|
Post by KomOt on May 17, 2004 11:22:15 GMT 8
peha ngan dada ok la..favourite aku tu..ha,korang jgn salah paham lak aku cakap peha ngan dada..kita skang tgh citer pasal ayam goreng kn?? ;D
|
|
|
Post by feimaumania on May 17, 2004 14:27:37 GMT 8
KO YG PIKIR BENDE LAIN...ISHK NAMPAK SGT
|
|
|
Post by KomOt on May 17, 2004 17:16:08 GMT 8
KO YG PIKIR BENDE LAIN...ISHK NAMPAK SGT ish..ade lak..aku pikir positif la..
|
|
|
Post by feimaumania on May 17, 2004 17:19:09 GMT 8
ooo...ye ke...
|
|
|
Post by KomOt on May 17, 2004 17:58:44 GMT 8
ye la..ape la ko ni..otak kuning tul..
|
|
|
Post by StRiDeR on May 17, 2004 23:35:02 GMT 8
~ salam terakhir ~
Joe... ?"
Sebenarnya Joe tidak tahu apa yang patut Joe katakan apabila disoal begini. Bersediakah Joe untuk mati? Entahlah... ... . Siapalah Joe untuk mengatakan yang Joe telah cukup ilmu di dada dalam menghadapi sakaratul maut yang menggetarkan jiwa. Joe masih terlalu banyak kekurangan. Terlalu kurang.
Terus-terang Joe katakan pada usia ini, Joe belum pernah meninggalkan yang wajib dan banyak melakukan yang sunat. Semuanya Joe lakukan dengan reda malah telah pun menjadi tabiat sebelum Joe tahu akan menghadapi maut dalam masa terdekat ini. Bukan Joe mahu mendabik dada mengatakan Joe baik, tetapi inilah hakikatnya. Namun, ini hanyalah suara hati Joe, tiada siapa yang mendengar kecuali Yang Maha Esa. Kini Joe hanya menunggu masa akan panggilan itu.
Semua orang ingin hidup lama, kalau boleh seribu tahun. Tetapi ini adalah takdir yang tidak mampu diubah lagi... semua ini adalah ketentuan Ilahi. Kematian adalah noktah muktamad. Ketentuan yang tak akan berubah biarpun air mata darah Joe tangiskan. Joe reda redha terima dengan hati yang terbuka.
Mak, janganlah menangis. Joe sendiri tidak menangis apabila doktor mengesahkan Joe menghidap barah paru-paru ni, mak. Joe reda dan akur. Inilah ujian daripadaNya. Selepas barah ini, bertambah pula satu penyakit. Buah pinggangku rosak kedua-duanya. Mak menangis lagi. Joe lebih rela mencederakan diri sendiri daripada melukakan hati orang yang melahirkanku. Joe terlalu sayangkan mak. Apabila darah melambak-lambak keluar dari mulut, Joe tidak terkawal lagi. Jatuh bagai daun kering. Maklah yang bersusah-payah mengelap darah hanyir itu. Mak, ampunkan Joe kerana menyusahkan mak. Ampunkan anak mak ini. Sabarlah mak.
Mak menangis. Joe juga semakin diusik pilu. Bagaimana kalau Joe meninggal mak? Janganlah diratapi kematian Joe, mak. Biarkan Joe pergi dengan tenang. Setenang wajah mak apabila melihat Joe pada hari-hari yang lalu. Betapa Joe rindukan kehidupan yang hilang itu.
Mak tak harus menyesal jika Joe pergi kerana didikan yang mak bekalkan selepas kematian ayah, sempurna dan kukuh Joe amalkan. Mak telah berjaya mendidik Joe dan adik -adik. Tiada manusia lain yang dapat menandingi mak.
Semalam mak datang kan? Joe tahu mak datang dengan Ezani. Joe dengar mak memanggil nama Joe biarpun mata Joe terpejam, mak. Joe ingin menjawab panggilan sayang daripada mak. Hari Raya Haji yang lepas Joe tak sempat mengucup tangan mak memohon ampun. Joe terlantar di atas katil besi ni, mak. Hendak menggerakkan jari pun Joe tak mampu. Maafkan Joe mak! Maafkan Joe! Joe tak dapat menahan perasaan apabila mak mengucup dahi Joe pada pagi raya itu. Mak bisikkan di telinga Joe yang mak memohon kepada Allah supaya Joe dapat sedar semula dan sembuh seperti sedia kala.
Terima kasih mak. Joe amat terharu. Jika itu doa mak pada Joe, begitu juga doa Joe. Tetapi mak, koma tidak pernah menjanjikan harapan apa-apa. Apatah lagi kalau telah terlantar di wad ICU ini. Joe dapat mendengar berita kematian pesakit lain hampir setiap hari. Giliran Joe bila pula mak?
Yang paling Joe sedihkan dalam keadaan ini, Joe tak mampu menunaikan sembahyang biarpun hati Joe meronta-ronta ingin melakukannya. Joe rindukan kekhusyukan dan bermunajat. Joe tidak berdaya, hanya mampu berzikir di dalam hati. Joe tak ubah seperti mayat yang kejang, bezanya Joe masih lagi bernyawa dan lemah. Itu pun kerana dibantu oleh alat pernafasan. Kalau tidak, mungkin telah ada penghuni di sebelah kubur ayah kan mak? Suatu waktu dahulu Joe pernah bergurau. Joe minta agar tempat di sebelah pusara ayah itu disimpankan khas untuk anak sulungnya ini. Nampaknya gurauan itu akan menjadi kenyataan.
Mak, sebenarnya Joe lapar. Telah lama Joe tidak menjamah makanan seperti manusia lain. Hanya air yang dimasukkan ke dalam badan. Hampir Joe lupa bagaimana rasanya nasi dengan ikan tamban kering. Badan Joe seperti ikan dikelar di sana sini, mak. Seksa! Nasib baik mak tidak melihat di bawah baju biru yang menutupi tubuh Joe ini, jika tidak, tentu mak akan pengsan melihat kesan jahitan yang memanjang dari dada ke pusat. Perut Joe juga ditebuk. Joe bagai bahan uji kaji. Joe terlalu kerap dibedah untuk mengurangkan kesakitan. Namun, makin berat rasanya tanggungan Joe ini.
Joe paling rindukan lempeng kelapa yang selalu mak masak dulu. Selalunya selepas hujan mak akan masak. Baunya saja sudah cukup membuatkan kami berkejar ke dapur. Cecah dengan gulai semalam atau dengan gula saja sudah membuka selera kami adik-beradik. Masa kecil dulu apabila hujan lebat, lawan dengan lempeng dan kopi panas boleh lupa dunia dibuatnya. Tetapi mak tak kira, baik hujan ataupun tidak, lepas sahaja makan Joe, Ezani dan Atikah mak ingatkan supaya pergi mengaji Quran di rumah Ngah Senah. Mak kata kalau malas mengaji akan masuk neraka jahanam. Siapa rajin pula akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mati kelak.
Masa itu Joe tidak tahu sangat apa sebenarnya syurga atau neraka. Yang Joe tahu lebih baik masuk syurga daripada neraka. Mak kata dalam neraka berisi api. Joe ngeri mendengar cerita mak masa tu. Joe memang memasang angan-angan mahu masuk syurga sejak kecil lagi tetapi sekarang di manakah Joe akan ditempatkan, mak?
|
|
|
Post by StRiDeR on May 17, 2004 23:35:34 GMT 8
Dalam hujan itu Joe dan Ezani akan berlari-lari sampai ke laman dan akan memotong pelepah pisang untuk menggantikan payung. Atikah akan menjerit-jerit apabila ditinggalkan. Masa itu dia masih kecilkan mak? Atikah adik yang baik. Joe tahu Atikah cukup risau jika dia tidak dapat pulang dari Virginia untuk melihat Joe. Tak apalah mak, beritahu kepada dia supaya bertenang menghadapi peperiksaannya di universiti. Jangan sampai Atikah terganggu. Jika dia tak sempat melihat Joe sebelum Joe menutup mata pun tak apa, mak. Dia tidak pernah bersalah apa-apa dengan Joe. Joe sentiasa mendoakan kejayaan dia mak.
Belajar mengaji di rumah Ngah Senah memang mengembalikan nostalgia yang abadi. Masa tu Joe sempat menjeling ke arah Mashitah yang ayu. Matanya yang redup, menyenangkan hati Joe. Siapa sangka bila besar, kami akan belajar di universiti yang sama.
Mulanya Mashitah tidak bertudung seperti sekarang. Dia senang melepaskan rambutnya yang keperangan itu dihembur angin. Dia memang cantik. Dengan kemilau matanya yang redup membuat semua siswa kagum dan siswi cemburu. Tetapi satu hari pada bulan puasa yang lalu, dia bertanyakan kepada Joe mengenai aurat. Joe terangkan kepadanya. Alhamdulillah, gadis yang bergelar ratu di kampus itu terbuka hatinya untuk menutup aurat.
Selepas perubahan itu semakin ramai yang menggilai dia, mak. Joe tahu dia menyukai Joe tetapi nalurinya sebagai perempuan menghalangnya untuk meluahkan apa-apa. Setiap tutur katanya tetap abadi di hati Joe. Dia terlalu istimewa.
Joe yang harus memulakannya. Terus-terang Joe katakan kepadanya yang Joe tak mahu berpelesiran seperti orang lain. Cinta tidak semestinya bebas berpegangan tangan dan melampaui batas. Joe meminta mak menghantar wakil ke rumahnya dan kami ditunangkan ketika sama-sama masih dalam tahun tiga. Joe juga yang mencadangkan agar kami bernikah terlebih dahulu sebelum berlaku sesuatu yang tak elok.
Mashitah bersetuju saja tetapi keputusan Joe memutuskan pertunangan mengejutkan seluruh keluarga kita dan Mashitah. Sedangkan tarikh pernikahan hanya tinggal dua minggu saja lagi. Maka bermulalah titik hitam dalam hidup Joe. Mashitah memang baik, dia langsung tidak menyoal mengapa Joe memutuskan pertunangan ini. Katanya dia faham. Joe tidak akan membuat keputusan itu jika tidak kerana terpaksa. Katanya lagi, soalan mengapa Joe memutuskan pertunangan hanya akan mengeruhkan keadaan.
Dalam riuh rendah orang mempersoalkan keputusan Joe, terlihat juga air mata berderai dari matanya yang redup dan sayu. Maafkan Joe, Mas. Joe tak mahu Mashitah sama-sama berkongsi derita jika terus hidup bersama-sama Joe. Barah paru-paru bukan mainan. Biar semua orang mencemuh Joe kerana mereka tidak faham apa yang Joe alami. Hanya Mashitah yang tidak memprotes dan akhirnya dia tahu juga apa yang Joe tanggung selama ini. Empat tahun telah berlalu, pertunangan yang tidak sampai ke akhirnya, tetapi Mashitah masih belum menerima sesiapa lagi. Baik benar dia, mak. Seharusnya dia menerima seorang suami yang baik, bukan seperti Joe yang hanya menghitung saat. Joe relakan dan berharap agar dia bahagia.
Mak, sampaikan juga salam Joe kepada Jali dan Nawawi. Kawan sejati yang sanggup berkongsi suka-duka dengan Joe. Susah payah mereka mengumpulkan wang bagi membiayai pembedahan Joe akan sentiasa Joe kenang. Jali, yang sama-sama ketika kecil terjun ke sungai dari atas pokok sena. Nawawi, yang sama-sama mencuri jambu air sewaktu balik dari sekolah. Masa tu darjah dua. Habis sekampung, kami dikejar Pak Andak Idris. Halalkan jambu yang Joe makan, Pak Andak Idris.
Jantung Joe semakin lemah sekarang, mak... ... degupannya kini tinggal satu-satu. Alat bantuan pernafasan yang disogokkan ke dalam mulut Joe amat menyeksa diri ini, mak. Kalau Joe masih berdaya, mahu saja Joe bangun meragut semua kesengsaraan ini. Tetapi... ... .
Lidah Joe terjelir keluar dan seluruh bibir Joe menjadi lebam kerananya, mak. Kadang-kadang Joe sendiri gerun dengan segala peralatan ini tetapi apa yang dapat Joe lakukan? Hidup Joe sekarang bergantung pada mesin ini. Joe semakin sedar akan hakikat kematian.
Seawal jam 2.45 pagi, doktor muda itu terburu-buru menyuruh pembantunya memanggil mak yang terlena di luar wad. Doktor itu menyuruh seorang jururawat menelefon keluarga di rumah. Hati Joe bagai dipalu dengan kepedihan apabila dia berpesan yang keluarga di rumah boleh membawa surah Yasin untuk dibacakan kepada Joe yang terbaring. Apa tandanya itu, mak? Joe akan pergi, bukan?
Alangkah berat rasanya kenyataan ini, mak. Joe semakin reda dengan kenyataan ini. Jika dipanggil tika ini, Joe akur. Mak masuk ke dalam bilik Joe dengan baju hijau khas dan selipar getah hospital. Mata mak bengkak. Mak, janganlah menangis. Ampunkanlah dosa Joe, mak. Mak tersedu-sedu, Joe semakin pilu dan diamuk gelora yang menyeksa. Mak menghampiri lalu mengucup dahi Joe. Mak, alangkah baiknya jika Joe dapat berkata-kata.
Mak genggam tangan Joe, sayangnya Joe tak mampu membalas. Genggaman itu terlerai begitu saja. Degupan jantung Joe semakin lemah. Izinkan Joe pergi, mak. Ezani pula sampai dengan tergesa-gesa. Dia membisikkan dua kalimah syahadah di cuping telinga Joe. Joe mengikut menyebutnya walaupun hanya di dalam hati. Dada Joe makin berombak kan, mak? Mata mak juga merah, mata Ezani juga merah. Hati Joe? Berdarah mak!
Mati? Bersediakah Joe? Bagai ada duri tajam yang ditarik di dalam tubuh Joe hingga Joe tidak tertanggung kesakitannya. Allah... ... rintih Joe. Joe ingin pergi dalam iman.
"Mak halalkan air susu mak pada kamu, Joe. Mak ampunkan dosa kamu dunia dan akhirat. Mak relakan pemergian kamu, Joe. Kamu tidak berhutang apa-apa dengan mak... ... .."
Jiwa mana yang tidak pilu mendengar bisikan daripada seorang yang pernah melahirkan dan membesarkan kita. Joe tahu air mata Joe mengalir dari kelopak mata yang terpejam. Joe tahu Ezani menyeka air mata Joe dengan hujung jarinya. Joe juga tahu denyutan nadi Joe telah jatuh di bawah paras normal. Joe tidak punya harapan lagi. Ampunkan Joe, mak. Doakan Joe, mak... ... ...
Wad ICU, Hospital Universiti 15 Disember, 3.00 pagi
|
|
|
Post by KomOt on May 18, 2004 15:20:03 GMT 8
Sejak akhir akhir ini kes rogol dan pencabulan semakin kerap dibincangkan dimana-mana. Takziah kepada mangsa serta keluarga mangsa di atas musibah yang menimpa. Saya dapat merasakan kesedihan, keperitan dan derita yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat hanya disebabkan oleh kelakuan sampah masyarakat yang tidak berperi kemanusian. Ini adalah kerana saya sendiri pernah mengalami kes pencabulan yang kini masih dalam proses perbicaraan. Persoalannya, mengapa mereka (perogol) ini tidak pernah serik? Maklumat diberi oleh Polis Bukit Aman mengikut sumber program 999 di TV3, 4 orang mangsa dirogol setiap hari. Saya ingin meluahkan rasa kecewa saya untuk pandangan pihak berkuasa dengan tujuan mengkaji semula proses pengadilan berkenaan kes ini. Jika kes rogol dibicarakan, hukuman penjara dan sebatan maksimum sekarang masih tidak memadai. Takutkah mereka dengan hukuman tersebut? Jika takut kenapa kes tersebut masih berleluasa? Bagaimana pula kes cabul? Hukuman lebih ringan dijatuhkan. Tapi apakah pihak berkuasa boleh menjamin 100% bahawa pesalah tersebut tidak lagi melakukan perkara tersebut? Berbaloikah hukuman 20 tahun berbanding derita seumur hidup mangsa? Kedua proses perbicaraan yang cukup lama. Saya percaya ramai lagi mangsa rogol atau cabul tidak dilaporkan dan dibiarkan begitu sahaja. Kes saya yang dilaporkan pada akhir 2001 sehingga kini masih belum dibicarakan. Sudah 4 kali ditangguh dan hanya sebutan kes dan lantikan peguam sahaja yang berjalan. Malah yang menyakitkan hati saya pesalah tersebut selepas seminggu dipenjara dan diikat jamin masih bebas bekerja di sebuah institusi pengajian. Apabila dirujuk kepada pegawai yang menyiasat, pesalah hanya akan diberhentikan kerja apabila kes selesai dan mendapati bersalah. Hampir 3 tahun lamanya saya tersiksa menunggu proses perbicaraan selesai. Selama itu juga kes ini mengganggu kehidupan dan kerjaya saya. Kini saya sudah berkahwin dan dari kata-kata pegawai penyiasat berdasarkan kes-kes yang sebelumnya, kes ini mungkin akan berlanjutan sehingga bertahun-tahun lamanya. Sudahlah memikirkan aib yang akan ditanggung apabila disoal perkara-perkara sulit kelak, malah perbicaraan ini juga berlangsung dihadapan hadirin untuk kes-kes lain di bilik dan waktu yang sama. Hasrat saya, pihak berkuasa buatlah sesuatu perubahan yang drastik bagi memastikan pesalah rogol dan cabul ini diadili sekeras-kerasnya. Ini dapat memastikan hukuman berat tersebut setimpal dengan kelakuannya, sekaligus dapat menakutkan pesalah dan mengelakkan kejadian seumpamanya berulang ke atas insan yang lain. Sekian.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 21, 2004 16:00:58 GMT 8
KETAHUI PERSONALITI ANDA
Antara 5 bentuk berikut, sila nomborkan mengikut kesukaan anda dari no 1-5... .
- segitiga - bulat - segiempat sama - segiempat tepat - squiggle (lebih kurang btk ombak)
pilih dulu mengikut kesesuaian anda... ...
TAFSIRAN... ... .
Orang yang memilih segitiga no. 1... ..dia merupakan seorang pemimpin atau bakal pemimpin yang baik jika diberi peluang. Dia bijak mengendalikan tugasan dan pandai memberi arahan.
Bulat no. 1; Orang ini merupakan orang yg tidak suka bersendirian. Dia suka bekerja dalam kumpulan. Baginya pendapat lebih ramai orang adalah lebih baik. Dia mempunyai semangat berpasukan yang kuat.
Segiempat sama no.1; Orang jenis ini adalah seorang yang skema. Melakukan kerja mengikut susunan dan aturannya. Tidak sukamelangkau-langkau keje. Tidak suka melakukan kerja lain selagi tidak sdisiapkan kerja sebelumnya.
Segiempat tepat no. 1; Unpredictable. Sukar diramal. Orang jenis ini mudah berubah mengikut mood. Agak dikuasai emosi. Orang disekeliling perlu berhati-hati dengan orang jenis ini, kerana mgkin mereka akannaik marah dengan tiba2.
Squiggle no. 1; Orang jenis ini menginterpretasikan diri mereka cantik atau kacak. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri mereka. Sangat menghargai diri dan pandai bergaul.
Bentuk yang dinomborkan 1-3 adalah ciri yang paling dominan dalam diri anda... ..So... .dimanakah anda? Selamat mencuba.
|
|
|
Post by feimaumania on May 22, 2004 17:03:53 GMT 8
ye la..ape la ko ni..otak kuning tul.. ye kot...lg pun aku tgh berkahak..hahahahakkkktuiiiii...uwekkkzzzzz
|
|
|
Post by KomOt on May 24, 2004 0:35:19 GMT 8
ape la masalah ko yg sebenarnye ni?? ko tertekan ke??
|
|
|
Post by StRiDeR on May 25, 2004 20:18:30 GMT 8
|
|
|
Post by enigma on May 27, 2004 7:01:15 GMT 8
Teleskop terbesardi dunia telah dibina di utara Chile. Ia menggunakan empat cermin berukuran 8.13 meter yg bersamaandengan sebuah cermin berukuran16 meter
|
|
|
Post by StRiDeR on May 27, 2004 9:19:55 GMT 8
Tahukah Anda!
Kepala
Jika kulit kpala bgerak2,alamatnya anda akan mdpt pkerjaan & ssuatu yg blh mbanggakan keluarga & skiranya kpala kanan bgerak2 mnandakan anda akan dikhianati @ se2org yg iri hati & jika kpala kiri bgerak2,se2org itu akan mdpt harta @ pujian dr sahabat mahupun kluarga.
Mata
Jika ekor mata kanan bgerak2 mnandakan anda akan mlihat org yg jauh & jika ekor mata kiri bgerak2 alamatnya anda akan mdpt sakit spt demam @ penyakit2 ringan.
Hidung
Jika hidung kanan bgerak ia bmaksud anda akan mnemui musuh & skiranya hidung kiri yg bgerak se2org akan tlps dr bbanan spt hutang.
Telinga Cuping telinga kanan bgerak2 mnandakan anda akan mperolehi durian runtuh.Jika cuping telinga kiri pula mnandakan anda akan btemu dgn sahabat lama @pun adik-bradik yg bjauhan.
Bibir
Sekiranya bibir kanan bgerak mnunjukkan anda brada dlm keadaan aman mnakala jika bibir kiri atas bgerak mnandakan anda akan mnerima brita baik.Kedua2 bibir bgerak mnandakan akan btemu kkasih.
Lidah&Lelangit
Blainan pula dgn gerak lidah ia mberi alamat anda akan mperoleh harta.Llangit mulut bgerak mnandakan org itu mngalami masalah yg bpjgan.
Kerongkong
Krongkong kanan bgerak mnandakan anda dlm phatian & mperoleh kbaikan drpdnya. Sbaliknya jika krongkong sblh kiri mnandakan anda akan mperoleh durian runtuh.
Bahu
Gerak bahu kanan mnandakan anda akan mdpt ptlgan jika kiri anda akan naik pangkat scara mdadak.
Siku
Jika siku kanan bgerak alamatnya kbaikan jika geraknya lama pula maksudnya kburukan.Jika siku kiri bgerak maksudnya anda akan mdpt sakit.
Telapak Tgn
Jika telapak tgn kiri bgerak mnandakan anda akan mperoleh emas @pun prk.Jika 4 jari tgn kanan bgerak mnandakan harta akan diperolehi.
Telunjuk
Telunjuk kiri bgerak mnandakan rahsia akan tbongkar.Kelingking kiri bgerak mnandakan anda akan mdengar nasihat drpd org jahat.
Dada
Jika dada kanan bgerak mnandakan anda akan mdpt kkasih.Sbaliknya jika dada kiri bgerak anda akan mperoleh ktenangan hati.
Rusuk
Rusuk kanan bgerak mnandakan tlps drpd pnyakit bhaya.skiranya rusuk kiri yg bgerak se2org akan mperoleh harta kkayaan.
Pinggang
Jika bhgn kanan pinggang bgerak se2org akan mdpt kbaikan @ klebihan mlbhi drpd anggota badan yg lain & jika pinggang kiri yg bgerak anda akan mperoleh isteri.
Kaki
Jika pgelangan kaki kanan bgerak mnandakan ada org yg bhasad dengki.Jika kaki kiri pula akan mdpt kbaikan.Jika kaki @ tapak kaki anda bgerak mnandakan ada org yg mnaruh dendam @ anda akan mdpt ksakitan.Sblknya jika tapak kaki kiri yg bgerak anda akan mperoleh kkayaan.Sekiranya 4 anak kaki kanan bgerak mnandakan anda akan mdengar khabar berita sakit.Jika telunjuk kaki kanan bgerak anda sorg yg bhati mulia.Kelingking kaki kanan bgerak mnandakan anda akan mdpt pakaian baru.
Sekadar hiburan sahaja... ... ...
|
|
|
Post by KomOt on May 27, 2004 11:45:56 GMT 8
hidung pn leh gerak sebelah je?? hahahaha...cam pokaiboi..aku dh try dh,tak gerak pn hidung kiri atau kanan aku..hahhahaha..
|
|