sila amik perhatian!!!Assalamualaikum
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama,
kenapa
dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca
dan
hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan
ceramah
beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat
dari
Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan
menghadiri
satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana
baru-baru
ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada
orang
bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah
dari
UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari
Jepun.
Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide
ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,
laut,
perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan
molekul-molekul
air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar,
tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan
sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor
itu
berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel
air
yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk
molekul
air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
(bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan
warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu
profesor
bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah
ini".
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat
tangan
dan
menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
zam-zam.
"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau
tidak
air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan
kata-kata
dapat
menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.
Lalu
seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air
membentuk
seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan
perut
yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah,
Selawat
dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti
berlian
dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh
Profesor
menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
diskrin
molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini
marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu
merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna
maka
masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wassalam.
ini ialah gamba molekul akir zam-zam tersebut...lihatlah betapa berkuasanya Allah menciptakan air ini....