duduk Antara Dua Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur Duduk Antara Dua Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar Tahiyat Akhir Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka didalam kubur Salam Memelihara kita didalam kubur Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah
|
|
|
Solat
Apr 1, 2004 1:25:12 GMT 8
Post by StRiDeR on Apr 1, 2004 1:25:12 GMT 8
Manusia, Sembahyang dan 9 kategorinya -----------------------------------------------------
Assalamualaikum sdra,sdri yang dihormati sekelian dan didoakan semuga sentiasa dirahmati ALLAH.
Bismillahirrahmanirrahim.
Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab. Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang... takut juga kita dibuatnya
1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang. Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka... waliauzubillah.
2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang. Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain embahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!
3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu. Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main... kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!
4. Golongan yang lalai dalam sembahyang Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.
5.Golongan yang sembahyang tarik tali. Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.
6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang. Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca... dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!
7.Golongan yang selamat. Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.
8.Golongan muqarrabin Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.
9. Golongan siddiqin Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia. Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya... dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'aalamin.
|
|
|
Solat
Apr 1, 2004 14:01:23 GMT 8
Post by StRiDeR on Apr 1, 2004 14:01:23 GMT 8
GANGGUAN IBLIS DALAM SEMBAHYANG
Rasulullah s.a.w telah menyoal iblis... sabdanya, "Wahai Iblis! Ketika umatku berdiri mendirikan solat, bagaimanakah hal engkau pada masa itu?"
Jawab Iblis "Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku, seluruh badanku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tentera aku yang terdiri daripada syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas (hendak solat)."
"Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari silatnya. Sesetengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang. Sesetengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakan supaya solat itu cepat habis."
"semua godaan ini adalah supaya pahala solat seseorang umatmu itu menjadi kurang. Sekiranya segala syaitan itu tidak berhasil, maka aku akan hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."
semoga Allah sentiasa memberi perlindungan ke atas diri kita... .
|
|
|
Solat
Apr 6, 2004 17:10:21 GMT 8
Post by KomOt on Apr 6, 2004 17:10:21 GMT 8
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- Bertaubat Menyesali dosa yang telah dilakukan Tidak tergila-gilakan dunia Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') Tinggalkan sifat berbangga Tinggalkan sifat khianat dan menipu Meninggalkan sifat dengki." Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut bera da di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solat, ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.
|
|