|
Post by kuzy on Mar 30, 2004 16:09:32 GMT 8
betapa alpanye manusia... dan aku rasa aku pun tergolong skali.. nauzubillah
|
|
|
Post by kuzy on Mar 30, 2004 16:09:44 GMT 8
You know your Islam is in trouble when...
...the last thing you learnt about Islam, the Quran, or Jihad was from CNN
...all your conversations with your friends have to do with guys/girls, or movies, or guys/girls in movies
...you spend more nights at the club during Ramadan than at a Masjid
...you can't remember the last time you asked someone a question about something you didn't understand in Islam
...you find time to watch three movies a week but find yourself too busy to pray Salah regularly
...that Quran translation you were given last 'Eid is still sitting on the top shelf of your bookrack
...the 'inner voice' you hear when you are in complete silence sounds surprisingly similar to the latest hip-hop song you heard
...you don't know any people who you can say Salaams to without feeling embarrassed
...the feeling that God is watching you in all that you do is never more than a passing thought
...you are available to receive phone calls at 2 a.m.
...your clothes and hair smell of cigarettes on Sunday mornings even though you don't smoke
...knowing something is right or wrong and feeling guilty about it does not effect whether you actually do it or not
...you gave hope of ever entering Paradise because you don't feel you deserve it after 'all that I have done
...when you want something in your life you fantasize about it and say "I wish!"
...you can't figure out why you are never truly happy deep in your heart and why nothing good in your life ever seems to last (why does it always have to end?)
...the happiest day of your life so far was on a Christmas, Valentine, or a dance
...you are loneliest when you are sad or when something bad has happened to you (where did all my friends go?)
...you don't think of the Prophet at least once a day
...when you hear of Muslims dying somewhere in the world, you consider it part of 'politics' which you have nothing to do with
...your 'best friend' is a person of the opposite gender yet not your husband or wife
...you have no motivation to change things in your life
...when your faults are pointed out to you, you reply "This is who I am, for better or for worse!"
...listening to the Quran does not make you feel guilty
...you are actually flattered when people on the street stare or ask you out
...you friends never object to any of your bad habits or behaviours and vice versa
...you don't care whether you go to heaven or hell since no one can really be sure about these things
...to you, Islam is just another 'organized institutionalized religion'
...you actually agreed with everything your philosophy professor taught in class
...you generally feel crappy and often find yourself telling people that you consider and justify your sins as 'a part of who I am'
...you want to travel around the world someday but Makkah is not one of your planned stops
...your parents hate you and have said so to you
...you read the horoscopes yet have never performed Salat-ul-Istikharah
...you have never felt like falling down on your face and crying to Allah
...you look down upon people who are more practicing than yourself as 'just mullahs and ustaz'
...your past bad experiences with some Muslims prevent you from getting closer to Islam and other Muslims
|
|
|
Post by KomOt on Mar 30, 2004 17:07:51 GMT 8
Berita yang disampaikan oleh seorang sahabat. Pada hari minggu lepas dalam satu ceramah di sebuah sekolah agama rendah Subang Jaya yang penceramahnya ialah salah sorang imam masjid negeri Selangor. Beliau beritahu yang soal murtad ni bukan soal kecil lagi...borang permohonan keluar agama Islam yang sedang menunggu di proses tingginya sampai 2 kaki...masyaAllah!!!. Toksah pakai berapa ribu lagi...pakai sukat guna kaki dah cukup kita ambil iktibar. Beliau beritahu lagi ada satu hari tu..seorang ibu menangis menelefonnya memberitahu yang anak perempuannya nak kawin...beliau kata "baguihlaa kalu dia nak kawin".....tapi yang ibu ni kata anaknya nak kawin dengan orang bukan Islam...terkejut beliau dan kemudian dengan si ibu tu mereka pergi ke upacara perkahwinan tu di Subang Jaya..beliau tengok pasangan anak ini lelaki cina berugama kristian dan paderi yang menikahkan mereka itu seorang Melayu....masyaAllah!!!. Si ibu tu nak bawak juga kes ini ke mahkamah walaupun diberitahu undang2 di Malaysia yang kita cintai ini,tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana anaknya sudah 26 tahun...tuan2 pikirkan apa perasaan ibu itu. cerita ini tak habis kat situ saja.. kemudian imam tersebut telah pergi berjumpa dengan paderi Melayu itu..kebetulan orang Sabak Bernam..beliau tanya dah berapa lama dia jadi paderi ni..paderi tu kata dia dah lebih kurang 17 tahun jadi paderi..imam ni tanya lagi..dah berapa ramai orang Melayu yang di pujuk masuk kristian...dia kata lebihkurang 3000...ditanya kenapa orang Melayu saja yang dipujuk...dia kata sebab setiap sorang orang Melayu yang dapat di tarik masuk kristian harganya RM3000.00..kalu bangsa lain kira ratus ringgit saja...paderi tu beritahu lagi di mana Johor adalah tempat nombor satu tumpuan mereka berdakyah selain Pulau Pinang dan Petaling Jaya...dan dia beritahu lagi yang ada sorang anak Melayu dari Johor sekarang ni berada di Rome.membuat lanjutan pengajian bidang kristian...jika dia berjaya..dia akan di iktiraf sebagai pope..dan akan kembali ke Malaysia yang kita cintai ini sebagai ketua paderi yang pertama dari golongan anak Melayu.?? !!! Mengapa Johor jadi sasaran no 1? ???Berhati2 anak2 johor dan juga yang lain2 tu.....
|
|
|
Post by KomOt on Mar 31, 2004 13:44:46 GMT 8
KISAH POKOK EPAL - (Untuk renungan bersama)
> Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang >amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar >bermain-main di sekitar pokok >epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, >memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan >adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok >epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi >tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai >budak tersebut. > Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan >menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan >masanya setiap hari bermain di >sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari >dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah >yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," >ajak pokok epal itu. > "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar >bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. > "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk >membelinya," >tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. > Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah >epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk >mendapatkan wang. Dengan itu, kau >dapat membeli permainan yang kau inginkan." > Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal >di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali >lagi selepas itu. Pokok epal >itu merasa sedih. Masa berlalu... > Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin >dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. > "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok >epal itu. > "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja >untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah >sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah >kau menolongku?" Tanya budak itu. > "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau >boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau >buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan >cadangan. > Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua >dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. >Pokok epal itu pun tumpang gembira >tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak >kembali lagi selepas itu. > Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui >pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki >yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia >telah matang dan dewasa. > "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok >epal itu. > "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang >suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku >mempunyai cita-cita >untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. >Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. > "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. >Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk >dijadikan bot. Kau akan dapat >belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. > Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang >pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan >gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun >begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin >dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah >budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal >itu. > "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak >diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku >untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku >untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar >yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada >pilu. > "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi >untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku >sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang >pokokmu kerana aku berupaya untuk >belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," >jawab lelaki tua itu. > "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok >epal itu. > Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal >itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
> CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA >REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA >TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI >DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU >BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN >DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA >PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA >TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA >PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN >BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA >SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. > ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU >BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI >FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN >ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH >JASA >IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI >MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP >TAHUN. > SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA >REMAJA KITA
|
|
toys
Junior Student
eeeee...sapa nak kwn ko tak malu
Posts: 127
|
Post by toys on Apr 9, 2004 16:34:11 GMT 8
The Devil and the Duck
There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with, out in the woods. He practiced in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner.
As he was walking back he saw Grandma's pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head, and killed it.
He was shocked and grieved. In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching! Sally had seen it all, but she said nothing.
After lunch the next day Grandma said, "Sally, let's wash the dishes." But Sally said, "Grandma, Johnny told me he wanted to help in the kitchen."
Then she whispered to him, "Remember the duck?" So Johnny did the dishes.
Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and Grandma said, "I'm sorry but I need Sally to help make supper." Sally just smiled and said," Well that's all right because Johnny told me he wanted to help." She whispered again, "Remember the duck?"
So Sally went fishing and Johnny stayed to help.
After several days of Johnny doing both his chores and Sally's he finally couldn't stand it any longer. He came to Grandma and confessed the he had killed the duck.
Grandma knelt down, gave him a hug, and said, "Sweetheart, I know. You see, I was standing at the window and I saw the whole thing. But because I love you, I forgave you. I was just wondering how long you would let Sally make a slave of you."
Thought for the day and every day thereafter: Whatever is in your past, whatever you have done -- and the devil keeps throwing it up in your face (lying, debt, fear, hatred, anger, unforgiveness, bitterness, etc.) whatever it is, you need to know that Allah saw the whole thing, He has seen your whole life. He wants you to know that He loves you and that you are forgiven. He's just wondering how long you will let the devil make a slave of you.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 12, 2004 13:56:14 GMT 8
Diantara sebab terpenting diturunkannya rezeki adalah itsighfar (memohon ampun) dan taubat kepada Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Menutupi (kesalahan). Untuk itu, pembahasan mengenai pasal ini kami bagi menjadi dua pembahasan.
* Pertama, hakikat istighfar dan taubat
* Kedua, dalil syar'i bahwa istighfar dan taubat termasuk kunci rezeki.
Pertama : Hakikat Istighfar dan Taubat
Sebagian besar orang menyangka bahwa istighfar dan taubat hanyalah cukup dengan lisan semata. Sebagian mereka mengucapkan.
"Artinya : Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya".
Tetapi kalimat-kalimat diatas tidak membekas di dalam hati, juga tidak berpengaruh dalam perbuatan anggota badan. Sesungguhnya istighfar dan taubat jenis ini adalah perbuatan orang-orang dusta.
Para ulama -semoga Allah memberi balasan yang sebaik-baiknya kepada mereka- telah menjelaskan hakikat istighfar dan taubat.
Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani menerangkan : "Dalam istilah syara', taubat adalah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang biasa diulangi (diganti). Jika keempat hal itu telah terpenuhi berarti syarat taubatnya telah sempurna" [Al-Mufradat fi Gharibil Qur'an, dari asal kata " tauba" hal. 76]
Imam An-Nawawi dengan redaksionalnya sendiri menjelaskan : "Para ulama berkata, 'Bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia maka syaratnya ada tiga :
Pertama : Hendaknya ia menjauhi maksiat tersebut.
Kedua : Ia harus menyesali perbuatan (maksiat)nya.
Ketiga : Ia harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi.
Jika salah satunya hilang, maka taubatnya tidak sah.
Jika taubatnya itu berkaitan dengan hak manusia maka syaratnya ada empat. Ketiga syarat di atas dan Keempat : Hendaknya ia membebaskan diri (memenuhi) hak orang tersebut. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka ia harus mengembalikannya. Jika berupa had (hukuman) tuduhan atau sejenisnya maka ia harus memberinya kesempatan untuk membalasnya atau meminta ma'af kepadanya. Jika berupa ghibah (menggunjing), maka ia harus meminta maaf" [Riyadhus Shalihin, hal. 41-42]
Adapun istighfar, sebagaimana diterangkan Imam Ar-Raghib Al-Asfahani adalah " Meminta (ampunan) dengan ucapan dan perbuatan. Dan firman Allah.
"Artinya : Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun" [Nuh : 10].
Tidaklah berarti bahwa mereka diperintahkan meminta ampun hanya dengan lisan semata, tetapi dengan lisan dan perbuatan. Bahkan hingga dikatakan, memohon ampun (istighfar) hanya dengan lisan saja tanpa disertai perbuatan adalah pekerjaan para pendusta" [Al-Mufradat fi Gharibil Qur'an, dari asal kata "ghafara" hal. 362]
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 26, 2004 1:24:07 GMT 8
Wahai jiwa yang tidur... Bangkit!!
Wahai jiwa-jiwa yang tidur... Bangkit! Bangkit dari lamunan dan igauan sianghari Akibat kekenyangan nafsu diri Dan fahsya' yang melingkari Serta angan-anganmu yang tak tau berhenti Apakah mata hatimu sudah tertutup Atau pekak menjadi tuli Umat Islam diganasi Siang dan malam tanpa henti!
Bumi yang panas ini sekali lagi menjadi saksi Kekejaman yahudi zionis Mencabut nyawa syeikh kami Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Rantisi Kau tembak mereka bukan dengan peluru biasa Namun dengan pelancar yang bertubi-tubi Dari jenama amerika Bergegar tujuh petala langit Akibat kezaliman kamu yang tak terperi
Namun langkah perjuangan tetap diteruskan Biar kami semua tumbang satu persatu Namun akidah kami tetap kokoh Bagai Bukit Jabal Nur yang memancar cahaya Ilahi Umat ini akan terus bangun Akan ada 1000 lagi seperti Sheikh Yasin dan Abdul Aziz Rantisi Yang pernah berkata dari nurani suci "Aku mahu mati sebagai syuhada' dari mati akibat cancer dan darah tinggi" Yang akan terus memimpin tangan-tangan umat Demi membela tanah suci ini
Al-Quds bukan amanah mereka sahaja Namun juga milik kita Yang mesti dipertahankan Dengan apa sahaja cara Hatta tergadai tubuh binasa
|
|
|
Post by eat_theDay on Apr 28, 2004 14:31:20 GMT 8
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq 4. Tanah Aden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah(Babylon) 10. Tanah India 11. Tanah syurga 12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan 2. Hidung alat penciuman 3. Telinga alat pendengaran 4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya. 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.
|
|
|
Post by duo on May 2, 2004 12:31:37 GMT 8
assalamualaikum... baru dapat dari www.ukhwah.com smlm.harap dpt baca.tk baik la kalo cari alasan utk tk baca.(ngelat) mmg berat pada permulaannya (lelagik yg bercinta)tapi percayalah..Allah jadikan setiap hukum itu adalah yg terbaik buat hamba-Nya dan saya berpegang kepada prinsip,setiap sesuatu yg Allah takdirkan ada hikmah dan pengajaran utk kita ambil.pesanan dari seorang rakan,'semakin pahit sesuatu itu,semakin manis natijahnya'.sama2 lah kita bermuhasabah dan betulkan apa yg tk betul selama nih.tugas saya sebagai rakan dah saya jalankan.terpulanglah kpd anda.wallahua'lam HUKUM MENDENGAR SUARA WANITA MELALUI TELEFON [Fatwa as-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jubairin. Dinukil dari kitab Fatawa Wanita Muslimah jilid 1 halaman 434 cetakan Adhwaus Salaf]. Soalan: Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara wanita ajnabiah melalui talian telefon atau melalui peralatan talian perhubungan lain? Jawapan: Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya. Tetapi, sebahagian ulamak mengharuskan seseorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri-isteri para Sahabat RA pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebilangan lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut dengan syarat tidak adanya sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan gerakan syahwat. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan." Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya menjawab persoalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya melalui talian telefon. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah di dalam hal yang sangat diperlukan untuk melakukannya, percakapan mereka akan menghasilkan faedah syarak bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak mengeluarkan suara yang lembut lagi tidak mempunyai faedah, tidak akan menyebabkan kepada pengaruh syahwat dari salah seorang dari keduanya. Yang lebih utama, mereka hendaklah meninggalkan perbualan itu melainkan ketika tersangat perlu. Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3 Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat. Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli, meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu, menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya. Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan. Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa, anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu, lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu (melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32, "Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik." 1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata, "Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan ungkapannya." Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata, "Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki." Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan. 2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia. 3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur'an, "seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa." ....bersambung..
|
|
|
Post by duo on May 2, 2004 12:32:35 GMT 8
4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.
5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi. Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.
6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.
7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.
Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini? Mereka adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari semua zaman. Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana. Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin. Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari dasarnya. Itu pada zaman kenabian.
Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?! Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini, perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks, setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya dari para hambaNya yang terpilih??!!
Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa terdekat atau dalam jangka masa panjang.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on May 11, 2004 22:02:01 GMT 8
:)Assalamualaikum..
Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?"
Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .
Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yangg telah engkau zalimi itu!,"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"
Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"
Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya : "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,"
Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok ,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"
Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu.
Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"
Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".
|
|
|
Post by KomOt on May 12, 2004 0:09:04 GMT 8
>>Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan >>betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke >>dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt >>telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk >>dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun >>diperintahkan utk meminta api tersebut >>daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. >> >>Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka >>utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as. >> >>Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ? >> >>Jibril : sebesar kurma.. >> >>Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa >>nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi >>akibat kepanasannya. >> >>Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... >> >>Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan >>di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan >>tidak ada suatu pun tumbuhan akan >>tumbuh di bumi nanti.. >> >>Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap >>Allah untuk >>mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan >>supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa >>ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari >>zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg >>keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan >>dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 >>buah sungai. == 70 x 70 >> >>Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia >>dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah >>diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril >>mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya >>sisa-sisanya >>sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan >>utk berbegai keperluan >>dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi. >> >>PENGAJARAN :Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar >>zarah yg terpaksa >>disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan >>hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan >>akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH >>SAHAJA. >> >>MOGA ada manafaat dari riwayat ini. >> >>INSAFLAH......
|
|
|
Post by KomOt on May 18, 2004 15:37:42 GMT 8
> > Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki > yang > > memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari > bagi > > suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia > (isteri > > solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad > pada > > agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan > ini > > merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. > Setiap > > manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah > masa > > mudanya dihabiskan. > > > > Kisah......: > > Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik > dikalangan > > bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata > yang > > di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi > targhib > > (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada > agama > > Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba > ia > > shahid,maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling > cantik > > dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat > yang > > usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya > bidadari > > tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu > pada > > sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah > sorang > > yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur > sebentar > > (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama > jemaah > > tadi... tidur bersama-sama.... > > > > Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang > sngguh > > indah,dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi > cantik > > dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki > itu > > menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa > dengan > > 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... > di > > suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia > lihat > > kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam > dan > > dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh > tidakk... > > saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana > sana. > > > > Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan > mendapati > > ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang > pertama > > tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... > lalu > > diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita > itu > > menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... > ainul > > mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak > tangga > > mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia > sampai > > ke satu mahligai dan > mendapati > > seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yag pertama > dan > > berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat > di > > dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku > diciptakan > > untuk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu > mendekatinya > > wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... > > > > Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan > > segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar > > jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia > shahid > > barulah ceritakan kepada nabi. > > > > Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi > > didalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah > shahid. > > > > Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu > hendak > > berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka > (tunggu > > makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang > shahid > > tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal > sahabat > > nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi > menjawab > > benar...benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya > nabi > > SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia > > sedang > > menunggu untuk berbuka puasa di > syurga....subhanallah... > > > > Kesimpulan cerita ini.... > > Tiada rehat atau terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia.... > selepas > > seseorang mati maka kehidupanya > terus > > bersambung dengan kehidupan barzakh, akhirat etc.... Kehidupan > akhirat > > adalah satu perjalanan yang cukup jauh dan cepat untuk tiba.... > kalaulah > > suatu perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan di > sana > > menjanjikan kehidupan yang lebih baik maka sudah pastilah bekalan > yang > > banyak telah kita buat.... jual tanah, jual lembu kerbau, jual kereta > untuk > > membuat bekalan ke sana kerana kehidupan disana akan > menjaminkan > > kebahagiaan dan segala yang tergadai ini dapat kita kecapi semua.... > maka > > apatah lagi kehidupan akhirat lebih-lebih perjalanannya nun jauh di > sana > > dan tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan > taqwa > > dan iman yang sempurna serta amal yang soleh... semoga kita semua > dapat > > amal dan sampaikan....
|
|
|
Post by KomOt on May 24, 2004 17:14:28 GMT 8
> > > Cecahkan dahimu ke sejadah > > > Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan > > > Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan > > > Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan > > > > > > Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan > > > Dengan kain kafan yang serba putih > > > Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih > > > Walaupun orang yang hadir itu merintih > > > > > > Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai > > > Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah > > > Dengan empat kali takbir dan satu salam > > > Berserta Fatihah, Selawat dan doa > > > Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah > > > > > > Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus > > > Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? > > > Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud > > > Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh > > > tertipulah dirimu jika beranggapan demikian > > > > > > Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat > > > Usunglah dirimu ke tikar solat > > > Sebelum kamu diusung ke liang lahad > > > Menjadi makanan cacing dan makanan ulat > > > > > > Iringilah dirimu ke masjid > > > Sebelum kamu diiringi ke Pusara > > > Tangisilah dosa-dosamu di dunia > > > Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' > > > > > > Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan > > > Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan > > > Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan > > > Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan > > > > > > Kerana ianya berguna untuk yang tinggal > > > Bukan yang pergi > > > Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan > > > Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan > > > Ingatlah di mana saja kamu berada > > > Kamu tetap memijak bumi Tuhan > > > Serta menikmati rezeki Tuhan > > > > > > Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya > > > Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya > > > Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti > > > Lalu menjadi segumpal darah > > > Lalu menjadi seketul daging > > > Lalu daging itu membaluti tulang > > > Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti > > > Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu > > > Yang kalau jatuh ke tanah > > > Ayam tak patok itik tak sudu > > > Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu > > > Yang lebih agung dari malaikat > > > Lahirmu bukan untuk dunia > > > Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat > > > > > > Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' > > > Dengan penuh rela dan bersedia > > > Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' > > > Jalan kemenangan akhirat dan dunia > > > > > > Ingatlah yang kekal ialah amal > > > Menjadi bekal sepanjang jalan > > > Menjadi teman di perjalanan > > > Guna kembali ke pangkuan Tuhan > > > > > > Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera > > > Isteri, kad kredit dan kereta > > > Kondominium, saham dan niaga > > > Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
|
|
|
Post by john on May 26, 2004 15:50:43 GMT 8
Subject:Berita terkini dari NASA
Berita terkini dari NASA tentang Planet MARS yang kini dalam ujian dan kajian mereka.
MERM (MARS Exploration Rover Mission) - 24th March 2004
The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on Wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Plane! t Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!! This might occur soon and we are aware of it.
Menurut Hadith Nabi saw. Rasullullah saw bersabda :
"Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya...matahari terbit disebelah barat.Pada masa ini, Taubat sudah tiada " hadith Muslim.
Menurut Syariah Muhammadiah.
"Terbitnya matahari disebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa dan ketika itu, matahari terus berada disebelah barat. Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit disebelah timur dan seterusnya pada hari hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya."
Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS. Bergerak dari timur ke barat.berhenti. bergerak ke barat dalam masa yang pendek. dan kemudian bergerak semula ke arah timur ke barat.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasullullah saw pernah berkata :
"Tidak berlaku dan tiba nya kemusnahan dunia (Kiamat) sehingga terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba masanya ini, semua makhluk di dunia akan segera tersedar dan percaya akan kekuasaaan Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia sia belaka. Tiada satu pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada masa dan tatkala ini, rugilah bagi mereka mereka itu". Hadith Al-bukhari,Muslim.
Matlamat utama, ingin saya menyeru pada rakan semua. Setiap planet di dunia akan mengalami fenomena yang sama. Tahun ini, planet Marikh akan berlaku matahari terbit disebelah barat. Kita tak tahu, mungkin planet planet lain sudah pun mengalami fenomena ini, dan mungkin hanya bumi sahaja yang belum, kita tak tahu, hanya Allah yang tahu. Secara kebetulan, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia sudah pun memberi tanda awal, walaupun melalui hambanya yang bukan Islam. tapi bagi kita yang sudah beriman ini, sedarlah selagi ianya tidak terlambat. Kerana sekiranya berlaku, taubat sudah tidak diterima. Dunia ini hanya sementara. Bertaubatlah dari segala dosa yang kita lakukan.Berzikirlah, walaupun hanya pada sisa sisa masa yang terluang kerana zikir itu juga penghapus dosa kita.
"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."
|
|