|
Solat
Apr 8, 2004 1:52:43 GMT 8
Post by StRiDeR on Apr 8, 2004 1:52:43 GMT 8
rahsia disebalik solat --------------------------- Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
|
|
|
Solat
Apr 12, 2004 14:30:57 GMT 8
Post by KomOt on Apr 12, 2004 14:30:57 GMT 8
Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab. Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya
1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.
Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.
2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.
Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!
3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.
Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!
4. Golongan yang lalai dalam sembahyang
Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.
5.Golongan yang sembahyang tarik tali.
Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.
6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.
Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!
7.Golongan yang selamat.
Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.
8.Golongan muqarrabin
Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.
9. Golongan siddiqin
Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.
Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.
|
|
|
Solat
Apr 19, 2004 9:33:45 GMT 8
Post by KomOt on Apr 19, 2004 9:33:45 GMT 8
Untuk renungan dan amalan bersama ...... > >LARANGAN MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SEMBAHYANG > >Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda ....... > >"Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya >dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia >MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu >MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN >..........." > >dan menurut hadis yang lain ...... > >"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang >lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya >BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." > >hadis riwayat Bukhari & Muslim..... > >penjelasannya ..... > >DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas >tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya >sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau >membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas >sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada >orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang >sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK . > >dan ..... > >Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, >disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN >sembahyangnya.... > >dan ..... > >Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di >belakang ......
|
|
|
Solat
Apr 20, 2004 18:38:17 GMT 8
Post by StRiDeR on Apr 20, 2004 18:38:17 GMT 8
syaitan pun takut tau.....
Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang pantas menjadi sahabatku..!" Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ... Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidakbisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskanpersahabatan kita !" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat- Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada- Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi. "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)
|
|
|
Solat
Apr 30, 2004 1:34:37 GMT 8
Post by KomOt on Apr 30, 2004 1:34:37 GMT 8
Rahsia Solat 1) Niat Sembahyang -: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2) Berdiri Betul -: Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3) Takbiratul Ihram -: Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4) Fatihah -: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5) Rukuk -: Sebagai tikar kita di dalam kubur
6) Iktidal -: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur
7) Sujud -: Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim
8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-: Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
10) Tahiyat Akhir -: Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar&nangkir didalam kubur.
11) Selawat Nabi -: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12) Salam -: Memelihara kita di dalam kubur.
13) Tertib -: Akan pertemuan kita dengan Allah.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
|
|
|
Solat
May 7, 2004 16:01:41 GMT 8
Post by StRiDeR on May 7, 2004 16:01:41 GMT 8
KACAUNYA FIKIRAN KETIKA SHALAT
Pertanyaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Ketika saya hendak shalat, saya sedang kacau pikiran dan banyak yang dipikirkan, dan rasanya saya tidak begitu sadar terhadap diri saya sendiri kecuali setelah salam, lalu saya mengulangi lagi, namun saya rasakan seperti semula, sampai-sampai saya lupa tasyahud awal dan tidak tahu lagi berapa rakaat yang telah saya kerjakan. Hal ini semakin menambah kekhawatiran dan rasa takut saya kepada murka Allah, kemudian saya sujud sahwi. Saya mohon bimbingannya, dan saya haturkan terima kasih.
Jawapan.
Bisikan itu berasal dari syetan, yang wajib bagi anda adalah memelihara shalat, konsentrasi dan thumaninah dalam melaksanakannya sehingga anda dapat melaksanakannya dengan penuh kesadaran. Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman.
Artinya : Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya [Al-Mukminun : 1-2]
Ketika Nabi Shallallahu alaihi wa sallam melihat orang yang tidak sempurna shalatnya dan tidak thumaninah dalam melaksanakannya, beliau menyuruhnya untuk mengulangi shalatnya, beliaupun bersabda.
Artinya : Jika engkau hendak mendirikan shalat, sempurnakanlah wudhu, lalu berdirilah menghadap kiblat kemudian bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah ayat-ayat Al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukulah sampai engkau tenang dalam posisi ruku, lalu bangkitlah (berdiri dari ruku) sampai engkau berdiri tegak, kemudian sujudlah sampai engkau tenang dalam posisi sujud, lalu bangkitlah (dari sujud) sampai engkau tenang dalam posisi duduk. Kemudian, lakukan itu semua dalam semua shalatmu [Al-Bukhari, kitab Al-Adzan 757, Muslim kitab Ash-Shalah 397]
Jika anda sadar bahwa anda sedang shalat di hadapan Allah dan bemunajat kepadaNya, maka hal itu akan mendorong anda untuk khusyu dan konsentrasi ketika shalat, syetan pun akan menjauh dari anda sehingga selamatlah anda dari bisikkannya. Jika dalam shalat anda terasa banyak godaan, meniuplah tiga kali ke samping kiri dan memohonlah perlindungan Allah tiga kali dari godaan syetan yang terkutuk, insya Allah hal ini akan membebaskan anda.
Nabi Shallallahu alaihi wa sallam pernah menyuruh salah seorang sahabatnya melakukan itu, ketika orang tersebut berkata, Wahai Rasulullah, sesungguhnya syetan telah menyelinap diantara diriku dan shalatku serta bacaanku, ia mengacaukan shalatku [Muslim, kitab As-Salam 2203 dari hadits Utsman bin Abu Al-Ash]
Jadi, anda tidak perlu mengulangi shalat karena godaan, akan tetapi hendaknya anda sujud sahwi jika anda telah melakukan apa yang diwajibkan itu. Misalnya, anda tidak melakukan tasyahud awal karena lupa, atau tidak membaca tasbih ketika ruku atau sujud karena lupa, atau anda ragu apakah tiga rakaat atau empat rakaat ketika shalat Zhuhur umpamanya, maka anggaplah itu tiga rakaat, lalu sempurnakanlah shalat, kemudian sujud sahwi dua kali sebelum salam. Jika dalam shalat Maghrib anda ragu apakah baru dua rakaat atau sudah tiga rakaat, maka anggaplah itu baru dua rakaat lalu sempurnakan, kemudian sujud sahwi dua kali sebelum salam, karena demikianlah yang diperintahkan Nabi Shallallahu alaihi wa sallam.
Semoga Allah melindungi anda dari godaan setan dan menunjuki anda kepada yang diridahiNya.
|
|
|
Solat
May 11, 2004 15:04:31 GMT 8
Post by StRiDeR on May 11, 2004 15:04:31 GMT 8
HIKMAH SUJUD.. (DAN PANJANGKANLAH SUJUDMU..)
Hikmah sujud antara lain ialah:
1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud akan :
1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah d*d*nya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah d*d*.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta,sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)
#nosmileys
|
|
|
Solat
May 21, 2004 15:23:29 GMT 8
Post by KomOt on May 21, 2004 15:23:29 GMT 8
> >Kelebihan Solat Berjamaah Menurut Pandangan Pakar Fizik Diceritakan > >bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di > >Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang mengapa solat > >berjamaah disyariatkan dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah > >tersebut dalam kehidupan umat Islam.Menurut profesor itu,tubuh badan > >kita ini mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan > >negatif.Dalam perjalanan hidup kita sehari-hari, sewaktu kita > >bekerja,beriadah atau berehat, kita akan menggunakan tenaga dan > >dalam proses pembakaran tenaga ini banyak berlaku pertukaran cas > >positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas > >tersebut dalam tubuh kita.Inilah yang menyebabkan kita berasa letih > >dan lesu setelah selesai menjalankan aktiviti seharian kita.Cas-cas > >ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita > >kepada keadaan normal supaya kita kembali segar. Berbalik kepada > >kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini > >mengapa dalam Islam, disyariatkan solat berjamaah, dan mengapa solat > >5 waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat > >yang tidak sama.Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam > >yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu > >menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan > >teori keseimbangan cas tadi. > > > >Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dalam solat dan > >fungsinya dalam menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita > >solat berjamaah,kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan > >tumit bertemu tumit.Terdapat pelbagai hikmah disyariatkan seperti > >itu, namun menurut sains, pegeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah > >lain yang berada di kiri dan kanan kita akan mengeluarkan cas-cas > >yang berlebihan dan cas yang berlawanan akan ditarik ke dalam tubuh > >kita.Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam > >tubuh kita. Menurut beliau, dalam kehidupan kita, apabila kita > >bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah > >berehat selama beberapa jam.Dalam keadaan ini, tubuh badan kita > >mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Jadi, > >kita hanya memerlukan sedikit sahaja lagi proses pertukaran cas di > >dalam tubuh kita agar keseimbangan dapat dicapai.Sebab itu solat > >Subuh didirikan dengan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sekerat hari > >kita bertungkus lumus bekerja, membating tulang atau memerah otak, > >cas-cas ini kembali tidak seimbang akibat kehilangan banyak cas dari > >tubuh.Oleh itu kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas lalu > >solat berjamaah berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas > >ini.Oleh sebab itu, solat Zohor didirikan empat rakaat bagi memberi > >ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. > > > >Situasi yang sama berlaku di sebelah petang, apabila kita > >mengeluarkan banyak tenaga untuk menyambung tugas, lalu sekali lagi > >kita kehilangan banyak cas-cas ini.Seperti halnya solat Zohor, maka > >solat Asar dikerjakan sebanyak 4 rakaat bagi memberi ruang kepada > >proses pertukaran cas berlaku dengan lebih lama. > > > >Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja, pada kebiasaannya, > >kita akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak menggunakan begitu > >banyak tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak begitu > >lama.Oleh itu, kita tidak menggunakan tenaga yang banyak.Maka solat > >Maghrib dikerjakan 3 rakaat adalah logik daripada penggunaan tenaga > >badan yang kurang daripada 2 waktu yang sebelumnya. > > > >Sekarang timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa pula > >solat Isya mengandungi 4 rakaat.Menurut logik asal, kita tidak > >banyak melakukan aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan > >proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut dijalankan, > >rupanya terdapat hikmah lain mengapa disyariatkan begitu.Seperti > >yang kita sedia maklum, kita umat Islam amat digalakkan tidur awal > >agar kita akan dapat bangun semula disepertiga malam untuk > >menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat Tahajjud.Jadi, > >dapatlah disimpulkan bahawa, solat Isya sebanyak 4 rakaat itu akan > >menyediakan badan kita dengan cas-cas yang seimbang serta memberi > >tenaga untuk kita bangun pada sepertiga malam, menunaikan solat > >sunat dan berqiam di pagi yang sunyi dan dingin ... > > > >Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam > >adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah > >taala itu mempunyai hikmah yang tersirat di dalamnya untuk kebaikan > >umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya beliau dan > >betapa besarnya pencipta segala pencipta, raja segala raja. Pada > >waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah taala untuk > >memeluk agama Islam.
|
|
|
Solat
May 24, 2004 17:12:08 GMT 8
Post by KomOt on May 24, 2004 17:12:08 GMT 8
Tauhid; Hakikat Dan Kedudukannya (Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab)
Firman Allah Ta'ala:
"Aku menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariat: 56).
Ibadah ialah penghambaan diri kepada Allah Ta'ala dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan inilah hakekat agama Islam, karena Islam maknanya ialah penyerahan diri kepada Allah semata-mata yang disertai dengan kepatuhan mutlak kepada-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.
Ibadah berarti juga segala perkataan dan perbuatan, baik lahir maupun batin, yang dicintai dan diridhai oleh Allah. Dan suatu amal diterima oleh Allah sebagai suatu ibadah apabila diniati ikhlas, semata-mata karena Allah dan mengikuti tuntunan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): Beribadahlah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut." (An-Nahl: 36)
Thaghut yaitu setiap yang diagungkan -selain Allah- dengan disembah, ditaati, atau dipatuhi, baik yang diagungkan itu berupa batu, manusia, ataupun syetan. Menjauhi thaghut yaitu mengingkari, membencinya, tidak mau menyembah dan memujanya dalam bentuk dan dengan cara apapun.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya mencapai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali- kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka, serta ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada mereka berdua dengan penuh kasih sayang, dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka keduanya telah mendidikku waktu kecil." (Al-Isra': 23-24)
"Beribadahlah kamu sekalian kepada Allah (saja) dan janganlah berbuat syirik sedikitpun kepada-Nya." (An-Nisaa': 36)
Syirik yaitu memperlakukan sesuatu -selain Allah- sama dengan Allah dalam hal yang merupakan hak khusus bagi-Nya.
"Katakanlah (Muhammad): Marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu berbuat syirik sedikitpun kepada-Nya, berbuat baiklah kepada kedua orang tua, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang tampak maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikianlah yang diwasiatkan Allah kepadamu, supaya kamu memahami(nya). Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga ia mencapai kedewasaannya, dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diwasiatkan Allah kepadamu, agar kamu ingat. Dan (kubacakan): Sungguh inilah jalan-Ku, berada dalam keadaan lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena jalan-jalan itu akan menceraiberaikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diwasiatkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (Al An'am: 151-153).
Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata:
"Barang siapa yang ingin melihat wasiat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, yang tertera diatasnya cincin stempel milik beliau, maka supaya membaca firman Allah Ta'ala:...(surah Al- An'am 151-153, seperti tersebut di atas)."
Mu'adz bin Jabal, radhiyallahu 'anhu, menuturkan:
"Aku pernah diboncengkan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam di atas seekor keledai. Lalu beliau bersabda kepadaku: Hai Mu'adz, tahukah kamu apakah hak Allah yang wajib dipenuhi oleh para hamba-Nya dan apa hak para hamba yang pasti dipenuhi Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliaupun bersabda: Hak Allah yang wajib dipenuhi oleh hamba-Nya adalah supaya mereka beribadah kepada-Nya saja dan tidak berbuat syirik sedikitpun kepada-Nya, sedangkan hak para hamba yang pasti dipenuhi Allah ialah bahwa Allah tidak akan menyiksa orang yang tidak berbuat syirik sedikitpun kepada-Nya. Aku bertanya: Ya Rasulullah, tidak perlukah aku menyampaikan kabar gembira ini kepada orang-orang? Beliau menjawab: Janganlah kamu menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka, sehingga mereka nanti akan bersikap menyandarkan diri." (HR Bukhari dan Muslim dalam shahih mereka)
Dikutip dari buku: "Kitab Tauhid" karangan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
|
|
|
Solat
May 25, 2004 20:09:10 GMT 8
Post by StRiDeR on May 25, 2004 20:09:10 GMT 8
check out our solat
Iman memerlukan pembuktian. Solat fardu merupakan satu di antara pembuktian iman yang terpenting. Yang mengabaikannya, telah meruntuhkan agamanya.
"Seorang lelaki telah mendatangi Rasul dan bertanya: 'Ya Rasulallah, apakah amal yang paling disukai Allah?' Jawab Nabi: 'Sembahyang tepat pada waktunya. Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama." (Baihaqi)
Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup seseorang. Meninggalkan sembahyang fardu bermakna telah memutuskan diri dari pemeliharaan itu.
"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia telah terputus dari pemeliharaan Allah." (Ibn Majah & Baihaqi)
Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk. Jika sembahyang diabaikan, dikhuatiri, seseorang akan bersama-sama dengan manusia yang terkutuk itu.
"Barangsiapa memelihara solat (yang fardu), maka baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Barangsiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Malah pada hari kiamat, dia akan bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf." (Ahmad, Ibn Hibban & Thabrani)
Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu yang lain (qadhaan) juga adalah suatu yang dicela oleh agama.
"Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan yang akan melalaikan sembahyang dan mengikut syahwat, dan mereka akan bertemu dengan kesesatan." (Maryam: 59)
Berhubung dengan ayat ini Abdullah ibn 'Abbas telah berkata: "Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama sekali, tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar dari waktunya." (Al-Kabair - Imam Az-Zahabi)
Imam Said ibn Musayyib pula telah berkata: "Mereka tidak bersembahyang zohor sehingga datang waktu asar, tidak bersembahyang asar sehingga maghrib dan begitulah seterusnya. Mereka yang berterusan seperti ini tanpa bertaubat, akan dimasukkan ke dalam sebuah lembah khas di neraka."
Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran.
"Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan sembahyang." (Hadis Muslim)
Dan juga
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, telah kafir ia." (Hadis Ahmad)
Meninggalkan sembahyang kerana malas, akan menyebabkan kekufuran, tetapi tidak sampai terkeluar daripada Islam. Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana ingkar atau mempersendakan perintah Allah, akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama (murtad). Itulah pendapat jumhur (majoriti) ulama. (Fiqhul Awlawiyat - Dr. Yusuf Qardawi)
Wassalam.
|
|
|
Solat
Sept 24, 2004 10:59:19 GMT 8
Post by KomOt on Sept 24, 2004 10:59:19 GMT 8
Tips untuk membaiki solat
>> > >Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti >> > >Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu >> > >yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. >> > >Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti >> > >kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan >> > >yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg >> > >saya dirikan terlalu rendah kualitinya. >> > > >> > >Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur >> > >dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat >> > >mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. >> > >Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah >> > >mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan >> > >diri" sblm menghadap Yg Esa. >> > > >> > >2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk >> > >solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat : >> > > >> > >1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm >> > >diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil >> > >dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang >> > >menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan >> > >menyesallah. >> > > >> > >2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa >> > >kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. >> > >Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg >> > >Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya >> > >yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi >> > >anaknya. >> > > >> > >Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat >> > >solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan >> > >berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain >> > >sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah >> > >bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg >> > >betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian >> > >kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap >> > >Tuhan. >> > > >> > >1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir >> > > >> > >i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping >> > >telinga >> > > >> > >ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah >> > >cuping telinga >> > > >> > >iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada >> > >(bukan telinga). >> > > >> > >Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan >> > >ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa >> > >kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah >> > >ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya >> > >kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka. >> > > >> > >2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan >> > >tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup >> > >pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 >> > >menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas >> > >tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah >> > >rapat mendekati badan. >> > > >> > >3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk >> > >dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn >> > >melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. >> > >Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 >> > >darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut >> > >tepat. >> > > >> > >4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami >> > >Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi >> > >takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu" >> > > >> > >5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan >> > >diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan >> > >kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan >> > >seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah >> > >sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang >> > >terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi >> > >diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana >> > >dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg >> > >7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and >> > >kedua belah kaki >> > >(setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit >> > >agar menghala ke kiblat. >> > > >> > >6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : >> > > >> > >i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki >> > > >> > >ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan >> > >kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat. >> > > >> > >7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum >> > >bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya >> > >menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk >> > >membantu kita bangun atau kedua2 tgn. >> > > >> > >8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut >> > >".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari >> > >telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam. >> > > >> > >9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum >> > >memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 >> > >darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling >> > >kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah >> > >jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita >> > >menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, >> > >alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya. >> > > >> > >10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn >> > >melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn >> > >diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk >> > >sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi >> > >dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat >> > >bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa. >> > > >> > >Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat >> > >mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt >> > >solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. >> > >Antaranya: >> > > >> > >1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah >> > >jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan >> > >dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita >> > >tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak >> > >jarang >(antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). >> > > >> > >Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di >> > >dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat >> > >cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan >> > >bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati >> > >dari luar telekung. >> > > >> > >2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas >> > >membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak >> > >payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu >> > >solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi >> > >menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang >> > >tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak >> > >jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu >> > >akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah >> > >aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. >> > >Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan >> > >stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika >> > >tiada, pakai 2 lapis. >> > > >> > >3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan >> > >berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang >> > >telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika >> > >tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 >> > >ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh >> > >itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki >> > >solat kita kerana ia adalah tiang agama. >> > > >> > >Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah >> > >solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg >> > >baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, >> > >oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini >> > >memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat >> > >sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik >> > >kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat >> > >saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba >> > >seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, >> > >walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih >> > >merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah >> > >sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah >> > >berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana >> > >solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah >> > >di alam baqa'. >> > > >> > >Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada >> > >salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu >> > >dtg dari Allah s. w. t. dan yg buruk itu dari saya. >> > > >> > >Wassalam
|
|