|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 14, 2004 23:57:35 GMT 8
mengikuit?? mende la..eh,takde pn no plat lori tu..tak nmpk pn dalam gambar tu.. hikhihkih... ;Dmmg betullah cek komot ni ...boleh jadi pakar salah ejaan...
|
|
|
Post by KomOt on Sept 15, 2004 17:46:39 GMT 8
hikhihkih... ;Dmmg betullah cek komot ni ...boleh jadi pakar salah ejaan... tu selingan je la..hehe.. ;D
|
|
|
Post by KomOt on Sept 16, 2004 12:50:53 GMT 8
Skim cepat kaya berselindung disebalik 'suruhan agama'
SKIM cepat kaya menarik minat orang ramai menyertainya kerana dipercayai cara mudah untuk mendapat kekayaan. Pelabur dijanjikan pulangan lumayan.
Pelbagai nama skim cepat kaya menarik pelaburan tinggi dicipta untuk mereka yang ‘bodoh’ dan ‘tamak’. Cita-cita mendapat kekayaan tidak menjadi kenyataan, sebaliknya bala kemiskinan dan kesusahan terpaksa ditanggung.
Daripada laporan, ramai pelabur tertipu sehingga setiap seorang kerugian mencapai puluhan ribu ringgit. Ramai yang mencagarkan kereta, rumah dan mengeluarkan simpanan semata-mata ingin membuat pelaburan.
Kisah penipuan skim cepat kaya memang diketahui ramai. Malangnya ramai yang masih tidak mengambil iktibar. Mereka seperti ‘rela’ ditipu. Ini kerana cara skim cepat kaya sentiasa ‘disesuaikan’ dengan memasukkan elemen yang mudah dipercayai oleh orang ramai.
Ada skim cepat kaya dijalankan dengan menyalahgunakan lesen perniagaan jualan langsung. Barang yang disebut dalam perniagaan itu hanya untuk mengelirukan bakal pelanggan.
Keuntungan jualan yang diperolehi tidak masuk akal. Membeli barangan sekitar RM100 (harga barang sebenar sekitar RM10), tetapi akan mendapat keuntungan sehingga lebih RM1,000 jika berjaya mempengaruhi sejumlah pelanggan baru.
Jumlah keuntungan yang didakwa sebenarnya diambil daripada pelaburan peserta baru (harga barang yang dinaikkan berkali ganda) untuk diberikan kepada peserta di atas (penaja) yang disebut sistem priamid. Sebab itu peserta awal menyertainya akan mendapat keuntungan besar. Sebaliknya, padah terpaksa ditanggung oleh peserta kemudian.
Disebabkan ingin mendapat untung, ramai membeli barang itu biarpun tidak memerlukannya. Nilai barang dan kegunaan tidak lagi diambil kira. Apa menarik ialah pulangan bakal diperolehi.
Kebanyakan peserta memang sudah mengetahui keadaan itu. Sebab itu ramai berlumba-lumba menyertai setiap skim baru. Mereka mengharapkan ‘sokongan’ peserta baru untuk mendapat keuntungan. Nasib peserta baru itu sudah ‘ditakdirkan’ akan rugi. Itu dikira nasib.
Islam menghalalkan perniagaan. Bagaimanapun mana-mana perniagaan yang wujud unsur penipuan dan meragukan adalah diharamkan. Hasil keuntungan daripada perniagaan haram adalah haram.
Hukum itu jelas dalam sistem piramid. Sistem itu hanya menguntungkan pihak atas dan merugikan pihak bawah. Ia banyak membabitkan unsur penipuan dan helah. Jika ada barang diniagakan, itu hanya helah. Penindasan, mendedahkan kepada keadaan merugikan, penipuan dan helah semuanya diharamkan dalam Islam.
Berlainan dengan perniagaan, biarpun ada kemungkinan rugi, ia dijalankan secara dibenarkan. Untung ruginya berdasarkan kecekapan urus niaga dan faktor lain yang berkaitan. Sebaliknya, keuntungan skim cepat kaya berdasarkan tipu muslihat dan penindasan. Maka hasil skim cepat kaya ternyata haram.
Selain skim yang dijalankan pelaburan secara terus, ada juga yang disebut skim sumbangan dan sedekah. Skim ini banyak merebak secara surat. Ia kononnya diasaskan bertujuan tolong-menolong dan sedekah.
Jika difikirkan tujuannya, perkara itu memang baik. Sesiapa yang menyertainya dianggap saling menolong. Sebab itu, skim ini banyak berselindung di sebalik ‘suruhan agama’. Banyak skim didakwa demi kebaikan dan kejayaan umat Islam.
Maka, dalam mempengaruhi orang ramai menyertainya, kandungan surat itu disertakan potongan ayat al-Quran dan hadis yang menggalakkan amalan tolong menolong dan bekerjasama. Sesiapa menyertainya dianggap telah bersedekah, menolong atau memberi kebaikan kepada orang Islam.
Maka sesiapa menyertainya bukan saja bakal mendapat keuntungan dalam bentuk wang, malah balasan kebaikan daripada Allah. Sesiapa tidak mahu menyertai skim itu dianggap anti Islam dan tidak mahu berjihad ke jalan Allah. Mereka juga didakwa kedekut dan tidak bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah.
Dalam surat yang disertakan, kadang kala sehingga lima muka surat, turut disertakan kisah mereka yang menerima kebaikan daripada skim itu. Dinyatakan kesyukuran dan ucapan terima kasih daripada mereka yang telah memperolehi kebaikan daripada skim itu. Ibu tunggal, keluarga miskin, pelajar miskin dan sebagainya dikatakan telah banyak menerima faedahnya.
Benarkah berita baik itu? Jika benarnya, rasanya sudah ramai tampil secara terbuka. Apa yang dicatatkan hanya pengakuan dan tidak ada maklumat lain. Rumusannya, ia hanya direka-reka untuk mengelirukan orang ramai supaya turut mempercayai dan menyertainya.
Skim melalui surat ini ada dua pendekatan. Pertamanya, ada pihak yang menjadi penganjurnya. Setiap peserta perlu ‘mendaftar’ dengan penganjur. Kegiatannya dikawal oleh penganjur itu.
Penganjur ini ada yang berdaftar sebagai syarikat jualan langsung atau pendaftaran syarikat yang sah. Apa yang tidak sahnya cara operasi atau menyalahi undang-undang Akta Jualan Langsung 1993 atau Akta Bank Negara dan Institusi Kewangan 1989, yang mana berkenaan.
Cara kedua ialah tanpa wujud penganjur. Ia dicetuskan oleh seseorang sebagai surat berantai dan kemudian terus berkembang. Peserta memberi ‘sedekah’ atau sumbangan antara mereka.
Cara kedua sebenarnya lebih banyak. Ia berkembang dengan mudah kerana pelaburan yang diperlukan relatif rendah berbanding cara pertama. Pelaburan biasanya sekitar RM10 saja. Malah ada sumbangan diperlukan hanya RM1.
Cara memberi sumbangan biasanya dibuat melalui bank atau kiriman wang. Jika sumbangan melalui bank, peserta perlu menyertakan nombor akaun bank yang telah ditetapkan. Kaitan pihak bank (sebenarnya tidak mempunyai apa-apa hubungan) menyebabkan ramai yakin ia satu program diluluskan oleh kerajaan.
Mengapakah skim ini terus berleluasa. Benarkah ia sebagai tujuan bantu membantu? Cara ini dikenal pasti anjuran mereka yang sengaja melahirkan masyarakat yang malas, tetapi ingin cepat kaya.
Skim itu menyebabkan ada orang begitu yakin akan kaya melaluinya. Ada yang tamak bukan saja membuat 12 salinan, bahkan ada hingga beratus-ratus salinan. Agak banyak juga wang digunakan. Mereka yakin dengan membuat lebih banyak salinan, maka lebih kayalah.
Sebab itu ada yang sanggup berbelanja lebih mengiklankan skim itu dalam akhbar. Semuanya disebabkan sikap tamak. Selepas itu mereka memasang angan-angan kosong. Ada yang sudah awal-awal lagi membeli secara kredit atau sewa beli barangan yang akan dibayar menggunakan wang yang bakal diperolehi nanti.
Ada peserta yang begitu yakin sehingga sanggup berhenti kerja, walhal kalaupun menyertai skim itu tidak mendatangkan masalah kepada kerja yang dilakukan. Tetapi, disebabkan yakin dan hendak menunjukkan bahawa dia akan kaya dan senang-lenang bukan kerana hasil kerjanya sekarang.
Justeru, umat Islam tidak wajar menyertai apa pun bentuk skim yang dijanjikan pulangan lumayan dengan hanya sedikit usaha. Alasan demi kepentingan umat Islam seperti yang didakwa hanya perbohongan. Sebaliknya ia diada-adakan bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran dan bersikap negatif.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 16, 2004 15:14:38 GMT 8
::)tulah...org sekarang sanggup buat apa sahaja nak jadi kaya..pastu menipu org ramai...mmmmmm....
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 16, 2004 15:15:44 GMT 8
tu selingan je la..hehe.. ;D hikhikih..cam dlm iklan tv lak..ada selingan kan..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 17, 2004 11:10:48 GMT 8
TIADA LAGI DEMOKRASI...Pelajar Universiti Malaya berdemonstrasi senyap di universiti itu petang tadi (15 September) bagi membantah pelunturan demokrasi yang berlaku di universiti tertua di negara ini dalam pilihan raya kampus mereka baru-baru ini. Foto Md Nasir Sudin. Mahasiswa UM berpiket bantah penyelewengan pilihan raya kampus Wednesday, September 15 @ 16:31:04 MYT KUALA LUMPUR,15 Sept (Hrkh) - "Mana perginya demokrasi kampus, mana ada pilihan raya lagi kalau kebebasan mahasiswa untuk mengundi dicabuli oleh pihak pentadbiran,"laungan bergema di hadapan Gazebo Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya. Tepat jam 2.00 petang tadi, kira-kira 100 orang mahasiswa berkumpul berpiket di hadapan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) sambil melaungkan slogan 'Hidup Mahasiswa'. Piket tersebut diadakan berikutan penafian hak bertanding dalam pilihan raya kampus bagi calon kumpulan gagasan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya. Bagaimanapun, piket tersebut dihalang oleh pihak anggota keselamatan Universiti Malaya yang diketuai oleh Profesor Alias Daud yang mengarahkan mahasiswa bersurai segera. "Kami mahu berkumpul secara aman, kami mahu mengadakan pentomen khas,kami mahu baca sajak," ujar seorang mahasiswa yang menggerakkan piket tersebut. "Mana kad matrik kamu, serahkan kepada kami.Kamu ini pelajar UM atau orang luar yang mahu membuat kacau,"tegas Alias yang bertindak menghalang piket itu. Sementara itu seorang mahasiswa dengan suara yang lantang terus membaca sajak yang menyebut mengenai hak dan kebebasan mahasiswa untuk memilih perwakilan mereka yang telah dicabuli oleh pihak HEP. Piket itu bagaimanapun hanya berjalan kira-kira lima minit sahaja dan kemudiannya kumpulan mahasiswa tersebut bersurai dengan melaungkan perkataan 'Gagasan Power". Pengerusi Soladiriti Mahasiswa Malaysia, Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki yang kemudiannya mengadakan sidang media mengenai piket tersebut berkata,pihaknya membantah keras tindakan pihak pentadbir yang menyekat calon Gagasan bertanding. Kata beliau, mahasiswa membantah tindakan pihak HEP yang menyediakan peraturan pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang dilihat menyekat hak dan kebebasan mahasiswa. Ujar beliau, pihak HEP dilihat memihak kepada calon tajaan mereka dengan berkempen untuk calon mereka. "Kami turut diugut akan dibuang dari kolej kediaman jika membuang undi kepada calon yang menentang calon bukan tajaan HEP," ujar Mohd Khoirol Anwar lagi. Selain itu ujar beliau, calon yang bernaung di bawah kumpulan Gagasan dinafikan untuk mendapat tandatangan Dekan, Pengetua kolej ataupun Pengarah pusat. Katanya, tandatangan itu penting bagi melengkapkan borang pencalonan, bagaimanapun hak mendapatkan tandatangan itu diberi kepada calon pro-Aspirasi sahaja. "Inikah yang dikatakan telus?" soal beliau yang juga Presiden Majlis Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia (MPMI). "Perjalanan penamaan calon berat sebelah sehingga menimbulkan beberapa insiden yang tidak diingini termasuklah pergaduhan di kalangan wakil calon dan penyokong kedua-dua pihak," katanya. Beliau juga mendedahkan bahawa Jawatankuasa Pengelola Pilihan raya Kampus kali ini dilantik di kalangan kumpulan mahasiswa yang kalah pada pilihan raya tahun lalu. "Tindakan ini melanggar hak kebebasan kerana di situ dilihat ada usaha menafikan hak mahasiswa kumpulan gagasan,"ujarnya. Bagaimanapun ujar beliau, calon Gagasan tidak mampu berbuat apa-apa oleh kerana pihak pentadbiran universiti tidak memberi laluan kepada Gagasan untuk bersuara termasuklah halangan terhadap piket hari ini. "Kami sekali lagi melahirkan kekesalan terhadap pihak pentadbir yang secara terang menyebelahi calon pro-Aspirasi," ujarnya. Selain itu katanya,pemantauan yang dilakukan terhadap proses pilihan raya hari ini mendapati pihak pemilih menanda nombor siri pada kertas undi dan senarai daftar pemilih. Ujarnya, pihak jawatankuasa berbuat demikian semata-mata untuk mengesan mana-mana pelajar yang menyokong kumpulan yang menentang calon tajaan HEP. "Kami akan merekod semua bukti penipuan pilihan raya kampus ini dan kami akan serahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Isnin ini," tegasnya. Pilihan raya seluruh kampus berjalan serentak hari ini.Mahasiswa akan turun membuang undi di setiap tempat pembuangan undi yang diadakan di Fakluti dan pusat. Antara universiti itu ialah, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan beberapa yang lain. - WAN/mks.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 17, 2004 12:25:06 GMT 8
Penggunaan kredit kad memang seronok bagi mereka yang suka enjoy tetapi sebenarnya kredit kad nie ada bahayanya kalau tersalah guna. Kredit kad boleh dianggap ALONG sekiranya hendak definasikan secara bahasa kasar.
Mengikut analisa bank, interest yang dikenakan oleh bank untuk setahun sebenarnya 18% (1.5% interest bulanan x 12 bulan). Ini bermakna pengguna kad kredit secara tidak langsung telah terjebak di dalam permasalahan hutang. Ini adalah kerana rata-rata rakyat malaysia kebanyakkannya akan membuat pembayaran minimum setiap bulan.
Katakan kredit limit anda RM 4,000. Sekiranya anda membayar secara minimum tahukah anda mengikut pengiraan untuk anda habis tempoh untuk membuat pembayaran kad berkenaan adalah dalam tempoh 10-20 tahun.
Anda sebenarnya telah terjebak di dalam kancah 'ALONG TERHORMAT'. Bagaimana anda hendak langsaikan hutang kredit kad anda dengan cepat. Mengikut pakar kredit kad, rata-rata pemilik kredit kad akan memegang sekurang-kurangnya 2 - 4 kredit kad di dalam simpanan mereka. Katakanlah semua kredit limit adalah RM4000.00 ini bermakna anda telah berhutang sebanyak RM10K - RM 20K. Apa anda harus buat sekiranya ini terjadi pada anda.
STEP 1. Kenalpasti kad yang mana satu telah mencapai imbuhan hutang yang paling banyak. Contoh Citibank (RM3987.00), RHB (RM4000.00), HSBC (RM3576), Maybank (RM3209).
STEP 2. Pastikan anda sediakan jumlah pembayaran dalam sebulan sekurang- kurangnya RM 1000 - RM 2000.
STEP 3. Buat pembayaran semaksimum yang boleh pada kad yang nilaian kreditnya yang tertinggi. Contohnya RHB (credit limit RM4000.00) buat bayaran sekurang-kurangya RM 1000.00. Kad kedua, ketiga dan keempat tertinggi anda bayar minimum.
STEP 4. Langsaikan hutang pada kad berkenaan sehingga credit limitnya mencapai angka RM0.00. Kemudian tumpukan kepada kad kedua, ketiga dan keempat.
STEP 5. Jangan sesekali anda menggunakan kredit kad yang telah dilangsaikan hutangnya. Pastikan tumpuan anda untuk melangsaikan hutang kad yang lain.
STEP 6. Kawal nafsu anda untuk mengatakan TIDAK KEPADA KREDIT ANDA
STEP 7. Anda akan tersenyum setelah semua hutang anda dilangsaikan. Itulah step terakhir anda. Anda bebas daripada cengkaman ALONG TERHORMAT.
Mengikut pengiraan, sekiranya anda melaksanakan step di atas insyallah hutang anda semua akan dapat diselesaikan di dalam tempoh 1 1/2 tahun sahaja.
Oleh yang demikian, berbelanjalah mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu serakah.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 18, 2004 5:03:07 GMT 8
macam macam ada ...gile lerk malaysia ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 5:06:34 GMT 8
mengikuit?? mende la..eh,takde pn no plat lori tu..tak nmpk pn dalam gambar tu.. kesalahan biasa je tu..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 21, 2004 13:59:41 GMT 8
Sikap positif rahsia awet muda
LONDON: Satu kajian terbaru Amerika Syarikat mendakwa sikap berhati muda itu mampu membawa manfaat dan dikatakan dapat menjadikan seseorang itu awet muda.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, biarpun seseorang itu sudah tua, tetapi dengan berfikiran positif sebenarnya dapat membantu melewatkan proses penuaan.
Malah, kajian terbaru Universiti Texas yang disiarkan dalam Jurnal `Psychology And Ageing', menunjukkan mereka yang sentiasa ceria dan berpandangan positif mengenai kehidupan kurang mempamerkan aspek penuaan yang ketara.
Penyelidik terbabit membuat kesimpulan yang hasil kajian mereka membuktikan faktor psikologi selain genetik dan kesihatan fizikal memainkan peranan penting dalam menentukan secepat mana seorang itu menjadi tua.
Kajian penyelidik Texas itu membabitkan 1,558 warga tua dari kalangan masyarakat Amerika berketurunan Mexico bagi melihat kaitan antara sikap positif dengan penuaan.
Di awal kajian tujuh tahun itu, kesemua sukarelawan terbabit berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan sihat.
Penyelidik menilai perkembangan penuaan mereka sepanjang tempoh terbabit dengan mengukur kadar kehilangan berat badan, keletihan, kelajuan berjalan dan keupayaan cengkaman tangan.
Mereka mendapati responden yang sentiasa berfikiran positif terhadap kehidupan terbukti agak lewat menjadi tua.
Namun, penyelidik itu berasakan lebih banyak kajian lanjutan perlu diadakan bagi membuktikan kaitan unik berkenaan, tetapi yakin yang perasaan atau emosi positif memberi kesan kepada kesihatan dengan mengubah keseimbangan kimia dalam badan.
Malah, sikap itu dapat mempengaruhi kesihatan seseorang dengan memberi keyakinan mereka dapat menempuhi hidup dengan penuh kejayaan.
"Saya sendiri sememangnya percaya ada kaitan antara pemikiran dan badan. Apa yang berlegar di minda kita mempengaruhi fungsi fizikal dan tahap kesihatan diri secara keseluruhan, termasuk dari segi ketahanan badan," kata ketua penyelidik Dr Glenn Ostir.
Laporan kajian kedua yang turut disiarkan jurnal sama, turut mengandaikan yang tahap fizikal individu boleh dipengaruhi keadaan mental seseorang itu.
Sekumpulan penyelidik Universiti North Carolina State yang menemubual 153 orang daripada pelbagai peringkat umur yang turut menjalani ujian memori selepas didedahkan kepada perkataan positif dan negatif berhubung kepercayaan ramai membabitkan aspek penuaan.
Hasilnya, tahap memori di kalangan dewasa terbabit adalah rendah apabila mereka berulang kali mendengar pandangan negatif yang stereotaip.
Keadaan adalah sebaliknya apabila golongan muda dan dewasa itu didedahkan dengan tanggapan positif.
"Ini menunjukkan jika golongan tua dilayan sama seperti orang muda yang dilihat sebagai berkeyakinan, itulah yang akan berlaku."
"Ia menunjukkan faktor persekitaran sosial yang boleh memberi impak bermakna kepada tahap memori golongan dewasa yang berumur," kata ketua penyelidik, Profesor Thomas Hess. – Agensi
|
|
|
Post by john on Sept 22, 2004 0:28:07 GMT 8
Package 1: Subjects related with Web enabling. - PHP - MySQL - Apache - Web Development skill by using PHP, MySQL, and Apache - Java - Java Script
Package 2: Subjects related with Web enabling. - JBuilder - Macromedia Dreamweaver - Visual Studio.Net - Macromedia Flash
Package 3: Subjects related with Multimedia. - Adobe Photoshop - Adobe Premiere - Adobe After Effect - Adobe Illustrator - Macromedia Director - 3D Studio Max - Multimedia Creating skill by using 3D Studio Max & Adobe Products
Package 4: Subjects Related with IT General skill. - Visual Basic Programming - Visual C++ Programming - System Management Skill with Linux System - System Management Skill with Windows 2000 - System Trouble Shooting Skill
Package 5: Subjects Related with Real Business - Time and Attendance System - Contents Management System (CMS)-Mambo - Catalogue System - OS Commerce - Law Information Management System - Container Tracking System For Shipping Company
Package 6: Subjects Related with Microsoft Office - Microsoft Office (Word) - Microsoft Office (Excel) - Microsoft Office (Access) - Microsoft Office (PowerPoint) - Microsoft Office (FrontPage)
Assalamu'alaikum... Aku pasti korang misti tertanya2 apa benda package2 mengarut kat atas nih...untuk pengetahuan korang, skrg ni aku (John) sedang bekerjasama dengan salah seorang seorang 1st batch punye student dari IIC.. package2 diatas ni adalah subjek2 yg telah di"pakej"kan untuk special tution/short courses untuk mana2 student IIC yg masih menuntut, sedang bekerja, ataupun tgh takde buat apa2... kira macam kelas tusyen la ni.. kelas ni diseliakan oleh Learners Transit Sdn Bhd (bertempat di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur) dgn kerjasama dari Institute Korea Computer Centre of Pyongyang... aku ngan member korang yg sorang ni nak offer kepada mereka2 yg tgh nak cari ilmu lebih tentang compurter studies ni.. aku tak leh nak taip bebanyak kat sini.. so kepada sesape yg berminat atau ingin tahu lebih lanjut, aku cadangkan korang call terus associate aku ni.. nama dia Othman Aziz dan boleh dihubungi di talian 016-6550511.. aku rasa budak2 1st batch mungkin kenal dia ni.. tu je lah buat masa ni... Assalamualaikum.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 24, 2004 9:21:31 GMT 8
Assalamualaikum wm wb Segala puji-pujian bagi Allah, Rabb sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah, para keluarga dan sahabat baginda.
Salam buat semua warga muslim sig. Satu info yang perlu saya rasakan dikongsi bersama ialah, Al-Ustaz yang berceramah yang juga kakitangan PERKIM membuat satu serbuan di sebuah gereja di sekitar lembah klang ini, beberapa minggu yang lalu. Ketika serbuan dilakukan, 300 remaja kita anak-anak muslim ini sedang dimurtadkan... punca mereka boleh terjebak setelah membeli dan meminum air mineral... CAP PENGUIN.... hati-hati dengan jenama ini.... buat masa ini,saya tidak pernah terjumpa air mineral cap demikian, tetapi sekiranya para sahabat terjumpa... maka canang-canangkan lah...
Waallhu a'lam wailaliqaq wa wassalam
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 30, 2004 1:46:58 GMT 8
VERY IMPORTANT!!!PLEASE READ!!!
Bersama-sama ini di sertakan mesej dari Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles mengenai penarikan semula ubat mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE untuk dimaklumkan kepada semua anggota tuan/puan. PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles) Kepada Semua, Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua. PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI! Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat- ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE. Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.
UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE : Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements Acutrim Maximum Strength Appetite Control Alka- Seltzer Plus Children's Cold Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren) Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent BC Allergy Sinus Cold Powder BC Sinus Cold Powder Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief Comtrex Flu Therapy & Fever Relief Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules Contac 12 Hour Caplets Coricidin D Cold, Flu & Sinus Dexatrim Caffeine Free Dexatrim Extended Duration Dexatrim Gelcaps Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels Dimetapp DM Cold & Cough Elixir Dimetapp Elixir Dimetapp 4 Hour Liquid Gels Dimetapp 4 Hour Tablets Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets Naldecon DX Pediatric Drops Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion Triaminic DM Cough Relief Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion Triaminic Syrup Cold & Allergy Triaminic Triaminicol Cold & Cough
Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak : Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil, SILA BERIKAN RISALAH INI. INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS. EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI
|
|
|
Post by KomOt on Oct 11, 2004 14:52:53 GMT 8
Penipuan2 di Internet
1. penipuan lelongan internet pengguna dikatakan akan menerima barangan yang kurang brharga atau berbeza drpd yg sebenarnya atau mereka tidak menerima barangan itu terus.
tindakan: bayar dgn menggunakan kad kredit atau bayar setelah terima
2. penipuan penyedia perkhidmatan internet pengguna dikenakan kontrak penggunaan perkhidmatan yg lama dan dikenekan denda yg bnyk utk pembatalan
tindakan : pastikan anda bertanya dan membaca kontrak dgn teliti
3. penipuan promosi rekabentuk laman web pengguna ditawarkan pembinaan web dengan masa percubaan 30m hari tetapi mereka meminta membayar utk perkhidmatan lain dan maklumat mereka disalahgunakan.
tindakan : perhatikan bil anda terutama bil telepon
4. penipuan maklumat interent dan lawan web dewasa maklumat pengguna kad kredit akan digunakan secara salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab setelah melakukan pembayaran kepada laman web dewasa atau lucah.
tindakan : batalkan pembayaran dan tuntut sebarang bayaran lebih
5. penipuan pemasaran mutilevel atau piramid ada program multilevel atau piramid yg tidak sah.
tindakan : pastikan corak pemasaran mereka jika caranya mengelirukan jgn sertainya
6. peluang perniagaan dan kerja rumah pengguna dijanjikan wang yg byk utk melakukan kerja yg sedkit.
tindakan: laporan kepada pihak berkuasa terutamanya dan amik iktibar drpd pengalaman org lain.
7. skim pelaburan dan cepat kaya pengguna ditawarkan pulangan yang tinggi dgn pelaburan yg sedikit.
tindakan: periksa dgn pihak berkuasa terutama kementerian kewangan dan suruhjaya sekuriti mengenai syarikat atau skim tersebut
8. penipuan percutian pengguna ditawarkan dgn percutian yg murah tetapi mereka tidak memberitahu harga sebenar dan keperluan lain sebelum mendapat percutian.
tindakan : rujuk kpd pihak tertentu dan baca dgn teliti tawaran yg diberikan
9. penipuan talian telefon byk laman web dewasa dan lucah menawarkan talian terus kepada mereka dgn percuma. tetapi sebenarnya ia akan menyebabkan moden anda mendail terus ke talian luar negara yang jauh lebih mahal
tindakan: pastikan anda tidak memindahterima program tawaran percuma dan perhatikan bil telefon anda
10. penipuan penjagaan kesihatan laman laman web yg menawarkan bekalan ubat atau pemulihan kesihatan utk masalah kesihatan yang serius. malangnya ubat yang ditawarkan tidak berkesan.
|
|
|
Post by KomOt on Oct 22, 2004 15:04:54 GMT 8
Skandal seks jadi daya tarikan virus internet
LONDON: Sekumpulan penulis virus mengambil kesempatan dengan skandal seks terbaru David Beckham dalam cubaan menjanjikan gambar memberahikan kapten bola sepak England itu.
Menurut sebuah majalah internet United Kingdom, beberapa mesej menarik dimuatkan dalam forum dan kumpulan berita di internet dengan tawaran gambar bintang pasukan Real Madrid itu bersama seorang wanita di Sepanyol.
"Mesej itu akan mengalihkan pengguna ke sebuah laman web yang mengandungi sebuah fail, didakwanya mempunyai gambar berkenaan untuk dimuat turun.
"Bagaimanapun, fail itu sebenarnya mengandungi virus kuda Hackarmy Trojan yang membolehkan penceroboh mengawal komputer yang dijangkiti," katanya.
Satu daripada mesej itu mengatakan: "Gambar David Beckham dari Real Madrid dengan seluarnya terlucut.
"Awal pagi ini, gambarnya diambil bersama seorang pelacur Sepanyol dalam keadaan sedang berseronok.
"Gambarnya akan dipaparkan di akhbar tidak lama lagi."
Menurut pakar keselamatan, penulis virus dan penceroboh cuba mengambil kesempatan terhadap gosip terbaru yang menarik perhatian umum terutama kehidupan peribadi pasangan Beckham.
"Penceroboh dan penulis virus akan cuba pelbagai helah untuk menarik orang ramai memuat turun kod jahat itu. Kini mereka mendakwa, Beckham curang terhadap isterinya
"Berikutan selera orang ramai terhadap gosip hangat dan kisah keluarga Beckham mungkin menyebabkan jangkitan komputer yang tidak diingini," kata Penasihat Kanan Teknologi Sophos, Graham Cluley.
Hujung minggu lalu, David dan isterinya Victoria Beckham mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah bosan dengan pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan dari kisah keluarganya terutama cerita seks kapten England itu.
"Bagi mengelak menjadi mangsa virus atau penipuan itu, anda perlu melindungi komputer dengan perisian anti-virus yang terkini," kata majalah itu. – Agensi
|
|