Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:06:07 GMT 8
.:: Nabi berhenti dengar bacaan al-fatihah
AL-FATIHAH adalah surah pertama yang diturunkan dengan lengkap tujuh ayat
sekali gus kepada Rasulullah. Ia dinamakan 'Ummul Quran" yang bermaksud
induk al-Quran atau "Ummul Kitab" yang bermaksud induk kitab. Ini kerana ia
adalah induk atau ibu bagi semua isi al-Quran serta menjadi inti sari
daripada kandungan al-Quran. Oleh itu, surah ini wajib dibaca dalam solat.
Al-Fatihah bermakna pembukaan, sesuai dengan kedudukannya sebagai surah
pertama dalam al-Quran. Al-Fatihah termasuk dalam golongan ayat Makkiyyah
kerana diturunkan di Makkah. Surah al-Fatihah dimulakan dengan kalimah
'Bismillah' yang bermaksud dengan nama Allah. Sabda Rasulullah, maksudnya:
"Setiap sesuatu kebaikan yang dimulai dengan Bismillah akan mendatangkan
berkat. Manakala lafaz 'Allah' pula adalah nama zat Yang Maha Suci, yang
berhak disembah dengan sebenar-benarnya, tidak memerlukan makhluknya tetapi
makhluk yang berhajat kepada-Nya."
Dalam ayat pertama juga ada kalimah 'Ar Rahman' yang bermaksud Maha Pemurah.
Ar Rahman adalah salah satu daripada nama Allah yang memberi pengertian
bahawa Allah itu adalah tuhan Yang Amat Pemurah yang melimpahkan kurnia
kepada setiap makhluk-Nya. Kalimah Ar Rahim pula bermaksud Maha Penyayang
atau Maha Pengasih, memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat rahmat
(kasih sayang) yang menyebabkan Allah selalu melimpahkan rahmat kepada
makhluk-Nya. Mengikut sesetengah ahli tafsir, Ar Rahman dan Ar Rahim adalah
daripada kalimah yang sama ertinya iaitu 'rahmah' yang bermakna kasih sayang
atau kasihan. Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa Ar Rahman maknanya
Allah mengasihi seluruh hamba-Nya baik mukmin atau kafir. Lalu dikurniakan
kepada mereka rezeki dan nikmat di dunia ini, sekiranya mereka berusaha. Ar
Rahim' pula hanya untuk orang mukmin di mana kasih Allah kepada mereka
mengatasi yang lain, malah untuk mereka nikmat yang bukan saja di dunia
malah berpanjangan di akhir.
Menurut Syeikh Mohammad Abduh Dum, Ar Rahman bermakna pemberi Rahmat,
manakala Ar Rahim bermakna pemilik Rahmat. Surah al-Fatihah mempunyai banyak
kelebihannya. Di antara hadis yang memperkatakan kelebihannya ialah:-
* "Surah Al-Fatihah adalah ubat daripada segala penyakit dan penawar
daripada racun."
* "Apabila selesai imam membaca surah al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan
"amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."
* "Barang siapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah
al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya dia memperoleh
ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."
* "Sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas ketika pulang ke
rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta mendapat
banyak kebajikan di rumahnya."
Suatu ketika Rasulullah berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di
kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki membaca surah
Al-Fatihah, lantas baginda bersabda, maksudnya:
"Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."