|
Post by duo on Jan 2, 2004 10:20:08 GMT 8
yang lain tak bangga? ayuh yang lain ramai2 kite berbangga seadanya... hawhawhaw ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 2, 2004 13:08:10 GMT 8
btol korang cakap tuh... malah bukan saje org puteh... tgk kami ni... kami ni adalah org russia tau... tak bangga ke korg org russia tgh tgk forum iic nih... hahahahahalilintar... ;D org rusia ape!eja rusia pun salah
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 2, 2004 18:40:59 GMT 8
kesilapan teknikal je tu.. best story.. BULAN PERTAMA.........
ini ada sebuah kisah.......janda beranak 1......."kata mak"......halim bila kau nak kahwin nie...."kata halim"......nanti dululah mak........
BULAN KEDUA.........
mak......halim ingat nak bawa mak jalan2lah.....mak kata .....tak naklah aku....(merajuk)...halim pening....(dalam hati)...apahal ngan mak aku nie...pening..pening..tiba-tiba maknya bersuara....kalau halim tak nak kahwin mak rasa lebih baik mak mati......
BULAN KETIGA..........
mak....halim rasa dah tiba masanya untuk halim berumahtangga...mak boleh tak tolong pinangkan suzana untuk halim.....tiba-tiba mak halim naik angin.....apasal kau nie nak sangat kahwin dengan suzana tu..apa macam takde perempuan lain ke?......alah mak nie...mak jugak berkenan kat budak suzana tu...kenapa hari nie marah pulak....cakaplah mak kenapa diam ni......mak...oooo....mak.......
sebab kalau kau kahwin dengan suzana macam mana dengan mak nie halim.....kata halim...walaupun halim kahwin tapi kasih sayang halim pada mak tak pernah kurang..tolonglah mak pinangkan suzana untuk halim.....kata mak...bukan aku tak nak pinangkan tapi........tapi apa mak........kalau mak pinangkan suzana untuk kau nanti peluang mak terlepas.....peluang apa mak.......peluang untuk kahwin dengan ayah suzana yang duda tu......kata halim(dalam hati)....patutlah..........uwaaaa...uwaaaaa...uwaaaa...nak kahwin dengan suzana jugak.......uwaaa....uwaaaaa....uwaaaa...nak kahwin dengan ayah suzana jugak.....begitulah kisah janda dan anaknya...asyik nangis sampai esoknya
sekian dulu...bye
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 2, 2004 19:03:06 GMT 8
hihihihi..... ;D....lawak jugak tok citer tue....
|
|
|
Post by enigma on Jan 3, 2004 11:12:24 GMT 8
ni ada la rahsia...tp org perempuan nyer rahsia la.....
Rahsia Gadis Mengekalkan Keayaun --------------------------------------------------------------------------------
1.Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
3.Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam
4.Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
5.Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
6.Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas
7.Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
8.Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut
9.Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
10.Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
11.Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin
12.Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
--------------------------------------------------------------------------------
|
|
|
Post by enigma on Jan 3, 2004 11:13:21 GMT 8
ada lagi....
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 3, 2004 18:21:24 GMT 8
tul ke enigma???.....saya nak cuba lah....hehehehe ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 21:02:41 GMT 8
Mat Punk
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... ornag tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan
ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan2 kamu adalah anakku."
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2004 17:33:08 GMT 8
ni cite lawak s.girlz.. ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 19:07:16 GMT 8
ni cite lawak s.girlz.. ;D ye lah, sweet girlz ....citer lawak lah nie ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 5, 2004 0:12:30 GMT 8
silap posting da... ;D
|
|
|
Post by KomOt on Jan 5, 2004 8:12:39 GMT 8
kahkahkah...kelakar la plak cite tu..mane korang dapat ha byk2 citer lawak ni?? best gak kan...pagi2 lagi ko dh buat aku sakit perut..kkahkahkah...aduhh,cakitnyer perut gelak kuat2..
|
|
|
Post by enigma on Jan 5, 2004 12:32:58 GMT 8
tul ke enigma???.....saya nak cuba lah....hehehehe ;D nk cuba petua yg mana satu tu strider?
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 13:01:34 GMT 8
nk cuba petua yg mana satu tu strider? hmmm...pikir jap...petua cepat dipinang kot... ;D
|
|
|
Post by enigma on Jan 5, 2004 15:34:13 GMT 8
hmmm...pikir jap...petua cepat dipinang kot... ;D ahaks....buat lawak plak dier ;D
|
|