|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 16:00:56 GMT 8
insyaallah komot! .:: Macam Mana Kalau Kiamat Jumaat Ni? ::.
Macam mana kalau Kiamat Jumaat ni? Persediaan diri tak ada lagi Bekalan pun belum siap lagi Siap? Rasa-rasanya MEMANG tak cukup Tak ada Amalan pun baru sekecil biji sawi Ye ke? Rasanya takda langsung Aduhai diriku Dapatkah mahligai di syurga nanti?
Dosa banyak, rasa hina sangat di bumi Allah ni Apalah taraf diriku di mata Allah nanti? Malunya Dilantik sebagai khalifah di dunia Kerosakan dan maksiat amalanku setiap hari Apa nak jadi dengan aku ni? Menyesal, tapi buat lagi Takut nanti menyesal dah tak berguna lagi...
Malam aku tak boleh tidur Takut sangat kalau kalau maut datang menjemput Tatkala aku lena diulit dosa Aku takut Jika benar apa yang diceritakan orang Maut yang menjemputku nanti mungkin hodoh rupanya Gerun wajahnya serta kasar dan pedih suaranya Aku tak sanggup nak hadapi semua tu Aku takut dengan dosaku Aku takut dengan kemusnahan diriku Apalah nasib diriku di akhirat nanti?
Ya Allah... Cekalkanlah diriku dalam menetapkan agama Islamku dalam menguatkan imanku dalam menetapkan kesabaranku dalam segala amal kebaikanku dalam segala amal ibadahku agar aku sentiasa rindu pada Syurga abadiMU...
Amin...
|
|
|
Post by enigma on Dec 12, 2003 16:16:06 GMT 8
aduh......hiba rasanya baca coretan atok akt ats tu.....rasa insaf sekajap....
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 17:13:27 GMT 8
ia utk panduan kite bersama...
|
|
|
Post by enigma on Dec 13, 2003 9:14:09 GMT 8
ni dah lps ari jumaat dah.kita tunggu lak jumaat dpn..dlm pada tu buat la amal2 bebanyak.....
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 13, 2003 12:47:59 GMT 8
btol...btol tu enigma...tambah kan lah amalan
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 13, 2003 13:53:16 GMT 8
ATOK MINTAK..BACA SAMPAI ABIS!PENTING GILE NI...
Mati kerana Allah
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
|
|
|
Post by enigma on Dec 13, 2003 14:29:52 GMT 8
LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan > menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita > menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. > > Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan > Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu > mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. > > Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu , > Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana > kandungan arak itu pada kadar yang rendah. > > Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa > semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan > yang bercampur arak meskipun amat sedikit. > > Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada > bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju > dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. > > Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 > peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa > selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun > pada paras yang teramat rendah. > > Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa > terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam > makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. > > "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan > seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. > > Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan > berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu > lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. > > Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti > tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi > penyediaan makanan itu dinyatakan. > > "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif > dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia > dimaklumkan kepada kami," katanya. > > Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan > sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang > disediakan untuk Ribena. ? Agensi
enigma....~
|
|
ppc
New Student
Posts: 38
|
Post by ppc on Dec 17, 2003 11:46:57 GMT 8
perlibahasa modern!!! 1. Seperti anjing jantan dgn anjing betina Maknernyer : Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje. 2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap. Maknernyer : Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer 3. Sepandai-pandai tupai melompat,tak pernah masok ke sukan Olimpik. Maknernyee : Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus 4. Biar putih tulang jgn putih muker Maknernyee : Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak......be proud of what you are. 5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat Maknernyer : Kalau dah beribu kali flush itu bender tak clear jugak.....pergi panggil plumber lah.....or....kacau sampai hancur and try flushing again, another way is to kutip satu-satu dan buang tempat lain. (Eeee..... GELI) 6. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk Maknernyer: Kentotlah bodoh! 7. Seperti kacang luperkan mama Maknernyer : Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler mempopularkan dia. 8. Ader udang di sebalik udang lain Maknernyer : Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang.... check betul-betul,mesti ader sorang lagi kat bawah ke....tengah ke...baring ke. 9. Biar mati anak jgn mati pucuk Maknernyer : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak? 10. Sudah jatuh ditimpa piano Maknernyer : Nasib malang yg tak agak-agak. thats all!! wassalam........
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 17, 2003 14:05:23 GMT 8
ape la ppc ni...mcm krg sopan je ayat2 ko sent kat forum ni...aku hrp krg sume x t'pengaruh la yea...
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 17, 2003 14:29:50 GMT 8
ntah apa2 punya peribahasa.Tak mengembangkan minda langsung.Hahahahaha
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 17, 2003 15:46:47 GMT 8
1. Seperti anjing jantan dgn anjing betina Maknernyer : Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje. huiyooo.... ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 17, 2003 23:04:06 GMT 8
ho..tok!dlm bab ni..dia no1! ;)apelah peribahasa ni.. sape lah yg reka!
|
|
|
Post by enigma on Dec 18, 2003 12:32:24 GMT 8
hmmm.....x patut...x patut....
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 19, 2003 0:24:45 GMT 8
Perasan atau saja tak berperasaan
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
|
|
|
Post by enigma on Dec 19, 2003 8:47:51 GMT 8
x sangka ya...ada og sanngup mati uk kita.... :'(terhatunya.......
|
|