|
Post by StRiDeR on May 27, 2004 17:50:12 GMT 8
hidung pn leh gerak sebelah je?? hahahaha...cam pokaiboi..aku dh try dh,tak gerak pn hidung kiri atau kanan aku..hahhahaha.. tah laa...sejauh mana kebenaran nya, x dapat dipastikan...lagi pun nie hanya utk suka2 jerk...
|
|
|
Post by feimaumania on May 28, 2004 7:55:15 GMT 8
komot...die kan suke mencube...bende baru...
|
|
|
Post by feimaumania on May 28, 2004 8:20:19 GMT 8
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran. Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3.Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. -Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam,tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu.Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkanbuku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul.Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
|
|
|
Post by enigma on Jun 2, 2004 11:14:05 GMT 8
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser. > > > > 1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya >memakan > > satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan >mendatangkan > > kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu >keadaan > > yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen > > > > 2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana >anda > > akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. > > > > 3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). > > Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba > > tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan >tunggu > > sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut > > keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of >Singapore". > > > > 4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi > > periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan >dalam > > shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. >bahan > > ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini >bukannya > > jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo > > 5,Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran >body > > shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal >Essence > > adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara >tunggal. > > Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan >dari > > mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak >boleh > > melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan > > yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta >Colgate & > > Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk > > penghasilan busa. > > > > 5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, > > koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari > > selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang > > seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang >doktor.Keluarga > > saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu > > berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee > > segera tidak > > melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan >terdahulu > > melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). >Beberapa > > tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk > > memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya >beliau > > disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee >segera.Doktor > > juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk >membersihkan > > wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara >dari > > SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, >Dia > > tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap >barah > > dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera >bolehlah > > diistilahkan sebagai "makan untuk > > mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill! > > > > 6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan > > kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw >minuman. > > Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah >straw > > yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan >apabila > > plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti >bawang > > tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah > > kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam > > masa > > yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang >anda > > sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi. > >
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 2, 2004 12:33:45 GMT 8
sila amik perhatian!!!Assalamualaikum Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah: Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya". Wassalam. ini ialah gamba molekul akir zam-zam tersebut...lihatlah betapa berkuasanya Allah menciptakan air ini.... good info..tp atok dah post kat islamic part..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 2, 2004 12:37:57 GMT 8
ape lah yg dibuat oleh si alien ni kat bumi ye?
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 2, 2004 12:41:38 GMT 8
ni aku ade topik pasal murtad lagi.. Hasnah, Pelajar Melayu Murtad Di USA- Rakaman Ucapan & Photograph. Dah almost 20 tahun dia tinggal kat US dan convert to Kristian.. Dah kawin mat saleh, dah tukar personaliti, rambut pun dah tukar colour,semuanya dah jadi macam orang Yahudi.. cuma yang masih tinggal cuma namanya saja.tak tahulah kenape dia nak kekal yang ini.. Dengar pengakuan dan kebanggaannya yang tak terhingga kerana tinggalkan Islam dan convert Kristian. Siap kutuk lagi... nama pelajar : HASNAH asal : malaysia keluarga : 12 adik beradik, ayah sorang alkoholik melajutkan pelajaran : Kansas State Universiti,USA mengapa keluar islam? : KESUSAHAN & KEPERITAN HIDUP MASA LAMPAU YANG DILALUINYA.... adakah ini satu alasan yg rasional? Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam yang berasal dari malaysia bernama Hasnah di USA. Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar.Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah saya rasa amat marah,kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu.Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian. Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini.Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan,kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri,keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah.Bagaimanapun,saya ambil kisah ini sebagai satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya.Tidak menolongnya. Walauapapun, alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima.Sebagai org islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan,kita patutlah bersyukur.Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar,tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap hambanya.Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya.Sayang sekali,bukan itu yg Hasnah nampak. Membuat saya terfikir,mungkin ada org disekeliling kita,mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi.Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal.Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka,sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah.Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yang lain utk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg diambil oleh musuh islam untuk memesongkan kita.Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan.Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur.Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. Insyallah. p/s: kalau nk dgr ucapan dia ni,antar email korang kt pm aku..nanti aku fwd kt korang..siap ade gambar pompuan laknat ni lagi..ok?? iyer?tolong postkan kat email atok.. atokensem@yahoo.com ok?
|
|
|
Post by KomOt on Jun 2, 2004 17:28:58 GMT 8
iyer?tolong postkan kat email atok.. atokensem@yahoo.com ok? opss..saya baru je delete email tu..ingatkan takde org berminat dh..semua wat tak tau je..cam takde minat nk amik tau perkara2 camni..sori ye tok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 7, 2004 12:17:15 GMT 8
opss..saya baru je delete email tu..ingatkan takde org berminat dh..semua wat tak tau je..cam takde minat nk amik tau perkara2 camni..sori ye tok.. la..mcm tu lah plak..atok baru nak tgk!tp takpela..its ok!
|
|
|
Post by feimaumania on Jun 15, 2004 8:57:40 GMT 8
ape2 yg ade tu..hulur2 la...jgn mkn sorang je...same2 la kite yek...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 17, 2004 4:59:19 GMT 8
ape2 yg ade tu..hulur2 la...jgn mkn sorang je...same2 la kite yek... mcm nasi lak ye?
|
|
|
Post by feimaumania on Jun 17, 2004 9:36:36 GMT 8
ala ala la...
|
|
|
Post by KomOt on Jun 23, 2004 4:39:56 GMT 8
MATAHARI sudah segalah meninggi. Cahayanya menerobos masuk ke kamar tidur Azura. Mungkin kerana panas mentari yang menyuluh ke wajahnya, memaksaAzura membuka mata dengan malas, mencari-cari jarum jam yang sedang menarikan tarian waktu.
“Sudah pukul 12.40 tengahari!! Alamak!! Aku janji dengan diorang pukul 11.00 pagi,” telefon bimbitnya di capai lalu dihidupkan. Isyarat bunyi telefon bimbit itu memenuhi ruang yang sunyi.
“1 pesanan diterima, ” tertera di skrin.
“Wei Puteri! Kau kat mana? Kami dah tak boleh tunggu ni. Cuba call tapi tak dapat. Jumpa kat Kotaraya, ok? Bye!” Pesanan ringkas dari Allin. Zetty dan Allin adalah kawan baik Azura. Ketiga-tiga mereka adalah anak orang berada yang punya segala-galanya, kecuali kasih sayang keluarga.
Azura seorang anak yang bertuah. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berada, tinggal di kawasan elit di Shah Alam. Ayahnya, Dato’ Kamarudin adalah seorang ahli perniagaan dalam bidang hartanah manakala ibunya berjaya mencipta nama sebagai tuan punya butik yang terkenal di ibu kota.
Dato’ Kamarudin dan Datin Salmah sentiasa sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing. Kedua mereka sentiasa saja tiada di rumah. Kalau adapun, sama juga seperti tiada. Jurang kemesraan antara mereka telah lama tercipta. Anak tunggal mereka, Azura ditinggalkan di bawah asuhan Mah Mah, orang gaji mereka yang telah bekerja dengan mereka semenjak Datin Salmah mengandungkan Azura lagi, kira-kira 24 tahun yang lalu.
Azura bukan saja cantik, tetapi juga bijak. Azura adalah lepasan IPTA, malangnya dia lebih suka menghabiskan masanya dengan bersuka ria tanpa mengisi masa dengan sesuatu yang berguna. Bagi Azura, dia tidak perlu bersusah payah, kerana elaun bulanan yang diterima dari ibu dan bapanya melebihi pendapatan seorang eksekutif di syarikat ayahnya.
“Mak Mah! Mak Mah! Isk.. ke mana pula orang tua ni. Aku dah terlambat ni. Nanti pasti Zetty dan Allin marah kat aku. Isk! Mak Mah!” ngomel Azura, apabila di dapatinya Mak Mah tiada di dapur.
“Ya Zura! Mak Mah ada kat belakang tadi, sayang. Kenapa? Ada apa-apa yang Mak Mah boleh bantu?” terkocoh-kocoh Mak Mah, muncul dari belakang dapur.
“Mak Mah, hari ini, Zura tak balik, ya. Zura tidur di rumah Allin. Kalau papa dan mama balik, tolong bagitau mereka ya, Mak Mah. Itu pun kalau mereka bertanya…” kecewa nada suaranya.
“Tak nak makan dulu? Mak Mah dah masak dah.”
“Tak nak la Mak Mah. Zura nak cepat nie.”
“Zura jaga diri baik-baik, ya. Mak Mah akan cakap sama papa dan mama kalau mereka pulang. Tapi, rasanya, mama cuma akan balik lusa, dan papa minggu depan. Kan papa sekarang ada di luar negara?” lesu Mak Mah mengingatkan Azura.
“Ye lah, Mak Mah. Tak kisahlah. Ok, Mak Mah. Bye!”
Mak Mah tersenyum tawar. Matanya menghantar pemergian anak itu. Kasihankan si Azura, anak yang beruntung pada zahirnya, malang hakikatnya.
Azura besar di bawah asuhan Mak Mah, dan kerana itulah Azura agak rapat dengannya. Azura tahu, Mak Mah adalah satu-satunya insan yang memahami dan mengambil berat tentang dirinya dan tempat untuk mengadu. Walaupun begitu, Mak Mah hanya mampu mencurahkan kasih-sayang seadanya saja. Azura bagaikan kuda yang liar. Hanya datang bila dia mahu, pergi tanpa memberitahu. Azura dari kecil lagi lebih suka bersendiri, keras hati, degil dan sombong. Mungkin kerana diulit kemewahan, maka dia lupa, bahawa manusia sebenarnya adalah hamba. Azura dimasukkan ke sekolah berasrama semenjak ber umur 13 tahun, dan semenjak itu Azura juga amat jarang berada di rumah. Dia dididik hanya dengan pembangunan material, dan dilupakan langsung pembangunan rohaninya.
====================================
DI SEBUAH perkampungan setinggan di pinggir bandaraya, kelihatan seorang wanita tua membawa tongkat, berjalan dengan penuh berhati-hati. Dia menggalas sebuah beg yang kelihatan membonyot isinya, tetapi tidak membebankan kepada pembawa. Mak cik Siti, dalam perjalanan menuju ke stesen komuter untuk ke Kotaraya, tempat dia mencari rezeki.
Tiba-tiba, sedang dia melintas jalan, terdengar satu bunyi hon yang kuat diikuti pula dengan bunyi brek yang mengejut, menandakan kereta itu dipandu dengan laju. Kemudian, kereta mewah itu berhenti di pinggir jalan. Keluar seorang gadis yang sedang berang, meluru ke arah mak cik Siti dan dimarahnya mak cik Siti.
“Hoi orang tua! Buta ke! Nak lintas jalan tengok la kiri kanan dulu!” Kasar suara gadis itu memarahinya.
“Maafkan mak cik, nak. Mak cik memang buta.. err…”
“Oh, memang buta rupanya…hah, kalau dah buta tu, buat la cara buta! Ini tidak, menyusahkan orang saja! Kalau aku terlanggar kau tadi, siapa nak bayar kos nak baiki kereta aku tu?! Huh! Tak sedar diri punya orang! Ni mesti nak pergi minta sedekah ni. Hei, orang macam kau ni, buat semak aje KL tu! Sudahlah! Malas nak layan!” Gadis itu dengan angkuhnya mengherdik mak cik Siti.
Selepas memuntahkan kemarahannya, gadis itu berlalu dengan kereta mewahnya, meninggalkan mak cik Siti yang tergamam dengan peristiwa yang tak pernah disangka-sangka.
Mak cik Siti berdiri kaku di pinggir jalan. Pilu hatinya dihina sebegitu rupa. Mak cik Siti bukanlah seorang peminta sedekah. Tetapi, dia menjual tisu. Dia mencari rezeki dengan cara yang halal.
“Ya, Allah.. Ampunilah segala dosaku… tabahkanlah hatiku untuk menghadapi ujian dariMu ini, ya Allah.. Selamatkanlah perjalanan ku ini, Ya Allah…” Doa mak cik Siti dalam hati.
Dikesatnya air mata dengan hujung lengan baju kurung lusuhnya. Mak cik Siti buta sebelah mata kanan dan kabur di sebelah mata kiri. Mak cik Siti hanya tinggal bertiga dengan anaknya yang berusia 21 dan 18 tahun. Suaminya telah meninggal dunia, semenjak anak bungsu mereka berusia 3 tahun setelah mengidap batuk kering yang kronik. Anaknya yang sulung, Burhan, mengalami down syndrom, manakala Husin yang bungsu pula lumpuh kerana mengidap demam panas semasa kecil.
Hidup mereka begitu sempit. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun tidak mengharapkan belas ehsan dari orang, tetapi, tidak putus-putus datang bantuan untuk meringankan beban mak cik Siti sekeluarga. Meskipun begitu, mak cik siri tetap berusaha. Walaupun pendapatan yang kecil, namun menjual tisu adalah salah satu usahanya untuk dia tidak menadah tangan secara percuma memohon simpati orang ramai.
Mak cik Siti membuang rawan di hati. Terus saja dia melintas jalan dan meneruskan langkah ke destinasi yang dituju, dengan lebih berhati-hati.
|
|
|
Post by KomOt on Jun 23, 2004 4:40:58 GMT 8
AZURA gelisah menanti. Jam di tangannya di lihat berkali-kali, seperti tidak puas hati dengan masa yang dirasakan terlalu lambat berlalu. Jarum jam menghampiri angka 4.00 petang. Penat Azura menanti sendirian di restoran makanan segera yang berhadapan pusat membeli-belah, Kotaraya. Jangankan batang hidung, bayang Allin dan Zetty pun tak nampak. Pesanan ringkas yang di hantarnya tidak berbalas. Telefon pun tidak diangkat. Apalah yang telah terjadi pada kedua kawan karibnya itu.
Hatinya masih lagi marah. Berombak nafasnya. Fikirannya masih terbayang wajah orang tua yang hampir di langgarnya tadi. Geram sungguh dia. Hatinya menyumpah-nyumpah mak cik Siti. Entah kemanalah hilangnya rasa simpati dan ehsan di jiwanya. Marah bertambah marak dengan sikap kawan karibnya itu.
Dia mencuba sekali lagi. Akhirnya, panggilan Azura berjawab.
“Hello… Azura…” suara Allin di talian.
“Hello! Hei, kemana korang dua pergi, hah! Puas aku tunggu kat Mc Donald ni, dah naik kembung perut aku minum Coke. Korang kat mana hah! Kenapa tak datang-datang lagi ni! Ingat aku tunggul apa tunggu kat sini sorang-sorang!” tanpa cuba mendengar penjelasan dari Allin, Azura terus saja menghamburkan kemarahan yang meluap-luap. Semua pelanggan di restoran makanan segera menoleh ke arahnya. Azura tidak peduli.
“Zura, kami…” Allin masih cuba untuk menerangkan keadaan yang sebenarnya.
“Kau tahu tak, Lin, aku ni, hampir terlanggar orang kerana nak cepat tau! Semua ni korang la punya pasal. Kenapa tak tunggu aku kat PKNS tadi? Lain kali, kalau nak buat gini lagi, jangan ajak aku la!!” Syaitan masih terus menguasai Azura. Merah matanya dan suaranya kasar. Butang merah di telefon bimbitnya ditekan. Memutuskan talian.
Azura segera keluar dari restoran itu. Dia meredah lautan manusia di sepanjang jalan, menuju ke parking lot, untuk pulang. Langkahnya tergesa-gesa. Dia terlalu marah, hingga tidak menyedari ada seseorang yang mengekorinya.
Tiba-tiba..
“Tolong!! Tolong!! Ada orang ragut beg saya!! Tolong!! Tolong!!” kelekaan Azura akhirnya membawa padah. Malangnya, jeritan tiada seorangpun yang mengendahkannya. Orang sekeliling hanya memerhatikan saja peristiwa itu umpama sedang menyaksikan satu penggambaran lagaknya.
Azura terduduk. Semua barang berharga ada dalam beg tangannya. Kunci kereta, dompet, telefon bimbit dan segalanya. Dia melihat sekeliling. Orang yang memerhati tadi sudah beredar. Tidak seorangpun yang menghulurkan bantuan walaupun ada riak simpati di wajah mereka. Azura sedar kini dirinya tak punya apa-apa. Di tengah kota metropolitan itu, dia hanya tinggal sehelai sepinggang. Tiada sesen pun dalam poketnya, buat tambang untuk balik, ataupun untuk menghubungi sesiapa. Azura kebingungan.
“Nak.. bangun, nak.” Mak cik Siti tunduk, memaut lengan Azura dan membantunya bangun.
Azura mendongak. Rasanya seperti roda yang sedang berputar, dia terkejut. Orang tua yang di hina tadi kini sedang membantunya yang mengharapkan bantuan. Lama wajah mak cik Siti direnungnya. Tidak percaya, tadi dia dengan angkuh memarahi dan mencaci mak cik Siti, sekarang, dengan penuh ikhlas hati, Azura dibantu oleh insan yang dihinanya tadi. Tertunduk malu, tadinya dia berada di atas, kini keadaan sudah bertukar. Dalam diam, Azura menangis.
“Sudah la nak. Nama mak cik, mak cik Siti. Mak cik nampak apa yang terjadi, nak. Mak cik ni nampak sikit-sikit. Sabarlah nak. Ni mungkin ujian Allah terhadap kita.” Mak cik Siti cuba memenangkan Azura.
“Anak ni yang hampir-hampir melanggar mak cik tadi, kan? Maafkanlah mak cik, nak. Mak cik tak sengaja tadi. Mak cik tak sempat pun nak minta maaf, anak dah pergi. Nama anak siapa?” tanya mak cik Siti, ikhlas.
“Maafkan saya, mak cik..” Azura sudah tidak mampu membendung kesedihan dan kekesalannya. Di peluknya mak cik Siti, sebagai tanda memohon kemaafan.
“Saya kesal kerana menghina mak cik tadi. Mungkin inilah balasan Tuhan kepada saya, mak cik. Maafkan saya, mak cik,” berulangkali kalimah maaf dilafazkan.
“Tak apalah nak. Kami memang orang susah, tapi kami tidak minta sedekah. Mak cik harap, selepas ini, anak tidak akan menghina sesiapa lagi. Ambillah pengajaran dari apa yang telah terjadi. Sombong itu bukan sifat yang patut kita ada, nak. Kita hanyalah hambaNya. Anak belum bagi tahu nama anak?” lembut kata-kata mak cik Siti, benar-benar menyentap jantung Azura. Luruh segala marah dan sifat sombong serta angkuh yang telah lama bersarang dalam jiwanya.
“Nama saya Azura, mak cik. Terima kasih kerana bersimpati dengan saya. Nampaknya, terpaksalah saya ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan dan meminta bantuan. Saya sekarang tak punya apa-apa untuk pulang ke rumah. Mak cik, terima kasih dan maaf, ya!” suara Azura sayu dan lembut. Sudah tidak seperti semasa dia sedang menyinga memarahi mak cik Siti tadi.
“Mari mak cik temankan Azura. Pondok polis tidak jauh dari sini. Ambillah duit ni, nak, buat tambang balik atau menghubungi sesiapa, maaflah, tak seberapa. Ini aje yang mampu mak cik tolong.“ mak cik Siti menghulurkan duit sebanyak lima belas ringgit kepada Azura.
“Mak cik….”
Azura terpukul dengan sikap baik hati mak cik Siti. Selepas ini, pasti, Azura tidak akan sombong lagi. Angkuhnya, sudah hilang!
|
|
|
Post by KomOt on Jul 15, 2004 9:02:23 GMT 8
nih aku dapat kt email aku..korang baca la yek..
Bacalah ,utk pengetahuan
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani.Segala puji bagi Allah jalla wa azza. Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w.
[kisah ini adalah kisah benar seorang kenalan saya] sekadar untuk pengetahuan..
2-3 bulan lepas saya dipanggil untuk menghadiri temuduga sebagai kerani di UIA gombak. agak ramai jugak yang memohon semasa saya ambil borang permohonan dulu. masa hari temuduga tu saya lihat senarai nama tinggal 7 orang.. mungkin 7 orang pada hari tu saje atau 7 orang untuk satu jawatan.
mula saya masuk ada 5 orang panel di dlm bilik tu. 2 lelaki 3 pompuan.ketuanya lelaki pakai formal (tie). sebelah kanannya perempuan pakai baju kurung bunga, tudung tajam. Saya dok ingat, semua staff pakai tudung labuh..pakai jubah, bibir takda gincu.. tapi semua panel wanita berpakaian canggitu.. gincu merah..
ikutinya:
panel 1 (lelaki): awak ustaz ke?
saya: tidak..
panel 1: awak dah pegi haji ke?
saya: belum..
panel 1: habis tu kenapa pakai ketayap?
saya: sunat..
panel 1: orang yahudi pun pakai ketayap..
saya: orang yahudi pakai jenis lain. kita boleh bezakan dengan orang islam kita ni..
panel 1: nabi pakai ketayap ke?
saya: setahu saya nabi tutup kepala..
panel 2 (perempuan): awak baca surat khabar? awak ada ikuti kes kenny ong?
saya: saya tak ikut sangat. tapi saya tau la kisah tu.
panel 2 (perempuan): awak ada tengok gambar tertuduhnya?
saya: ada..
panel 2 (perempuan): gambarnya botak.. ada janggut sikit.. pakai ketayap putih.. macam awak la.. (dengan nada macam menghina)
saya: (terkejut) dia dia.., saya saya.. cik tak boleh samakan saya dengan dia (saya tenung dia)..
panel 1: awak tau tak kalau pakai ketayap putih, menyerupai pakaian pihak parti pembangkang.
Saya: Encik.. saya pakai ketayap ni x de sangkut paut pun dengan parti pembangkang ke, tabligh ke, arqam ke atau apa-apa pun. Saya cuma ikut sunnah saja.. Kalau encik tak nak ambik saya kerja tak pe.. saya boleh carik kerja lain.. tak de rezki la saya kat sini..
panel 1: he heh.. takde rezki.. (saya pun tak tau apa maksud cakapnya tu)
panel 3 (perempuan): Kalau saya suruh bukak ketayap tu awak nak bukak?
Saya: Saya boleh bukak.. tak de masalah.. masa kerja dulu pun saya tak pakai ketayap.. dekat rumah baru saya pakai. Tapi saya nak tanya..kenapa nak suruh saya bukak pulak?
panel 3 (perempuan): Eei, saya yang tanya awak.. kenapa awak yang tanya saya balik.. (kemudian panel 1 pulak terus tanya)
panel 1: Awak ada belajar ugama kat mana-mana ke?
Saya: Ada.. kat masjid, surau la..
panel 1: Ustaz tu ada cakap pasal kerajaan tak betul?
Saya: Ustaz tu ajar berpandukan kitab melayu jawi lama. Yang masyhur di Malaysia ni yang diakui oleh JAWI sendiri pasal dia ada permit..jadi diakuilah oleh JAWI. Bukan dia cakap ikut sedap mulut dia.. kalau kerajaan yang macam ni..macam ni.. macam ni.. hukumnya macam ni.. macam ni.. macam ni.. itu memang tertulis dalam kitab.
panel 1: sorang dia je ke yg mengajar?
saya: ya
panel 1: huh awak terlalu taksub pada seorang guru saja..
saya: Encik, saya tak taksub pada ustaz tu.. pasal dia ikut kitab.. saya tak pegang cakap dia kalau takde bukti dalam kitab.. itu bukan taksub pada seseorang
panel 3: Apa pandangan awak tentang UIA ni. Saya: Saya nak kerja di sini pasal saya ingat nak jaga syarak perlahan-perlahan.. kalau dulu tempat kerja saya, dalam ofis sendiri nampak aurat wanita .. keluar makan , lagi la ramai amoi-amoi yg dedah aurat.. jadi kalau di sini, saya sangka boleh jagalah semua tu..
Panel 1: Ooo.. kenapa?.. awak ghairah ke kalau tengok aurat wanita..di sini pun ada wanita cina yg masuk dedah aurat; saya tak ghairah pun.
Saya: encik..kalau selalu sangat kita tengok orang dedah aurat,lelama hati kita jadi gelap..
Panel 1: Huh, kalau awak ni kerja di sini.. dengan pemikiran awak yang jumud tu..akan merosakkan pemikiran pekerja lain di sini..
Dan banyak lagi pertanyaan yang tidak ada sangkut paut langsung pasal kerja, pasal pengalaman kerja, pasal skill kerja.. masa tu cakap saya pun dengan agak keras juga la.. sehinggalah saya disuruh keluar oleh panel 1.. saya keluar dengan rasa tidak puas hati..dihina oleh orang yg pada pandangan saya diorang ni, orang islam;
Itulah UIA yg saya kenali; sebelum ni saya tak tau pun pentadbirannya macam tu sekali; ingatkan molek la kalau dapat kerja di situ.. tapi kini pandangan saya jadi serong tentang UIA..
|
|