|
Post by john on Oct 17, 2004 11:09:17 GMT 8
Beberapa kali membaca terjemahan ayat 59 dari surah al-Ahzab, tidak ada yang samar atau meragukan. Bunyinya begitu lunak dan berhikmah sekali, kerana perintah itu disandarkan atas Nabi s.a.w terlebih dahulu, walaupun sasarannya memang untuk orang beriman sekaliannya.
Cukup kuat untuk dipegang sebagai hukum; perintah suruh, bukan galakan atau sekadar anjuran kerana ia tidak disertakan dengan perkiraan tolak-ansur – kalau rasa boleh buat, buatlah. Kalau rasa tidak boleh, tidak payah. Kalau takut diganggu, pakailah. Kalau rasa tidak diganggu, tidak payah pakai.
Samalah dengan perintah puasa umpamanya –
"…mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa." (al-Baqarah:183)
Kalau tidak mendapat taqwa? Tidak perlulah berpuasa? Atau kalau sudah mendapat taqwa…tidak payah berpuasa lagi? Bukan begitu. Jadilah seorang Islam yang benar-benar boleh memberi manfaat kepada orang Islam yang lain.
Suatu masa dahulu ada satu golongan manusia yang suka sangat dengan tabiat putar belit iaitu, kaum Bani Israil. Banyak sungguh dalihnya. Sehinggakan perihal seekor lembu pun hendak dipersoaljawabkan (surah al-Baqarah). Akhirnya terpaksalah bersusah payah menjelajah dari desa ke pekan, dari pekan ke hutan untuk mencari lembu yang dimaksudkan.
Padahal, jika mereka menerima perintah dengan taat dan lapang hati, semuanya akan menjadi mudah. Tetapi sikap yang berdolak-dalih dengan niat kononnya apabila mereka meminta keterangan lebih khusus berkenaan lembu yang ingin disembelih, pasti tidak ada lembu seperti dimaksudkan. Maka terlepaslah mereka daripada perintah itu.
Namun, muslihat kaum Bani Israil itu tidak berhasil. Allah lebih tahu isi hati mereka. Lalu diberitahulah ciri-ciri lembu terpilih yang mesti mereka cari. Asalnya kerja yang mudah, bertukar menjadi payah lagi menyukarkan. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka.
Dalam surah al-Ahzab ayat 59, Allah s.w.t berpesan kepada Nabi s.a.w,
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri engkau, kepada anak- anak engkau yang perempuan dan kepada sekalian wanita dari kaum Muslimin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab atas diri mereka. Demikianlah supaya lebih mudah orang mengenal mereka, maka tidak disakiti (diganggu) orang akan mereka."
Mengikut terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, perkataan `jalaabiibihinna' diterjemah sebagai "…pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar)…". Tetapi jika merujuk kepada maknanya lebih khusus, berasal dari perkataan `jilbab'. Menurut Kamus Dewan, jilbab bererti pakaian longgar termasuk kerudung ataupun tudung yang memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan.
Ini membawa makna, memakai tudung bukan perintah sunat yang boleh dibuat dan boleh tidak. Dikira tidak sah solat seorang wanita yang tidak memakai tudung, biarpun dia mengenakan jubah yang labuh meleret ke tanah.
Nabi s.a.w menegaskan,
"Allah tidak akan menerima solat wanita yang telah berusia baligh kecuali dengan memakai tutup kepala." (riwayat Abi Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Sofiyah binti Harith dari Aisyah r.ha)
Di dalam kitab `Muhimmah Pada Ilmu Hadis Nabi s.a.w' karangan Syeikh Abdullah bin Abdur Rahim Fathani yang membicarakan tentang kewajipan serta tanggungjawab seorang isteri, ada menyatakan, "Dan jikalau derhakanya dengan sebab keluar rumah maka dipandang oleh lelaki yang lain akan rambutnya nescaya digunting rambut kepalanya di dalam api neraka. Demikianlah berbagai-bagai seksaan kerana berbagai-bagai derhakanya."
Pada baris berikutnya diselitkan secebis anekdot Nabi bercerita kepada Saiyidina Ali k.w dan Saiyiditina Fatimah r.ha tentang pengalaman Rasulullah s.a.w pada malam baginda dimikrajkan. Nabi s.a.w melihat wanita-wanita daripada kalangan umat baginda sedang diseksa dengan seksaan yang amat dahsyat.
Ada yang digantung dengan lidahnya dengan dituangkan api neraka ke dalam mulutnya. Ada yang digantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak di kepala. Ada yang digantung dengan buah susunya dan disumbatkan buah zakum ke dalam mulutnya. Ada yang digantung dalam keadaan dia memakan daging dirinya sendiri, manakala di bawahnya pula dinyalakan api.
Bermacam-macam lagi bentuk seksaan dipertontonkan kepada Nabi s.a.w. Satu daripada bentuk seksaan yang dipertontonkan ialah perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otak di kepala. Dosa apakah gerangan yang diseksa sedemikian rupa?
Dinyatakan dalam kitab yang sama, merujuk kepada jawapan Nabi s.a.w,
"…Adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya itu maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki lain yang haram memandang dia."
Jika ditakdirkan lahir usaha-usaha jahat cuba membatalkan peraturan yang telah Allah wartakan ini, ia menjadi ujian bagi mereka yang benar-benar percaya dan yakin. Dengan ujian sebegitu, mudah-mudahan keyakinan bertambah kuat. Sudah menjadi resam hidup, apabila ada cabaran akan bangkitlah semangat untuk membela dan mempertahankan.
Andai kata, ada suara-suara sumbang mempersoalkan perintah ini, kita menerimanya secara positif dan hati terbuka. Keimanan dan keyakinan kita terhadap peraturan Allah sedang diuji dan dicabar. Kedengaran juga ada yang mengatakan bertudung adalah budaya Arab kuno. Islam turun di Tanah Arab. Kalaulah ditakdirkan Allah, Islam turun di Asia Tenggara atau turun di China atau turun di Eropah, persepsi terhadap tudung tentu lain pula.
Suruhan ini diletakkan di bawah bab berpakaian, bab yang penting kerana pakaian boleh melambangkan agama. Umpamanya seorang lelaki yang membotakkan kepala dan mengenakan lilitan kain (pakaian) kuning seluruh tubuhnya pergi dari rumah ke rumah dengan membawa sebuah bekas meminta makanan. Apa pendapat kita terhadap lelaki itu? Beranikah kita mengatakan dia seorang Islam jika kita terserempak? Pada hari lain, kita melihat seorang lelaki memakai seutas kalung dengan sebentuk salib. Apakah reaksi spontan kita terhadap lelaki itu? Tidak kecil peranan pakaian dalam kehidupan.
Ada yang mengatakan bertudung sudah menjadi trend banyak agama di dunia, lantaran orang Yahudi dan Kristian juga bertudung. Tetapi kita memakai tudung kerana mematuhi perintah Allah. Beroleh pahala juga rahmat-Nya jika dilakukan dengan hati yang ikhlas.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 26, 2004 22:43:01 GMT 8
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di universiti al-azhar, kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya menetap di mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama gunung semanggol, perak. Keluarga saya memang semuanya di mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di madinah. Tiba di madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital abdul aziz jeddah untuk mendapat- kan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke mekah untuk mengerjakan ibadat haji. selesai haji, sekali lagi saya pergi ke jeddah. malangnya, bila sampai di hospital king abdul aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka mata- nya. dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis? Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "mazlan ..kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. kakak bertaubat, betul-betul taubat." "kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. katanya, "mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma islam pada nama dan keturunan saja. ibadat satu apa pun kakak tak buat. kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. rumah kakak penuh dengan botol arak. suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan. "Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.", "jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi. dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "mazlan...allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. "betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. balasan azab lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di neraka. "kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. "bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "hari-hari kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak- esak. nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan allah kepada umatnya yang ingkar.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 26, 2004 22:44:14 GMT 8
sambungan Mazlan...kakak ni nama saja islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. panasnya cuma allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. "selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini." Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah."masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon. kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan." Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis. sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. bila saya membawanya ke mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh. "kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..." tegur saya. "tak apalah mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia berdoa, mohon kepada allah supaya mengampunkan dosanya. saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "tak boleh mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. mazlan tak rasa, mazlan tak tau. kalau mazlan dah merasai azab itu, mazlan juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul bertaubat." Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "mazlan, kalau ada perempuan islam yang tak pakai tudung, mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa. "tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah... "kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. seperti mana kakak, suami kakak tu islam pada nama saja. tapi itu semua kesilapan kakak. kakak sudah bawa dia masuk islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan islam." sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. adakah ia bercanggah? benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat. anna.w4.clicdev.com/f/html/emoticons/Walikum-assalam.gif[/img]
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Nov 8, 2004 17:19:43 GMT 8
Muhammad Ibn Al-Munkadir
Matanya Buta Kerana Tangisan Makrifat Allah
Disebabkan rasa takutnya kepada Allah membuatnya dapat menangis setiap kali ia membaca Al-Quran dan setiap kali solat. Oleh sebab itu, bumi tempat sujudnya basah oleh air mata. Ia juga menangis saat ia sedang menyendiri berfikir tentang hari kiamat, kesengsaraan di padang Mahsyar, menunggu hisab dan lain sebagainya. Ia adalah seorang miskin yang hanya memiliki pakaian yang dipakainya saja dan sebuah tempat tidur usang. Ia berpendapat bahawa dunia dan semua isinya telah datang kepadanya. Kerana kesihatannya banyak menolongnya untuk beribadah kepada Allah, dan banyak membantunya untuk berjaga malam dalam melaksanakan solat dan berzikir kepada Allah. Muhammad Ibn Al-Munkadir masih membujang meskipun ia telah mencapai usia dewasa. Perkara itu dikeranakan ia tidak memiliki harta untuk membayar mahar pernikahan dan ia juga tidak mempunyai perabot rumah tangga.
Muhammad IbnAl-Munkadir mempunyai hubungan darah dengan Abu Bakar Shiddiq. Hubungan darah keduanya bertemu pada datuk yang bernama Sa’ad Ibn Tamim. Pada suatu hari, hubungan kekeluargaan ini mendorongnya datang ke rumah Aisyah binti Abu Bakar untuk mengadukan keperluannya pada Aisyah dengan harapan barangkali Aisyah dapat membantunya menutup pedihnya kelaparan dan pahitnya kemiskinan.
Setelah ia mengutarakan penderitaannya kepada Aisyah, Aisyah berkata: “Andaikata aku mempunyai wang 10,000 dirham nescaya akan kuberikan kepadamu. Pada hari itu juga, tiba-tiba Muawiyah Ibn Abu Sufyan mengirim wang 10,000 dinar kepada Aisyah. Hingga Aisyah berkata pada dirinya sendiri: Alangkah cepatnya apa yang kamu angan-angankan wahai Aisyah.”
Akhirnya Aisyah segera mengutus seseorang untuk mencari Muhammad Ibn Al-Munkadir, kemudian ia memberikan wang 10.000 dirham dimaksud. Wang itu dipergunakan Muhammad Ibn Al-Munkadir untuk membeli seorang hamba wanita untuk dijadikan isterinya. Maka dia kemudian mengakhiri masa bujangnya dan menempuh hidup baru sehingga Allah memberi kurnia kepadanya 3 anak. Ketiganya bernama: Muhammad, Abu Bakar dan Umar. Ia memberi nama mereka seperti nama Rasulullah dan dua sahabat baginda.
Pada suatu hari, salah seorang tetangga Muhammad Ibn Al-Munkadir menderita sakit keras. Setiap malam si sakit itu tidak boleh tidur dan menjerit-jerit kerana kesakitan. Sementara itu Muhammad juga mengeraskan suaranya dalam memanjatkan syukur kepada Allah. Ketika ia ditanya mengenai hal itu, ia menjawab: “Tetanggaku yang sakit itu mengeraskan suaranya kerana sakit, sedangkan aku mengeraskan suara kerana mendapat nikmat.”
Pada suatu malam, Muhammad solat dan menangis sangat lama sehingga keluarganya merasa cemas. Mereka bertanya kepadanya mengapa ia menangis? Tetapi ia tidak menjawab pertanyaan itu bahkan terus menangis sehingga mereka menyangka ia sedang mendapat suatu musibah. Maka mereka memanggil seorang sahabatnya yang bernama Abu Hazim. Mereka memberitahukan pada Abu Hazim tentang masalahnya.
Maka Abu Hazim datang kepadanya dan bertanya, Apa yang menyebabkan ia menangis, sebab keluarganya mencemaskan dirinya. Ia menjawab bahawasanya ia merasa takut setelah membaca Al-Quran yang ertinya: “Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan.” Mendengar hal itu Abu Hazim ikut menangis bersamanya sehingga keluarganya menegur Abu Hazim mengapa ia menangis padahal ia dipanggil mereka untuk menenteramkan hatinya. Maka Abu Hazim memberitahu mereka tentang sesuatu yang menyebabkan mereka menangis.
Muhammad Ibn Al-Munkadir berkata: “Sesungguhnya Allah selalu menjaga orang mukmin dalam anaknya, cucunya dalam rumahnya, dan rumah yang ada di sekitarnya. Mereka sentiasa dalam lindungan Allah selagi mereka masih di tengah mereka.” Muhammad tidak pernah melihat jenazah orang mukmin melainkan ia ikut menyembahyangkannya, meskipun orang yang meninggal itu orang jahat.
Pada suatu hari ia ditanya, “Mengapa kamu mahu solat atas jenazah si fulan?” Jawabnya, “Kerana aku malu kepada Allah jika aku melihat diriku, bahawa rahmat-Nya tidak sampai pada salah seorang dari hamba-Nya.” Di rumah yang selalu dinaungi ketakwaan, dihiasi sikap wara’ dan disinari cahaya Al-Quran, di situlah anak-anak Muhammad Al-Munkadir berkembang. Oleh kerana itu mereka pun seperti bapanya, baik dalam segi keimanan, tingkah laku mahupun ketakwaan mereka kepada Allah, hingga rumah mereka berubah menjadi tempat ibadah.
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Nov 8, 2004 17:20:51 GMT 8
sambungan..............
Di dalam rumah itu mereka membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu pengetahuan. Umar Ibn Muhammad Al-Munkadir tidak pernah tidur pada malam hari dan ia banyak menangis kerana takut kepada Allah. Ketika ibunya merasa cemas padanya, maka ibunya meminta bantuan saudaranya Muhammad Ibn Muhammad Al-Munkadir, ia berkata: “Sungguh aku sangat kasihan kepada saudaramu Muhammad kerana apa yang dilakukannya, jika kamu yang menasihatinya dalam hal ini, barangkali ia akan kasihan pada dirinya sendiri.”
Maka Muhammad berbicara empat mata dengan Umar, saudaranya, ia berkata pada Umar. “Sungguh apa yang kamu lakukan itu membuatku sedih kerana memikirkan keadaanmu.” Jawab Umar. “Sungguh, bila malam tiba aku merasa takut, kerana itu aku membaca Al-Quran, dalam membaca Al-Quran aku mendapat kenikmatan yang tidak dapat dibandingkan dengan dunia seisinya. Adapun yang menyebabkan aku menangis, kerana aku takut Allah tidak menerima amalku. Demikian itu, kerana aku telah mendengar sebuah hadith Rasulullah SAW yang dimaksudnya begini. “Sungguh ada seseorang yang selalu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga jarak antara ia dan syurga tinggal satu dzira’ (lengan), kerana takdir telah mencatat ia sebagai ahli neraka, maka tiba-tiba ia melakukan amalan ahli neraka hingga ia masuk neraka.”
Setelah itu, Umar diam sejenak, kemudian ia berkata lagi: “Wahai Muhammad, tidakkah kamu tahu, bahawa ayah kita juga sering menangis kerana takut kepada Allah hingga kedua matanya buta? Sungguh aku akan menghabiskan hidupku hanya untuk beribadah kepada Allah dan mengabdi kepada-Nya. Wahai saudaraku, orang-orang yang dahulu beriman berkata: “Di antara tanda-tanda diterimanya suatu amalan ialah, bila air matamu keluar sedangkan kamu tidak merasa. Dan tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.”
Demikian itulah kehidupan Muhammad Ibnu Al-Munkadir dan anak-anaknya. Suatu keluarga mukmin yang selalu mengingat Allah setiap saat. Masing-masing selalu menghisab dirinya dalam setiap tingkah lakunya. Semoga keluarga Muhammad termasuk keluarga yang bahagia pada hari kiamat dan termasuk keluarga yang dinaungi Allah pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan-Nya.
Menjelang hari wafatnya, wajah Muhammad Ibnu Al-Munkadir tampak gelisah. Ketika ia ditanya, “Mengapa kamu kelihatan gelisah?” Jawabnya: “Aku takut pada ayat Al-Quran yang berbunyi: “Dan jelaslah azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Aku takut aku akan melihat siksa Allah yang tidak pernah aku perkirakan sebelumnya.”
Salah seorang yang duduk di sampingnya di saat ia hampir meninggal dunia berkata padanya: “Wahai Muhammad, aku melihat sepertinya ajalmu telah dekat.” Tetapi Muhammad masih kelihatan tenang hingga tiba-tiba sahabatnya melihat wajah Muhammad bersinar seperti bulan. Maka Muhammad Ibnu Al-Munkadir berkata pada sahabatnya: “Andaikan kamu melihat tempatku nanti, nescaya kamu akan senang.” Kemudian ia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Peristiwa itu terjadi di tahun 131 H
|
|