Post by sha on Mar 13, 2004 12:08:06 GMT 8
Subject: Santau air #a#i - Kena Buatan Orang
Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita
dapati
dalam diri seseorang. Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang
adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika
perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan
pelbagai cara buruk seperti santau dan lain-lain. Ini mengingatkan aku
kepada satu cerita yang telah diceritakan oleh officemate aku baru-baru
ini.
Nur, seorang eksekutif muda di salah sebuah syarikat telekomunikasi
terbesar di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya
sendiri
kira-kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya semuanya berjalan
dengan
lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia. Kebahagiaan ini
ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa, maklumlah kerja
eksekutif,
gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya hanya seorang kerani
sahaja. Namun langit tidak selalunya cerah, disangka panas hingga ke
petang rupanya hujan ditengahari. Kehidupan bahagia yang mereka kecapi
mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan
malang yang menimpa Nur. Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif
selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali
Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana
dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan
penyakit.
Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul-betul menyukarkan
kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang
banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke
rumah.
Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya bergolak. Nur
sering
mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing-pusing dan
berdenyut-denyut
sakitnya. Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap komputer
kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar-pinar.Bukan itu sahaja
Nur juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan
selera makannya juga sangat pelik. Kadangkala Nur tiada langsung selera
makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah-olah ada
sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan
Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood
tiba-tiba berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan seafood.
Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang
dan baikhati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah. Selain
itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan
dirinya gelisah terutama pada waktu malam. Rakan-rakan sepejabatnya
mulai
syak yang Nur terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Nur supaya
membawa Nur berjumpa bomoh. Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur
tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang
berdegil
tidak mahu membawa Nur pergi berubat amat mengejutkan rakan-rakan
sepejabatnya. Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Nur sepakat
untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Nur. Dan
jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang
Nur terkena buatan orang! Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat
membantu Nur tidak kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya
sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi. Walaupun bomoh tersebut
tidak dapat mengubati Nur tetapi dia dapat memberitahu siapa yang
bertanggungjawab menyebabkan Nur jadi begitu. Apa yang memeranjatkan
rakan sepejabat Nur adalah apabila bomoh tersebut mengatakan suami Nur
sendiri yang menyebabkannya jadi begitu. Kini persoalan mereka mengapa
suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah.
Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan
perkara tersebut ke atas isterinya sendiri? Memandangkan bomoh yang
mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan
untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Di hospital, mereka menerima
satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur
terkena buatan suaminya sendiri. Mana mungkin rawatan moden juga
memberikan jawapan tersebut. Tapi yelah...memanglah Nur terkena buatan
orang, dia disahkan mengandung 2 bulan!...betullah terkena buatan suami
sendiri heh...heh. he he
(Kureng assam - aku mati-mati percaya cerita ni citer mistik !!!)