|
Post by atokENSEM on Dec 21, 2003 1:56:04 GMT 8
Talipon Bimbit Anda DiCuri???
Satu informasi yang berguna untuk pemilik talipon-talipon bimbit yang mahal-mahal, jika ianya dicuri atau hilang.
Tahukah anda ada cara-cara untuk kita dapatkan serial no. unik ataupun lebih dikenali sebagai emei no. talipon bimbit kita? Kerana setiap talipon bimbit mempunyai email no. yang berlainan. (ialah macam kita, ada kad pengenalan).
Untuk melihat emei no. talipon bimbit anda, buatlah saperti berikut;
Tekan butang * # 0 6 #
Kod talipon dengan 15 nombor unik akan muncul pada skrin talipon bimbit anda. Inilah emei no. talipon anda.
Catitkan nombor ini di-sekeping kertas untuk anda simpan di tempat yang selamat. Sekiranya talipon anda hilang. Taliponlah service provider anda dan berikan mereka kod emei no. anda itu.
Mereka akan kemudiannya 'Block' talipon bimbit anda itu supaya ianya tidak lagi boleh digunakan oleh sesiapa sekalipun walaupun 'Sim Card'baru digunakan.
Memanglah mustahil talipon yang hilang atau dicuri tu akan dikembalikan sekalipun kita buat laporan pada polis ataupun phone provider. Tapi sekurang-kurangnya kita akan rasa puas hati jika talipon bimbit kita tu tak boleh langsung digunakan oleh si-pencuri itu ;D
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 22, 2003 9:54:14 GMT 8
maklumat yg bergune tok..........bagus.pas saye bace topic 2 terus saye cube....menjadi n then cepat2 saye catit....maklumlah malang x berbau.....kalu bende 2 terjadi n kite buat cam2.....puas hati gak lah.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 22, 2003 14:00:23 GMT 8
good information tok!aah sya..betul tu!but sy tak pernah lagi hilang hp..sy dah catitkan no yang di atas ni,untuk prepare lah katakan!
|
|
|
Post by enigma on Dec 22, 2003 16:28:01 GMT 8
yela tok...saye pun tgh nk buat apa y tok suggest tu....manalah tau kalo anset hilang....dahla sy ni baru tukar anset baru.... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 22, 2003 17:22:56 GMT 8
eloklah tu..untuk mengingatkan kite gak!
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 0:46:50 GMT 8
Pengumuman: Penjimatan Prepaidberita baik untuk korang semua!! "PENJIMATAN KAD "RELOAD PREPAID"
Daftar sebagai Ahli/Agen dan dapatkan faedah-faedah berikut :-
Harga Kad Prabayar pada harga TERENDAH di pasaran. Terdapat 2 Pakej langganan ditawarkan :- - 012 bernilai RM 60 pada harga RM 49.20 - 013/016/017/019 bernilai RM 50 pada harga RM 44.20
Diskaun belian sehingga 10%. Potongan sehingga 10% bagi pembelian berikutnya bagi kegunaan sendiri atau jualan.
PERCUMA 12 keping kad Prabayar. Anda berpeluang mendapat 12 keping kad percuma jika anda memperkenalkan 3 orang pelanggan kepada syarikat.
Komisen tunai RM 70. Mudah! Perkenalkan Pakej istimewa kami kepada rakan, saudara atau sesiapa jua, komisen RM 70 tunai! Akan diberi untuk setiap pelanggan baru yang anda perkenalkan, mudah bukan?
Bonus Agensi Anda juga berpeluang mendapat bonus bulanan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan.
KEAHLIAN : RM 38 Seumur Hidup
Jangan lepaskan peluang keemasan ini; Berlangganlah sekarang... Jadi perintis di kawasan anda.
prepaid.sahrin.com
Hubungi 012-9576858 (Sahrin) sahrin@time.net.my http://www.sahrin.com" p/s: betul..kalo cucu2 semua tak caya,leh tgk laman web dia... ;)lepas ni,sape nak jual prepaid..eloklah amik info ni! ;D
|
|
|
Post by enigma on Dec 23, 2003 12:26:32 GMT 8
ee bestnye...prepaid 50 bleh dpt RM 42 jer......
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 23, 2003 12:58:54 GMT 8
betul enigma..saving gile!kan?kan? 8-)aku dah daftar dah tok..untuk percaya dgn org tu,aku siap call dia lagi tuh! ;D
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 14:12:52 GMT 8
Rahsia sebenar roti canai..........
Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.
Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya". Saudara yang dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupun dari segi zahirnya nampak halal. Boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini.
Apakah makanan itu?.... Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyak tangannya, apabila dipesan "Roti telor satu"... maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.
Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuhlah telor dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada kelihatan atau tidak.
Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 14:16:56 GMT 8
Tahukah anda?... 1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya. 2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali. 3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengam planet Neptune. 5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak. 6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. 7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman. 8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan. 9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km. 10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi. 11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita. 13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan. 14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. 15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. 16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. 17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu. 19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah. 20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 14:27:32 GMT 8
Tahukah anda? 1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki. 2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo). 3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi. 4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati. 5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat. 6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih. 7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga. 8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki. 9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri. 10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun. 11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup. 12. Semua beruang kutub adalah kidal. 13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya. 14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci. 15. Hampir semua pembaca email ini akan cuba untuk menjilat sikunya. Anda bagaimana?
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 23, 2003 16:07:40 GMT 8
waaa........tak tahu la.....
|
|
|
Post by feimaumania on Dec 23, 2003 17:28:14 GMT 8
tak tau la plak.....kwa kwa kwa
|
|
|
Post by duo on Dec 23, 2003 17:37:09 GMT 8
dollygurl ngan feimau misti tengah cube jilat siku masing2..hawhawhaw.. ;D jangan marah..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 20:55:33 GMT 8
duo..buruk perangai jilat siku!
|
|