|
Post by eat_theDay on Feb 20, 2004 8:52:20 GMT 8
20. ORANG YANG ROMANTIK Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi... ni bukan romantik, tapi bangang!
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 17:53:05 GMT 8
ni bukan romantik, tapi bangang! hehehe....takde keje bau kentut itu dinamakan romantik!
|
|
|
Post by enigma on Feb 20, 2004 17:56:41 GMT 8
ni bukan romantik, tapi bangang! bukan bangang..tp bengong...tak tahu nk beza mn yg romantik ker tak..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 18:00:22 GMT 8
Body Character Manusia Berdasarkan Kentutnya 1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain 2 . ORANG BANGANG Orang yang menahan kentutnya berjam jam 3 . ORANG YANG BERWAWASAN JAUH Orang yang tahu bila dia hendak kentut 4 . ORANG SENGSARA Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut 5 . ORANG YANG MISTERI Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu 6 . ORANG YANG GUGUP Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut 7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum 8 . ORANG YANG SADIS Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain 9 . ORANG YANG PEMALU Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri 10. ORANG YANG STRATEGIK Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain 11. ORANG YANG BODOH Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan agin yang keluar 12. ORANG YANG PELIK Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sedikit-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt" 13. ORANG YANG SOMBONG Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya 14. ORANG YANG PERAMAH Orang yang sering mencium kentut orang lain 15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL Orang yang selalu kentut bersembunyi 16. ORANG YANG AKUATIK Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi "blekutuk - blekutuk - bloop -bloop - bloopp" 17. ORANG YANG ATHLIT Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman 18. ORANG YANG JUJUR Orang yang sering mengaku apabila terkentut 19. ORANG YANG PINTAR Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang 20. ORANG YANG ROMANTIK Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi... tambahan..org yg kentut dalam keta merupakan kejadian paling teruk..busuk dohhh kenape lelaki kalo kentut slamba je..tp pempuan malu2 nak kentut..kalo ditahan kentut..kenyataan di atas ni mengatakan org yg banggang!
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 18:02:39 GMT 8
bukan bangang..tp bengong...tak tahu nk beza mn yg romantik ker tak.. tak sama ke banggang dgn bengong?
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 24, 2004 10:06:03 GMT 8
INFORMATION ON NIMDA
This worm was found on September 18th, 2001. It quickly spread around the world.
GENERAL INFORMATION Nimda is a complex virus with a mass mailing worm component which spreads itself in attachments named README.EXE. If affects Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows NT 4 and Windows 2000 users.
Nimda is the first worm to modify existing web sites to start offering infected files for download. Also it is the first worm to use normal end user machines to scan for vulnerable web sites. This technique enables Nimda to easily reach intranet web sites located behind firewalls - something worms such as Code Red couldn't directly do.
LIFECYCLE The actual lifecycle of Nimda can be split to four parts: 1) Infecting files, 2) Mass mailing, 3) Web worm and 4) LAN propagation.
1) File infection Nimda locates EXE files from the local machine and infects them by putting the file inside its body as a resource, thus 'assimilating' that file.These files then spread the infection when people exchange programs such as games.
2) Mass mailer Nimda locates e-mail addresses via MAPI from your e-mail client as well as searching local HTML files for additional addresses. Then it sends one e-mail to each address. These mails contain an attachment called README.EXE, which might be executed automatically on some systems.
3) Web worm Nimda starts to scan the internet, trying to locate www servers. Once a web server is found, the worm tries to infect it by using several known security holes. If this succeeds, the worm will modify random web pages on the site. End result of this modification is that web surfers browsing the site will get automatically infected by the worm.
4) LAN propagation The worm will search for file shares in the local network, either from file servers or from end user machines. Once found, it will drop a hidden file called RICHED20.DLL to any directory which has DOC and EML files. When other users try to open DOC or EML files from these directories, Word, Wordpad or Outlook will execute RICHED20.DLL causing an infection of the PC. The worm will also infect remote files if it was started on a server.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 25, 2004 10:04:00 GMT 8
Pengenalan Kepada teknologi Wi-Fi
Wi-Fi (Wireless Fidelity) ialah teknologi yang meluaskan lagi rangkaian komputer melalui penggunaan gelombang radio tanpa wayar pada tahap 2.4Ghz. Disebabkan pengunaan frekuensi pada tahap ini tidak memerlukan sebarang lesen, maka teknologi Wi-Fi telah menjadi teknologi pilihan yang popular dalam tempoh kurang dari dua tahun.
Perkakasan asas yang diperlukan dalam penggunaan teknologi ini adalah Access Point (AP). Alat ini disambungkan kepada Rangkaian Komputer Setempat (LAN) atau disambungkan terus ke modem. Setiap AP dapat menampung sehingga 100 pengguna.
Perbezaan di antara AP yang dikeluarkan dengan berbagai jenama ialah dari segi kemudahan yang terdapat pada alat tersebut. Antaranya adalah seperti berapa banyak port yang diberikan, adakah ia boleh disambungkan terus ke modem dan juga fungsi perisian yang terdapat pada AP tersebut.
Disebabkan Wi-Fi beroperasi secara tanpa wayar, faktor keselamatan adalah amat kritikal di dalam pemilihan sesebuah AP. Setiap AP perlu ada kemudahan keselamatan Wired Equivalent Privacy (WEP) supaya pihak ‘Administrator’ boleh memastikan hanya pengguna yang sah sahaja dapat menggunakan kemudahan ini.
Selain daripada WEP, setiap AP juga perlu ada kemudahan Dynamic Host Configuration Protocol (DHCP) supaya setiap komputer yang membuat sambungan kepadanya akan diberikan nombor IP yang berasingan secara automatik. Ini memudahkan proses pengurusan pengguna yang menggunakan kemudahan Wi-Fi yang disediakan.
Setiap komputer pula perlu dilengkapi dengan alat penerima Wi-Fi sebelum ia boleh berinteraksi dengan AP. Alat ini boleh diperolehi dalam bentuk PCMCIA atau USB. Bagi komputer yang dilengkapi dengan mikrocip “Centrino”, komputer tersebut sebenarnya telah pun mempunyai fungsi Wi-Fi tanpa perlu membeli perkakasan tambahan.
Jarak di antara komputer dengan AP bergantung kepada keadaan dan jenis halangan yang terdapat di sekitarnya. Jarak ini boleh mencecah sehingga 300m pada kawasan yang tidak mempunyai halangan. Pada yang mempunyai halangan seperti tembok batu, jarak ini boleh turun kepada 50m maksima.
Wi-Fi tidak hanya boleh digunakan oleh komputer sahaja. Ia juga boleh digunakan oleh Personal Digital Assistant (PDA) jika ia mempunyai peralatan yang sesuai.
Kelebihan Teknologi Wi-Fi
Disebabkan teknologi Wi-Fi tidak menggunakan wayar, maka pemasangan wayar untuk LAN tidak lagi diperlukan. Bagi mereka yang mempunyai banyak komputer, maka penjimatan ini akan menjadi amat ketara. Wi-Fi juga boleh digunakan di dalam gudang, kantin dan juga lapangan letak kereta. Oleh itu, pekerja akan menjadi lebih produktif kerana dapat bertugas di mana sahaja yang mendapat penerimaan Wi-Fi.
Penjimatan juga dapat di lihat dari segi kos penggunaan tenaga elektrik secara keseluruhan kerana pekerja tidak perlu berada di pejabat untuk bertugas. Dia hanya perlu berada di sekitar kawasan pejabat untuk mendapatkan maklumat pejabat.
Disebabkan pekerja sekarang jarang berada di pejabat, maka setiap pekerja tidak memerlukan meja dan kerusi yang tetap. Meja dan kerusi boleh dikongsi dan hanya digunakan apabila ianya diperlukan. Perbincangan boleh dilakukan di bilik mesyuarat yang tidak lagi berselirat dengan wayar atau di kafeteria pada waktu rehat.
Kekangan Teknologi Wi-Fi
Disebabkan Wi-Fi menggunakan teknologi tanpa wayar, maka pancarannya boleh di terima oleh setiap individu yang berada di dalam lingkungan penerimaan. Jika AP tidak dipasang dengan sempurna, ia boleh menjadi ancaman kepada sistem komputer yang berada di dalam jaringan tersebut. Walaupun lebaran jalur Wi-Fi adalah 11Mbps, ia jarang dapat sampai ke tahap tersebut disebabkan oleh gangguan gelombang radio di kawasan persekitaran. Lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan ini di kawasan yang sama, kelajuan pemindahan data akan menjadi lebih rendah.
Tetapi ini tidak akan menjadi masalah apabila piawai baru diperkenalkan iaitu 802.11b, dimana kelajuan pemindahan data boleh menjangkau sehingga 54Mbps. Piawaian ini juga membolehkan mana-mana jenama AP yang dibeli untuk berinteraksi dengan peralatan yang lain.
Peluang Perniagaan Teknologi Wi-Fi
Kemunculan teknologi Wi-Fi ini telah membuka satu peluang perniagaan di dalam penyediaan perkhidmatan “HotSpot”. Perniagaan ini menggunakan konsep di mana pelanggan boleh melayari internet dengan menggunakan komputer masing-masing. Apa yang diperlukan hanyalah AP dan sambungan ke internet. Untuk memberitahu bahwa pelanggan boleh melayari internet di tempat-tempat yang tertentu, pemilik premis hanya perlu meletakan logo Wi-Fi untuk memberitahu pelanggan.
Pembayaran boleh dilakukan di kaunter atau melalui kad pra-bayar. Perniagaan ini lebih menguntungkan daripada perniagaan kafe-siber kerana komputer tidak lagi perlu disediakan dan keuntungan boleh dikongsi dengan pemilik premis. Apa yang penting ialah pemilihan lokasi kerana lokasi tersebut perlulah mempunyai pelanggan yang berlatarbelakangkan teknologi maklumat.
Disebabkan teknologi ini masih baru, peluang perniagaan juga cerah bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan pemasangan peralatan Wi-Fi di pejabat, sekolah, jabatan kerajaan atau pun di hotel-hotel. Teknologi Wi-Fi juga berpotensi untuk merapatkan jurang digital di mana penyambungan internet ke luar bandar tidak lagi terhad di kawasan yang mempunyai talian telefon sahaja. Apabila ramai yang berkongsi satu sambungan yang ada, maka kos penyambungan ke internet juga boleh dikongsi secara langsung.
Kos Penggunaan Teknologi Wi-Fi
Untuk pemasangan, asas peralatan yang diperlukan adalah AP dan kad penerima Wi-Fi. Harga AP bergantung kepada jenis dan bermula pada harga sekitar RM300 sementara kad penerima Wi-Fi untuk jenis PCMCIA pula sekitar RM150. Kedua-duanya boleh dibeli sekaligus dengan harga sekitar RM400. Oleh kerana tiada apa lagi yang perlu dibeli, maka kos permulaan untuk menggunakan teknologi ini adalah murah.
Jika jarak penerimaan Wi-Fi tidak luas, antena tambahan boleh diperolehi pada harga RM500-RM900 bagi membolehkan penerimaan diterima sejauh 900m. Dua AP juga boleh digunakan untuk bertindak sebagai “bridge”. Ini perlu untuk meluaskan lagi kawasan lingkungan yang telah sampai had maksima sesuatu antena.
Masa Depan Teknologi Wi-Fi
Oleh kerana kos penyediaan teknologi Wi-Fi adalah lebih murah daripada teknologi tanpa wayar yang lain, ada pihak yang telah pun menghasilkan telefon bimbit yang boleh beroperasi menggunakan Wi-Fi. Dengan cara ini kos untuk berhubung adalah kos internet sahaja. Selepas kita dapat memahami setiap teknologi yang terbaru, maka kita perlulah berfikir bagaimanakah kita boleh memanfaatkannya dengan cepat sebelum terciptanya teknologi yang lebih canggih daripada yang sedia ada.
|
|
|
Post by KomOt on Feb 25, 2004 10:42:22 GMT 8
kenape lelaki kalo kentut slamba je..tp pempuan malu2 nak kentut..kalo ditahan kentut..kenyataan di atas ni mengatakan org yg banggang! ye la kan..lelaki kalau kentut selambe je..buat pe nk malu ngan kentut?? lepaskan je la angin tu..kang di tahan kang,tak pasal2 je sakit perut.. tok,apsal takde pompuan nk komen kenyataan atok ha?? heh.. ;D
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 25, 2004 11:01:34 GMT 8
Pelaksanaan Dinar Emas
Istilah kembali kepada piawaian emas merujuk kepada gagasan untuk mengembalikan sistem peredaran mata wang yang berdasarkan kepada persediaan emas. Gagasan ini bertujuan menukar kembali sistem wang hampa (fiat money) kepada sistem wang nyata (real money).
Wang hampa yang hampir tidak memiliki nilai intrinsik memperoleh nilai nominal yang tinggi menerusi kepercayaan rakyat kepada kerajaan, sementara wang nyata yang mempunyai nilai intrinsik dan nominal yang sama dipercayai rakyat kerana zatnya sendiri. Pada dasarnya ada tiga cara yang mana emas boleh dijadikan piawaian mata wang. Pertama, menjadikan emas itu sendiri sebagai mata wang yang beredar. Kedua, menjadikan sijil simpanan emas sebagai mata wang yang beredar. Ketiga, mewujudkan peraturan harga emas yang dipersetujui oleh negara masing-masing.
Cara pertama telah diwujudkan kembali di Dubai pada 7 November 2001 dengan pelancaran dinar Islam, iaitu wang syiling emas 22 karat (emas 917) seberat 4.25 gram. Cara kedua, yang dahulunya merupakan pendorong kepada lahirnya wang kertas, kini dengan teknologi maklumat, ia telah dimajukan lagi dengan satu konsep yang dipanggil e-dinar. E-dinar adalah satu konsep pembayaran elektronik dan pertukaran mata wang menggunakan teknologi Internet untuk mempermudah muamalah kewangan. Satu unit e-dinar disokong oleh emas murni 24 karat seberat 4.25 gram. Walaupun transaksi berlaku di alam maya, namun perpindahan emas boleh dilakukan dari satu tempat ke tempat lain.
Meskipun begitu, e-dinar membuat peraturan bahawa tiada apa-apa perpindahan emas secara fizikal pada muamalah di bawah nilai AS$100,000. Sistem e-dinar yang diperbadankan dan dikendalikan di Labuan, Malaysia, merupakan satu bentuk baru muamalah kewangan yang inovatif berdasarkan sijil simpanan emas. Orang ramai dan ahli perniagaan boleh membuka akaun e-dinar mereka menerusi Internet yang beralamat: http: //www.e-dinar.com.
Apabila cara pertama dan kedua sudah pun menjadi kenyataan semula, cara yang ketiga masih lagi menjadi bahagian sejarah wang emas dengan berakhirnya sistem Bretton Woods pada tahun 1971. Dalam sistem itu kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersedia membeli atau menjual emas pada bila-bila masa dengan kadar yang dipersetujui, iaitu AS$35 pada setiap satu auns emas. Dari satu segi sistem Bretton Woods telah menaikkan kepercayaan sistem kewangan dunia pada dolar AS. Namun akibat kemelesetan ekonomi yang mungkin juga diakibatkan oleh keperluan membiayai Perang Vietnam, kerajaan AS di bawah pimpinan Presiden Richard Nixon tidak lagi mampu membeli dan menjual emas pada harga yang dipersetujui itu.
Nixon ketika itu telah memutuskan untuk menceraikan dolar AS dengan harga emas. Akhirnya sehingga kini harga emas dan harga dolar AS ditentukan oleh pasaran. Sebagai bahan perbandingan, pada hari ini harga satu auns emas ialah AS$365. Ini bermakna selama tiga dekad terakhir ini, dolar AS mengalami penurunan nilai (devaluation) terhadap emas sebanyak lebih daripada 1,000 peratus! Kita boleh bayangkan bagaimana pula nilai mata wang lain yang mengekori dolar AS?
Ramai penyokong dan juga penentang gagasan kembali kepada piawaian emas. Para penyokong berhujah bahawa piawaian emas akan meningkatkan kemapanan ekonomi dengan menghilangkan peranan bank pusat mengendalikan polisi kewangan atas budi bicaranya semata-mata. Dengan itu bank pusat tidak lagi memiliki kuasa mencetak wang hampa, kerana percetakan wang mestilah bersandar pada persediaan emas dalam negara.
Mereka juga berpendapat bahawa bank pusat selalunya cuba mengatasi kemelesetan ekonomi dengan cara menambah peredaran wang yang terlalu banyak dan biasanya ia sudah terlewat masa. Hal ini sudah tentu mengakibatkan inflasi. Kemudian untuk membendung inflasi bank pusat mengurangkan peredaran wang yang juga terlalu banyak dan terlewat masanya. Jadi putaran ganas itu tidak mudah berakhir. Oleh itu budi bicara bank pusat sering dinilai bukan lagi memapankan ekonomi, malah memburukkan lagi ketidakstabilan yang diakibatkan oleh putaran bisnes yang memang sedia ada. Para penentang gagasan piawaian emas pula berhujah bahawa peranan budi bicara bank pusat masih lagi diperlukan terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak terkawal akibat perubahan ekonomi negara lain secara mendadak seperti; ditemukannya lombong emas besar-besaran yang menyebabkan pertambahan wang secara mengejut, atau kejutan kenaikan harga minyak seperti yang berlaku pada tahun 1970-an. Mereka juga mengemukakan alasan bahawa jika persediaan emas di dunia tidak mampu mengimbangi kecepatan pengeluaran barang dan perkhidmatan, maka hal itu boleh membawa kepada kebekuan ekonomi.
Hujah-hujah golongan penentang ini, menurut hemat penulis, tidaklah begitu kuat. Alasan kekurangan persediaan emas untuk mengejar laju kadar pengeluaran hanya akan munasabah apabila kita berkeras semata-mata melaksanakan cara pertama, iaitu menjadikan hanya emas itu sendiri sebagai mata wang yang beredar. Begitu juga alasan bahawa fungsi bank pusat akan terjejas dengan sistem piawaian emas adalah tidak begitu kukuh. Bank pusat masih boleh berfungsi dengan cara mengatur percetakan wang, mengeluarkan sijil simpanan emas dan juga mengadakan hubungan perjanjian dengan bank-bank yang lain di seluruh dunia. Hujah penemuan lombong emas baru juga lemah, kerana ia bersifat pengecualian.
Kalaupun ditemui lombong baru, kesannya akan sama sahaja dengan keadaan bank pusat yang mencetak wang barunya atas budi bicara sendiri. Jadi kemungkinan ketidakstabilan itu jauh lebih tinggi dalam sistem wang hampa daripada dalam sistem wang nyata.
Nampaknya hujah-hujah golongan penentang lebih mewakili pandangan ekonomi AS yang mata wang dolarnya tidak ingin disaingi. Penemuan lombong emas di negara lain, ataupun kenaikan harga minyak di negara-negara Islam tidak sepatutnya dicemburui, kerana hal itu adalah anugerah Tuhan kepada sesebuah NEGARA
Nota: Oleh Ugi Suharto - Dr. Ugi Suharto ialah Penolong Profesor di Institut Ketamadunan dan Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC) Malaysia
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 25, 2004 11:03:22 GMT 8
ye la kan..lelaki kalau kentut selambe je..buat pe nk malu ngan kentut?? lepaskan je la angin tu..kang di tahan kang,tak pasal2 je sakit perut.. tok,apsal takde pompuan nk komen kenyataan atok ha?? heh.. ;D No comment.....anybody?
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 4:08:58 GMT 8
ye la kan..lelaki kalau kentut selambe je..buat pe nk malu ngan kentut?? lepaskan je la angin tu..kang di tahan kang,tak pasal2 je sakit perut.. tok,apsal takde pompuan nk komen kenyataan atok ha?? heh.. ;D maybe dorg segan kot..org kata tak elok tahan2 kentut..sbb leh jadik.dtg penyakit lain..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 28, 2004 8:21:22 GMT 8
maybe dorg segan kot..org kata tak elok tahan2 kentut..sbb leh jadik.dtg penyakit lain.. nape tibe2 bincang pasal topic kentut ni?xdeke topic lain yg lebih bergune utk dibincangkan?
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 28, 2004 18:44:57 GMT 8
nape tibe2 bincang pasal topic kentut ni?xdeke topic lain yg lebih bergune utk dibincangkan? hmmm...aku setuju ngan pandangan kau tue, sha...ader topic yg lebih sesuai utk dibincangkan selain dari topic kentut nie....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 19:10:54 GMT 8
nape tibe2 bincang pasal topic kentut ni?xdeke topic lain yg lebih bergune utk dibincangkan? dah sya keluarkan artikel kentut..kami pun membincangkan nya..jgn slaah kan kami lak..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Mar 13, 2004 11:51:35 GMT 8
Maklumat berikut diperolehi semasa menghadiri ceramah PROF. DR. SIR MUGENI SAMERIN salah seorang ahli Lembaga pengarah Sureco yang merupakan pakar perubatan rawatan alternatif.
PERKARA BERIKUT ADALAH HASIL PEMERHATIAN YANG MENGAMBIL MASA BERABAD-ABAD LAMANYA UNTUK DI KENALPASTI, DI KUTIP DAN DI AMBIL DARI BERBAGAI-BAGAI SUMBER. TIADA KAJIAN SAINTIFIK UNTUK PERKARA BERIKUT.
Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita..
EMOSI - KESAN
Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak
Domineering, menguasai, menganiaya - Sakit belakang
Cynical, sindiran - Bongkok
Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang
Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang
Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan - Kanser cemburu, kebencian, Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit
Menyampah kepada seseorang - Batuk
Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru
Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi
Memendam emosi - Sakit pinggang
Kekesalan - Hati (liver)
Ketegangan emosi - Tengkuk tegang
Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas
Komplen - Organ seks
Dendam - Gastrik
KESIMPULANNYA
Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.
Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.Waallahualam.
|
|