|
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 5:10:35 GMT 8
PERKARA YANG MERAGUKANDari Abu Muhammad a Hasan bin 'Ali bin Abi Talib cucu Rasulullah S.A.W dan kesayangannya r.anhuma. Katanya : Aku telah menghafaz dari Rasulullah S.A.W (sabdanya iaitu): Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa'i.
Tirmizi berkata : Hadith ini hasan sahih.
by atok..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 23:45:17 GMT 8
Mukjizat Mawar Merah Gambar ini berhasil diambil oleh Satelit IKONOS milik Space Imaging Inc. sebuah perusahaan amerika serikat. Amerika Serikat 'mengintai' kota Mekkah dan sekitarnya. Ternyata Kompleks Masjidil Haram tampak lebih bersinar dibanding bangunan-bangunan lain di sekelilingnya. Adakah ini merupakan bukti dari janji Allah dalam Surat Ar-Rahman 37 dan Al-Fushilat. Subhanallah. Kita melihatnya kini apa yang telah diucapkan 1400 tahun lalu oleh Muhammad SAW, firman Allah dalam Al-Quran Surat Ar-Rahman 37: "Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi MAWAR MERAH seperti(kilapan) minyak. Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [QS. Ar-Rahman55:37-38] Subhanallah, Maha Suci Tuhanku dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu! Sungguh benarlah firman-MU: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat] Gambar diambil dari www.spaceimaging.com/gallery/ioweek...12-09/index.htm
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 13, 2004 18:38:56 GMT 8
mane gambar dia xx kuar pun strider?
|
|
|
Post by turtle on Jan 13, 2004 18:46:00 GMT 8
aler aderlaaa. atok nie ari tu aku post pic pun atok cakap xder.. ehem atok x pakai spek kot hauhauhau
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 13, 2004 18:58:45 GMT 8
aler aderlaaa. atok nie ari tu aku post pic pun atok cakap xder.. ehem atok x pakai spek kot hauhauhau ha..pakai speck br nampak!thanks turtle beach..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 17, 2004 20:15:45 GMT 8
Erti Persahabatn
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita ...
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaianmasalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang dirikita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaankawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu....... tetapi jika kita cuba jadisahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.
Renungilah.......
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 18, 2004 6:55:17 GMT 8
istiqamah
Dari Abi Amru ada dan dikatakan pula dari Abi 'Amrah Sufyan bin 'Abdullah r.a katanya : Kataku, ya Rasulullah ! Katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang lain daripada engkau. Sabdanya : Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Diriwayatkan oleh Muslim.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 1:08:08 GMT 8
Disebalik rahsia
Yang mana satu diantara kita yg memenuhi ciri-ciri seperti ini..........................
Rupa cantik, mata kuyu, bicara halus dan perlahan. Kulit warna kekuningan dengan rambut yang ikal mayang. Wanita yang pemurah, setia pada suami, penyabar dan tahan menderita.
Bentuk muka elok, montok, lurus dan rambutnya kasar. Jujur dan setia pada suami.
Badan tinggi besar, kulit hitam dan rambut halus. Baik, boleh dipercayai dan pandai menguruskan rumah tangga.
Badan kecil, gerak serba pantas, kulit kehijauan, bercahaya mukanya dan bulu kening yang lebat. Wanita yang mententeramkan dan memberi nikmat.
Badan kecil, katik, muka manis menarik, tingkahlakunya pantas dan elok. Seorang yang jujur dan setia pada suami, tahan hidup sengsara.
Badan tinggi, suara merdu, mata layu dan sayu. Baik dijadikan sahabat, boleh menyimpan rahsia.
Air muka pucat, bibir selalu kering, warna kulit seperti sawo matang. Wanita yang berhati mulia, setia dan boleh dipercayai.
Muka yang elok dan kehijauan serta pantas tingkahlakunya. Kasihnya besar terhadap suami.
Pinggang kecil, rambut lebat dan hitam pekat, kulit halus dan manis mukanya. Setia pada suami dan dapat menasihati suami.
Kulit kuning, urat nampak kebiruan, anak rambut di dahi berdiri, mata selalu berkelip, bicara halus perlahan dan manis air mukanya. Budi tinggi, pemurah, setia, rezeki murah dan rela dimadu.
Kulit kemerahan, muka kebiruan dan lebat bulu keningnya. Dapat menghiburkan dan memuaskan suami.
Berwatak kasar, kulit putih, banyak bicara. Wanita yang baik dijadikan isteri kerana dimasa hadapan rezekinya baik dan murah.
Kulit kuning, rambut hingga ke hujung, buah dada besar dan tahi lalat ditelinga. Wanita yang cepat naik darah dan pemboros serta suka bertengkar dengan suami.
Kulit hitam dan gelap tetapi manis, rambut lebat berombak dan mata seperti mengantuk. Dia senang bersama dan bermesra dengan suami.
Muka bujur telur berwarna kemerahan, leher jinjang. Wanita ini suka khianat, tidak baik dalam rumah tangga dan suka membohongi suami.
Kulit hitam, rambut hitam lembut, mukanya panjang, badannya tegap kaki kecil dan kering, kuku panjang dan kecil. Wanita yang baik.Sumber kekayaan rumahtangga, menguntungkan tetapi suka merajuk dan pulang kerumah orang tuanya.
Kulit kuning, rambut kemerahan lembut sampai kehujung, buah dada kecil dan ada tahi lalat di cuping telinga. Dia suka naik darah dan pemboros.
Kulit kuning, rambut keras dan lurus, hujung rambut warna merah. Wanita yang suka menolak ajakan suami.
Kulit kuning, urat-urat nampak hijau, alis lentik seperti bulan pada satu haribulan, mata seperti orang bangun tidur, wajahnya manis. Wanita yang sabar, cakapnya terlalu berhati-hati, berbudi bahasa dan perilaku sangat baik. Dia tidak sedih bila dimadu malah setia dan amat teliti dalam pekerjaan. Dapat memberi kekayaan.
Kulit kuning, rambut hitam berkilat, leher agak pendek, gerak geri tubuh seperti orang malas. Buah dada tergantung. Wanita yang tingkah lakunya pantas, manis dipandang. Tidak menampakkan marah malah tutur katanya lembut dan pandai dalam menjalankan kewajipan.
Duduknya tenang, agak pendiam, warna kulit kehitaman. Rambut lembut hitam, halus dan tubuhnya besar. Wanita yang baik.
Bentuk badan seperti orang lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki seakan bertemu, ruas betis panjang. Wanita yang dapat melayani suami.
Kulit kuning, bibir kering, buah dada keatas sedikit dan banyak cakap. Dia setia pada suami, pandangan luas dan suka minta untuk bersenggama.
Kulit agak merah tua seperti kulit manggis. Dada bidang dan buah dadanya sedang. Setia pada suami dan bersopan santun.
Kulit hitam, kaki kecil dan jarinya pula lurus. Rambut hitam dan lebat. Wanita yang pandai simpan rahsia rumahtangga. Seorang yang sabar dan tenang menghadapi dugaan.
Kulit kuning, rambut kasar dan panjang. Hujung rambut hitam lebat dan kakinya kecil. Dia membawa tuah. Kalau suaminya berjaga boleh mendapat keuntungan besar.
Badan kurus, rambut genjur dan kasar. Wajahnya kelihatan kemerahan. Wanita yang tidak pandai meminta sesuatu dari suami serta menerima apa sahaja keadaan hidup. Taat kepada perintah Allah.
Kulit kuning putih, badan kecil, rambut hitam lembut dan besar buah dadanya. Dia suka bertengkar dengan suami. Kalau kalah bertengkar sanggup pula membunuh suami.
Pandangannya menarik hati dan manis, sinar matanya jernih. Bentuk badannya tegap, kulit putih, suaranya perlahan dan cakapnya berhati- hati. Bila berjalan pula tubuh seakan tidak bergerak dan sentiasa tunduk. Wanita yang setia pada suami, rela dimadukan malah madu dianggap seperti saudara sendiri. Tiada syak dan setia bercinta.
Kulit putih dan pandai bercakap. Manakala rambutnya keras dan lurus. Perempuan ini suka belajar ilmu ghaib dan dapat menambahkan harta benda kepada suami.
Pandai melayan para tetamu, banyak kenalan dan pekerjaannya disukai orang lain. Mengambil berat tentang kesihatan dan makan minum suami. Wanita yang sesuai dijadikan isteri.
Kulit seperti buah manggis yang dibelah, rambut hitam panjang, badan kecil dan kaki serta tangannya lurus. Dia baik untuk dijadikan isteri.
Kaki dan lengannya kecil dan lurus. Jika dilihat dari belakang, bentuk pinggang dan keatas agak lebar. Wanita yang taat pada agama dan mendatangkan kemuliaan.
Peha agak besar, dada agak lebar, rahang mulut lebar. Tidak setia pada suami kerana akan tinggalkan suami bila berjumpa lelaki lain.
Tubuh pendek, kecil orangnya dan wajah manis. Wanita yang memiliki sifat berani menentang halangan, kuat berusaha untuk mencari kekayaan.
Badan kecil, warna kulit kemerahan. Sedikit tanda kebiruan tampak di muka dan alis matanya tebal. Suka memendam perasaan dan tindak tanduknya mengejutkan. Tidak baik dijadikan isteri tetapi boleh dijadikan kawan berhibur dan bersenang.
Tubuh kecil, kulit putih kekuningan. Melangkah seperti harimau lapar dan sentiasa mahu cepat bila kemana-mana. Pandai simpan rahsia dan bersopan santun. Mementingkan kebahagian rumahtangga dan kaum keluarga.
Tubuh gemuk dan tingginya sedang. Kulit kuning, renungan mata seperti orang marah. Wanita ini tidak berapa sesuai dijadikan isteri.
Badan kecil, kulit kemerahan dan rambutnya panjang. Tingkah lakunya menarik, banyak kepandaian dan cintanya teguh. Dia juga tidak mudah mendengar hasutan dan baik dijadikan isteri.
Kulit kuning, bentuk wajah agak lebar, orangnya peramah, pandangan mata tajam tetapi manis dan menarik. Tubuhnya sedang serta tegap dan suaranya amat mengesahkan. Pandai bercakap dan baik pekertinya.
Badan tinggi, mata seperti bangun tidur. Wanita yang pandai bercakap, setia dalam persahabatan, setiap kenalan dianggap saudara sendiri. Pandai menyimpan rahsia, bersopan dan membereskan segala kerja.
Kulit kuning, bibir merah tua dan susunan giginya nampak sama. Sinar matanya tenang dan sedang buah dadanya. Wanita yang suka membuat sesuatu kerja dengan cepat. Sempurna, tuturkatanya lembut dan menarik hati. Suka melindungi suami daripada cacian atau tuduhan serta taat pada keluarga. Wanita ini baik dijadikan suri rumahtangga.
Tubuh kecil, kulit agak kemerahan. Ada juga wanita jenis ini yang kulitnya seperti manggis, rambut genjur. Wanita jenis ini dapat memberikan kepuasan kepada suaminya.
Kaki agak melintang, jika berjalan kakinya suka menendang tanah. Perangainya pemboros dan suka melakukan pembuatan keji.
Warna kulit seperti buah manggis, hitam manis dan lembut raut wajahnya. Cinta dan kasih wanita ini terhadap suaminya adalah ikhlas dan jujur.
Tubuh sedang, kulit kuning, mata kuyu dan menyorot seperti marah. Seorang wanita yang rajin bekerja. Memuaskan suami bila bersenggama.
Tubuhnya sedang manakala bibirnya sedikit lebar.Kerdip matanya nampak tersusun. Suka melarikan diri dari suami tanpa sebab yang jelas.
Badan tegap, kulit kuning dan buah dada yang sedang. Rambut hitam dan hujungnya merah. Wanita jenis ini elok dijadikan isteri dan pandai menabung.
Duduknya tenang, diam, baik budi pekerti, tinggi pengetahuan dan rendah hatinya. Pandangan matanya cukup tajam. Dia cepat memahami kehendak orang lain. Setia pada suami dan mendatangkan harta benda tetapi suka menolak ajakan suami. Jika suami marah dia tinggalkan rumah, tetapi marahnya mudah reda dan tiada dendam. Suami harus lebih diplomasi. Sesuai sebagai calon isteri dan ibu yang baik.
Muka kecil, rambut lebat dan jarinya lurus. Leher macam rotan dan bahunya pula agak melintang dan nipis tetapi menonjol. Pinggang kebawah lurus, peha besar dengan keadaan punggung yang nipis. Dia setia pada suami dan menurut kata. Jika suami marah dia cepat minta maaf. Tuturkatanya lembut, pemurah, banyak kenalan dan tak gemar berkelahi. Seorang yang gemar mencari ilmu dan tidak pula sombong.
Badan tegap, kulit kuning, mata ayu dan kerinting rambutnya. Manakala percakapannya pula perlahan. Merupakan golongan wanita yang setia pada suami dan keluarga tetap keras hati. Namun sikapnya segera berubah seperti singa lapar jika suami mempermainkannya. Jika lari dia tidak akan kembali lagi.
Mukanya kecil, berdahi sempit, kakinya panjang manakala tubuhnya kurus dan tinggi. Seorang yang pemboros dan tidak memikirkan pasal masa depan. Tidak tetap pendirian, suka mendengar cakap orang dan tidak menepati janji. Jarang memikirkan hati dan perasaan orang lain.
Note: mari lihat siapa yang kena!!!
|
|
|
Post by ||N3LL!3||1411<oe> on Jan 21, 2004 12:30:33 GMT 8
ilmu nak modifite moto leh terbang tak do ke
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 21, 2004 14:25:18 GMT 8
ish...ade yg kene la...adakh aku insan yg setia....
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 23, 2004 6:05:02 GMT 8
Airmata Nabi Adam a.s.
Tahukah korang semua semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya: Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.""
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 24, 2004 16:36:48 GMT 8
best story atas ni..utk panduan kite bersama..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 25, 2004 4:53:42 GMT 8
best story atas ni..utk panduan kite bersama.. bc sampai abis ke?
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 26, 2004 16:18:07 GMT 8
xabis..separuh je,nape tuk?
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 29, 2004 21:20:07 GMT 8
MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
Riwayat al Bukhari.
|
|