|
Post by atokENSEM on Jan 2, 2004 19:23:49 GMT 8
larangan duduk di atas kuburBersumber dari Abu Hurairah, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesungguhnya, seandainya salah seorang di antara kalian duduk di atas bara, lalu pakaianya terbakar dan merebak pula kekulitnya, itu adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur. Hadith Sohih Muslim
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 2, 2004 19:25:33 GMT 8
Janji Allah S.W.T kepada Mereka Yang Menyiksa Manusia di Dunia Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah azzawajalla menyiksa orang-orang yang menyiksa manusia di dunia. "
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 21:04:57 GMT 8
ni sy nak puji nih..but atok jgn kembang tau! ;)atok ni baguslah..antar hadith dlm forum ni!ingat..jgn kembang.. ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2004 17:54:57 GMT 8
ni sy nak puji nih..but atok jgn kembang tau! ;)atok ni baguslah..antar hadith dlm forum ni!ingat..jgn kembang.. ;D tq..ok,tak kembang pun! ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2004 17:56:50 GMT 8
Kasih sayang sesama islam..Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah S.A.W dari Nabi S.A.W, sabdanya : " Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. " Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2004 17:58:52 GMT 8
UNTUK PEDOMAN BERSAMA BERINGATLAH:
"BERINGATLAH APA YANG DINYATAKAN DIBAWAH INI:
* Beringatlah semasa kita senang, sebelum kita susah. * Beringatlah semasa kita sihat, sebelum kita sakit. * Beringatlah semasa kita muda, sebelum kita tua. * Beringatlah semasa kita tua, sebelum kita mati.
BERINGATLAH APAYANG ADA DI BAWAH & DI ATAS KAMU:
* Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu. * Jika kamu sakit, masih ada orang yang sakit teruk daripada kamu. * Jika kamu bodoh, masih ada orang yang lebih bodoh daripada kamu. * Jika kamu buruk, masih ada orang yang lebih buruk daripada kamu. * Jika kamu hodoh, masih ada orang yang lebih hodoh daripada kamu. * Jika kamu kaya, masih ada orang yang lebih kaya daripada kamu. * Jika kamu kuat, masih ada orang yang lebih kuat daripada kamu. * Jika kamu pandai, masih ada orang yg lebih pandai daripada kamu. * Jika kamu cantik, masih ada orang yg lebih cantik daripada kamu.
Dari itu hendaklah kita bershukur, dari apa yg Allah berikan kepada kita selama ini. Semuga Allah akan jadikan kita umat yg sentiasa bershukur diatas apa jua pemberian yang Allah berikan kepada kita.
P E R H AT I A N
· Awas, singkirlah jauh-jauh perasaan `riak, takbur, hasad dengki, perkelahian - itulah racun dalam amalanmu kerananya. * Bawalah dan teruskanlah amalan ini sehingga menjadi amalanmu se harian dan sepanjang hidupmu. * Hari demi hari umur kita kian menghujung, demi untuk mencapai ke redhaan Allah semata- mata beringatlah. * Insya Allah - akan tergolong kita ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang solihin!!!
HAFIZ IBNURAH.A. MENULIS DI DALAM KITABNYA AL-MUNABBIHAT BAHAWA :
* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi ia masih berketawa. * Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala- galanya berlaku mengikut takdirNya tetapi ia masih mencintainya. * Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala- galanya berlaku mengikut takdirNya tetapi ia masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu. * Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui adanya perhitungan terhadap dirinya tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan. * Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui bahawa adanya api neraka jahanam tetapi ia masih berani melakukan maksiat. * Aku hairan terhadap sikap orang yang mengenal zat Allah s.w.t. tetapi ia masih mengingat akan sesuatu yang lain daripadaNya. * Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi ia masih mencari kemewahan hidup di dunia ini. · Aku hairan terhadap sikap orang menganggapkan syaitan itu sebagai musuh tetapi ia masih mentaatinya. "
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 5, 2004 1:32:03 GMT 8
Pantun Melayu Versi Otromen. Pulau Hokkaido jauh ketengah Gunung Fuji bercabang tiga Hancur Raksaser di'fire' Ultraman Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksaser berlari Maner nak samer Raksaser Kero Dua tiga Ultraman boleh kucari Maner nak samer Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita Papan di Tokyo Ultraman dirikan Kalau sungguh itu keje Raksaser Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.
Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat Ultraman Taro datang membantu.
Buai laju-laju Sampai Pokok Sena Apa dalam baju? Ader lampu nyaler.
Mengata dulang paku serpih Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih.
Sudah geharu cendana pula Sudah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kiter berbahaser 'Fire' diberi pada raksaser.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 4:12:16 GMT 8
Kebahagiaan yang dicari
Lapan perkara yang menyebabkan orang berbahagia dan mukanya bercahaya :- 1) kesihatan terjaga 2) bergembira 3) sinar pengetahuan 4) kesucian batin 5) kekuatan iman 6) tidak banyak dosa 7) hidup penuh harapan 8) berani dan sabar
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 4:14:25 GMT 8
tido yg baik..
"Tidur adalah satu cara untuk kita sebagai manusia menghilangkan keletihan dan kepenatan. oleh itu, mari kita kongsi bersama cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.~ tidurlah di awal malam sesudah solat isyak jam 10.00 atau 11.0 dalam keadaan berwuduk.~ bangunlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.~ kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar. ~ tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap kedudukan makanan dalam usu, cepat hadham makanan.~tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur: 1- awal-awal pagi setelah terbit matahari. 2- selepas masuk waktu asar. 3- tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan
bahaya tidur di siang hari..... 1- mendatangkan penyakit kulit. 2- merosakkan warna kulit>3- melemahkan jantung. 4- menambahkan tekanan perasaan yang meluap 5- melemahkan badan dan tenaga syahwat 6- melemahkan kecerdasan akal.
so.. kurangkan tidur siang.. twinhead..take note!
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 7, 2004 5:03:59 GMT 8
Kelebihan Surah Al-Ikhlas
Amalkan beristi'azah (membaca A'uzubillahiminasyaitanirrajim). Maksudnya: "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam (telah dikutuk oleh Allah) sebelum anda melakukan apa sahaja kerana dengan bacaan ini akan keluar iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam juga kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar untuk menjawab salam malaikat tersebut tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucapkan di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabat: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam Quran begitu cepat. Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Umar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran. Wallahu a'lam bissawab.
by atok
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 7, 2004 5:06:31 GMT 8
Dengan sape kamu duduk?
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia, akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan ( Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak , akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat'
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya...
Waallahhuallam....
by atok..
|
|
ana_huhu
Junior Student
~the one and only...~
Posts: 70
|
Post by ana_huhu on Jan 7, 2004 11:54:50 GMT 8
Think seriously about this for a moment... Anxiety and fear strips away courage and makes great performances impossible. Doubt makes even the best decisions feel difficult and causes procrastination. Anger rips your focus away from your goals. Frustration can only serve to make you quit. Guilt makes it impossible to enjoy any successes you achieve. Jealousy and envy create dishonesty, hate and corruption. In reading that just now, did you notice that the only things that can truly stop you are your own thoughts and emotions?
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 8, 2004 19:08:10 GMT 8
Think seriously about this for a moment... Anxiety and fear strips away courage and makes great performances impossible. Doubt makes even the best decisions feel difficult and causes procrastination. Anger rips your focus away from your goals. Frustration can only serve to make you quit. Guilt makes it impossible to enjoy any successes you achieve. Jealousy and envy create dishonesty, hate and corruption. In reading that just now, did you notice that the only things that can truly stop you are your own thoughts and emotions? Ooo...
|
|
|
Post by enigma on Jan 9, 2004 11:09:32 GMT 8
Think seriously about this for a moment... Anxiety and fear strips away courage and makes great performances impossible. Doubt makes even the best decisions feel difficult and causes procrastination. Anger rips your focus away from your goals. Frustration can only serve to make you quit. Guilt makes it impossible to enjoy any successes you achieve. Jealousy and envy create dishonesty, hate and corruption. In reading that just now, did you notice that the only things that can truly stop you are your own thoughts and emotions? ade gak kebenaran dlm kata2 ni...
|
|
ana_huhu
Junior Student
~the one and only...~
Posts: 70
|
Post by ana_huhu on Jan 9, 2004 11:59:46 GMT 8
kata2 nie memang benar2 belaka...
|
|