|
Post by KomOt on Jul 22, 2004 12:10:34 GMT 8
tu la dia..Islam agama yg benar disisi Allah s.w.t..
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 19, 2004 11:55:11 GMT 8
tu la dia..Islam agama yg benar disisi Allah s.w.t.. that's right....
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 19, 2004 11:57:51 GMT 8
camner saya nk faham?? nk bukti,refer kt page 22 thread ni..cuba tgk,sama tak ayat yg ni--> ' p/s: gambar² aku post kt thread Weird and Amazing(gerunnye)..untuk yg dh matang dan boleh berfikir dgn waras sahaja..bg yg penakut dan belum matang,aku nasihatkan jgn le pegi tgk.. '.. its up to u..atok dah memperjelaskan...
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 19, 2004 12:00:31 GMT 8
banyak hikmahnya perkahwinan dalam islam nih...... that's right enigma...mmg byk hikmahnye..tunggulah alam perkahwinan enigma nanti..ok?
|
|
|
Post by KomOt on Aug 24, 2004 3:52:14 GMT 8
its up to u..atok dah memperjelaskan... ape2 pn la..
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 25, 2004 14:11:48 GMT 8
The faster the vehicle is moving, the less road surface friction encountered, thus the greater the braking distance required for safe and effective stops.
|
|
|
Post by KomOt on Aug 26, 2004 6:53:32 GMT 8
kt mana eksiden ni??
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 2:56:03 GMT 8
mengikuit no.plat lori tu dplat johor..tp tak tau lak kat mane..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Aug 29, 2004 15:29:25 GMT 8
:'(isk.iskh..ngerinye...kepada para pengguna jln raya semua kita hendaklah berhati..hati yek..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Aug 29, 2004 16:52:40 GMT 8
:'(isk.iskh..ngerinye...kepada para pengguna jln raya semua kita hendaklah berhati..hati yek.. tp jgn bila da berlaku dpn mata baru nak beringat...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:13:22 GMT 8
:'(isk.iskh..ngerinye...kepada para pengguna jln raya semua kita hendaklah berhati..hati yek.. bwtul tu..ingatlah org yg tersayang..
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:16:04 GMT 8
tp jgn bila da berlaku dpn mata baru nak beringat... biasalah tu..manusia...slagi tak rase..slagi tu lah nak merase...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:18:21 GMT 8
Hndu RisauHindu risau Muslim ramai NEW DELHI: Penganut agama Hindu di India digesa meningkatkan jumlah anak bagi menghadapi kebimbangan peningkatan mendadak jumlah umat Islam di negara itu dan pasangan yang mendapat ramai anak bakal dianugerahkan emas atau perak.
Shiv Sena, sebuah parti politik pelampau Hindu di Uttar Pradesh, negara yang paling padat penduduk di dunia itu mengumumkan ia sudah mengenal pasti 50 pasangan Hindu yang mempunyai lima atau lebih anak dalam kawasan pilihan raya Perdana Menteri Atal Behari Vajpayee.
“Kami akan memberi penghormatan kepada pasangan ini dalam satu majlis khas pada bulan depan. Mereka akan digelar `Keluarga Hindu Teladan’,” kata ketua Shiv Sena negeri, Vijay Tiwari, lapor akhbar Britain, The Guardian.
Pasangan yang mempunyai lebih daripada 10 atau lebih anak, akan dianugerahkan dengan emas atau perak.
Seruan itu nyata bercanggah dengan dasar perancang keluarga yang dilancarkan kerajaan.
Shiv Sena berusaha melancarkan kempen itu berikutan anggapan bahawa penduduk Islam di India sudah melebihi 140 juta orang dan bakal mengatasi jumlah penganut Hindu, meskipun India masih mengekalkan perangkaan 85 peratus daripada satu bilion penduduk negara itu beragama Hindu.
Pakar kajian kependudukan meramalkan peningkatan kadar kelahiran menyumbang kepada faktor pertambahan paras buta huruf dan kemiskinan, serta tidak mempunyai kaitan dengan kefahaman agama.
Pemimpin pelampau Hindu mendakwa peratusan penduduk Islam di negara itu kian meningkat. Berikutan itu, pelampau Hindu ini memperalatkan agama Islam yang membenarkan lelaki berkahwin empat, untuk mencetuskan sentimen agama di kalangan penganut Hindu.
Bagaimanapun, hakikat sebenar di India, kebanyakan lelaki Islam terlalu miskin untuk berkahwin lebih daripada satu manakala golongan terpelajar Islam menolak idea poligami.
“Malah ada juga penganut Hindu yang tidak menyokong usul Shic Sena atau Parti Nasionalis Hindu (BJP) yang memerintah.
“Golongan sederhana Hindu menolak tuduhan bahawa kebanyakan lelaki Islam berkahwin empat dan mempunyai ramai anak,” kata pakar sosial, Dipankar Gupta.
Dalam pilihan raya di Gujerat, India tahun lalu, Ketua Menteri Narendra Modi yang mewakili BJP, mendakwa setiap keluarga Islam mempunyai 25 anak.
Modi sebelum ini dikecam hebat pertubuhan hak asasi dunia dan tempatan yang mendakwa beliau terbabit dengan pelampau Hindu yang menyerang penduduk Islam menyebabkan lebih 2,000 penduduk Islam dibunuh kejam tahun lalu. – Agensi
© Copy right 1999 2003. All right reserved.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:19:10 GMT 8
sengkarai.comAskar AS paksa tahanan Iraq makan babi, maki Islam
WASHINGTON: Tahanan Iraq bukan setakat dibelasah teruk tentera Amerika Syarikat, malah turut dipaksa memakan babi, minum arak, menghina dan memaki hamun agama Islam, digari pada jeriji besi dan katil hanya kerana mahu menunaikan solat dengan kebanyakan penderaan itu berlaku pada bulan Ramadan lalu.
Selain diarah berbogel setibanya di penjara Abu Ghraib dan diberi makan makanan dari tandas, mereka juga sering diraba askar wanita, dipaksa melakukan aksi lucah termasuk beronani di depan askar penceroboh itu serta ditunggang seperti binatang jika enggan bekerjasama ketika sesi soal siasat.
Malah, seorang tahanan berkata askar Amerika turut meliwat seorang tahanan lelaki Iraq berusia 15 tahun yang meraung kesakitan sehingga menyebabkannya cedera teruk. Tahanan lain turut diliwat menggunakan lampu penanda arah serta kayu belantan.
Ini adalah antara pendedahan terbaru keterangan tahanan terbabit daripada dokumen lain yang diperoleh akhbar The Washington Post, selain ratusan gambar baru dan rakaman video penyeksaan tentera Amerika di penjara Abu Ghraib.
Akhbar itu berkata, kenyataan mengenai penyeksaan yang diperoleh dokumen terbaru membabitkan pengakuan bersumpah 13 tahanan Iraq yang diambil pada 12 hingga 16 Januari lalu, di samping beberapa ratus gambar dan video klip digital, adalah antara bukti yang dikumpul kumpulan penyiasat tentera bagi diserahkan kepada mahkamah tentera di Iraq yang mana tujuh tentera Amerika kini menunggu masa untuk dibicarakan atas tuduhan menyeksa tahanan.
Jurucakap Jabatan Pertahanan memberitahu akhbar itu, bahan berkenaan termasuk gambar dan video itu sama seperti bahan grafik yang ditunjukkan secara tertutup kepada anggota Kongres AS awal bulan ini.
Lapan daripada 13 tahanan terbabit menamakan askar Amerika, Charles Graner sebagai pendera utama. Graner, anggota Rejimen 372 Polis Tentera, kini menunggu masa untuk dibicarakan.
Menurut akhbar itu, dokumen terbaru itu memperincikan butiran kezaliman tentera Amerika di sebalik tembok penjara Abu Ghraib menyaksikan tahanan mendakwa penderaan itu sebagai hukuman hanya kerana memiliki barangan yang diharamkan.
Sebagai hukuman, mereka dipaksa menghina agama Islam dan disuap secara paksa dengan makanan mengandungi babi dan arak.
Seorang tahanan, al-Sheik berkata, askar Amerika juga menyoalnya bertalu-talu mengenai agama Islam.
“Anda menyembah Allah? Saya berkata ya dan mereka kemudiannya memaki saya dan Allah.”
Malah dalam kejadian lain, seorang tahanan yang dibelasah teruk sehingga patah kaki, dipaksa supaya mencerca agama Islam.
“Kerana sudah tidak tahan, saya akhirnya berbuat demikian kerana dipaksa. Mereka kemudiannya memaksa saya berterima kasih kepada Nabi Isa kerana masih hidup.”
Hiadar Sabar Abed Miktub al-Aboodi, tahanan bernombor 13077 pula berkata:
“Mereka memaksa kami merangkak dan menyalak seperti anjing. Jika berdegil, mereka akan memaksa kami tidur meniarap di atas lantai basah dengan kepala ditutup beg plastik manakala mereka dengan gembiranya merakam gambar kami.”
Tahanan itu turut mendedahkan bagaimana gambar penderaan terdahulu diambil, termasuk aksi tahanan Iraq berbogel dan membentuk piramid manusia.
“Mereka akan mengugut untuk membunuh kami jika enggan bekerjasama. Mereka membogelkan saya, mengancam untuk meliwat jika tidak duduk diam ketika seorang askar bertindak melukis gambar wanita di belakang badan,” kata Ameen Saeed Al-Sheik, tahanan nombor 151362.
Kasim Mehaddi Hilas, tahanan bernombor 151108, memberitahu penyiasat bagaimana dia dipaksa berbogel setibanya di penjara itu tahun lalu, diarah mengenakan penutup kepala dan memakai seluar dalam wanita.
“Namun, kebanyakan masa, saya hanya berbogel.”
Dia turut mengaku menyaksikan sendiri bagaimana seorang penterjemah askar Amerika itu mengadakan hubungan seks dengan seorang budak lelaki.
“Budak itu berusia 15 tahun. Ada orang menutup tempat itu dengan selimut tetapi saya mendengar sendiri suara mangsa meraung ketika seorang askar wanita sibuk mengambil gambar. Budak itu cedera teruk diliwat.”
Hilas berkata, pernah pada satu hari dia bertanyakan Graner masa kerana mahu menunaikan solat tetapi askar itu bertindak biadap dengan menggari tangannya di jeriji besi tingkap sel dengan kakinya bergayut dan dibiarkan kegelapan selama lima jam.
Dia turut mendakwa menyaksikan sendiri Graner dan askar lain meliwat seorang tahanan yang digari pada katil yang dijolok dengan lampu penunjuk arah, penderaan yang turut disaksikan tahanan Mustafa Jassim Mustafa..
Mohanded Juma Juma berkata dia dibogelkan dan dibiar telanjang selama enam hari.
“Askar Amerika itu kemudiannya membawa tahanan baru, seorang bapa dan anak lelakinya ke dalam sel kurungan saya. Mereka dipakaikan penutup kepala dan dibogelkan.
“Apabila penutup dibuka, anak lelaki itu menangis melihatkan kezaliman askar terbabit ke atas bapanya.”
Katanya, Graner juga berulang kali melontar makanan tahanan ke dalam tandas dan memaksa mereka mengutipnya untuk dimakan. – Agensi
© Copy right 1999 2003. All right reserved.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 13, 2004 16:22:04 GMT 8
mengikuit no.plat lori tu dplat johor..tp tak tau lak kat mane.. mengikuit?? mende la..eh,takde pn no plat lori tu..tak nmpk pn dalam gambar tu..
|
|