Kisah Rasulullah sebagai pengajaran
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya
sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing
untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada
makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di
rumah, beliau selalu
membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali
sesudah selesai
sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah
baginda amat lapar waktu
itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk
sarapan. Yang mentah
pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke
pasar. Maka Nabi
bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira
adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai
yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada
apa-apa wahai
Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu
aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami memukul
isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul
isterimu?" Lantas
soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku
sangat keras kepala.
Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul
dia." "Aku tidak
bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku
menanyakan mengapa engkau
memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah
yang paling baik dan
lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan
tawadhuknya baginda
dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun
menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat
oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun
yang lain amat sukar
sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup
seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu
sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya
setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah
tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan
sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...
mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah
sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang
sakit..." desak
Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat
jubahnya. Para sahabat
amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan
dililiti sehelai kain
yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah
yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan
tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu
baginda menjawab dengan
lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan
engkau korbankan
demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan
ALLAH nanti, apabila
aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan
ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat
kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di
sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain
rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi
hingga berbekas
merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat
yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum
menegur dengan lembut
perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa
kehambaan yang sudah
sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali
rasa ke tuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung
tidak dijadikan sebab
untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan
ramai mahupun dalam
keseorangan.
Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu
sepi malam hari,
terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda
terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.
Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan
jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina
'Aisyah, "Ya Rasulullah,
bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau
masih bersusah payah
begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah,
bukankah aku ini
hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi
hamba-Nya yang
bersyukur."
Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."
Sekian buat tatapan semua