|
Post by StRiDeR on Feb 11, 2004 21:29:08 GMT 8
cermin2lah diri ==========
CerMin-CerMinLAh Diri Anda
Kita perlu Ingat ada satu sifat ALLAH yang tidak boleh diambil dan ditiru oleh kita kerana ia hanya khusus untuk ALLAH sahaja.Sifat itu ialah sifat AlKabir, yang bererti sombong ataupun ego.Justeru itu ada baiknya kita menilai diri kita atau sebaliknya.Mari kita melihat tanda-tandanya.
1.KALAU DIBERI SESUATU JAWATAN DI RASA SERONOK ATAUpUN TERHIBUR -------------------------------------------------------------
Kalau seseorang itu diberi jawatan sama ada kecil ataupun besar, dia rasa senang hati ataupun bangga.Tidak pernah bersusah hati. Sedangkan bagi orang yang tiada sifat ego dalam dirinya,dia akan rasa takut untuk menerima tanggungjawab itu.Hendak ditolak dirasa tidak patut kerana telah diberi kepercayaan,tetapi dia takut dan bimbang kalau-kalau gagal dalam memikul tanggungjawab dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.
2.KALAU DIA SEORANG PEMIMPIN,DIA BERSIKAP KASAR ---------------------------------------------
Kalau dia pemimpin,dia tidak pernah memikir perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan daripada meminta bantuan.Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap.
3.KALAU TIDAK DILANTIK RASA TIDAK SENANG --------------------------------------
Dia akan merasa susah hati atau tergugat apabila orang lain memegang jawatan yang dia rasakan mampu untuk menjawatnya.Dia juga akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan lain apatah lagi jika diturunkan pangkat.Orang yang tidak ego akan berkhidmat selagi mampu dengan tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dapat memberi sumbangan dan tidak bertentangan dengan syariat.
4.KALAU DIA PENGIKUT SUSAH UNTUK IKUT CAKAP -----------------------------------------
Kalau dia menjadi anak buah,susah hendak patuh dan taat kepada ketuanya.Kalau patuhpun kerana segan dimarahi atau kerana segan diperhatikan orang.Dia terpaksa membuat kerja kerana rela paksa tetapi bukan kerana Allah.
5.MUDAH MARAH. ------------
Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata2 orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalau marah itu tidak dizahirkan,tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam didalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain.
6.MUDAH TERSINGGUNG -----------------
Di dalam sifat yang pemarah itu, dia juga mempunyai sifat yang terlalu emosional dan mudah tersinggung.Dia tidak boleh melihat orang lain lebih baik daripadanya,tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada yang cepat buat kesilapan,dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi dia akan merajuk.Kononnya nak minta orang pujuklah tu... ..
7.SUKA BERKAWAN DENGAN ORANG BAWAHAN SUPAYA DIRINYA LEBIH MENONJOL. -----------------------------------------------------------------
Dalam berkawan dia lebih gemar memilih kawan yang tidak menonjol atau orang yang lebih rendah pangkatnya dan tujuannya bukanlah untuk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh orang lain.Agar kemana2 dia pergi orang akan nampak dia.Dia tidak senang hati kalau didalam sesuatu majlis itu,dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh orang lain.
8.SUKAR UNTUK MENERIMA PENDAPAT ORANG LAIN. ----------------------------------------
Orang yang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya.Lebih2 lagi dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin,pastinya dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar.Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata2 seseorang yang lebih muda daripadanya.
9.DALAM MAJLIS PERBINCANGAN TIDAK SENANG ORANG LAIN MEMBERI PANDANGAN. -------------------------------------------------------------------
Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi,dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat.
10.DI DALAM MAJLIS,SUKA MEMOTONG CAKAP ORANG. -----------------------------------------
Apabila berada di dalam sesuatu majlis,dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain.Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya.Mungkin juga supaya orang nampak bahawa dia banyak memberi pendapat dan pandangan di dalam majlis itu.
11.DI DALAM MAJLIS.HANYA SUKA PANDANGANNYA SAHAJA DITERIMA. -------------------------------------------------------
Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerima pendapat orang lain.Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai.Tambahan pula,kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik.
12.TIDAK SENANG KALAU KEMAJUAN TERCETUS DI TANGAN ORANG LAIN. ---------------------------------------------------------- Walaupun orang itu daripada kumpulan atau organisasi yang sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu tercetus bukan dari hasil usahanya.Apatah lagi kalau orang itu mendapat pujian dan disanjung oleh orang lain.Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya,memujinya dan menyanjunginya.
13.SERING BERCAKAP DENGAN SUARA YANG TINGGI. ----------------------------------------
Ketika berkata-kata suaranya sering melebihi had yang sepatutnya ini lebih ketara apabila marah ataupun tidak berpuas hati.Dia tidak tahan dicabar,pasti dia akan mencabar semula.
14.DIA LEBIH GEMAR MEMPERKENALKAN DIRINYA. --------------------------------------
Kalau dia berbuat kerja atau dalam konteks yang lebih luas ruang lingkup serta peranan yang perlu dimainkan.Dia lebih gemar memperkenalkan tentang dirinya atau bahagian yang dipegangnya daripada memperkenalkan ketuanya atau kumpulannya.
15.SEMBAHYANG LEWAT SERTA TIDAK MAHU BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG. -----------------------------------------------------------
Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan Tuhan Dia lupa bahawa tuhan yang menentukan masa depannya tetapi dia juga tidak mahu berdoa selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita...
fuhhhh dah abihhhh... moger ianya dapat memuhasabahkan diri kita... .
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 13, 2004 21:58:16 GMT 8
Aku dan Dia.... ==========
di sebuah IPTA terkemuka di kuala lumpur... .hari tuh merupakan "fist day class"bagi kami semua student-student baru... ..
(tiba-tiba... ..seorang student lelaki menyapa aku)
"assalamualaikum... ... "
"walaikumsalam... ... "
"kerusi sebelah awak ader orang duduk tak?"
"takder... ..duduklaaa... .."
"nama awak aper?(student lelaki bertanya)
"nama awaklaaa dulu... ...
"apsal pulak?"
"sajer... .nak buat surprise... .
(tersenyum pada student perempuan)
"ok,ok... .nama saya am... tuh nama glamour... .real name saya... ..abdul muttalib... ..
"ooooooooo... .i see... .
"nama awak pulak aper?
"nama saya diana... .
"sedap nama awak... ..
"iyer ker?
iyer... ... nama cantik... .secantik orangnyer... .
(muka diana merah padam... ... )
"bermula dari situ... hubungan mereka berdua bagi belangkas... ... pergi makan berdua,study berdua,bersenam berdua... ..bak kata orang"bagai isi dengan kuku... ..
tanpa di sedari... ..hubungan mereka berkekalan sehingga mereka menamatkan pelajaran mereka dalam bidang sarjana kejuruteraan... ..
"diana,diana... ..am nak tanyer skit boleh tak?
"boleh... ..tanyalaaa... ...
"diana sayang am tak?
sayang... ... sayang sesangat... ..
"am nak masuk meminag diana... ...
"iyer ker nih... .(muka diana merah padam menahan malu campur suka)
"iyer... ... .
"iyer sayang... ..
bila tiba masa di nanti-nanti... .keluarga pihak lelaki telah datang membawa"cincin tanda"untuk di sarungkan pada jari manis diana... ..gadis rebutan ramai jejaka di IPTA yang dia belajar dahulu... ..
hubungan pertunangan mereka berdua berkekalan sehingga 1 tahun... ..
kini... .tiba masanyer majlis perkahwinan mereka yang di buat dengan penuh gilang gemilang... ..
perkahwinan mereka berusia 2 tahun... ..dan di kurniakan seorang anak lelaki... .di beri nama mohd amar hakim... ..
"mama... .amar nak coklat... ..
"boleh... ..
"sayang mama... .
"mama sayang amar jugak... .
"vrommmmmm(bunyi kereta suami diana)
"yeah,yeah... papa balik... .
"haaaaaa... ..anak papa... ..hari nih nakal tak?
"tak... ... amar dengar cakap mama... .kan mama... kan,kan?
(diana hanya tersenyum melihat keletah anak kesayangannya)
diana dan amberjaya mengecapi kehidupan bahagiabersama dengan anak lelaki kesayangan mereka... ..
p/s:sayangilah pasangan anda dan ikat lah dengan tali pertunangan jika dah benar-benar sedia nak mengecapi alam berumah tangga... ..cinta itu suci... .jangan kotorinya dengan penipuan... kerana cinta lahir dari hati yang tulus dan suci... ..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 14, 2004 15:30:45 GMT 8
Tips muhasabah diri ==============
1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 19:40:51 GMT 8
p/s:sayangilah pasangan anda dan ikat lah dengan tali pertunangan jika dah benar-benar sedia nak mengecapi alam berumah tangga... ..cinta itu suci... .jangan kotorinya dengan penipuan... kerana cinta lahir dari hati yang tulus dan suci... .. oo..atok setuju ape stider ckpkn ni..cinta yg dikotori dgn penipuan..itu adlh cinta tak ikhlas dan tak jujur!
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 8:55:41 GMT 8
To realize The value of a sister Ask someone Who doesn't have one.
To realize The value of ten years: Ask a newly Divorced couple.
To realize The value of four years: Ask a graduate.
To realize The value of one year: Ask a student who Has failed a final exam.
To realize The value of nine months: Ask a mother who gave birth to a still born.
To realize The value of one month: Ask a mother who has given birth to A premature baby.
To realize The value of one week: Ask an editor of a weekly newspaper.
To realize The value of one hour: Ask the lovers who are waiting to Meet.
To realize The value of one minute: Ask a person Who has missed the train, bus or plane.
To realize The value of one-second: Ask a person Who has survived an accident.
To realize The value of one millisecond: Ask the person who has won a silver medal in the Olympics.
Time waits For no one. Treasure every moment you have. You will treasure it even more when you can share it with someone special.
To realize the value of a friend: Lose one.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 9:02:42 GMT 8
Menjadi 'doktor' kepada diri sendiri Sebagaimana minda boleh diset untuk memberinya peluang merealitikan imaginasi kita, keseluruhan tubuh badan juga boleh diset supaya ia boleh bertindak sebagai ‘doktor’.
Bunyinya pelik, tetapi jika anda ambil seminit dua untuk memikirkan perkara ini anda akan dapati ia sesuatu yang amat logik serta boleh dipraktikkan serta-merta.
Melalui Modul 3EM* minda boleh diperalatkan untuk merealitikan impian-impian kita apabila ia ditukarkan kepada imaginasi. Melalui Modul 3EM juga tubuh badan kita boleh membantu kita mendapatkan kesihatan yang menarik.
Tubuh yang sihat melahirkan otak yang cemerlang. Dan begitulah, apabila ia sakit otak menjadi lemah. Kedua-dua faktor ini saling berkait. Kesihatan meskipun sesuatu luar dari jangkauan keupayaan manusia untuk menentukannya, mereka diberi kudrat sama ada untuk memilih sihat ataupun berpenyakit.
Misalnya, jika anda sentiasa menjaga kebersihan, sudah tentu anda tidak akan ditimpa penyakit yang berpunca daripada kekotoran. Kita ada kuasa memilih. Jika anda sentiasa menjaga kebersihan mulut, sudah tentu anda tidak akan mendapat sakit gigi. Kita boleh memilih sama ada untuk terus sihat atau mendapat sakit.
Berdasarkan teori ini, kita boleh bertindak merangka apa-apa yang kita inginkan sesuai dengan keperluan hidup kita meskipun kita tidak terkecuali daripada kehendak takdir. Seperti yang saya sebut di atas tadi, jika kita sengaja tidak menjaga kebersihan diri peluang kita dihinggapi penyakit cukup besar berbanding kita menjaga kebersihan.
Ini bermakna jika kita sengaja berusaha untuk memajukan diri kita, kita akan dapat membina kejayaan sebab jika kita tidak indah tentang masa depan, kita pasti kecundang.
Berdasarkan ini juga, saya ingin mengatakan, jika kita set tubuh badan kita untuk menjadi ‘doktor dalaman’ bagi kita, ia akan bertindak begitu, sebaliknya jika kita mengabaikan keupayaan badan kita sendiri melawan penyakit, kita akan lebih kerap diserang penyakit.
Tubuh badan kita adalah sebaik-baik doktor kepada diri kita. Dalam ilmu sains disebut, di dalam tubuh manusia terdapat dua kelompok virus iaitu virus yang baik dengan virus yang jahat. Tidak semua kuman mendatangkan penyakit malah mengikut kajian sains, kuman baik dalam tubuh badan akan berjuang melawan kuman jahat. Kuman-kuman baik ini bertindak sendiri malah tanpa diketahui oleh tuan punya diri.
Apabila seseorang itu menikmati kesihatan yang baik dia sebenarnya sedang menikmati kejayaan yang diperolehi hasil perjuangan kuman baik yang berada di dalam tubuhnya. Apabila dia mula sakit sebenarnya dia sedang menerima akibat daripada kekalahan kuman-kuman baik itu dalam perjuangan mereka.
Oleh yang demikian, bukankah berfaedah sekali sekiranya kita boleh sentiasa memastikan kuman baik dalam badan kita hidup dan terus termotivasi untuk berjuang bermatian-matian untuk kita? Caranya memberikan keperluan-keperluan yang amat didambakan oleh mereka iaitu mungkin dalam bentuk diet yang sempurna.
Tubuh manusia adalah mesin tercanggih yang bergerak dan bertindak berterusan tanpa arahan. Selama mana ia mendapat nutrien untuk berfungsi dengan baik, selama itulah ia ibarat doktor yang berkerja siang malam tanpa henti untuk memastikan tubuh manusia hidup, bergerak, bertindak, berfikir dan sebagainya.
Maka, berikanlah nutrien yang secukupnya kepada diri anda supaya nutrien itu boleh dijelmakan menjadi alat oleh doktor tubuh melakukan kerjanya. Juga berikanlah nutrien yang terbaik supaya pejuang-pejuang dalam tubuh seperti kuman baik dan sel darah memiliki senjata untuk terus menang berdepan dengan musuh-musuhnya.
Dunia kian moden tapi penyakit moden juga turut tumbuh. Bagaimana motivasi atau kekuatan dalaman dapat dibentuk dalam keadaan tubuh yang berpenyakit? Maka itulah, melalui Modul 3EM saya lebih menekankan kesihatan badan sebagai asas untuk membina kecemerlangan sebelum apa-apa juga prinsip motivasi dapat diterapkan.
Konsep penyembuhan kendiri ini terbukti berjaya mengekalkan kesihatan ramai pengamal perubatan alternatif kerana mereka menuju kepada punca penyakit bukan berperang dengan penyakit. Kalau hendak membunuh lalang kenalah dicabut sepenuhnya akar lalang itu, jangan hanya dicantas di bahagian atas. Begitulah ibaratnya dalam mengekalkan kesihatan dan melawan penyakit, hendak dibunuh punca penyakit bukan kesakitan itu sendiri.
Terapi pembaharuan molekul juga merupakan satu lagi cara untuk memastikan doktor dalaman benar-benar berfungsi. Melalui kaedah ini penekanan adalah pada keperluan biologikal supaya dapat menggalakkan metabolisme sel yang sihat, seterusnya membentuk sistem imun untuk memulihkan tenaga, kesihatan, mempertahankan kita daripada serangan penyakit agar dapat menikmati kesihatan yang optimum.
Konsep ini membantu tubuh kita untuk sembuh secara semula jadi dengan empat 4 langkah:
1. Pemakanan yang seimbang 2. Pengambilan oksigen 3. Detoksifikasi 4. Pengawalan Kesihatan
Keempat-empat langkah ini dipercayai boleh menukar tubuh badan kita menjadi doktor bagi sebarang penyakit, sama ada mencegah atau mengubati (insya-ALLAH).
Seorang wanita yang saya kenal, sejak saya kecil-kecil sering mengadu kepada ibu saya dia sakit. Ibu selalu menasihatkannya supaya tidak usah terlalu melayan rasa sakit itu sebaliknya cuba bangkit dan buat apa-apa kerja untuk menggerakkan otot. Tetapi dia tidak berupaya berbuat begitu kerana dia merasakan dirinya sakit. Dia lebih senang berbaring sepanjang hari daripada melakukan sepertimana saranan ibu saya itu.
Sehingga kini, setelah lebih 30 tahun berlalu, dia masih belum ‘sembuh’. Bukan dia tidak boleh sembuh tetapi dia tidak pernah memberi kepercayaan kepada dirinya untuk sembuh apalagi untuk menjadi ‘doktor’ terhadap dirinya sendiri. Ubat apapun tidak akan bermakna apa-apa kalau doktor dalaman telah lama sakit.
Minda Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 9:03:33 GMT 8
Bangkitkan inner power yg tertidurJ ika anda menganggap ilmu psikologi dan ilmu motivasi kurang berkesan untuk meningkatkan keupayaan anda dalam satu-satu bidang, anda sebenarnya dalam kekeliruan dan kesilapan yang jauh.
Ilmu psikologi adalah ilmu mempelajari cara fikir manusia serta mood yang menguasai hati, perasaan dan pemikiran mereka. Maka ilmu ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja beranjak daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik.
Ilmu psikologi dan motivasi adalah ilmu untuk membangkitkan kekuatan dalaman. Ilmu ini telah wujud sebegitu lama dan sekarang berkembang kembali secara pesat di beberapa bahagian dunia terutama Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali sebagai:
• Ilmu Psikik, • Deria Keenam (Sixth Sense), • Extra Sensory Power (ESP), • Cosmic Power, • Subconscious Mind Power, • Telepathy, • Telekinesis, • Telecult, • Hypnotisme, • Occultisme, • Clairaudience, • Clairsentience dan • Clairvoyance
Motivasi melalui kaedah 3EM, adalah himpunan daripada intipati kaedah-kaedah berkenaan tetapi diberikan pendekatan agama Islam. Melalui kaedah inilah saya cuba membantu mengembalikan semangat mereka yang mendatangi saya, biasanya dalam keadaan lemah, tiada semangat untuk hidup, keliru dan sebagainya.
Pendekatan demikian nampaknya berjaya mengembalikan keceriaan dalam hidup seseorang. Keyakinan mereka juga bertambah serta idea-idea yang muncul dalam minda mereka selepas itu biasanya lebih bagus.
Jadi, tiada siapa boleh mengatakan ilmu psikologi dan motivasi tidak menyumbang apa-apa dalam pembentukan kekuatan dalaman manusia. Semua masalah perasaan bermula daripada hati yang terbelah serta minda yang keliru atau tidak diberikan matlamat yang jelas.
Di Indonesia ilmu memulihkan kekuatan dalaman dikenali dengan pelbagai nama antaranya Ilmu Cipta, Ilmu Sejati, Ilmu Batin, Ilmu Ghaib, Ilmu Kesaktian, Ilmu Tenaga Dalam/Dasar, Ilmu Kadigdayan, Ilmu Pernafasan Sakti, Esmu Pemungkas dan Prayayama.
Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuqarabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya. Ahli sufi melalui pendekatan ilmu tarikat cenderung untuk mengarah pada kekuatan dalaman ini terutama dalam soal-soal ibadah. Malah, saya pula melihat khyusuk yang terdapat dalam Islam itu sebagai bersungguh dan khyusuk adalah meditasi untuk melahirkan kesungguhan.
Meditasi adalah satu kaedah berehat yang paling mudah, singkat tetapi amat bermakna. Andainya kita boleh bermeditasi untuk mendapat kekuatan kita juga patut boleh berkhyusuk untuk mendapat ketenangan. Bukankah sembahyang itu perlu dilakukan dalam keadaan khyusuk dan bukankah sembahyang itu memberikan ketenangan.
Motivasi dan psikologi 3EM untuk membina kekuatan dalaman ini antara lain ialah melalui kaedah saranan kendiri. Kaedah ini amat mudah tetapi melaluinya kita seolah-olah diberi kuasa dan kekuatan untuk mempertingkatkan kemampuan minda seterusnya memajukan diri.
Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh diperkembang dan dicergaskan melalui saranan kendiri dan rangsangan seperti ini. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu.
Dalam buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, saya memberi contoh seorang kanak-kanak bernama Zaidan akhirnya menjadi manager bank walaupun gagal beberapa kali peperiksaan LCE (sekarang PMR). Zaidan bukan sahaja bodoh malah memiliki susuk tubuh yang tidak seimbang. Suaranya juga besar dan kurang jelas pada pendengaran orang. Hairannya, dia berakhir sebagai seorang manager bank di Pahang.
Kejayaan insan bernama Zaidan ini mungkin disebabkan saranan kendiri yang diberikan oleh dirinya sendiri selama bertahun-tahun, akhirnya benar-benar menjadikan dia seperti apa yang disangkakannya.
Berikut ialah teknik saranan kendiri yang berkesan:
1. Matlamat yang jelas dan tepat. 2. Membekalkan keseluruhan diri dengan hasrat, kehendak, sasaran, kemahuan, azam, target dan cita-cita ke arah apa yang hendak dicapai. 3. Yakin sepenuhnya bahawa anda memperolehi apa yang anda sarankan kepada diri sendiri. 4. Berimaginasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati. 5. Konsisten, merangsang imaginasi walaupun kadang-kadang menempuh seribu dugaan dan cabaran.
Ingatlah, bagaimana kita melihat sesuatu perkara akan mempengaruhi cara kita berfikir terhadap sesuatu perkara itu. Cara fikir kita itu juga akhirnya akan mempengaruhi sikap kita, bukan sahaja terhadap perkara berkenaan tetapi hal-hal lain yang berkaitan ataupun tiada berkaitan.
Maka itu, untuk kecemerlangan kita kena sentiasa merasakan diri luar biasa bagus dan semua yang ingin kita lakukan akan berakhir dengan kejayaan.
DEWAN KOSMIK Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj Tajuk: Bangkitkan inner power yang tertidur
|
|
|
Post by enigma on Feb 16, 2004 15:54:38 GMT 8
LUAHKAN PERASAAN ANDA
Meluahkan apa yang anda rasa boleh mengurangkan tension Meluahkan perasaan boleh membantu anda sentiasa memahami perasaan anda. Ia juga boleh meredakan tension/tekanan yang anda alami. Kadangkala apabila seseorang itu tidak memahami apa yang mereka rasa, perasaan tersebit akan meledak dalam situasi atau cara yang memalukan atau tidak sewajarnya.
Setiap orang memerlukan masa untuk dirinya sendiri bagi merenung membayangkan perasaanya sendiri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang anda rasa boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan sesuai untuk anda.
CARA MELUAHKAN PERASAAN
Kenalpasti cara yang terbaik untuk anda meluahkan perasaan merupakan suatu kelebihan. Anda akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, memukul dram, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba cadangan di bawah ini.
TULIS TENTANG APA YANG ANDA RASA Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenalpasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan dairi, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Anda mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup anda sekarang (cuba "bayangkan"), ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda. Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya.
BERSUKAN Bersukan membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal. Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Sukan berpasukan membolehkan anda meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli sepasukan yang lain secara verbal dan tidak verbal.
MELUKIS ATAU MEWARNA Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik, melukis dan mewarna berguna untuk meluahkan perasaan anda. Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya (cuba untuk mewarnakannya).
MENYANYI, BERMAIN MUZIK ATAU MENJERIT Ikut menyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan anda. Menyanyilah di dalam bilik air atau di taman. Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan.
MENARI Menari adalah satu bentuk ekspresi diri. Mainkan muzik di rumah atau pergi ke luar dan menarilah.
Tapi ingat, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang tidak ada orang, pasanglah muzik yang tidak terlalu kuat (atau gunakan fonkepala (headphone)) dan jangan gunakan peralatan orang lain tanpa kebenaran!
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 16, 2004 19:09:52 GMT 8
LUAHKAN PERASAAN ANDA
Meluahkan apa yang anda rasa boleh mengurangkan tension Meluahkan perasaan boleh membantu anda sentiasa memahami perasaan anda. Ia juga boleh meredakan tension/tekanan yang anda alami. Kadangkala apabila seseorang itu tidak memahami apa yang mereka rasa, perasaan tersebit akan meledak dalam situasi atau cara yang memalukan atau tidak sewajarnya.
Setiap orang memerlukan masa untuk dirinya sendiri bagi merenung membayangkan perasaanya sendiri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang anda rasa boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan sesuai untuk anda.
CARA MELUAHKAN PERASAAN
Kenalpasti cara yang terbaik untuk anda meluahkan perasaan merupakan suatu kelebihan. Anda akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, memukul dram, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba cadangan di bawah ini.
TULIS TENTANG APA YANG ANDA RASA Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenalpasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan dairi, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Anda mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup anda sekarang (cuba "bayangkan"), ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda. Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya.
BERSUKAN Bersukan membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal. Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Sukan berpasukan membolehkan anda meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli sepasukan yang lain secara verbal dan tidak verbal.
MELUKIS ATAU MEWARNA Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik, melukis dan mewarna berguna untuk meluahkan perasaan anda. Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya (cuba untuk mewarnakannya).
MENYANYI, BERMAIN MUZIK ATAU MENJERIT Ikut menyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan anda. Menyanyilah di dalam bilik air atau di taman. Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan.
MENARI Menari adalah satu bentuk ekspresi diri. Mainkan muzik di rumah atau pergi ke luar dan menarilah.
Tapi ingat, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang tidak ada orang, pasanglah muzik yang tidak terlalu kuat (atau gunakan fonkepala (headphone)) dan jangan gunakan peralatan orang lain tanpa kebenaran!
best gak nih...sekurang2 nya lepas habis keje, leh lepas kan tension skit ngan buat aktiviti2 nie...emm, cuba aktiviti sukan lah...lain2 cam x sesuai jerk...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 1:50:53 GMT 8
best gak nih...sekurang2 nya lepas habis keje, leh lepas kan tension skit ngan buat aktiviti2 nie...emm, cuba aktiviti sukan lah...lain2 cam x sesuai jerk... kebykkn..utk pempuan je..bg laki bersukan je lah!
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 17, 2004 23:11:59 GMT 8
Pohon Tua
Suatu ketika, di sebuah padang, tersebutlah sebatang pohon rindang. Dahannya rimbun dengan dedaunan. Batangnya tinggi menjulang. Akarnya, tampak menonjol keluar, menembus tanah hingga dalam. Pohon itu, tampak gagah di banding dengan pohon-pohon lain di sekitarnya. Pohon itupun, menjadi tempat hidup bagi beberapa burung disana. Mereka membuat sarang, dan bergantung hidup pada batang-batangnya. Burung- burung itu membuat lubang, dan mengerami telur-telur mereka dalam kebesaran pohon itu.
Pohon itupun merasa senang, mendapatkan teman, saat mengisi hari- harinya yang panjang. Orang-orang pun bersyukur atas keberadaan pohon tersebut.Mereka kerap singgah, dan berteduh pada kerindangan pohon itu. Orang-orang itu sering duduk, dan membuka bekal makan, di bawah naungan dahan-dahan."Pohon yang sangat berguna," begitu ujar mereka setiap selesai berteduh.Lagi-lagi, sang pohon pun bangga mendengar perkataan tadi.
Namun, waktu terus berjalan. Sang pohon pun mulai sakit-sakitan. Daun-daunnya rontok, ranting-rantingnya pun mulai berjatuhan. Tubuhnya,kini mulai kurus dan pucat. Tak ada lagi kegagahan yang dulu di milikinya.Burung-burung pun mulai enggan bersarang disana. Orang yang lewat,tak lagi mau mampir dan singgah untuk berteduh. Sang pohon pun bersedih. "Ya Tuhan,mengapa begitu berat ujian yang Kau berikan padaku? Aku butuh teman.Tak ada lagi yang mau mendekatiku. Mengapa Kau ambil semua kemuliaan yang pernah aku miliki?" begitu ratap sang pohon, hingga terdengar ke seluruh hutan. "Mengapa tak Kau tumbangkan saja tubuhku, agar aku tak perlu merasakan siksaan ini? Sang pohon terus menangis, membasahi tubuhnya yang kering.
Musim telah berganti, namun keadaan belumlah mau berubah. Sang pohon tetap kesepian dalam kesendiriannya. Batangnya tampak semakin kering. Ratap dan tangis terus terdengar setiap malam, mengisi malam-malam hening yang panjang. Hingga pada saat pagi menjelang.
"Cittt... cericirit... cittt" Ah suara apa itu? Ternyata, .ada seekor anak burung yang baru menetas. Sang pohon terhenyak dalam lamunannya. "Cittt... cericirit... cittt, suara itu makin keras melengking. Ada lagi anak burung yang baru lahir. Lama kemudian, riuhlah pohon itu atas kelahiran burung-burung baru. Satu... dua... tiga... dan empat anak burung lahir ke dunia. "Ah, doaku di jawab-Nya," begitu seru sang pohon. Keesokan harinya,beterbanganlah banyak burung ke arah pohon itu. Mereka, akan membuat sarang-sarang baru. Ternyata, batang kayu yang kering, mengundang burung dengan jenis tertentu tertarik untuk mau bersarang disana. Burung-burung itu merasa lebih hangat berada di dalam batang yang kering, ketimbang sebelumnya.
Jumlahnya pun lebih banyak dan lebih beragam. "Ah, kini hariku makin cerah bersama burung-burung ini", gumam sang pohon dengan berbinar. Sang pohon pun kembali bergembira. Dan ketika dilihatnya ke bawah, hatinya kembali membuncah. Ada sebatang tunas baru yang muncul di dekat akarnya. Sang Tunas tampak tersenyum. Ah, rupanya, airmata sang pohon tua itu, membuahkan bibit baru yang akan melanjutkan pengabdiannya pada alam.
Teman,begitulah. Adakah hikmah yang dapat kita petik disana? Allah memang selalu punya rencana-rencana rahasia buat kita.
Allah, dengan kuasa yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, akan selalu memberikan jawaban-jawaban buat kita. Walaupun kadang penyelesaiannya tak selalu mudah di tebak, namun, yakinlah, Allah Maha Tahu yang terbaik buat kita.
Saat dititipkan-Nya cobaan buat kita, maka di saat lain, diberikan- Nya kita karunia yang berlimpah.
Ujian yang sandingkan-Nya, bukanlah harga mati. Bukanlah suatu hal yang tak dapat disiasati.
Saat Allah memberikan cobaan pada sang Pohon, maka, sesungguhnya Allah,sedang MENUNDA memberikan kemuliaan-Nya. Allah tidak memilih untuk menumbangkannya, sebab, Dia menyimpan sejumlah rahasia. Allah, sedang menguji kesabaran yang dimiliki.
Teman, yakinlah, apapun cobaan yang kita hadapi, adalah bagian dari rangkaian kemuliaan yang sedang dipersiapkan-Nya buat kita. Jangan putus asa, jangan lemah hati. Allah, selalu bersama orang-orang yang sabar.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 18, 2004 11:17:44 GMT 8
Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi! Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai. Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal. Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik. Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah. Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal... Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti matanya mengawasi lelaki misteri tu. Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi............ ............................ Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amat lah sangat. Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa... So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut. Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah.................................................. MOTIF CERITA.................... Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup............... So apa lagi geng.... kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang! Hehehehehehehhhhhh.... M²
|
|
|
Post by enigma on Feb 18, 2004 15:33:43 GMT 8
bagi saya bukan bykkan diam daripada bercakap...just jgn cakap benda2 yg x berfaedah...cakap utk perkara2 yg penting dan memberi manfaat jer...tue baru betul.... btol....sokong sangat tu... kalo dah takde bende nk ckp..baik diam jer....drpd nk bukak mulut ckp bende2 yg berfaedah..kang dapat dosa jer kalo terlanjur megumpat org....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 19, 2004 1:41:25 GMT 8
btol....sokong sangat tu... kalo dah takde bende nk ckp..baik diam jer....drpd nk bukak mulut ckp bende2 yg berfaedah..kang dapat dosa jer kalo terlanjur megumpat org.... bile berbicara..kenalah pd tempatnye..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 21:49:18 GMT 8
.:: Disebalik rahsia ::.
Yang mana satu diantara kita yg memenuhi ciri-ciri seperti ini..........................
Rupa cantik, mata kuyu, bicara halus dan perlahan. Kulit warna kekuningan dengan rambut yang ikal mayang. Wanita yang pemurah, setia pada suami, penyabar dan tahan menderita.
Bentuk muka elok, montok, lurus dan rambutnya kasar. Jujur dan setia pada suami.
Badan tinggi besar, kulit hitam dan rambut halus. Baik, boleh dipercayai dan pandai menguruskan rumah tangga.
Badan kecil, gerak serba pantas, kulit kehijauan, bercahaya mukanya dan bulu kening yang lebat. Wanita yang mententeramkan dan memberi nikmat.
Badan kecil, katik, muka manis menarik, tingkahlakunya pantas dan elok. Seorang yang jujur dan setia pada suami, tahan hidup sengsara.
Badan tinggi, suara merdu, mata layu dan sayu. Baik dijadikan sahabat, boleh menyimpan rahsia.
Air muka pucat, bibir selalu kering, warna kulit seperti sawo matang. Wanita yang berhati mulia, setia dan boleh dipercayai.
Muka yang elok dan kehijauan serta pantas tingkahlakunya. Kasihnya besar terhadap suami.
Pinggang kecil, rambut lebat dan hitam pekat, kulit halus dan manis mukanya. Setia pada suami dan dapat menasihati suami.
Kulit kuning, urat nampak kebiruan, anak rambut di dahi berdiri, mata selalu berkelip, bicara halus perlahan dan manis air mukanya. Budi tinggi, pemurah, setia, rezeki murah dan rela dimadu.
Kulit kemerahan, muka kebiruan dan lebat bulu keningnya. Dapat menghiburkan dan memuaskan suami.
Berwatak kasar, kulit putih, banyak bicara. Wanita yang baik dijadikan isteri kerana dimasa hadapan rezekinya baik dan murah.
Kulit kuning, rambut hingga ke hujung, buah dada besar dan tahi lalat ditelinga. Wanita yang cepat naik darah dan pemboros serta suka bertengkar dengan suami.
Kulit hitam dan gelap tetapi manis, rambut lebat berombak dan mata seperti mengantuk. Dia senang bersama dan bermesra dengan suami.
Muka bujur telur berwarna kemerahan, leher jinjang. Wanita ini suka khianat, tidak baik dalam rumah tangga dan suka membohongi suami.
Kulit hitam, rambut hitam lembut, mukanya panjang, badannya tegap kaki kecil dan kering, kuku panjang dan kecil. Wanita yang baik.Sumber kekayaan rumahtangga, menguntungkan tetapi suka merajuk dan pulang kerumah orang tuanya.
Kulit kuning, rambut kemerahan lembut sampai kehujung, buah dada kecil dan ada tahi lalat di cuping telinga. Dia suka naik darah dan pemboros.
Kulit kuning, rambut keras dan lurus, hujung rambut warna merah. Wanita yang suka menolak ajakan suami.
Kulit kuning, urat-urat nampak hijau, alis lentik seperti bulan pada satu haribulan, mata seperti orang bangun tidur, wajahnya manis. Wanita yang sabar, cakapnya terlalu berhati-hati, berbudi bahasa dan perilaku sangat baik. Dia tidak sedih bila dimadu malah setia dan amat teliti dalam pekerjaan. Dapat memberi kekayaan.
Kulit kuning, rambut hitam berkilat, leher agak pendek, gerak geri tubuh seperti orang malas. Buah dada tergantung. Wanita yang tingkah lakunya pantas, manis dipandang. Tidak menampakkan marah malah tutur katanya lembut dan pandai dalam menjalankan kewajipan.
Duduknya tenang, agak pendiam, warna kulit kehitaman. Rambut lembut hitam, halus dan tubuhnya besar. Wanita yang baik.
Bentuk badan seperti orang lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki seakan bertemu, ruas betis panjang. Wanita yang dapat melayani suami.
Kulit kuning, bibir kering, buah dada keatas sedikit dan banyak cakap. Dia setia pada suami, pandangan luas dan suka minta untuk bersenggama.
Kulit agak merah tua seperti kulit manggis. Dada bidang dan buah dadanya sedang. Setia pada suami dan bersopan santun.
Kulit hitam, kaki kecil dan jarinya pula lurus. Rambut hitam dan lebat. Wanita yang pandai simpan rahsia rumahtangga. Seorang yang sabar dan tenang menghadapi dugaan.
Kulit kuning, rambut kasar dan panjang. Hujung rambut hitam lebat dan kakinya kecil. Dia membawa tuah. Kalau suaminya berjaga boleh mendapat keuntungan besar.
Badan kurus, rambut genjur dan kasar. Wajahnya kelihatan kemerahan. Wanita yang tidak pandai meminta sesuatu dari suami serta menerima apa sahaja keadaan hidup. Taat kepada perintah Allah.
Kulit kuning putih, badan kecil, rambut hitam lembut dan besar buah dadanya. Dia suka bertengkar dengan suami. Kalau kalah bertengkar sanggup pula membunuh suami.
Pandangannya menarik hati dan manis, sinar matanya jernih. Bentuk badannya tegap, kulit putih, suaranya perlahan dan cakapnya berhati- hati. Bila berjalan pula tubuh seakan tidak bergerak dan sentiasa tunduk. Wanita yang setia pada suami, rela dimadukan malah madu dianggap seperti saudara sendiri. Tiada syak dan setia bercinta.
Kulit putih dan pandai bercakap. Manakala rambutnya keras dan lurus. Perempuan ini suka belajar ilmu ghaib dan dapat menambahkan harta benda kepada suami.
Pandai melayan para tetamu, banyak kenalan dan pekerjaannya disukai orang lain. Mengambil berat tentang kesihatan dan makan minum suami. Wanita yang sesuai dijadikan isteri.
Kulit seperti buah manggis yang dibelah, rambut hitam panjang, badan kecil dan kaki serta tangannya lurus. Dia baik untuk dijadikan isteri.
Kaki dan lengannya kecil dan lurus. Jika dilihat dari belakang, bentuk pinggang dan keatas agak lebar. Wanita yang taat pada agama dan mendatangkan kemuliaan.
Peha agak besar, dada agak lebar, rahang mulut lebar. Tidak setia pada suami kerana akan tinggalkan suami bila berjumpa lelaki lain.
Tubuh pendek, kecil orangnya dan wajah manis. Wanita yang memiliki sifat berani menentang halangan, kuat berusaha untuk mencari kekayaan.
Badan kecil, warna kulit kemerahan. Sedikit tanda kebiruan tampak di muka dan alis matanya tebal. Suka memendam perasaan dan tindak tanduknya mengejutkan. Tidak baik dijadikan isteri tetapi boleh dijadikan kawan berhibur dan bersenang.
Tubuh kecil, kulit putih kekuningan. Melangkah seperti harimau lapar dan sentiasa mahu cepat bila kemana-mana. Pandai simpan rahsia dan bersopan santun. Mementingkan kebahagian rumahtangga dan kaum keluarga.
Tubuh gemuk dan tingginya sedang. Kulit kuning, renungan mata seperti orang marah. Wanita ini tidak berapa sesuai dijadikan isteri.
Badan kecil, kulit kemerahan dan rambutnya panjang. Tingkah lakunya menarik, banyak kepandaian dan cintanya teguh. Dia juga tidak mudah mendengar hasutan dan baik dijadikan isteri.
Kulit kuning, bentuk wajah agak lebar, orangnya peramah, pandangan mata tajam tetapi manis dan menarik. Tubuhnya sedang serta tegap dan suaranya amat mengesahkan. Pandai bercakap dan baik pekertinya.
Badan tinggi, mata seperti bangun tidur. Wanita yang pandai bercakap, setia dalam persahabatan, setiap kenalan dianggap saudara sendiri. Pandai menyimpan rahsia, bersopan dan membereskan segala kerja.
Kulit kuning, bibir merah tua dan susunan giginya nampak sama. Sinar matanya tenang dan sedang buah dadanya. Wanita yang suka membuat sesuatu kerja dengan cepat. Sempurna, tuturkatanya lembut dan menarik hati. Suka melindungi suami daripada cacian atau tuduhan serta taat pada keluarga. Wanita ini baik dijadikan suri rumahtangga.
Tubuh kecil, kulit agak kemerahan. Ada juga wanita jenis ini yang kulitnya seperti manggis, rambut genjur. Wanita jenis ini dapat memberikan kepuasan kepada suaminya.
Kaki agak melintang, jika berjalan kakinya suka menendang tanah. Perangainya pemboros dan suka melakukan pembuatan keji.
Warna kulit seperti buah manggis, hitam manis dan lembut raut wajahnya. Cinta dan kasih wanita ini terhadap suaminya adalah ikhlas dan jujur.
Tubuh sedang, kulit kuning, mata kuyu dan menyorot seperti marah. Seorang wanita yang rajin bekerja. Memuaskan suami bila bersenggama.
Tubuhnya sedang manakala bibirnya sedikit lebar.Kerdip matanya nampak tersusun. Suka melarikan diri dari suami tanpa sebab yang jelas.
Badan tegap, kulit kuning dan buah dada yang sedang. Rambut hitam dan hujungnya merah. Wanita jenis ini elok dijadikan isteri dan pandai menabung.
Duduknya tenang, diam, baik budi pekerti, tinggi pengetahuan dan rendah hatinya. Pandangan matanya cukup tajam. Dia cepat memahami kehendak orang lain. Setia pada suami dan mendatangkan harta benda tetapi suka menolak ajakan suami. Jika suami marah dia tinggalkan rumah, tetapi marahnya mudah reda dan tiada dendam. Suami harus lebih diplomasi. Sesuai sebagai calon isteri dan ibu yang baik.
Muka kecil, rambut lebat dan jarinya lurus. Leher macam rotan dan bahunya pula agak melintang dan nipis tetapi menonjol. Pinggang kebawah lurus, peha besar dengan keadaan punggung yang nipis. Dia setia pada suami dan menurut kata. Jika suami marah dia cepat minta maaf. Tuturkatanya lembut, pemurah, banyak kenalan dan tak gemar berkelahi. Seorang yang gemar mencari ilmu dan tidak pula sombong.
Badan tegap, kulit kuning, mata ayu dan kerinting rambutnya. Manakala percakapannya pula perlahan. Merupakan golongan wanita yang setia pada suami dan keluarga tetap keras hati. Namun sikapnya segera berubah seperti singa lapar jika suami mempermainkannya. Jika lari dia tidak akan kembali lagi.
Mukanya kecil, berdahi sempit, kakinya panjang manakala tubuhnya kurus dan tinggi. Seorang yang pemboros dan tidak memikirkan pasal masa depan. Tidak tetap pendirian, suka mendengar cakap orang dan tidak menepati janji. Jarang memikirkan hati dan perasaan orang lain.
Note: mari lihat siapa yang kena!!!
|
|