|
Post by john on Feb 3, 2004 11:45:04 GMT 8
MORAL: have you ever realised that how you treat others is exactly how they will treat you? In China it is said: The person who loves others will also be loved. until today i still love my ex-girlfriend since we broke up, but she does not love me as i do love her...
|
|
|
Post by enigma on Feb 3, 2004 12:08:02 GMT 8
until today i still love my ex-girlfriend since we broke up, but she does not love me as i do love her... i suggest u...if she is still single...try 2 get her back.... but if not....u should fine someone else....and try 2 love her...more than u love ur exgirl....ok?
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 12:11:35 GMT 8
until today i still love my ex-girlfriend since we broke up, but she does not love me as i do love her... ler jgn lah sedih john...lau kau sedih, aku pun sedih gak...sob...sob ....kita kan lelaki...kena lah tabah kan diri...
|
|
|
Post by enigma on Feb 3, 2004 12:16:13 GMT 8
ler jgn lah sedih john...lau kau sedih, aku pun sedih gak...sob...sob ....kita kan lelaki...kena lah tabah kan diri... yup..tabahkan hati....kuatkan semangat...utk menempuh hidup di hari muka....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 13:52:50 GMT 8
until today i still love my ex-girlfriend since we broke up, but she does not love me as i do love her... dah tahap kritikal ni john..insyaallah..segala kesulitan dp dihuraikan suatu hari nanti..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 21:54:29 GMT 8
Kasih MAMA
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'
'HAYATILAH KRISTAL KITA'
moga memberi pengajaran kepada kita semua....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 1:10:58 GMT 8
good story ni..krn terlalu sygkan anak..dan taknak anak nye berasa malu..itulah pengorbanan yg dibuat pd si ibu untuk anak..inilah dinamakan...'korban'
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 4, 2004 20:07:16 GMT 8
good story ni..krn terlalu sygkan anak..dan taknak anak nye berasa malu..itulah pengorbanan yg dibuat pd si ibu untuk anak..inilah dinamakan...'korban' tapi boleh kah anak membalas jasa ibu nya seperti pengorbanan yg telah dibuat oleh ibu nya? ...renung - renung kan lah...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 20:15:33 GMT 8
tapi boleh kah anak membalas jasa ibu nya seperti pengorbanan yg telah dibuat oleh ibu nya? ...renung - renung kan lah... susah utk membalas segala pengorbanan ibu sejak kite mula lahir lg..tak tentu ia dpt dibls dgn wang ringgit..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 9, 2004 9:42:01 GMT 8
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 20:48:08 GMT 8
good artikel sha..br atok perasan..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 10, 2004 21:46:32 GMT 8
Halangan di Jalanan ===============
Pada zaman dahulu ada seorang raja yang pada suatu ketika meletakkan sebongkah batu besar di tengah-tangah sebatang jalan. Kemudian raja itu bersembunyi untuk melihat apakah ada orang yang mahu menggalihkan batu besar yang menghalang sebahagian jalan itu.
Beberapa saudagar terkaya dan bangsawan kerajaan raja itu, ketika melalui jalan itu dan berhadapan dengan batu besar lantas membelokkan langkah, agar dapat melalui jalan itu. Ramai juga merungut dan dengan lantang mengecam raja kerana tidak prihatin dengan rakyat dengan memastikan jalan yg dilalui itu sempurna tanpa halangan sebegitu. Tetapi tak seorangpun berbuat sesuatu untuk menyingkirkan atau mengalihkan batu besar itu. Kemudian kelihatan seorang petani, membawa sayur-sayuran dan buah-buahan. Ketika langkahnya terhambat sesampainya di perintang jalan itu, ia meletakkan bebanannya lalu berusaha menggolekkan batu besar itu ke tepi jalan. Dengan susah payah, ia akhirnya dapat mengalihkan batu itu.
Ketika petani itu hendak mengangkat semula sayur-sayuran dan buah-buahan bawaannya tadi, dilihatnya ada sebuah dompet terletak di bawah batu besar tadi berada. Dompet itu berisi wang emas yang banyak serta sepucuk surat dari raja yang menyatakan bahwa wang emas itu diperuntukkan bagi orang yang mengalihkan batu besar itu dari tengah jalan.
Pengajaran yang diperolehi:
Dengan kejadian itu si petani mengerti dan menerima suatu pengajaran yang takkan pernah difahami oleh ramai orang:
"Setiap rintangan merupakan peluang untuk memperbaiki keadaan".
Selain daripada itu kebanyakan orang suka komen sesuatu tanpa bertindak. Ramai orang juga sering memberi saranan dan cadangan. Cadnagn itu kadang-kadang amat bernas dan baik. Walaupun sebaik mana sesuatu cadangan, atau sehebat mana sesuatu komen. Apabila dia tidak betindak maka sebenarnya tidak ada apa-apa makna malah tidak menyelesaikan masalah itu. Orang sering mengatakan orang lain tidak betul tanpa apa-apa alternatif atau tindakan dari dirinya. . Usahanya yang kecil sebenarnya boleh mengubah keadaan dan selalunya akan memberikan keuntungan kepada dirinya sendiri.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 11, 2004 1:37:27 GMT 8
Diam merupakan sebuah keputusan hukum Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit Namun dapat menjadi petunjuk Keselamatan sesaorang terletak pada penjagaan lisannya Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya
p/s:bykkan diam drpd bercakap..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 11, 2004 19:01:42 GMT 8
Diam merupakan sebuah keputusan hukum Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit Namun dapat menjadi petunjuk Keselamatan sesaorang terletak pada penjagaan lisannya Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya
p/s:bykkan diam drpd bercakap.. bagi saya bukan bykkan diam daripada bercakap...just jgn cakap benda2 yg x berfaedah...cakap utk perkara2 yg penting dan memberi manfaat jer...tue baru betul....
|
|
|
Post by KomOt on Feb 11, 2004 19:07:03 GMT 8
bagi saya bukan bykkan diam daripada bercakap...just jgn cakap benda2 yg x berfaedah...cakap utk perkara2 yg penting dan memberi manfaat jer...tue baru betul.... betul,betul..buat penat je cakap byk2 ni..
|
|