|
Post by atokENSEM on Jan 30, 2004 3:05:41 GMT 8
Kenali Gaya Tidurmu
Apa! Gaya tidur melambangkan keperibadian? Mungkin ada juga kebenarannya! Jadi apa kata kamu lihat dan nilai sendiri menerusi artikel yang kami paparkan kali ini. Mungkin ada kena mengena dengan kamu!
1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam
2. Selubung seluruh badan dengan selimut Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.
3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.
4. Tidur meringkuk Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.
5. Tidur mengiring dan meringkuk Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.
6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. ‘Si gemuruh’ itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.
7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.
8. Tidur meringkuk di satu arah Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.
9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?
10. Tidur meniarap Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur! Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah... apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu!
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 16:33:24 GMT 8
Teladan:Kisah Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
p.s: Bestnya siapa yg dah dah sentuh apatah lagi dpt menciumnya...seumpama mencium kekasih Allah S.W.T.....hurmmm.."
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 9, 2004 9:58:59 GMT 8
Apakah dia istidraj?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya,mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya.
Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku kekelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datangmencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakansemut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadikelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitujuga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-matijuga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkanseekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangkaAllah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguanyang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuanuntuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabiladiabersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 19:44:39 GMT 8
Apakah dia istidraj?Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya,mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku kekelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datangmencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakansemut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadikelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitujuga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-matijuga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkanseekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangkaAllah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguanyang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuanuntuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabiladiabersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam. atok masih tak faham..istidraj.. leh sha ringkaskan..atok betul2 nak tau!
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 18, 2004 0:05:40 GMT 8
Anak dalam perut ghaib
BAGI kita sebagai manusia yang menjadi hambaNya, tentu berasa pelik peristiwa yang berlaku ke atas Bedah, seorang ibu berusia lewat 30-an, apabila anak dalam kandungannya yang berusia lima bulan hilang begitu saja.
Namun dengan kekuasaanNya, apa saja peristiwa boleh berlaku seperti yang dikehendakiNya. Justeru itu, kehilangan anak kedua dalam kandungannya menjadikan Bedah pasrah dan menerimanya sebagai takdir dan ketentuan Allah.
Selama 10 tahun Bedah menunggu kehadiran anak keduanya selepas melahirkan anak pertama, seorang lelaki. Anak kedua yang dikandungnya selepas pemeriksaan doktor di klinik swasta dan kerajaan, diramalkan perempuan.
Bedah dan suaminya gembira apabila diberitahu anak kedua yang dikandungnya diramalkan perempuan. Begitupun, kegembiraan mereka tidak kekal lama apabila anak dalam kandungan itu tiba-tiba ghaib.
Pada suatu malam iaitu selepas solat Isyak, ketika kandungannya genap lima bulan, dia berasa mengantuk yang amat sangat. Ketika itu, jam di dinding baru 9.45 malam. Bedah benar-benar mengantuk, dia kemudian masuk ke bilik lalu merebah badannya di katil empuk.
Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, dalam beberapa minit saja, Bedah sudah terlena.
Ketika itu, suaminya solat berjemaah di masjid dan anak lelaki sulungnya pula menonton televisyen.
Baru saja terlena lima minit, Bedah berasakan dirinya di awang-awangan sebelum didatangi seorang tua yang tidak dikenalinya.
“Hai Bedah! Anak yang kau kandung itu kau sedekahkan saja pada aku. Aku hidup bersendirian tanpa anak dan cucu, dan anak kau itu akan aku jadikan cucu angkatku,” kata lelaki tua berjanggut putih separas lutut serta berpakaian serba putih itu.
“Mana boleh tok! Saya belum ada anak perempuan dan inilah anak perempuan saya yang pertama,” balas Bedah sambil memarahi orang tua itu yang bersungguh-sungguh mahukan anak dalam kandungan itu.
“Aku tetap mahukan anak kau. Kau tahu, anak yang kau kandung itu bukan manusia sembarangan. Dia bakal berkahwin putera raja apabila besar nanti,” kata orang tua itu.
Selesai menonton televisyen, anak lelaki Bedah masuk ke bilik ibunya untuk bertanyakan makan malam. Dia mengejutkan ibunya yang belum membuka pakaian sembahyangnya.
Sebaik terjaga, Bedah mengucap sambil beristighfar panjang dan mukanya pucat lesi. Anak lelakinya yang berusia 10 tahun itu terkejut melihat keadaan ibunya yang pucat lesi.
Sakit
“Ibu sakit ke?” tanya anaknya.
“Tidak... tidak... Ibu tidak sakit apa. Ibu tertidur tadi dan mengigau.”
Selepas menukar pakaian sembahyang, Bedah dan anak lelakinya menuju ke dapur. Tak lama di dapur, suaminya pulang dan mereka tiga beranak menjamu makan malam.
Malam itu, Bedah tidak lelap tidur. Mimpi ngeri ketika tertidur selepas solat Isyak benar-benar menghantui fikirannya. Dia kini serba salah sama ada hendak memberitahu suaminya atau tidak berhubung mimpi itu.
Keesokan pagi ketika bersarapan, Bedah membuat keputusan menceritakan mimpi itu kepada suami.
“Entahlah. Susah abang nak percaya, tetapi ada kemungkinan mimpi awak menjadi kenyataan. Jika jadi kenyataan, ia berlaku atas kuasa dan kehendakNya.
“Apa pun, sama-samalah kita berdoa semoga mimpi itu hanya mainan tidur dan bukan kebenaran,” balas suami Bedah selepas mendengar cerita isterinya.
Bedah berasa lega apabila suaminya tidak menganggap mimpinya sebagai perkara remeh. Memang benar, kata orang mimpi itu mainan tidur. Namun tidak mustahil jika ia menjadi kenyataan.
Ini kerana segala kehidupan di alam ini terletak di bawah pemerintahan dan kuasaNya. Bedah teringat firmanNya dalam surah Yassin yang bermaksud: “Sesungguhnya semua urusan (perintah) apabila Allah menghendaki sesuatu, Allah hanya berkata ‘jadilah’, maka jadilah ia.”
Pada pagi malam ketiga selepas mimpi itu, perut Bedah tiba-tiba kempis dan kosong. Bedah panik dan tidak menyangka mimpi yang dianggapnya sebagai mainan tidur menjadi kenyataan.
Sambil menangis teresak-esak, Bedah segera mendapatkan suaminya untuk memberitahu apa berlaku ke atas dirinya.
“Astaghfirullah... biar yang benar!” Suami Bedah juga semacam hilang akal sebaik diberitahu berita itu.
Dalam keadaan panik itu, suami Bedah yang tidak putus-putus mengucap panjang memujuk Bedah supaya berjumpa doktor.
Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak dalam kandungannya memang sudah hilang.
“Sudahlah tu, Bedah. Tak usah menangis lagi. Dah bukan rezeki kita. Mungkin ada rahmat di sebalik peristiwa yang berlaku. Kita berserah kepada Allah s.w.t kerana Dia Maha Kuasa dan mengetahui segala-galanya,” pujuk suami Bedah apabila isterinya masih menangis dan bersugul di atas kejadian itu.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 11, 2004 1:03:33 GMT 8
CINTA TAK SEMESTINYA KE JINJANG PELAMIN
"Aku cukup keliru dengan pernyataan di atas. Apa guna bercinta tapi tidak diakhiri dengan perkahwinan atau lebih manis ke jinjang pelamin. Apa guna bercinta bagai nak rak, buang masa, buang tenaga,buang wang ringgit, buang airmata dan buang segala yg tak dpt kugambarkan dengan kata-kata andai akhirnya berpisah jua.
Payah sangatkah percintaan untuk di akhiri dengan perkahwinan. Kalau macam tu baik tak payah bercinta. Tapi aku makin keliru, adakah perkahwinan tanpa percintaan akan bahagia akhirnya. Akan berjayakah perkahwinan tanpa rasa cinta yang cukup mendalam pada pasangan hidup kita. Akan terhasilkah zuriat tanpa cinta dan kasih sayang.
Selalu ku dengar perkahwinan tidak bahagia tapi anak berderet-deret macam keretapi. Adakah ini menunjukkan nafsu lebih penting dari rasa cinta dan kasih sayang. Dari mana tumbuh nya benih zuriat itu tanpa cinta dan kasih sayang. Pelikkan dunia ini, dari dulu hinggalah sekarang. Bukankah rasa cinta tu lebih penting kalau nak dibandingkan dengan nafsu semata?
Bukankah perkahwinan tu penyatuan antara dua jiwa, dua jasad menjadi satu dalam ikatan yang halal. Jadi sucikah perkahwinan tanpa rasa cinta dan kasih sayang. Halal tetap halal tapi sucikah perhubungan itu?
Keliruku tidak pernah menjadi jelas, semakin hari semaki keliru. Aku pun masih dibelenggu, perhubungan tanpa cinta tapi masih mampu bersama. Dek kerana simpati yang beraja, cinta ku biar sepi. Ah! gila lama-lama bila fikirkan kisah cinta yang tidak mampu ke jinjang pelamin. Akukah salah seorang yg menjadi mangsa pernyataan di atas, "CINTA TAK SEMESTINYA KE JINJANG PELAMIN" ?."
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 31, 2004 1:21:53 GMT 8
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Sufyan tentang firman Allah : "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa cobaan". ia (Sufyan) berkata : Maksudnya adalah bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala akan menutup hati mereka untuk menerima segala sesuatu yang diberikan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kepada mereka dan meninggalkan segala sesuatu yang dilarang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam terhadap mereka, maka Allah berfirman.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 8, 2004 12:32:14 GMT 8
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Az-Zubair : Bahwa seorang laki-laki dari golongan Anshar bersengketa dengan Az-Zubair tentang tanah datar yang penuh bebatuan dan tempat mengalirnya air, yang mana air dari tempat itu digunakan untuk menyirami pohon kurma, laki-laki dari golongan Anshar itu berkata : "Biarkan air itu mengalir", lalu Zubair tidak memenuhi permintaan itu, maka kedua orang ini menyerahkan perkara itu kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Artinya : Siramilah wahai Zubair kemudian alirkanlah air itu kepada tetangga".
Lalu laki-laki Anshar itu berkata : "Wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam apakah keputusan itu didasari karena Az-Zubair adalah saudara sepupumu", maka berubahlah roman wajah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 13, 2004 10:29:49 GMT 8
Ya ALLAH, Dengan kebesaran NabiMU Ajarkanlah aku ilmu yang seni-seni. Tuhan, Fahamkanlah aku ilmu-ilmu yang tersirat Untuk dapat disuratkan Anugerahkanlah aku sedikit ilmu-ilmu rahsia Yang terkandung didalam ilmu Terutama ilmu mengenai hati Hati adalah makhluk MU Yang banyak mengandungi rahsia Hati manusia adalah penentu Apakah seseorang itu kesyurga atau keneraka Ilmu hati sangat tersembunyi Darinyalah lahir ilmu hikmah Ilmu hikmah, sedikit sekali manusia yang tahu Sekalipun para ulamanya Kecuali mereka yang hatinya terlalu bersih dan murni Ilmu inilah yang ENGKAU maksudkan dalam Al-Quran Pertama : Takutilah ALLAH, nescaya ALLAH akan ajarkan kamu Kedua : Siapa yang diberi ilmu hikmah, sesungguhnya ia diberi sesuatu yang banyak. Tuhan! Ilmu itu sangat aku perlukan Untuk membaiki diriku dan ahli keluargaku Terutama dizaman yang penuh fitnah ini. Tuhan! Aku sungguh mengharapkan ilmu ini Ajarkan sedikit padaku Agar aku mampu memimpin diriku dan keluargaku Y ALLAH ! Istajib doa ana... Firman ALLAH ertinya : ' Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik ' ( surah An-Nahl : ayat 125 ) Mengapa ayat diatas tidak ALLAH tidak berfirman sebagai berikut? ............Hendaklah kamu menyeru kepada Tuhanmu dengan berilmu.......' Ini kerana kalau menyeru manusia kepada Tuhan atau mendidik hanya dengan ilmu , ia tidak akan memberi kesan atau perubahan pada sasaran.Apatah lagi jika dalam menyampaikan ilmu itu banyak menyelitkan lawak jenaka yang kadang kala ada yang berbau lucah, sehingga dalam majlis ilmu tersebut ramai yang lalai dan ketawa. Begitu juga ada yang menjadi guru pengajar yang menjadikan tugas itu jalan mencari sumber rezeki maka didikan itu kurang berkesan kerana ia lebih berniat mencari rezeki tetapi kurang untuk mendidik secara berkesan. Dapat kita lihat dalam masyarakat sekarang.Begitu meriahnya majlis taklim, ceramah-ceramah agama , pengajian di pejabat-pejabat , sekolah-sekolah Islam , pndok-pondok pengajian , pertubuhan-pertubuhan Islam tetapi perubahan yang nyata dalam masyarakt belum ternyata lagi. Masih ramai pegawai-pegawai kerajaan , ahli-ahli koprat , tokoh-tokoh dan anggota masyarakat itu sendiri yang rajin menghadiri majlis-majlis agama , mengerjakan solat , pergi haji , pergi umrah setiap tahun tetapi mereka masih membuat kejahatan zahir dan batin. Dikalangan mereka masih ada yang menerima rasuah , bohong , menipu , tidak berdisplin , sombong , bakhil , ego dan sebagainya.Ramai yang masih minum arak . main perempuan , bergaul bebas , terlibat dengan zina dan sbgnya. Ertinya dalam firman ALLAH yang diatas bahawa memberi ilmu saja tidak cukup berkesan jika tidak disertai hikmahnya. Apakah erti hikmah itu ? Rasulullah SAW bersabda ertinya : 'Barang siapa yang diberi ilmu dan hikmah dia diberi sesuatu yang banyak ' Ramai yang menterjemah hikmah itu ertinya bijaksana.Dalam bahasa arab bijaksana itu disebut fatonah, bijaksana para nabi dan rasul. Tetapi hikmah dalam erti disini ialah ilmu didalam ilmu.Ilmu yang tidak terdapat didalam kitab.Ertinya orang yang diberi hikmah oleh ALLAH itu ia diberi faham oleh ALLAH sehingga ia faham jalan fikiran , hati , roh atau batin orang.Dia faham hal-hal rohani . nafsu , akal dan roh manusia. Ertinya orang yang mendapat ilmu hikmah ini dia diberi ilmu dan kefahaman oleh ALLAH secara langsung melalui ilham. Firman ALLAH yang ertinya : 'Bertakwalah kamu kepada ALLAH , nescaya ALLAH akan mengajar kamu (member ilmu )' ( Al-Baqarah : ayat 282 ) Inilah ilmu hikmah atau kefahaman yang ALLAH beri secara langsung kedalam hati.Ertinya setelah ada ilmu asas , seseorang akan diberi ilmu kefahaman oleh ALLAH.Oleh itu jika mahu mendidik seseorang secara berkesan , kita mestilah ada ilmu dan hikmah.Jika ilmu diberi tanpa hikmah kuranglah kesannya pada orang yang dididik agar berubah menuju kepada kebaikan.Ilmu yang diberi hanya sekadar kulitnya saja tidak sampai kehati dan roh yang dididik.Tetapi hikmah ini ALLAH beri hanya kepada orang yang bertakwa sahaja. Apa itu takwa? Takwa bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa dan haji saja.Takwa adalah himpunan sifat-sifat baik yang ada dalam diri manusia , baik terhadap ALLAH mahupun terhadap makhluk ALLAH yang lain.Ia melakukannya untuk mencari redha dan kasih sayang ALLAH. Ciri-ciri orang bertakwa adalah : 1.Hatinya sentiasa bersama ALLAH, sehingga mereka sentiasa takut, cinta, rindu dan sensitif dan sangat membesarkan ALLAH dalam apa keadaan pun. 2.Ibadah fardhu dan sunat nya banyak dan kemas. 3.Akhlak mereka sgt baik sehingga menawan hati ramai orang kepadanya seperti ia seorang yang pemurah , tawaddhu, pemaaf, penyayang, bertolak-ansur, menghormati tetamu dan lain-lain lagi. 4.Ukuwah dan kasih sayang sesama mereka erat dan kukuh. 5.Syariat ALLAH sangat-sangat dijaga sehingga peribadinya menjadi contoh tauladan.Sangat menjaga dan menjauhi larangan ALLAH yang haram dan makruh. 6.Mengajar ilmu dengan penuh kasih sayang walaupun terhadap orang kafir. 7.Mengamalkan cara hidup sederhana dengan tidak mengambil kepentingan peribadi dalm urusan memberi atau mengajarkan ilmu. Ketika mendidik hendaklah memberi nasihat yang baik dengan menceritakan keindahan hidup yang sentiasa meningati ALLAH, indahnya ganjaran yang akan diberi oleh ALLAH diakhirat kelak , pertolongan ALLAH kepada mereka yang berusaha sungguh2 dalam mencari redha ALLAH dan sebagainya. Mengajak pendengar berfikir tentang kehebatan ALLAH , kuasa ALLAH , kebesar ALLAH , kebaikan ALLAH , rahmat ALLAH serta nikmat2 yang disediaNYA utk kita hambaNYA. Ini akan mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap ALLAH swt. Disamping itu ceritakan kisah-kisah yang menakutkan spt kisah neraka dan azab-azab ALLAH , ancaman-ancaman serta kemurkaan ALLAH terhadap hamba yang durhaka kepadaNYA. Ceritakan kisah orang2 soleh , kisah nabi2 , rasul2 dan org2 soleh yang berakhlak mulia sbg panduan dan pendorong utk mereka mengetahui bagaimana mereka harus menjalani hidup sebenar. Begitulah caranya mendidik secara berhikmah.Diri sendiri kenalah ikhlas dan berakhlak baik.Semuga kita sama-sama dapat berubah kepada kebaikan bukan sekadar dimulut tetapi juga dalam kehidupan zahir dan batin kita juga.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 14, 2004 1:14:05 GMT 8
doa artikel komot tu..elok dibuat setiap kali lps semb..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 14, 2004 21:47:54 GMT 8
AL-FATIHAH adalah surah pertama yang diturunkan > dengan lengkap tujuh ayat > sekali gus kepada Rasulullah. Ia dinamakan 'Ummul > Quran" yang bermaksud > induk al-Quran atau "Ummul Kitab" yang bermaksud > induk kitab. Ini kerana ia > adalah induk atau ibu bagi semua isi al-Quran serta > menjadi inti sari > daripada kandungan al-Quran. Oleh itu, surah ini > wajib dibaca dalam solat. > > Al-Fatihah bermakna pembukaan, sesuai dengan > kedudukannya sebagai surah > pertama dalam al-Quran. Al-Fatihah termasuk dalam > golongan ayat Makkiyyah > kerana diturunkan di Makkah. Surah al-Fatihah > dimulakan dengan kalimah > 'Bismillah' yang bermaksud dengan nama Allah. Sabda > Rasulullah, maksudnya: > "Setiap sesuatu kebaikan yang dimulai dengan > Bismillah akan mendatangkan > berkat. Manakala lafaz 'Allah' pula adalah nama zat > Yang Maha Suci, yang > berhak disembah dengan sebenar-benarnya, tidak > memerlukan makhluknya tetapi > makhluk yang berhajat kepada-Nya." > > Dalam ayat pertama juga ada kalimah 'Ar Rahman' yang bermaksud Maha > Pemurah. Ar Rahman adalah salah satu daripada nama Allah yang > memberi pengertian > bahawa Allah itu adalah tuhan Yang Amat Pemurah yang > melimpahkan kurnia > kepada setiap makhluk-Nya. Kalimah Ar Rahim pula > bermaksud Maha Penyayang > atau Maha Pengasih, memberi pengertian bahawa Allah > sentiasa bersifat rahmat > (kasih sayang) yang menyebabkan Allah selalu > melimpahkan rahmat kepada > makhluk-Nya. Mengikut sesetengah ahli tafsir, Ar > Rahman dan Ar Rahim adalah > daripada kalimah yang sama ertinya iaitu 'rahmah' > yang bermakna kasih sayang > atau kasihan. Sesetengah ahli tafsir menyatakan > bahawa Ar Rahman maknanya > Allah mengasihi seluruh hamba-Nya baik mukmin atau > kafir. Lalu dikurniakan > kepada mereka rezeki dan nikmat di dunia ini, > sekiranya mereka berusaha. Ar > Rahim' pula hanya untuk orang mukmin di mana kasih > Allah kepada mereka > mengatasi yang lain, malah untuk mereka nikmat yang > bukan saja di dunia > malah berpanjangan di akhir. > > Menurut Syeikh Mohammad Abduh Dum, Ar Rahman > bermakna pemberi Rahmat, > manakala Ar Rahim bermakna pemilik Rahmat. Surah > al-Fatihah mempunyai banyak > kelebihannya. Di antara hadis yang memperkatakan > kelebihannya ialah:- > > * "Surah Al-Fatihah adalah ubat daripada segala > penyakit dan penawar > daripada racun." > > * "Apabila selesai imam membaca surah al-Fatihah, > hendaklah kamu mengucapkan > "amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan." > > > * "Barang siapa datang ke suatu tempat dan mendengar > orang membaca surah > al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, > nescaya dia memperoleh > ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di > jalan Allah." > > * "Sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dan > al-Ikhlas ketika pulang ke > rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan > kepapaan serta mendapat > banyak kebajikan di rumahnya." > > Suatu ketika Rasulullah berjalan-jalan dengan Abi > Zaid di sebuah jalan di > kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang > lelaki membaca surah > Al-Fatihah, lantas baginda bersabda, maksudnya: > > "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 15, 2004 15:35:20 GMT 8
Kemudian Al-Baihaqi mengeluarkan suatu riwayat dengan sanadnya dari Maimun bin Marhan tentang firman Allah.
"Artinya : Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (As-Sunnah)". (An-Nisa' : 59).
Maksud "mengembalikan kepada Allah" dalam ayat ini adalah mengembalikan kepada kitab-Nya yaitu Al-Qur'an, sedangkan mengembalikan kepada Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam, jika beliau telah wafat "adalah kembali kepada Sunnah beliau". Selanjutnya Al-Baihaqi menyebutkan suatu hadits riwayat Abu Daud dari Abu Rafi'i, ia berkata : Bersabda Rasulullah Shallallahu 'laihi wa sallam.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 15, 2004 17:48:38 GMT 8
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT. Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmahnirrahim"
Tafsirannya: > >Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan > >nama > >Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. > > > >Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana > >dengan > >bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam > >tubuh kita > >dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama > >cacing > >kepanasan. > > > >Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah > >surah > >Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid > >walam > >yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali. > > > >Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. > >Berilah > >salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah > >berilah salam > >kerana malaikat rumah akan menyahut. > > > >Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang > >diucapkan pada > >akhir solat akan membantu > >kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, > >seorang yang > >jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi > >mereka yang > >kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan > >menolongnya menjawab salam malaikat itu. > > > >Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: > >Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia > >meninggal > >dunia, maka dia tidak akan > >membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan > >kuburnya dan > >para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian > >siratul > >mustaqim lalu menuju ke syurga. > >(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). > > > >Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : > >Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa > >dua-tiga > >minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina > >Ummar > >telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam > >begitu > >cepat. > > > >Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar > >bersuara > >kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada > >waktu > >itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali > >membaca > >surah Al-Ikhlas tiga kali. > > > >Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali > >betul. > > > >Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 > >jus kitab > >Al-Quran. Lalu dengan > >membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana > >ianya sama > >dengan membaca 30 jus Al-Quran. > > > >Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika > >saya > >(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di > >atas > >360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah > >300,000 > >tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara > >sebanyak > >12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur > >hingga > >ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat > >yang mana > >kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca > >surah > >tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala > >dari > >bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah > >Al-Ikhlas baik > >ianya lelaki mahupun perempuan. > > > >Sabda Rasulullah SAW lagi: > >Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu > >itu > >tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis > >di > >sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap > >malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada > >sayap > >malaikat Israfil a.s. > > > >Nota: > >Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, > >sampaikanlah > >ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW > >'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila > >matinya > >seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama > >: > >1) Sedekah/amal jariahnya > >2) Doa anak-anaknya yang soleh > >3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 16, 2004 2:52:13 GMT 8
"Artinya : Sungguh aku akan dapatkan seseorang di antara kalian yang tengah bersandar di atas dipannya kemudian datang kepadanya suatu perkara dariku yang aku perintahkan kepadanya atau aku larang baginya, lalu ia berkata: "Saya tidak tahu, apa yang kami temukan di dalam Kitabullah maka kami mengikutinya".
Imam Syafi'i berkata : "Dalam hadits ini terkandung berita dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan beliau memberitahukan kepada umatnya bahwa mereka diharuskan mengikuti Sunnah Rasulullah walaupun tidak ada nashnya di dalam Al-Qur'an".
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 17, 2004 2:07:16 GMT 8
"Artinya : Apakah seorang di antara kalian yang bersandar pada dipannya menduga, bahwa Allah tidak mengharamkan sesuatu kecuali yang ada di dalam Al-Qur'an ini, ketahuilah bahwa sesungguhnya aku -demi Allah- telah memerintahkan, aku telah menasehati, dan aku telah melarang beberapa hal, sesungguhnya semua itu adalah sama dengan Al-Qur'an atau lebih, dan sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak membolehkan bagi kalian untuk masuk ke dalam rumah-rumah para ahlul kitab kecuali dengan izin, tidak boleh memukul para wanita mereka, tidak boleh memakan buah-buahan mereka, kecuali jika mereka memberi pada kalian dari apa yang ada pada mereka".
|
|