|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:46:25 GMT 8
macam2 sekarang nih ....yek....takut tul..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:22:12 GMT 8
Skim cepat kaya berselindung disebalik 'suruhan agama'SKIM cepat kaya menarik minat orang ramai menyertainya kerana dipercayai cara mudah untuk mendapat kekayaan. Pelabur dijanjikan pulangan lumayan. Pelbagai nama skim cepat kaya menarik pelaburan tinggi dicipta untuk mereka yang ‘bodoh’ dan ‘tamak’. Cita-cita mendapat kekayaan tidak menjadi kenyataan, sebaliknya bala kemiskinan dan kesusahan terpaksa ditanggung. Daripada laporan, ramai pelabur tertipu sehingga setiap seorang kerugian mencapai puluhan ribu ringgit. Ramai yang mencagarkan kereta, rumah dan mengeluarkan simpanan semata-mata ingin membuat pelaburan. Kisah penipuan skim cepat kaya memang diketahui ramai. Malangnya ramai yang masih tidak mengambil iktibar. Mereka seperti ‘rela’ ditipu. Ini kerana cara skim cepat kaya sentiasa ‘disesuaikan’ dengan memasukkan elemen yang mudah dipercayai oleh orang ramai. Ada skim cepat kaya dijalankan dengan menyalahgunakan lesen perniagaan jualan langsung. Barang yang disebut dalam perniagaan itu hanya untuk mengelirukan bakal pelanggan. Keuntungan jualan yang diperolehi tidak masuk akal. Membeli barangan sekitar RM100 (harga barang sebenar sekitar RM10), tetapi akan mendapat keuntungan sehingga lebih RM1,000 jika berjaya mempengaruhi sejumlah pelanggan baru. Jumlah keuntungan yang didakwa sebenarnya diambil daripada pelaburan peserta baru (harga barang yang dinaikkan berkali ganda) untuk diberikan kepada peserta di atas (penaja) yang disebut sistem priamid. Sebab itu peserta awal menyertainya akan mendapat keuntungan besar. Sebaliknya, padah terpaksa ditanggung oleh peserta kemudian. Disebabkan ingin mendapat untung, ramai membeli barang itu biarpun tidak memerlukannya. Nilai barang dan kegunaan tidak lagi diambil kira. Apa menarik ialah pulangan bakal diperolehi. Kebanyakan peserta memang sudah mengetahui keadaan itu. Sebab itu ramai berlumba-lumba menyertai setiap skim baru. Mereka mengharapkan ‘sokongan’ peserta baru untuk mendapat keuntungan. Nasib peserta baru itu sudah ‘ditakdirkan’ akan rugi. Itu dikira nasib. Islam menghalalkan perniagaan. Bagaimanapun mana-mana perniagaan yang wujud unsur penipuan dan meragukan adalah diharamkan. Hasil keuntungan daripada perniagaan haram adalah haram. Hukum itu jelas dalam sistem piramid. Sistem itu hanya menguntungkan pihak atas dan merugikan pihak bawah. Ia banyak membabitkan unsur penipuan dan helah. Jika ada barang diniagakan, itu hanya helah. Penindasan, mendedahkan kepada keadaan merugikan, penipuan dan helah semuanya diharamkan dalam Islam. Berlainan dengan perniagaan, biarpun ada kemungkinan rugi, ia dijalankan secara dibenarkan. Untung ruginya berdasarkan kecekapan urus niaga dan faktor lain yang berkaitan. Sebaliknya, keuntungan skim cepat kaya berdasarkan tipu muslihat dan penindasan. Maka hasil skim cepat kaya ternyata haram. Selain skim yang dijalankan pelaburan secara terus, ada juga yang disebut skim sumbangan dan sedekah. Skim ini banyak merebak secara surat. Ia kononnya diasaskan bertujuan tolong-menolong dan sedekah. Jika difikirkan tujuannya, perkara itu memang baik. Sesiapa yang menyertainya dianggap saling menolong. Sebab itu, skim ini banyak berselindung di sebalik ‘suruhan agama’. Banyak skim didakwa demi kebaikan dan kejayaan umat Islam. Maka, dalam mempengaruhi orang ramai menyertainya, kandungan surat itu disertakan potongan ayat al-Quran dan hadis yang menggalakkan amalan tolong menolong dan bekerjasama. Sesiapa menyertainya dianggap telah bersedekah, menolong atau memberi kebaikan kepada orang Islam. Maka sesiapa menyertainya bukan saja bakal mendapat keuntungan dalam bentuk wang, malah balasan kebaikan daripada Allah. Sesiapa tidak mahu menyertai skim itu dianggap anti Islam dan tidak mahu berjihad ke jalan Allah. Mereka juga didakwa kedekut dan tidak bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah. Dalam surat yang disertakan, kadang kala sehingga lima muka surat, turut disertakan kisah mereka yang menerima kebaikan daripada skim itu. Dinyatakan kesyukuran dan ucapan terima kasih daripada mereka yang telah memperolehi kebaikan daripada skim itu. Ibu tunggal, keluarga miskin, pelajar miskin dan sebagainya dikatakan telah banyak menerima faedahnya. Benarkah berita baik itu? Jika benarnya, rasanya sudah ramai tampil secara terbuka. Apa yang dicatatkan hanya pengakuan dan tidak ada maklumat lain. Rumusannya, ia hanya direka-reka untuk mengelirukan orang ramai supaya turut mempercayai dan menyertainya. Skim melalui surat ini ada dua pendekatan. Pertamanya, ada pihak yang menjadi penganjurnya. Setiap peserta perlu ‘mendaftar’ dengan penganjur. Kegiatannya dikawal oleh penganjur itu. Penganjur ini ada yang berdaftar sebagai syarikat jualan langsung atau pendaftaran syarikat yang sah. Apa yang tidak sahnya cara operasi atau menyalahi undang-undang Akta Jualan Langsung 1993 atau Akta Bank Negara dan Institusi Kewangan 1989, yang mana berkenaan. Cara kedua ialah tanpa wujud penganjur. Ia dicetuskan oleh seseorang sebagai surat berantai dan kemudian terus berkembang. Peserta memberi ‘sedekah’ atau sumbangan antara mereka. Cara kedua sebenarnya lebih banyak. Ia berkembang dengan mudah kerana pelaburan yang diperlukan relatif rendah berbanding cara pertama. Pelaburan biasanya sekitar RM10 saja. Malah ada sumbangan diperlukan hanya RM1. Cara memberi sumbangan biasanya dibuat melalui bank atau kiriman wang. Jika sumbangan melalui bank, peserta perlu menyertakan nombor akaun bank yang telah ditetapkan. Kaitan pihak bank (sebenarnya tidak mempunyai apa-apa hubungan) menyebabkan ramai yakin ia satu program diluluskan oleh kerajaan. Mengapakah skim ini terus berleluasa. Benarkah ia sebagai tujuan bantu membantu? Cara ini dikenal pasti anjuran mereka yang sengaja melahirkan masyarakat yang malas, tetapi ingin cepat kaya. Skim itu menyebabkan ada orang begitu yakin akan kaya melaluinya. Ada yang tamak bukan saja membuat 12 salinan, bahkan ada hingga beratus-ratus salinan. Agak banyak juga wang digunakan. Mereka yakin dengan membuat lebih banyak salinan, maka lebih kayalah. Sebab itu ada yang sanggup berbelanja lebih mengiklankan skim itu dalam akhbar. Semuanya disebabkan sikap tamak. Selepas itu mereka memasang angan-angan kosong. Ada yang sudah awal-awal lagi membeli secara kredit atau sewa beli barangan yang akan dibayar menggunakan wang yang bakal diperolehi nanti. Ada peserta yang begitu yakin sehingga sanggup berhenti kerja, walhal kalaupun menyertai skim itu tidak mendatangkan masalah kepada kerja yang dilakukan. Tetapi, disebabkan yakin dan hendak menunjukkan bahawa dia akan kaya dan senang-lenang bukan kerana hasil kerjanya sekarang. Justeru, umat Islam tidak wajar menyertai apa pun bentuk skim yang dijanjikan pulangan lumayan dengan hanya sedikit usaha. Alasan demi kepentingan umat Islam seperti yang didakwa hanya perbohongan. Sebaliknya ia diada-adakan bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran dan bersikap negatif. atok dah kuarkan artikel ni..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:23:39 GMT 8
.:: Pentingkah dara ??
Ni lah topik yg aku nak bincangkan ngan korang nie >> sbb arie tuu aku ader baca majalah MASKULIN keluaran oktober..DARA..Kedaraan wanita sering kali dikaitkan dengan maruah dan kehormatan seorang gadis. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kehilangan dara bukanlah simbol untuk menilai seorang gadis dari segi baik buruk akhlaknya ..tu la petikan yg aku amik dr majalah nie..bg aku topik nie mungkin tak penting bg aku sgtlah sbb aku br 19 thn..taper bg org yg nak mendirikan rumah tangga tentulah pentingkan..jd aper komen korang ttg nie
aku nak tau gak pendpt dr korang...hal ini akan menjd penting bila aku nak kawin nanti laa..ahakkss..ntah biler...lg satu cam ner ngan lelaki yg sudah tidak teruna >> sama jer kan ngan situasi pompuan yg sudah hilang dara krn TAK SOPAN..haha..nie aku nak beri pendpt skit laa..bg aku kalo pompuan yg ilang dara krn disbbkan krn buat seks sblm kawin mmg aku tak terima laa..yerlahkan takkan nak dpt BEKAS ORG..jatuhlah kemachoan ku dan maruah ku nanti sbg seorg suami..kedaraan merupakan hadiah dr seorg isteri yg menandakan kesucian nyer..taper kalo dah sayang sgt kena terima gak laa kenyataan tuu..gerenti aku di dlm dilema..taper yg sure nyer aku akan bersimpati terhdp pompuan yg dirogol..byk org menyalah anggap terhdp mangsa rogol nie..ok lah sila berikan ur opinion about this importance matter..i'll really appreciate it for our own benefit..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:25:29 GMT 8
.:: 50 perbezaan lelaki dan wanita
1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.
17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).
18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.
20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.
48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:28:21 GMT 8
.:: Temuramah ekslusif :Ustaz Tajuddin Othman (Bekas Paderi Besar Sabah)
Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei. BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH,
seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya Saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.
Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:29:18 GMT 8
Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.
Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong". Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan. "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian."Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
I. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii.Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
Iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
V. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:30:06 GMT 8
Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.
Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Sebenarnya agama Kristian ini tidak salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau engembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenar dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebutkan sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu Semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu meman ggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:31:14 GMT 8
Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah.
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku? Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara khaki dan kepala umpama langit dan bumi.
Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian). "Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampira n.
Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.
Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam. Kekuatan Diri Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:32:06 GMT 8
Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam." Ketika itu saya lihat tidak ada apa-ap a riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu.
Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.
Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad di anggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurk an Islam mereka mesti bersatu.
Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:32:59 GMT 8
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam. Masalah Kelemahan Pendakwah Islam Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran." Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merup akan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya katakan," Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya? Siapakah Sasaran Kristian?
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama. Apa ikhtiar kita?? Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini . Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa.
Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'
-tamat-
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:34:27 GMT 8
.:: Berniaga - sunnah Rasul yang dilupakan
Telah terlalu banyak yang diperkatakan mengenai kegagalan / kelemahan peniaga Melayu. Rata-rata akan mengatakan mengenai sikap peniaga itu sendiri dan yang paling kerap sekali diperkatakan ialah ............
“mereka patut sedar akan kerenah pelanggan yang mahukan ….blah, blah, blah.”
Sebenarnya tentang apa yang patut atau apa yang tidak patut dilakukan oleh peniaga-peniaga Melayu bukanlah satu misteri. Apakah kita mesti mahu terus bercerita kisah lama dan juga yang telah mereka pelajari di kelas-kelas bimbingan di puluhan institusi pendidikan dalam kursus kursus peringkat ‘certificate’ atau diploma mahupun sarjana. Cuba pula pendekatan yang lebih bermakna.
Soal berniaga di kalangan orang-orang Melayu bukanlah masalah modal (berbagai-bagai kemudahan dan dana disediakan) dan tidak pula Ilmu (berbagai institusi latihan yang menawar kursus di berbagai peringkat, ianya adalah lebih kepada masalah
i. pasaran dan ii. tahap keyakinan diri peniaga.
Malahan Islam sangat menggalak penganutnya mengikut sunnah Rasul tentang perkara ini (berniaga adalah profesion Nabi Muhammad dan sunnah yang ini terlalu amat kurang diamalkan).
Baiklah kita berterus terang dan rasional dalam menangani masalah ini yang telah menjadi agak keterlaluan dan sungguh memalukan.
Pasaran: Perniagaan banyak bergantung kepada pasaran. Ikutlah resmi orang Cina, Yahudi dan Jepun yang banyak menumpu kepada memberi sokongan peniaga-peniaga bangsa sendiri. Pada mulanya produk mahupun perkhidmatan tidaklah berkualiti, tetapi kerana ingin membina bangsanya walaupun sukar, mereka terus menyokong sehingga kemampuan peniaga-peniaga mereka meningkat.
Pengalaman yang sama saya hadapi. Semasa hendak masuk ke ITM, kelulusan saya tidaklah sekuat yang dikehendaki, tetapi hasil sokongan pihak ITM yang ingin menambah pelajar-pelajar Melayu dalam bidang ini (Perakaunan), saya dapat masuk (ramai rakan-rakan bukan Melayu yang mempunyai kelulusan yang lebih mantap diketepikan untuk masuk ke IPTA). Betapa sabarnya pensyarah-pensyarah saya membimbing seorang yang kurang cerdik dan akhirnya berjaya.
Saya percaya jika kesemua orang Melayu memberi sokongan secara menjadi pembeli kepada peniaga-peniaga Melayu walaupun mereka mempunyai kelemahan berniaga saya yakin masalah ketandusan perniagaan Melayu InsyaAllah akan selesai.
Kalau masih bercakap tentang kelemahan mereka, semua orang boleh bercakap. Cubalah pendekatan baru, berbisik-bisiklah, sebagaimana dilakukan rakan-rakan Cina (tidak perlu melaung-laungkannya) di kalangan ahli keluarga, jiran, rakan-rakan di pejabat dan sebagainya. Sebenarnya, adakah kita sendiri boleh bersabar menyokong.
Melaungkan Jihad memang seronok tetapi jika hanya kerana ketidakselesaan untuk melawat kedai-kedai Melayu menjadi penghalang , konsep Jihad hanya akan menjadi bahan ketawa.
Keyakinan: Perniagaan banyak berlandaskan sifat keyakinan peniaga-peniaga. Keyakinan akan timbul apabila ramai peniaga-peniaga Melayu tahu adalah menjadi adat orang-orang Melayu akan menyokong perniagaan mereka. Kurang keyakinan timbul apabila mereka sedar bangsa sendiri tidak menyokongnya, bangsa lain sudah tentu tidak, jadi di merata-merata tiada premis-premis perniagaan Melayu yang ternampak selain dari gerai di tepi-tepi jalan. Sukar mewujudkan sifat keyakinan dalam diri seorang peniaga Melayu selagi perniagaan mereka kurang “visible”.
Bagi diri saya sekeluarga serta rakan-rakan yang pernah saya galakkan sifat membantu peniaga Melayu dalam apa keadaan sekalipun, telah menyumbang 70% dari perbelanjaan kami ke kalangan peniaga Melayu dan seronoknya tidak pula kami mati kelaparan, tidak pula kerja-kerja kami tergugat.
Cubalah cara yang lebih pragmatik.
Antara barangan Melayu jika saudara kurang pasti ialah minyak Petronas, rempah Adabi, Ramly Burger, Pizza Baguz, Cili Sos Aminah Hassan, Hotel Hilton, Hotel Istana, Hotel Sri Malaysia, Celcom, Kedai Runcit Rokiah Seksyen 8, Shah Alam dan banyak lagi.
Dalam penyelesaian masalah perniagaan Melayu saya lebih senang jika kita ambil tindakan yang konkrit dari hanya bercerita tentang kelemahan mereka.
Seorang yang berniaga adalah seorang yang menegakkan Sunnah Rasul dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Islam untuk menyokong orang yang hendak melakukan Sunnah ini.... kita tentu tahu dosa pahalanya jika menghalang orang yang menegakkan Sunnah Rasul
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:38:23 GMT 8
.:: Kentut di Amerika
WASHINGTON: Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya kentut.
"Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung.
"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan ramai lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar, 30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga,
Disebabkan masalah pemakanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.
Agensi.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:40:27 GMT 8
.:: Vaksin Anti Rokok Berhenti merokok pasti menjadi masalh besar buat sesetengah dari kamu. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi tidak berhasil. Jangan berputus asa kerana masih ada banyak cara yang boleh kamu cuba. Ini adalah satu berita baik untuk kamu menghentikan tabiat ketagihan rokok. Dalam masa lima tahun akan datang kamu mungkin hanya perlu mendapatkan lima suntikan sahaja bagi terus berhenti dari merokok.
Ini kerana buat masa ini, beberapa pengkaji di Amerika sedang giat menjalankan ujian terhadap keberkesanan sejenis vaksin anti rokok bagi membantu perokok berhenti daripada tabiat tersebut. Vaksin yang dihasilkan ini menyebabkan tubuh membentuk antibodi untuk melawan nikotin. Tetapi buat masa ini segalanya masih lagi di peringkat percubaan, apapun diharapkan penemuan ini bakal membuahkan hasil
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:42:45 GMT 8
.:: Hikayat Seven Eleven My fren & I visited his relatives at Seksyen 4 Wangsa Maju last Saturday.She told us that the nearby 7-Eleven was robbed the day before (Friday 5/12/03) by a group of 6 young Malay men. Modus operandi kumpulan nie menarik & tak pernah Sue dengar lagi orang buat.
Diorang sumbat 2 orang pekerja 7-E tu dalam toilet, ambik uniform budak2 tu & menyamar jadi pekerja 7-E. One of them jaga toilet (pegang pisau & ugut akan cederakan budak2 7-E tu kalau diorang menjerit), 2 orang menyamar jadi staf 7-E & yang selebihnya tu pura2 jadi pembeli. Bila ada aje customer masuk nak beli barang, diorang rompak orang tu & then sumbat dalam toilet supaya orang tu tak boleh report pada polis.
Semuanya seramai 8 orang kena rompak dalam masa lebih kurang 2 jam (antara 3 - 5 pagi). Salah seorang tu baru keluarkan duit dari ATM malam tu, ada RM2000 dalam poket & lagi RM2000 dalam kereta. Habis semua dengan kereta sekali kena sapu. Seorang lagi mangsa tu datang berdua,seorang (tak pasti suami/ tunang/ pakwe) tinggal dalam kereta, yang perempuan aje keluar.Perompak nie somehow managed to get the lady to call her partner into the shop, so dua-dua kena sumbat dalam toilet.
Yang bestnya, polis ada buat rondaan semasa rompakan tu berlaku...siap masuk dalam 7-E untuk sign buku log rondaan lagi. Tapi manalah dia tau bebudak kat cashier tu sebenarnya perompak. Bila toilet dah penuh & perompak tu dah dapat banyak duit + barang, diorang cabut lari dengan kereta yang dirompak.Mereka yang disumbat dalam toilet managed to escape (tak pasti lah diselamatkan oleh orang luar atau diorang sendiri yang berjaya keluar) & lodged a police report at 5.30 am.
Salah seorang mangsa tu cedera ringan sebab cuba lawan perompak tu (sebelum kena sumbat dalam toilet)& salah seorang pekerja 7-E tu pulak terus resign the next day.
So kawan2, berhati-hatilah kalau pergi ke kedai atau 24-hour outlets during odd hours. Ini bukan insiden pertama yang berlaku di 7-E, dah banyak kita dengar. Semoga kejadian seumpama ni tak berlaku ke atas kita & orang2 yang kita sayang.
Wassalam.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 17:45:09 GMT 8
.:: Misteri tingkah laku lelaki
Terdpt byk tingkah laku lelaki yg agak sukar utk di fahami dan tidak kurang juga di antaranya boleh membuatkan wanita merasa cukup kesal. Jadi apa yg perlu di pelajari dan di fahami terlebih dahulu tingkahlaku lelaki agar tidak menimbulkan sebarang syak wasangka atau perselisihan faham. Lelaki sememangnya banyak menyimpan teka teki dan agak menarik utk di selami. Jadi sebelum kamu marah dgn mereka, ada baiknya kamu melihat apakah punca dia bersikap demikian.
MENGAPA LELAKI BUKAN PENDENGAR YG BAIK?
Bagi lelaki, percakapan ialah suatu alat dan bukannya tujuan akhir.Sebab itulah lelaki agak kurang bercakap walaupun sesama mereka.Ini tentunya berbeza dgn perempuan yg menganggap bercakap sgt penting,lelaki pula hanya akan membuka mulut apabila mereka menginginkan sesuatu.Jadi lelaki akan menganggap, apabila dia di ajak berbual, kamu memerlukan sesuatu darinya.Jika tidak jangan mengajak mereka berbual kosong.
Lantaran adanya perbezaan ini, lelaki seringkali dituduh kurang memberikan perhatian semasa berbicara ataupun sering di anggap bukannya seorang pendengar yg baik. Lelaki juga lebih suka membicarakan perkara yg penting sahaja dan tidak menarik utk memperbesar-besarkan perkara remeh seperti perempuan.Dan kalau kamu nak tahu, lelaki sebenarnya makhluk yg selalu berfikir secara kreatif dan analitikal.
Misalnya ketika kamu menceritakan sebarang permasalahan yg kamu hadapi kepadanya, secara automatik otaknya ligat memikirkan apakah tindakan yg perlu kamu lakukan utk mengatasi masalah tersebut.Jadi jangan fikir lelaki tidak memberikan perhatian terhadap apa yg kamu bicarakan. Tetapi itulah lelaki, mereka lebih suka berfikir daripada membicarakan hal yg bukan2 dan hanya akan berbicara apabila perlu sahaja.
MENGAPA LELAKI TIDAK ROMANTIS?
Sama halnya dgn bercakap, romantisme pada lelaki juga hanyalah satu cara utk mecapai tujuan.Lagipun jika di teliti dgn lebih lanjut, apakah keuntungan yg bakal diperolehi oleh lelaki jika bersikap romantis ? perempuan biasanya akan mendapat kiriman bunga mawar merah, sekotak coklat dan sebagainya, sedangkan lelaki akan mendapat 'kerja tambahan' yg menyusahkan mereka seperti perlu membuka pintu kereta, mengangkat beg dan lebih parah ialah perlu menambah perbelanjaan. Apa tidaknya kalau membawa si dia makan malam di restoran mewah tentulah kosnya lebih tinggi.
Sementara itu, kalau di lihat dari segi biologi pula, lelaki memang mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka tidak suka bersikap romantis. Lelaki mempunyai perasaan utk mendampingi wanita yg di sukainya secepat mungkin sebelum ia jatuh ke tangan orang lain. Jadi mereka tidak mahu menghabiskan banyak masa memikirkan cara2 romantis utk memikat seseorang wanita tersebut kerana yg lebihpenting adalah hasilnya.
Lelaki juga sering menganggap romantis lebih sinonimdengan perempuan. Jadi kalau lelaki bersikap romantis, mereka takut akandi cop tidak macho. Nyatanya sifat romantis bukanlah perkara yg mudah di lakukan oleh lelaki. Tetapi mereka sebenarnya telah melakukan apa sahaja yg terbaik utk menyenangkan hati kamu.Apakah itu masih tidak cukup romantis buat kamu ?
MENGAPA LELAKI TIDAK MINAT BERBICARA HUBUNGAN CINTA?
Umumnya lelaki tidak berminat utk berbicara tentang kisah cinta mereka, tetapi lebih suka menjalaninya. Lelaki adalah makhluk non-verbal yg berorientasikan fizikal dan tindakan. Mereka biasanya tidak mahu menghabiskan masa dengan membuat rancangan Utk mecari tempat2 romantis kerana pada mereka apa yg lebih penting ialah makan!
Menurut Bernie Zilbergeld, penulis The New Male Sexuality, lelaki dan perempuan mempunyai pandangan yg berbeza tentang cinta.
Perempuan lebih senang utk membicarakannya,tetapi lelaki pula lebih suka utk mengaplikasikannya.Jadi apabila lelaki enggan berbicara tentang hubungan cinta kamu berdua,jangan pula menyangka hubungan kamu sedang bermasalah.Jangan sesekali meragui kesetiannyaterhadap kamu dan jangan pula kamu menuduhnya takut utk memberikan komitmen kerana lelaki mempunyai pandangan tersendiri bilakah mereka perlu berbicara tentang cinta. Jadi kamu hanya perlu memberikan mereka lebih kesempatan utk menyesuaikan diri.
MENGAPA LELAKI RAHSIAKAN KISAH LALU ?
Biarpun sudah lama menjalin hubungan, sesekali kamutentunya ada merasakan teman lelaki cuba menyembunyikan sesuatu dari kamu.Mungkin kamu boleh cuba 'memancingnya' dengan bercerita tentang bekas teman lelaki yg telah meninggalkan kamu.Si dia memang kelihatan bersedia mendengar apa sahajayg kamu bicarakan,tetapi tidak memberikan sebarang komen.Kamu tentunya berfikir, ketika itu si dia juga seharusnya turut berbicara tentang bekas teman wanitanya.
Sebenarnya lelaki memilih utk terus menyimpan rahsia tentang bekas teman wanitanya kerana mereka tidak mahu mengeruhkan hubungan yang sedia terbina.Sebab pada mereka apabila cerita2 lama menyakitkan hati lantaran sifat kamu sendiri yg emosional. Jadi lebih baik mereka menyimpannya dan menganggap ianya sebahagian drpd masa lalu yg tidak penting lagi dibangkitkan.Bagi mereka yg lebih utama kini ialah diri kamu,kekasih yg di cintainya.
|
|