|
Post by atokENSEM on Nov 4, 2003 3:33:04 GMT 8
hi kwn2..citer lawak gile ni...ia ditujukan khas untuk student perempuan yang nak kahwin dgn programmer! ;D
-Bahaya Berkahwin Dengan Programmer-
Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu fikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang Hamba Allah yang mengadu mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari.
Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami: Bad command or filename.
Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami: Errorneous syntax. Abort?
Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pun tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami: Variable not found...
Isteri: Abang nih memang tak boleh harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami: Sharing ! Violation. Access denied...
Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami: Too many parameters...
Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami: Data type mismatch.
Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami: It's by Default.
Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?
Suami: File in use ... Try later.
Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?
Suami: Unknown Virus.
p/s: hehehehhehee....fikirla sebelum buat keputusan... ;D
atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 4, 2003 3:35:08 GMT 8
to : STUDENT DIT
Perkembangan IT
Tiga negara, iaitu Amerika, Britain, dan Malaysia berlumba-lumba menentukan siapa diantara mereka yang lebih dulu menggunakan teknologi canggih dengan meneliti keadaan tanah negaranya masing-masing untuk melihat siapa yang terhebat di masa yang lalu. Disepakati penelitian dimulai dari Amerika terus Britain dan terakhir Malaysia.
Di Amerika, setelah penggalian sudah mencapai 1000 meter maka ditemukan kabel tembaga, maka pasukan Amerika dengan bangganya menyimpulkan bahwa 1500 tahun yang lalu telah dibangun jalur telefon dengan memakai tembaga di Amerika.
Di Britain, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 1000 m tidak ditemukan kabel tembaga, tetapi setelah mencapai kedalaman 1500 m ditemukan serpihan kaca maka pasukan Britain tersebut dengan bangganya menyimpulkan bahwa 2500 tahun yang lalu telah dibangun jalur komunikasi dengan memakai Fiber Optik di Britain.
Dan terakhir di Malaysia, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 500 m dan 1000 m sampai seterusnya tidak ditemukan apa-apa, lalu dengan penuh bangganya, maka pasukan Malaysia menyimpulkan bahawa 5000 tahun yang lalu komunikasi di sini telah menggunakan wireless...
atok...
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 4, 2003 4:38:34 GMT 8
a'kum..
Lelaki vs Pompuan (sekadar lawak jenaka sahaja tiada niat utk membuat provokasi) ;D
Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki, Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita, Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.
Bila meja lelaki bersepah-sepah, Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah, Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.
Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya, Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya, Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.
Bila lelaki tidak berada di mejanya, Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya, Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,
Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya, Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya, Mesti dia pergi keluar bershopping.
Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS, Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS, Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.
Bila BOSS mengkritik lelaki, Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya. Bila BOSS mengkritik wanita, Selepas ini mesti dia merajuk.
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki, Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita, Adakah dia menangis?
Bila lelaki akan berkahwin, Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin, Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.
Bila lelaki mempunyai anak, Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak, Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.
Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan, Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan, Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?
Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru, Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru, Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian
=====
Tingkatkan taqwa..Cekalkan semangat..Tabahkan hati... Jalan yang engkau lalui ini..bukanlah setenang air di kali.....
atok..
|
|
|
Post by khairazwan on Nov 4, 2003 9:52:56 GMT 8
SALAM,
OK jer. takpe. seronok membaca sebagai hiburan. Namun, tak kisahlah sama ada LELAKI atau WANITA, kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan ALLAH SWT.
ramadhan mubarak
|
|
|
Post by SweetGirlz on Nov 4, 2003 20:05:27 GMT 8
a'kum? hehehehe..tak semestilah tok!!kalau nak diikutkan.. perempuan ni,lagi rajin drpd laki tau? ;)tak semua perempuan yang suka mengumpat..ye ke tok? bahaya kahwin dgn programmer..pandai pandai je atok ni..
|
|
|
Post by enigma on Nov 5, 2003 16:26:34 GMT 8
yelah tok.yak semua ornag pompuan ni suka mengumpat....bukan senang nak cari org yg beriman. tp ada jugak orang yg beriman.yg pandai jaga dirinya....supaya tak mengumpat org....maknanya dia blh control diri dia lah tu.... kalau tak silap saya...lelaki jugak pandai mengumpat.... asal duduk je kat tempat diorang melepak tu..kat kedai kopi ke......manemane jelah....ada je bende yg diornag nak ngumpat... apapun ni teroulang kpd individe tu sendiri....kalu nak tambah dosa silakanlah buat perkara yg dilarang tu.... org yg diumpat tu pun bleh dapat pahala kita... bayangkanlah betapa ruginya kita penat penat buat pahala dan mal ibadah...senang2 je orh lain dapat bile kite umpat dier.....
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 5, 2003 16:45:01 GMT 8
a'kum..
ya allah..atuk kan kata..itu hanya sekadar lawak jenaka sahaja tiada niat utk membuat provokasi... ;D ye ke? tapi org perempuan ni,yg atok kenal..kaki ngumpat! tapi biarla..kubur lain lain ye tak? ;D sorila...sape yang terasa..wassalam
|
|
|
Post by SweetGirlz on Nov 6, 2003 0:23:42 GMT 8
ashmekum.. a'ah erk..ok,takpe setakat melawak je..tapi ape yang enigma ckpkan tu btul..tak semua perempuan ngumapat..org laki pun ade ngumpatkan tok?
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 7, 2003 1:37:00 GMT 8
ngumpat?entahla... ;)ni lagi cite best..kelakar lak tu! tergelak atok baca..ni kwn atok antar..
silap jangkaan
... Andy dengan samy adalah kawan karib...mereka memang kamcing...jadi suatu petang yang indah tu..berkunjung le si andy kat bilik si samy...dari jauh andy dah tercium bau kari...andy menarik nafas dalam2...dlm hati andy ada can le kali i makan kari si samy..so dengan happynya andy mengetuk bilik si samy...samy membuka pintu...andy bertanya hang masak kari ke?....samy pun terkejut...kari...ooh saya tak masak kari...yg hang hidu tu kentut saya... ..oop oouuik...kentut kau....berhabis saya menghidunya..sialan kau samy!!!!
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 9, 2003 4:36:38 GMT 8
a'kum.. Makna Tersirat Di Sebalik Kata-Kata Seorang Wanita "Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya: ;D 1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! 3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. 4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala. 5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek. 6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? 7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je. 8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. 9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok. 10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi... wanita ni bukankah pemalu? " hehehe.. -peace- atok...
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 9, 2003 21:30:39 GMT 8
ape makna cappucino?
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 9, 2003 21:33:46 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 11, 2003 14:05:40 GMT 8
|
|
pointbreak
Junior Student
It's not easy to be me.....
Posts: 59
|
Post by pointbreak on Nov 12, 2003 2:33:33 GMT 8
Types Of Women HARD-DISK Woman: She remembers everything, FOREVER. RAM Woman: She forgets about you, the moment you turn her off. WINDOWS Woman: Everyone knows that she can't do a thing right, but no one can live without her. EXCEL Woman: They say she can do a lot of things but you mostly use her for your four basic needs. SCREENSAVER Woman: She is good for nothing but at least she is fun! INTERNET Woman: Difficult to access. SERVER Woman: Always busy when you need her. MULTIMEDIA Woman: She makes horrible things look beautiful. CD-ROM Woman: She is always faster and faster. E-MAIL Woman: Every ten things she says, eight are nonsense. VIRUS Woman: Also known as "WIFE"; when you are not expecting her, she comes, installs herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if you don't try to uninstall her you will lose everything............
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2003 13:08:23 GMT 8
hehehehehe.. ;D gempak ko pointbreak!mesti ko ni pempuan kan?ye ke pempuan ni cepat?tak gak..girl ni suke melengah2 kan mase.. lelaki sejati..atok
|
|