|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 12, 2003 9:32:40 GMT 8
to :twinhead.. faiz@thadjul..?bob practical kat mane?
Ntah la tok,dgr cite kat nun kat tanah arab sana,Kalau tak silap la, kat MESIR rasanya.Faiz ngan thajul tu bukan saya la.Cube lagi.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 16:04:55 GMT 8
to: twinhead.. ye ke...bukan? ;D Edisi Nasional: Pergi bawa hajat PILU...gambar di HKL yang diambil pada 2 Disember lalu menunjukkan Rafeah menitiskan air mata di sisi Suziman yang koma. Suziman meninggal dunia semalam. KUALA LUMPUR: Seorang ibu terkilan kerana hasrat anaknya untuk mengadakan kenduri tahlil bapanya yang meninggal dunia lebih dua bulan lalu tidak kesampaian. “Hasrat anak saya itu tidak tercapai dan kini kami sekeluarga pula mengadakan kenduri tahlil untuknya,” kata Rafeah Che Amat, 76, ketika menziarahi jenazah Suziman Yusof, 26, yang meninggal dunia pada jam 10.30 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Suziman dimasukkan ke HKL kerana cedera parah di kepala dalam kemalangan ngeri di Kilometer 63, Jalan Lipis-Merapoh, 30 November lalu. Dia yang berasal dari Jalan Seroja, Kampung Seri Gedembok, Pasir Puteh, Kelantan, koma selama 11 hari dan disahkan meninggal dunia pagi semalam. Sebelum itu, doktor melakukan dua pembedahan pada kepalanya. Menurut Rafeah, Suziman yang bekerja sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Tropicana, Petaling Jaya, menyuarakan hasratnya itu sebelum berangkat pulang ke Kelantan bersama tunang, Wan Noraini Wan Ibrahim, pada hari kejadian. “Dia pulang pada hari raya pertama dan membincangkan perkara itu dengan ahli keluarga lain,” katanya. Bagaimanapun, Suziman terpaksa kembali ke Kuala Lumpur pada hari itu juga kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. “Pada hari raya kelima, Suziman pulang semula ke kampung dengan membawa Wan Noraini. “Malangnya, mereka berdua tidak sempat menyambung raya serta mengadakan kenduri arwah kerana terbabit dalam kemalangan itu,” katanya. Wan Noraini maut di tempat kejadian. Mereka adalah dua daripada empat penumpang bas ekspres Mutiara yang terkorban dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Kilometer 63, Jalan Lipis-Merapoh. Kemalangan itu turut mengorbankan 11 yang lain yang menaik bas sekolah berkenaan yang dijadikan bas tambahan manakala 30 penumpang kedua-dua bas cedera. Pada awal Ramadan, kata Rafeah, Suziman sempat menyiapkan pembinaan dapur baru bagi rumah mereka di Kampung Gedembok. Sekeliling rumah berkenaan juga sudah ditanda untuk disambung supaya lebih besar dan selesa. “Walaupun perbelanjaan untuk proses penyambungan itu dikongsi bersama ahli keluarga lain, Suziman memainkan peranan utama dalam perancangan berkenaan,” katanya. Katanya, seluruh keluarga Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada HKL kerana menyedia penginapan sementara di sebuah flet berhampiran sepanjang hampir dua minggu mereka menjaga Suziman. “Jenazah Suziman dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan,” katanya. Adik ipar Suziman yang hanya mahu dikenali sebagai Sabree, 32, berkata dia yang rapat dengan mangsa dapat merasakan keganjilan terhadap arwah sebelum kemalangan berlaku. “Suziman rapat dengan saya dan tidak akan melepaskan peluang untuk berbual lama-lama jika pulang ke kampung. “Bagaimanapun, ketika raya pertama, dia langsung tidak mahu berbual dengan saya seolah-olah tidak mengenali saya,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori, di sini. Menurut Sabree, perkara itu tidak terlalu diendahkan kerana Suziman hanya bercuti sehari saja dan mungkin dia ingin menghabiskan hari raya pertama dengan ahli keluarga. Katanya, Suziman turut kelihatan ceria ketika raya pertama dan dilihat begitu mesra dengan ahli keluarga lain. Suziman dikatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan Wan Noraini, jururawat di Hospital Seremban, awal Februari depan. Kedua-dua mangsa sudah membuat persiapan melangsungkan perkahwinan sejak sebelum Ramadan.. Sementara itu, seorang mangsa cedera parah, Masitah Ibrahim, 25, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sudah dibenarkan pulang selepas keadaannya stabil, baru-baru ini. ajal dan maut di tangan tuhan..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 23:47:22 GMT 8
Edisi Nasional: 3 maut kereta langgar pokok
KUALA LUMPUR: Tiga daripada dua pasangan yang dipercayai baru berkenalan terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Kuching, di sini, pagi semalam.
Pasangan berkenaan dikatakan baru bertemu sebelum menumpang kereta seorang daripada mereka.
Mangsa yang terbunuh itu adalah pemandu kereta jenis Proton Iswara itu, Kok Seng Kwan, 28, Lim Way Yap, 20, dan Jeniffer Yeoh Jen I, 19, manakala seorang lagi cedera parah ialah Thi Yen Nie, 15, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mereka dipercayai dari arah Selayang sebelum terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan hingga menyebabkan kereta terputus tiga.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Shamsuri Ahmad Mukhri, berkata polis mendapati keempat-empat mangsa tercampak keluar daripada kereta itu.
Menurutnya, tiga mangsa mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala manakala Thi cedera di kepala dan patah kaki kiri tetapi kini berada dalam keadaan stabil.
“Kami dapati sebahagian badan kereta berkenaan melekat di pangkal pokok yang dirempuh, bahagian enjinnya pula tercampak ke dalam parit dan sebahagian lagi ke kawasan tebing kira-kira 20 meter dari pokok.
“Puncanya belum dapat diketahui lagi tetapi berdasarkan kesan brek di tempat kejadian berkemungkinan pemandunya cuba mengelakkan sesuatu,” katanya.
Thi, ketika ditemui di HKL, berkata sebelum kejadian, mereka berempat keluar minum bersama.
“Kami keluar dari rumah selepas jam 12 malam untuk minum bersama.
“Selepas itu, kami pergi berjalan sekitar Selayang hinggalah tiba-tiba, saya rasa seperti terhentak dan tidak ingat apa-apa lagi selepas itu,” katanya.
Thi berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan dia tidak sempat melihat apa yang berlaku serta berasa sedih diatas kematian tiga rakannya.
Sementara itu, Yeoh Sheng Jong, 41, bapa kepada Jennifer, berkata kematian anaknya amat mengejutkan.
“Saya dimaklumkan berkenaan kemalangan itu oleh isteri saya, Ling Soon Kiew, kira-kira jam 6.30 pagi.
“Dia bergegas naik ke tingkat atas rumah dan memaklumkan kepada saya Jennifer terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.
Yeoh berkata, dia terus menghubungi nombor telefon bimbit anaknya tetapi seorang lelaki menjawab panggilan berkenaan dan mengatakan bahawa Jennifer sudah mati.
Dia dan isterinya kemudiannya terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat anak mereka terkujur kaku di atas jalan.
Yeoh berkata, dia tidak mengenali teman lelaki anaknya yang turut berada dalam kereta yang rosak teruk itu.
“Jennifer hanya memberitahu saya dia merancang untuk pergi ke Genting Highlands pada hari kejadian tetapi mungkin dia mengubah rancangan di saat akhir,” katanya.
Menurut Yeoh, Jennifer tinggal di Sri Hartamas sejak setengah tahun lalu untuk bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran dan sejak itu, mereka kurang berhubung.
Bapa kepada Kok Seng Kwan, 28, yang hanya mahu dikenali sebagai Kok, berkata anaknya bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa di sebuah syarikat di Jinjang.
“Pada hari kejadian, dia keluar bekerja seperti biasa dan malam itu, anak saya keluar bersama beberapa rakannya.
“Bagaimanapun, saya tidak tahu dengan siapa dia keluar kerana dia tidak memaklumkan perkara itu kepada saya,” katanya.
Kok berkata, kematian anaknya adalah satu kehilangan besar dalam keluarga memandangkan dia seorang yang periang dan ringan tulang.
Ketiga-tiga mayat mangsa dituntut keluarga masing-masing di HKL petang semalam.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 13, 2003 14:14:01 GMT 8
BOLA SEPAK LELAKI: Vietnam kecundang padan muka ;D
JUARA bertahan, Thailand merakam kemenangan keenam berturut-turut dalam acara bola sepak lelaki sesudah membenam tuan rumah, Vietnam 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Hanoi malam tadi.
Sakda Joemdee memusnahkan impian Vietnam untuk mengucup pingat emas yang paling dicemburui pada temasya dwi-tahunan sesudah meledak masuk gol kemenangan pada minit keenam permainan sudden-death.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa permainan sebenar dan Vietnam pula terpaksa beraksi 10 pemain sesudah pengadil dari Malaysia, Subkhiddin Salleh melayangkan kad kuning kedua kepada Le Quoc Vuong.
Thailand membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi Sarayoot Chaikamdee sebelum Pham Van Quyen menyamakan kedudukan pada minit terakhir permainan
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 14, 2003 5:08:28 GMT 8
Windows 98 ditamat operasi
PENGELUAR utama perisian dunia, Microsoft Corp (Microsoft) akan memberhentikan operasi beberapa produknya bermula minggu depan bagi mematuhi arahan mahkamah berkaitan pertikaian dengan Sun Microsystems (Sun) mengenai Java.
Dalam satu siaran pada laman web pembangun Microsoft, syarikat itu menyenaraikan beberapa produk lama yang dihentikan operasinya dan tidak boleh diperoleh lagi kepada pengguna menjelang 15 Disember ini.
Rangkaian produk yang akan dihentikan termasuk SQL Server 7, Office XP Developer, Windows 98 dan beberapa peralatan dan tampalan berkaitan dengan Office 2000.
Microsoft berkata, ia akan mempertingkatkan versi serasi Java terhadap beberapa produknya menjelang akhir Disember ini.
Turut berada dalam senarai akan dihentikan termasuk Office XP Professional dengan FrontPage, Publisher 2002, Windows NT 4.0 dan Small Business Server 2000.
Syarikat itu berkata, selepas tarikh akhir itu, produk berkenaan tidak boleh lagi diperoleh melalui laman web pembangun MSDNnya atau melalui rangkaian lain di Microsoft.
Pada siaran bertarikh 4 Disember itu, syarikat berkenaan menegaskan perubahan itu disebabkan persetujuan perjanjian dicapai pada Januari 2001 berkaitan kepada pelesenan Java antara Sun dan Microsoft.
Bagaimanapun, pegawai daripada Microsoft dan Sun tidak dapat memberi sebarang komen mengenai perkara ini.
Menurut perjanjian yang dicapai dengan Sun mengenai pengedaran mesin maya Java, perisian Microsoft harus beroperasi pada program Java. Microsoft mempunyai hak untuk mengubahsuaikan perisian Java Microsoft bagi mengatasi masalah kritikal berkaitan dengan serangan virus atau lubang keselamatan menjelang sehingga 2 Januari 2004.
Oktober lalu, Microsoft berkata, ia akan segera melupuskan perniagaan pengedaran mesin maya Java untuk Windows tetapi akan mengembangkan sokongan untuk perisian Javanya bagi tempoh sembilan bulan sehingga September 2004. Namun begitu, syarikat itu tidak menyebut produk mana yang akan terus mendapat sokongannya.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 14, 2003 7:10:18 GMT 8
Teknologi 'Push To Talk' Handphone Nokia 5140 'Push To Talk' Handphone. Nokia telah menghasilkan satu lagi telefon inovasi baru yang dinamakan 'Push to talk'. Model 5140 ini disasarkan kepada pengguna yang merasakan dirinya aktif di mana ianya terdapat ciri ciri seperti kompas digital, aplikasi bagi fitness Coach dan 'Built-in' kamera VGA disamping mampu untuk menjawab panggilan dengan hanya menekan satu butang sahaja.
Nokia 5140 memudahkan pengguna dengan hanya menekan satu butang samada bagi menjawab panggilan atau untuk mengakses 'built-in' kamera VGA. Butang 'Push to talk' ini terdapat pada sebelah tepi hanpohone tersebut. Telefon GSM/GPRS/EDGE ini akan berada di pasaran pada pertengahan 2004.
Ciri ciri ini merupakan yang pertama dihasilkan nokia sebelum menjadikan 'push to talk' sebagai satu ciri yang biasa dalam keluaran nokia yang akan datang. Jurucakap Nokia berkata menjelang 2004, Nokia ingin memperkenalkan sebuah hanphone GSM yang lengkap dengan ciri ciri push to talk termasuklah smartphone yang berasaskan Symbian OS.Manakala pada tahun 2005, ciri-ciri push to talk ini boleh didapati pada semua telefon mudah alih GPRS/WCDMA keluaran Nokia. Telefon stail 'walkie talkie' ini merupakan penyelesaian penggunaan GPRS sedia ada bagi half duplex Voice over IP (VoIP) dan EDGE data network yang merupakan sebahagian daripada sistem GSM. Menurut Nokia, kaedah ini telah meningkatkan prestasi keluarannya (5140) berbanding dengan kebanyakan telefon mudah alih yang telah pun wujud sekarang ini di US.
Housing Nokia 5140 ini tidak mempunyai apa apa kesan ke atas habuk, air dan hentakan, pendek kata tahan lasaklah hehe….Ia juga mempunyai integerasi kompas digital di mana kompas tersebut boleh memaparkan arah secara grafik dan secara numerik. Ia juga mempunyai lampu suluh yang mampu menunjuk arah di dalam gelap (boleh main lawan lawan lampu dengan lampu mouse huhuhuh). Bagi sesiapa yang amat mementingkan kesihatan, telefon model ini mempunyai satu ciri yang menarik iatu 'Fitness Coach' yang berasaskan panduan yang betul untuk bersenam di atas nasihat pakar latihan professional yang bertauliah.
Bagi mereka yang 'Fitness Minded', terdapat juga fungsi tambahan iaitu stopwatch untuk menjaga masa sepanjang anda bersenam atau berlatih. Ia juga dilengkapi dengan headset 'istimewa' sekiranya anda ingin mendengar integrated FM radio semasa beraktiviti. Headset ini dikatakan istimewa kerana ia membolehkan pengguna bebas mendengar radio walaupun sedang melakukan aktiviti lasak yang lain kerana ia meningkatkan ketahanan telefon model ini ke atas hentakan dan air. Selain itu, headset tersebut mempunyai butang untuk menjawab dan mematikan panggilan selain daripada berfungsi sebagai pengaktif 'push to talk' handphone tersebut.
Telefon ini juga menyokong ringtone polifonik, wallpaper dan aplikasi J2ME di mana anda boleh memuat turunnya megikut kegemaran dan citarasa anda. Selain itu, fizikal Nokia 5140 kelihatan menarik kerana kombinasi tiga ton warna x-press on shells atau housingnya yang unik. sape ade gambar nokia 5140?sy nak kuarkan gambar dia..tapi tak pandai
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 14, 2003 18:09:09 GMT 8
lawa gak! ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 14, 2003 21:52:00 GMT 8
that's right tok!nilah model 5140 kwn2!lawa tak?
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 15, 2003 10:19:36 GMT 8
Waaa.....lawa gak tepon ni.. Brape ek ongkos nya?
|
|
|
Post by enigma on Dec 15, 2003 10:31:46 GMT 8
yek lawa...tp enigma br tuka hanset smalam....nokia gak..... ;)x tanya plak bape harge model tu........
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 15, 2003 20:22:52 GMT 8
Paraded before the world in video and still pictures after the moment of capture, Saddam Hussein appeared like nothing more than a long-haired tramp, staring absently into the camera.
A tired man and also I think a man resigned," said US forces commander Lieutenant General Ricardo Sanchez, somewhat kindly.
"He who inspires fear", as Saddam was known in his days as Iraqi army chief, looked a picture of total defeat, his glazed eyes beyond humiliation.
"Saddam Hussein was found hiding at the bottom of the hole," which had "enough space for a person to lie down in it," Sanchez said.
The hole, outside his hometown of Tikrit, had an "air vent and exhaust fan built in ...to allow him to remain underground." The man who once boasted a palace in every town moved his head slowly, seemingly unaware of what was happening.
Covered in a thick black and grey beard, long wavy hair, Saddam remained still as a doctor wearing white surgical gloves poked a wooden spatula into his open mouth during a medical checkup.
The military also displayed two mugshots of the 66-year-old, one with his beard and one after he had been shaved, at the Press conference to announce his capture after eight months on the run.
Wearing a white shirt and a waistcoat, his captors nonetheless left the famous moustache.
Saddam was in good health and "being co-operative ...during the process of being brought into our detention facilities and during the process of being given his medical last night," said Sanchez.
Docile might have been a more accurate description.
"There were no injuries and not a single shot was fired," the general said, even though two AK-47 assault rifles, a pistol and US$750,000 (RM2.85 million) in 100-dollar denominations were confiscated in the raid. — AFP
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 16, 2003 17:11:58 GMT 8
Dua serangan bom kereta iringi penangkapan Saddam
BAGHDAD: Dua bom kereta meletup di sebuah balai polis di Baghdad semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan menghancurkan sebarang harapan keganasan akan segera tamat selepas penahanan Saddam Hussein.
Satu bom kereta meletup di balai polis Zuhour di kampung Husseiniyah, 30 kilometer ke utara Baghdad, membunuh sembilan orang serta lebih 20 lagi cedera, kata seorang anggota polis kepada Reuters.
Sebuah lagi kereta yang sarat dengan bahan letupan, meletup bersama pemandunya di luar jabatan siasatan jenayah Amiriyah, di Baghdad sejurus selepas kejadian pertama. Pemandu kereta itu mati manakala lapan lagi cedera.
Empat lagi kereta berhampiran tempat kejadian turut musnah.
Seorang pegawai polis di tempat kejadian berkata letupan itu adalah serangan berani mati.
“Kami sedang berdiri di luar balai polis apabila sebuah kereta dipandu laju meluru ke dalam balai. Kami cuba menghalangnya tetapi dia meletupkan kereta itu,” kata pegawai polis, Mohamed Hashim.
Satu lagi serangan berjaya digagalkan di Amiriyah apabila polis melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu laju. Pemandu itu meninggalkan keretanya dan bom dalam kereta itu berjaya dimatikan.
Ketiga-tiga kenderaan membabitkan jenis Toyota iaitu dua pacuan empat roda dan sebuah kereta salun, kata polis.
Siri serangan itu berlaku dua hari selepas tentera Amerika berjaya menahan Saddam dekat dengan bandar Tikrit. Pengikut setia Saddam sebelum ini dituduh melakukan kebanyakan daripada serangan ke atas tentera Amerika dan tentera asing di negara itu.
Sebuah bom kereta mengorbankan 17 orang di sebuah balai polis di barat Baghdad, kelmarin. – Reuters
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 17, 2003 1:35:34 GMT 8
Kehalalan dan kesucian Spirulina
Masih ramai yang masih tidak tahu tentang kehalalan dan kesucian spirulina. Percaya atau tidak bahawa spirulina di western country dan tidak jauh dari negara kita thailand di tanam didalam kolam najis babi. jika anda tidak percaya type dlm mana search engine spirulina pir waste berlambak web mengenainya. asalnya spirulina adalah alga yang ditanam dlm air laut. namun peringakat kajian saintis barat mereka menanam spirulina dlm kolam najis babi utk merawat sisa kumbahan air najis babi. selepas itu mereka mendapati nutrien dlm spirulina semakin bertambah jika diternak di dalam air najis babi. memang mereka mendakwa bahawa ia utk merawat sisa najis dan spirukina itu boe\leh dijadikan makanan babi. namun apakah produk yang berharga itu dibuang atau dijadikan makanan babi.
apakah yang dimakan oleh saudara islam kita suci. setakat ini hanya ada satu produk sahaja yang disahkan halal dan suci dimana ia ditanam oleh bumiputra islam malaysia iaitu En Jalil Hj Yunus yang dipasarkan oleh SURECO corporation(hak milik sepenuhnya org islam) lawat lah web . aku bukan berniat berniaga disini namun aku juga tidak mengistiharkan produk yang lain tu haram namun jika ia diimport dari USA atau luar adekah kita jelas tentang kesuciannya. jika sudah ade produk dari orang islam sendiri kenapa tak memberi sokongankepadanya.
Terpulang pada anda semua surf dlm internet search SPIRULINA PIG WASTE dan lihat bagaimana byk kajian tentang kajian saintis barat bagi merosaakkan bangsa kita.
kepada yang berminat memasarkan spirulina milik org islam kita dan menjadi usahawan islam berjaya pendapatan lumayan hingga Rm 20000 dan menaikan ekonomi org islam. Hubungi 013-6347943 Noram email: ebox2020@yahoo.com
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 17, 2003 12:11:31 GMT 8
xcunla hp tu tok....cun lg hp 8250 atok.....ala....hp tu ala2 pattern lame la...dah xde idea la tu......tp,klu cuak ni byk duit,ade gak keinginan nak bl hp tu......hahahaah
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 17, 2003 12:27:38 GMT 8
xcunla hp tu tok....cun lg hp 8250 atok.....ala....hp tu ala2 pattern lame la...dah xde idea la tu......tp,klu cuak ni byk duit,ade gak keinginan nak bl hp tu......hahahaah Sembang jangan macam taik ayam.
|
|