|
Post by duo on Jan 29, 2004 8:54:07 GMT 8
EMBUN HIDAYAH.
Menjelang Maghrib, seorang saudara terbongkok2 dgn tongkatnya menuju ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh.. tetapi sempat dikawal menggunakan tongkatnya. Berhampiran di pintu masjid, saudara terssebut tersadung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan. 'untunglah' seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahu saudara tersebut sehingga dia tidak jatuh. kemudiannya, pemuda tersebut menuntun saudara tersebut sampai ke pintu masjid. Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah. Dilihatnya pemuda tersebut duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2 pun. "wahai pemuda, kamu sudah membantuku menuju ke masjid, tetapi mengapa kamu sendiri tidak solat?" tanya lelaki tua sambil menghampiri pemuda itu. "saya tidak mungkin solat pakcik... saya anak iblis.." Lelaki tua tersebut t'peranjat, tetapi dia masih mencuba bertanya, " kalau kamu anak iblis, kenapa kamu b'usaha menolongku ketika aku hampir jatuh?".
"Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sgt marah kerana setiap kali kamu t'huyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran. Ketika kamu hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali, sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid"...
renungkanlah...
|
|
|
Post by duo on Mar 1, 2004 12:52:03 GMT 8
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang?
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika Mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Keberkatan Surah Yaasiin (Dari Kacamata Dr Fatma Elzahraa)
Untuk keselamatan diri yang susah menjadi senang.
Ayat 1 - 9- Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba
tiba, Tiupan ke-dua - Hancur, Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia Untuk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari –boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 1, 2004 23:11:34 GMT 8
EMBUN HIDAYAH. Menjelang Maghrib, seorang saudara terbongkok2 dgn tongkatnya menuju ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh.. tetapi sempat dikawal menggunakan tongkatnya. Berhampiran di pintu masjid, saudara terssebut tersadung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan. 'untunglah' seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahu saudara tersebut sehingga dia tidak jatuh. kemudiannya, pemuda tersebut menuntun saudara tersebut sampai ke pintu masjid. Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah. Dilihatnya pemuda tersebut duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2 pun. "wahai pemuda, kamu sudah membantuku menuju ke masjid, tetapi mengapa kamu sendiri tidak solat?" tanya lelaki tua sambil menghampiri pemuda itu. "saya tidak mungkin solat pakcik... saya anak iblis.." Lelaki tua tersebut t'peranjat, tetapi dia masih mencuba bertanya, " kalau kamu anak iblis, kenapa kamu b'usaha menolongku ketika aku hampir jatuh?". "Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sgt marah kerana setiap kali kamu t'huyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran. Ketika kamu hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali, sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid"... renungkanlah...
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 2, 2004 1:11:02 GMT 8
ade ape yg nak dijelaskan ke artikel tu kasutbata?
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Mar 2, 2004 11:42:35 GMT 8
Assalamualaikum warahmatullah Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita... Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat, dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum..... Tapi barangkali Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum..... Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum..... Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Beliau tentu tersenyum..... Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja. Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Beliau tentu tersenyum..... Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Beliau tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ..... Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan? Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu? Maafkan kami, ya Rasulullah..... Masihkah beliau tersenyum.....? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir..... Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.....
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Mar 2, 2004 12:03:55 GMT 8
Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang-kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit dan sambil lewa. Laa ilaaha illalLah! >Wassalam......
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Mar 2, 2004 12:22:08 GMT 8
Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku.....
Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bad word, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
|
|
|
Post by eat_theDay on Mar 4, 2004 8:14:43 GMT 8
I have a friend who is now studying in UKM and as the medium is >Bahasa >Melayu, the lecturers/professors there would, once in a while, in >between >lectures, spend some time discussing the Malay language. > >The latest discussion was on the word "Sembahyang". According to one >of the >professors (who is an expert in Malay language), the word >"sembahyang" is >taken from 2 Sanskrit words which are "sembah" and "yang". >"Sembah" is the word sembah that we've always understood. >However, the word "yang" refers to some "berhala" or "dewa". So by >putting >the words together, it means to "sembah" the one that is equivalent >to God. > >Almost all of us have been using the word "sembahyang" throughout >our >lives. And it has been okay because we've always interpreted that >word to >mean sembah Allah. However, since now that we know where and how the >word >originated, it would be much much better and safer (to the aqidah) >to use >the alternative word,"solat"; when we mean to say >"sembahyang". Anyway "solat" is an Arabic word... > >Hai-ya-'a-las-solah... ... > >p/s : i noticed this since many years.. always use word of 'solat'..
|
|
|
Post by KomOt on Mar 8, 2004 17:20:28 GMT 8
Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati.
HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.
“Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.
Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
|
|
|
Post by KomOt on Mar 9, 2004 15:58:50 GMT 8
Untuk Renungan Bersama > > > > >Doktor memulakan syarahannya >dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang >maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". >Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan >garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan >angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan >membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah >antara intipati syarahannya secara ringkas:- > > >1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? > > >- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. >Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam >enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim >yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first >process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam >adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. >Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air >mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal >dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa >garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga >adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah >dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat >menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu >manusia. > > > > > >2. Cara Rasulullah mengunyah > > > - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. > > > > > >3. Membaca Basmalah >-(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk >mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat >perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun >akan musnah dari sumber makanan itu. > > >4. Cara Rasulullah minum. >-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh >yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan >jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari >bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum >itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. >Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon >dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, >iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. >Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. > > > Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. > > >Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? > > > Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel >ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan >hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum >berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. >Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran > >tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik >yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu >dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah >berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 >unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati >agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. > > > > > > Itulah sedikit >sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan >memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang >diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. > >Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat >persegi (cube). > > >Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah >dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, >tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah >bumi. >Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang >bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, >dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas >setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab >mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan >Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut. > > > > > >Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah
|
|
|
Post by KomOt on Mar 10, 2004 17:03:07 GMT 8
Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan di sedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.
Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun. Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah, ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.
Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Allahu 'alam.
|
|
|
Post by KomOt on Mar 16, 2004 12:12:10 GMT 8
>Cecahkan dahimu ke sejadah >Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan >Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan >Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan > >Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan >Dengan kain kafan yang serba putih >Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih >Walaupun orang yang hadir itu merintih > >Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai >Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah >Dengan empat kali takbir dan satu salam >Berserta Fatihah, Selawat dan doa >Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah > >Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus >Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? >Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud >Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh >tertipulah dirimu jika beranggapan demikian > >Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat >Usunglah dirimu ke tikar solat >Sebelum kamu diusung ke liang lahad >Menjadi makanan cacing dan makanan ulat > >Iringilah dirimu ke masjid >Sebelum kamu diiringi ke Pusara >Tangisilah dosa-dosamu di dunia >Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' > >Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan >Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan >Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan >Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan > >Kerana ianya berguna untuk yang tinggal >Bukan yang pergi >Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan >Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan >Ingatlah di mana saja kamu berada >Kamu tetap memijak bumi Tuhan >Serta menikmati rezeki Tuhan > >Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya >Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya >Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti >Lalu menjadi segumpal darah >Lalu menjadi seketul daging >Lalu daging itu membaluti tulang >Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti >Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu >Yang kalau jatuh ke tanah >Ayam tak patok itik tak sudu >Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu >Yang lebih agung dari malaikat >Lahirmu bukan untuk dunia >Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat > >Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' >Dengan penuh rela dan bersedia >Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' >Jalan kemenangan akhirat dan dunia > >Ingatlah yang kekal ialah amal >Menjadi bekal sepanjang jalan >Menjadi teman di perjalanan >Guna kembali ke pangkuan Tuhan > >Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera >Isteri, kad kredit dan kereta >Kondominium, saham dan niaga >Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
|
|
|
Post by KomOt on Mar 17, 2004 13:55:11 GMT 8
> DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah > bersederhana. Sesuatu perbuatan > itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan > membawa padah buruk. Begitu juga dengan ketawa. Kata > orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu riang. > Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka. > > Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati > semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak > bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga > tidak berfungsi lagi. > > Nabi Muhammad melarang umatnya daripada gelak-ketawa > yang melampau batas. Ini kerana banyak ketawa > menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa > tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada > pintu ilmu. > > Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan > suka yang keterlaluan,hati kita lalai dan lupa > suasana akhirat dan alam barzah yang bakal ditempuhi > kelak. > Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang > menuju ke satu destinasi yang belum tentu > menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita > berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, > sama ada berbahagia atau menderita. > > Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di > akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia > hanya seketika tetapi di akhirat azab yang > berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan > keadaan ini cukup untuk kita menghisab serta > menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan > ditempuh. > > *Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur,* > demikian ditegaskan oleh Rasulullah. Kita sedia > maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki > dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan > kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah > satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam > kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap > kita yang suka terbahak-bahak di dunia. > > Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang > berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi > kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi > pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya > dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka > yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis > di akhirat." > > Saidina Ali sentiasa mengeluh: *Jauhnya perjalanan, > sedikitnya bekalan.* walaupun hebat zuhud dan ibadat > beliau, baginda merasakan masih kurang lagi amalan. > Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini > sanggup bergembira 24 jam. > > Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud; > *Barang siapa banyak tertawa-tawa, nescaya > meringankan api neraka.* Maksudnya mudah dimasukkan > ke dalam neraka. > > Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka > terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah ber! > terusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. > Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang > dicontohkan oleh Rasulullah. Baginda tidak > terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan > gigi tanpa bersuara kuat. > Beberapa sahabatnya pernah berkata "Ketawa segala > Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu > tergelak-gelak." Diriwayatkan bahawa Rasulullah > suka menziarahi orang sakit dan menghulurkan bantuan > kepada yang memerlukan walaupun ketika baginda > sendiri dalam kesempitan. Baginda amat menghormati > tetamu juga tuan rumah. Justeru baginda tidak > pernah kelihatan berlunjur walaupun di rumahnya > sendiri, malah tidak pernah ketawa dengan kuat. > > Rasulullah adalah seorang insan yang sentiasa > tersenyum dan suka menggembirakan orang lain. > Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan > disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui > sahabat. > > Abdullah bin Harits menyebut: *Aku tidak pernah > melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi > Rasulullah.* > > Dalam sebuah riwayat lain menceritakan, ketika > Rasulullah sedang berjalan tiba-tiba datang seorang > lelaki lalu merentap baju baginda dengan kasar > sehingga meninggalkan kesan koyak. Lelaki itu > memohon kepada Rasulullah untuk diberikan kepadanya > sedikit pemberian. Rasulullah sambil tersenyum terus > memaafkan lelaki itu. Baginda sememangnya terkenal > dengan sikap pemaaf walaupun kepada musuhnya. > Ketawa pernah disifatkan sebagai *ubat jiwa*. Tetapi > sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila > berlebihan. > > Imam Hassan Al-Banna pernah berwasiat janganlah > banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung > dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 16:34:36 GMT 8
berwasatiah tu penting.... ader kait ngan zuhud dapat ngelakkan riak
|
|
|
Post by KomOt on Mar 30, 2004 9:48:27 GMT 8
> *Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, > tapi > begitu kecil bila kita bawa kesupermarket. > *45 minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu > itu > > utk pertandingan bola sepak. > *Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid tapi betapa cepatnya 2 jam > berlalu > saat menonton t.v dan wayang di pawagam. > *Susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat > tapi > betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu > kengkawan,pakwe,makwe. > *Betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan pasukan > bola > jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan > Ramadan bacaannya lama dan panjang. > *Susah sangat baca Al-Quran 1 juz tapi majalah hiburan dan novel > best-seller > 100 halaman pun habis dilahap. > *Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert ,dan > berebut > cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat > keluar. > > *Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya utk majlis ilmuan > supaya > > boleh dimasukkan dlm agenda kita tapi utk acara lain seperti menonton > wayang, annual dinner atau high-tea , jadual kita boleh diubah sekelip > mata. > *Susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai > dan > > menyebarkan gosip.> > *Kita begitu percaya pada yg dikatakan oleh org sbg email layang di > internet > tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yg > terkandung > dlm Al-Quran.! > Semua org inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, > berbicara ataupun melakukan apa-apa. > *Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui emel > tapi > bila mengirimkan yg berkaitan dgn ibadah seringkali berfikir 2-3 kali.
|
|