|
Post by atokENSEM on Aug 25, 2004 14:20:22 GMT 8
Method of reducing collision damage. To reduce collision damage, it is necessary to reduce the car's kinetic energy. This can only be accomplished by conscientious driving. As soon as impending danger is realized, quick and cool judgement is essential and accurate braking must begin.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 4:50:23 GMT 8
Niat solat dalam bahasa Melayu
SAYA ingin mendapatkan pandangan Dr Salam mengenai niat solat. Ada seorang hamba Allah bertanyakan kepada saya, “Bagaimanakah awak berniat solat dalam bahasa Melayu bagi solat fardu?“ Saya menjawab (contohnya solat Zuhur), “Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur empat rakaat...”. Kemudian hamba Allah itu bertanyakan lagi sebab saya perlu membacakan ‘sahaja’ dalam niat itu dan kenapa tidak berniat, “Aku sembahyang fardu.....”.
Dia berkata bahawa perkataan ‘sahaja’ itu adalah main-main atau suka-suka. Jadi, saya ingin mendapatkan niat yang betul mengenai solat dan harap Dr Salam menjelaskan sebab ‘sahaja’ itu digunakan.
ANITA IBRAHIM,
Kulai, Johor.
ADALAH penting untuk memahami apa yang dikatakan dan dibuat. Kadangkala sikap sambil lewa memberi peluang kepada orang lain untuk mengelirukan pemikiran kita. Pertama, penggunaan perkataan ‘sahaja’ atau ‘sengaja’ adalah tepat dan tidak keliru. Ia tidak membawa maksud main-main atau suka-suka.
Kedua, perkataan ‘sahaja’ mempunyai beberapa maksud, antaranya ‘sengaja’. Maksud ‘sengaja’ ialah “dengan niat sendiri“ atau “memang diniatkan atau dimaksudkan begitu“. Sama juga dengan terjemahan perkataan ‘nawai-tu“ (Sengaja aku). Daripada kata ‘nawa’ dalam bahasa Arab, ada perkataan ‘niyyat’, bermaksud “niat, sengaja, dan maksud“ dalam bahasa Melayu. Dengan kata lain ‘sahaja atau sengaja aku sembahayang Zuhur …’ bermaksud ‘niat aku’ atau ‘aku berniat atau bermaksud menunaikan sembahyang Zuhur …“. Niat adalah ingatan dalam hati.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 4:51:17 GMT 8
Sah solat walau badan berpeluh
SAYA memiliki beberapa persoalan. Pertama, apakah hukum jika seseorang itu berwuduk di dalam bilik air yang ada tempat buang air besar? Kedua, Adakah sah sembahyang seseorang apabila dia bersembahyang dalam keadaan berpeluh? Soalan ketiga berkaitan mandi hadas. Apakah perkara yang disunatkan ketika mandi hadas dan bagaimana cara terbaik untuk mandi hadas?
Soalan terakhir, bagi seseorang wanita yang dalam keadaan haid, adakah dibolehkan jika dia mengucap dua kalimah syahadah ataupun membaca “bismillah“ atau apa saja dengan niat berzikir atau ingin melindungi diri daripada perkara yang tidak baik?
MOHD HUSSAIMI HUSIN,
Tanah Merah, Kelantan.
PERTAMA, berwuduk di dalam bilik air yang ada tempat buang air besar adalah makruh.
Kedua, sah sembahyang dalam keadaan berpeluh.
Ketiga; antara perkara sunat ketika mandi hadas ialah menghadap kiblat, memulakan dengan bacaan bismillah (basmalah), membasuh dua tapak tangan, mengambil wuduk sebelum mandi, mengosok-gosok seluruh badan, berturut-turut tanpa putus. Cara terbaik ialah dengan mengamalkan perkara sunat di atas.
Keempat, seseorang yang dalam keadaan haid atau berhadas besar masih boleh berbuat demikian dengan niat zikir atau doa.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 4:52:30 GMT 8
Kerap tinggal solat Jumaat
SAYA seorang pelajar kolej dan ingin mendapatkan penjelasan mengenai hukum solat Jumaat. Saya tinggal sekitar Petaling Jaya dan masalahnya, saya sukar ke masjid kerana jarak asrama ke masjid sangat jauh. Selain itu, majoriti penduduknya berbangsa Cina dan setakat ini, sudah lebih tiga kali berturut-turut saya tidak menunaikan solat Jumaat. Adakah saya sudah tergolong dalam golongan yang murtad atau sudah terkeluar daripada agama Islam?
Bagaimana pula dengan hukum memasang kepuk di kawasan perkuburan? Sekiranya saya (contoh) membaca sekali surah al-Fatihah dan menghadiahkan kepada arwah ayah dan sepupu, adakah pahalanya dibahagi dua?
TAJUL ASHIKIN SAHARI
Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.
SETIAP lelaki Muslim wajib menunaikan sembahyang Jumaat. Alasan tempat tinggal jauh kurang munasabah kerana adanya kenderaan yang boleh dinaiki seperti teksi dan sebagainya. Usaha untuk menunaikan seperti berjalan dan sebagainya mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Tidak menunaikannya tanpa ada keuzuran dikira berdosa lebih-lebih lagi tiga kali berturut-turut. Bagaimanapun ia tidak dikira murtad selagi masih mengakui kewajibannya.
Memasang kepuk bagi menunjukkan tanah perkuburan diharuskan asal tidak melampaui. Digalakkan untuk meninggikan sedikit tanah bagi menandakan kubur. Apabila membaca al-fatihah dan dihadiahkan pahalanya kepada arwah, pahalanya tidak dibahagi dua, kecuali apabila minta disampaikan pahalanya kepada arwah.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 14, 2004 14:56:56 GMT 8
-Hiburan Alternatif!! BAGAIMANA ?-
Bersama Ustaz Hj Akhil Hai Rawa (Bekas penyanyi rock kumpulan D’ Riyadh era 80 an)
Tarikh : 25 September 2004 (SABTU) Masa : 9:00 malam
Tempat : MTDP, No 27, Lorong Bunga Raya 22, Taman Tasik Jaya, Senawang
Datanglah Beramai-ramai !!!
Dilampirkan poster dan lokasi program untuk hebahan dan edaran.
Maklumat lanjut sila hubungi : Tn. Hj Taufek 019-3920869 En. Hassan Tamby 019-3671045
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 14, 2004 23:46:20 GMT 8
-Hiburan Alternatif!! BAGAIMANA ?- Bersama Ustaz Hj Akhil Hai Rawa (Bekas penyanyi rock kumpulan D’ Riyadh era 80 an) Tarikh : 25 September 2004 (SABTU) Masa : 9:00 malam Tempat : MTDP, No 27, Lorong Bunga Raya 22, Taman Tasik Jaya, Senawang Datanglah Beramai-ramai !!! Dilampirkan poster dan lokasi program untuk hebahan dan edaran. Maklumat lanjut sila hubungi : Tn. Hj Taufek 019-3920869 En. Hassan Tamby 019-3671045 Hiburan macam mana diorg nak adakan tu cek komot?
|
|
|
Post by KomOt on Sept 15, 2004 17:36:12 GMT 8
tak tau la cik butterfly..yg tu diorang wat ceramah pasal hiburan alternatif tu..nk tau,jom la kita gi..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 16, 2004 12:53:23 GMT 8
Bermujahadah bermujahadah sebenarnya adalah salah satu dari kewajiban seorang hamba juga bemujahadah ada lahir, ada batin bermujahadah lahir seperti berpuasa, menahan lapar dan dahaga, atau belajar menuntut ilmu dengan sungguh-sungguh. bermujahadah lahiriah agak mudah tapi bermujahadah batin, amatlah susah, ia amat berat, terkadang sampai menangis, karena perasaan yang bercapur di dalam hati kenapa bermujahadah itu sakit dan tersiksa? karena mujahadah batin, ia adalah memberantas mazmumah, coba menundukkan nafsu agar nasu ini mengikut kehendak Tuhan bukan kehendak syetan bukan senang nafsu untuk dididik tntulah ia memerlukan bimbingan karena syetan dapat saja meniti di berbagai jalan, sekalipun ia adalh jalan kejahatan syetan dapat mengubahnya hingga ia merasuki fikiran manusia bahwa jalan itu adalah benar, baik.. maka itu kita memerlukan orang pilihan Tuhan yang sudah lebih dahulu menundukkan nafsunya, hingga nafsunya mencapai nafsu mutmainah nafsu orang-orang bertawqa yang jiwanya sentiasa sibuk dengan Tuhannya, yang amat dekat dengan Tuhan hatinya selalu cemas karena takutkan Tuhan yang luar biasa ia amat tenang dengan manusia, dengan dunia tapi hatinya merintih kepada Tuhan tiada siapa yang tahu hanya hal itu nampak dari perilakunya ia rasa selalu membuat dosa, takut Tuhan murka dengannya hatinya 24 jam merasa pengawasan yang luar biasa dari Tuhannya inilah dia orang Tuhan.. karena kita masih lemah, belum mencapai taraf mutmainah, maka kita amat memerlukan orang utusan Tuhan untuk membantu kita dalam mujahadah semoga Tuhan mempertemukan kita dengannya, jika sudah dapat peganglah erat-erat jangan dilepaskan sekalipun amat panas bagai menggenggam bara api karena ia adalah jalan keselamatan..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 16, 2004 15:13:03 GMT 8
tak tau la cik butterfly..yg tu diorang wat ceramah pasal hiburan alternatif tu..nk tau,jom la kita gi.. tulah..klu dekat nak tahu gak..tp dok jauh... cek komot nak pegi ke...
|
|
|
Post by KomOt on Sept 17, 2004 11:06:16 GMT 8
kalau berkesempatan,komot pegi la..tp,rasa cam tak bleh je..kalau JB dgn senawang dekat,takpe la gak..
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 4:46:04 GMT 8
-Hiburan Alternatif!! BAGAIMANA ?- Bersama Ustaz Hj Akhil Hai Rawa (Bekas penyanyi rock kumpulan D’ Riyadh era 80 an) Tarikh : 25 September 2004 (SABTU) Masa : 9:00 malam Tempat : MTDP, No 27, Lorong Bunga Raya 22, Taman Tasik Jaya, Senawang Datanglah Beramai-ramai !!! Dilampirkan poster dan lokasi program untuk hebahan dan edaran. Maklumat lanjut sila hubungi : Tn. Hj Taufek 019-3920869 En. Hassan Tamby 019-3671045 insyaallah gi..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 21, 2004 13:50:21 GMT 8
PROGRAM IFTAR BAGI ORANG YANG MEMERLUKAN Assalamualaikum.... Global Peace Mission Malaysia dengan kerjasama Tabung Amanah Anak Yatim dan Miskin Nusantara ingin menganjurkan program tahunan sempena Ramadan iaitu Program Iftar.Sasaran kawasan yang berkaitan ialah : 1.Afghanistan 2.Kashmir 3.Kemboja 4.Indonesia 5.Palestin 6.Lain-lain **RM 10 dapat menaja seramai 5 orang untuk berbuka puasa. Untuk mendapatkan kupon sila hubungi : Syarifah Aminah 016-308 5905 Shereen 019-312 5875 aziah 013-391 6600 Syafei 012-330 8237 Global Peace Mission Suite 213, Anjung Rahmat, Bt.6,Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur www.keamanan.netTel:03-6188 8409 Fax:03-6188 8470 E-Mail:gpmhq@yahoo.com Tabung Amanah Anak Yatim & Miskin Nusantara No. 12-5 Jalan Bangsar Utama 9, 59000 Kuala Lumpur. Tel:03-2282 4162 Fax:03-2282 4131 E-Mail:fundnus@hotmail.com
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 23, 2004 1:21:40 GMT 8
:)Menghidupkan Hati
1.0 Hati Hidup
Bagaimana kita hendak menghidupkan hati kita? Terdapat lima cara bagi kita mencapai maksud tersebut iaitu :-
1.1 Membaca al-Quran dan faham maknanya.
* al-Quran hendaklah dibaca sekurang-kurangnya 100 ayat setiap hari. Anda biadab kepada Allah s.w.t. jika anda gagal. * memetik kata-kata Saiyidina Umar al-Khattab, " Bagi lelaki, jangan sekali-kali mati sebelum kamu habis dua surah ( baca lancar, faham maknanya ) iaitu surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Bagi perempuan pula tiga surah, iaitu surah an-Nur, surah an-Nisa' dan surah al-Ahzab. " * ( sebagai tambahan ) hadith 40 Imam Nawawi,hendaklah dihafal dan difahami
1.2 Solat sunat tahajjud
1.3 Bersahabat dengan orang yang soleh
1.4 Berpuasa sunat
* berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis * berpuasa pada 13,14,15 atau 14,15,16 haribulan hijrah setiap bulan
1.5 Berzikrullah
Beramal dan beristiqamah dengan salah satu dari amalan di atas adalah memadai untuk menghidupkan hati kita. Pilihlah mana yang dirasakan sesuai. Namun, jika kita mampu beristiqamah dengan kelima-limanya, tentu lebih baik dan luar biasa kesannya.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 24, 2004 9:24:31 GMT 8
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaahaillalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang-kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini Laa ilaaha illalLah! Wassalam.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 24, 2004 12:46:51 GMT 8
BERITA BAIK UNTUK PEMAAF...
Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?"
Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .
Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yangg telah engkau zalimi itu!,"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"
Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"
Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya : "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,"
Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok ,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"
Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu.
Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"
Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".
|
|