|
Post by DoLLyGuRL on Dec 24, 2003 11:09:37 GMT 8
wei duo agak2 la.........nak jilat pun takkan nak jilat siku kot.
|
|
|
Post by enigma on Dec 24, 2003 11:24:24 GMT 8
lah.....x jlat pun siku....tak senonoh tul la....
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 24, 2003 11:50:17 GMT 8
Ntah.Kalau menjilat jari selepas makan kfc sedap la jugak.Kuikuikui
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 25, 2003 7:30:03 GMT 8
.:: Erti di sebalik Email... ::.
1. GUNAKAN NAMA PENUH sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amiran_alias@yahoo.om' iaitu menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.
2. NAMA DEPAN & TENGAH contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'amril_luqman@yahoo.com' iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.
3. NAMA & TAHUN contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2002@hotmail.om'. Wah! Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang uba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana dgn tahun 2003? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nikname itu?
4. NAMA SAMARAN contoh: 'cute_lady@tokeikedai.net' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dgn gaya tersendiri.
5. NOMBOR & ABJAD contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirinya kepada seseorang. Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih. Jika tidak.... kirim salam saja lah.!
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 25, 2003 13:29:46 GMT 8
ye ke tok...atoklak ketegori email yg mane....klu kite bt byk email....sume nye mewakili email yg atok bg....so,mcmne p'sonaliti kite tok....
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 25, 2003 21:22:27 GMT 8
ye ke tok...atoklak ketegori email yg mane....klu kite bt byk email....sume nye mewakili email yg atok bg....so,mcmne p'sonaliti kite tok.... sy rase la kan,atok ni category no.4 nama samaran bcoz mase kat kolej org panggil dia.......... ;Dkat forum atok!hihihi
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 26, 2003 4:31:42 GMT 8
sy rase la kan,atok ni category no.4 nama samaran bcoz mase kat kolej org panggil dia.......... ;Dkat forum atok!hihihi betul tu..atok dikategorikn no.4..
|
|
|
Post by duo on Dec 26, 2003 10:24:40 GMT 8
kami jatuh dalam kategori no 6...menunjukkan seseorang yang hensem dan ayu...hawhawhaw ;D ;D
|
|
|
Post by turtle on Dec 26, 2003 10:33:00 GMT 8
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 26, 2003 14:43:41 GMT 8
Aku no.4.Camne nak buat hah?
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 26, 2003 19:33:37 GMT 8
wei twinhead...xde sape pun tanye ko ketegori ape...tb2 ko s'dr yg bgtau....ahahahahahaha...blk umah p....... la....
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 27, 2003 0:27:33 GMT 8
Eleh,orang dengki memang camtu....
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 27, 2003 3:48:36 GMT 8
Aku no.4.Camne nak buat hah? mcm atok lah..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 27, 2003 17:34:08 GMT 8
Selamat Tinggal 2003......
Pejam celik pejam celik, kita bakal mengucapkan selamat tinggal tahun 2003. Cuma tinggal lebih kurang 9 hari sahaja lagi. Manakala 2004 bakal melambai-lambai menanti ketibaan kita untuk menempuh sebuah lagi episod kehidupan. Sedar ataupun tidak, masa berlalu begitu pantas. Kalau difikirkan, dijenguk-jengukkan, dimbaskan kembali, kita bertanya pada diri kita sendiri. Apakah yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini? Adakah semakin sukar ataupun semakin baik? Dapatkah kita mengharapkan tahun 2004 mampu memberi sinar pelangi pada malam yang patah yang pernah kita lalui sepanjang tahun 2003 ini???
Sudah menjadi kebiasaan menjelangnya tahun baru, kita akan bertekad, menanam satu keazaman untuk memperbaiki malah memperelokkan rentak langkah kehidupan kita. Namun, perlukah kita harus menunggu setiap kali menjelangnya tahun baru? Persoalannya, adakah azam tahun 2003 ini sudah kita merealisasikan ataupun sekadar azam kosong sahaja? Tepuklah dada, tanyalah selera. Mungkin ada di kalangan kita yang tersenyum sinis. Malahan mungkin ada antara kita cuma pandai menanam azam baru sahaja namun untuk menjadikan ianya satu perkara yang nyata, agak samar- samar.
Kadang - kala, apabila kita mengimbas kembali perkara – perkara samada duka atau suka, kita seakan –akan sukar mempercayai bahawa kita pernah mengharungi detik-detik sukar itu. Mugkin ada di kalangan kita merasakan musibah yang datang bertimpa-timpa bagai jatuh ditimpa tangga merupakan perkara yang amat malang sekali. Dan hampir- hampir menyalahkan takdir. Janganlah takdir itu dipersalahkan. Senyumlah pada takdir, pasti takdir itu akan tersenyum pada kita kembali. Sesukar mana pun masalah kita hadapi, atasilah dengan penuh keimanan. Memang manusia itu tidak dapat lari daripada masalah, cuma yang membezakan kita ialah bagaimana seseorang itu mengendalikan permasalahannya. Untuk mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup, seseorang itu haruslah diuji di setiap perjalanannya samada kita merangkak, berjalan ataupun berlari untuk mendapatkannya. Itu semua terpulang kepada semangat dan keupayaan diri masing-masing. Dalam mengejar kebahagiaan dan kejayaan, seseorang itu akan gagal beberapa kali dalam hidupnya. Dengan kegagalan itulah seseorang itu akan mengetahui di mana letaknya kelemahan dirinya; gagal sekali tidak mengapa, yang susahnya ialah jatuh 2 kali di tempat yang serupa.
Bertanyalah kita pada diri kita. Apakah perkara terbaik yang pernah kita lakukan sepanjang tahun 2003 ini? Adakah segalanya berbaloi ataupun seperti sehelai daun ditiup angin tanpa mengetahui arah tiupannya? Usahlah mendabik dada melaung-laungkan azam baru sekiranya azam 2003 masih lagi tidak terusik. Yang penting, berusahalah memperbaiki kehidupan bukan hanya sekadar menunggu setiap kali tahun baru malahan tanamlah azam baru pada setiap hari untuk menjadikan hari esok lebih baik daripada semalam. Tidak perlu azam baru di tahun yang baru..........Oh yea, SELAMAT TAHUN BARU!
|
|
GtiTurbo
Junior Student
higher rev ! ! ! ! ! !
Posts: 71
|
Post by GtiTurbo on Dec 28, 2003 1:38:30 GMT 8
amboiiiii panjangnye cerita ;D jangan mare yek
|
|