|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 17:22:49 GMT 8
Orang yang tidak dapat tertawa, tidak hanya cocok untuk pengkhianatan, tipu muslihat dan perompak, melainkan seluruh hidupnya sudah merupakan suatu pengkhianatan dan tipu muslihat. - THOMAS CARLYLE
Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah. Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak dapat bangun semula. - HAMKA
Tiap-tiap orang berhasrat untuk hidup lama, tetapi tiada seorang pun yang bersedia hendak tua. - MUSTAFFA KAMAL ATATURK
Hubungan antara ibu bapa dan guru adalah penting. Anak yang ayahnya bodoh, tidak akan menerima bodoh ayahnya sebab gurunya ada. Anak yang ayahnya pintar - sehingga ada harapan pula anaknya menjadi pintar - belum pasti menjadi pintar kalau tiada guru yang memimpinnya. - BUDIMAN
Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka. Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Moral membuat mereka serius. Logik boleh membuat mereka mempengaruhi orang lain. - FRANCIS BACON
Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik. Tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN
Dimana alam yang bebas merdeka, disitu terdapat banyak kesalahan. Tetapi tegas pasti pula, disitu jalan kewajipan yang ditempuh orang. - SCHILLER
Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuh rumput. - PERIBAHASA
Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggar pena. Berilmu ertinya beramal. Kita dijadikan Tuhan untuk bertugas. Sebab itu marilah kita gunakan umur yang singkat ini untuk mengabdikan diri kepada tugas yang telah digariskan Tuhan. - PROF. ZULKEFLI MUHAMMAD
Anda ingin memperkaya kawan? Jangan memberikan wang kepadanya, melainkan ajarlah ia membatasi hawa nafsunya. - SENECA
Barangsiapa tahu akan kesalahan sendiri dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahan orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapapun. - KHONG HU CU
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 17:23:11 GMT 8
Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang silih berganti menghiasi hidup manusia. Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya, ajal yang tidak dapat ditentukan benar kejadiannya, disangkakan panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. - HAMKA
Angka buruk dalam kad kemajuan pelajar, harus dipertanggungjawabkan oleh murid, angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL
Hidup hanya sekali, jadi biarkanlah saya berbuat kebaikan yang boleh saya lakukan dan jangan biarkan saya tunda atau memungkiri kerana saya tidak akan melalui jalan ini lagi. - STEPHEN GRELLET
Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baik dan tinggi mutu amalan. - HAMKA
Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya. Bertambah luas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata hati kita. - HAMKA
Mabuk kekuasaan dan mabuk kemegahan, kadang-kadang harus diakui menjadi sebab timbulnya hal-hal yang tidak diingini. - POLITIKUS
Mereka yang tidak sependapat dengan kita adalah orang yang paling banyak memberikan pelajaran kepada kita. - WALLIS
Lidah yang tidak dapat dijinakkan adalah syaitan yang tidak dapat dikendalikan. - JAMES
Jadikanlah suatu keyakinan bahawa, 'apa yang tuan cita-citakan pasti tercapai, dan apa yang tuan usahakan pasti berhasil.' - THOMAS ALVA EDISON
Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang telah jatuh dan dapat bangun kembali. - CONFUCIUS
Harapan laksana pelampung bagi jala, yang menghalang kita tengelam dalam putus asa. Ketakutan adalah laksana timah pemberat bagi jala, yang mencegahnya diapungkan oleh kegoncangan. - WATSON
Ada dua cara seseorang tidak akan maju - orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. - ANONIM
Ujian terhadap keberanian yang sejati ialah menerima kekalahan atau kegagalan tanpa rasa patah hati. - CARLYLE
Fikiran hanya sihat dengan bekerja dan hanya dengan fikiran kita boleh membuat kerja yang menyeronokkan. - JOHN RUSKIN
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 17:23:32 GMT 8
Satu-satunya piala yang berharga dalam kehidupan ialah kuasa memaafkan dan memperbaiki kesalahan lawan. Piala ini berkilau-kilau, seolah-olah hendak mengajak manusia memetik dan memilikinya seumur hidup. - WINSTON CHURCHILL
Kehormatan daripada orang-orang yang sezaman dengan kita merupakan kebahagian yang besar daripada kekaguman generasi akan datang. - NAPOLEON BONAPARTE
Seseorang itu hendaklah memeriksa dirinya untuk suatu ketika yang lama sebelum memikirkan untuk mengutuk orang lain. - J.B. PAQUELIN
Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan, tetapi semuanya berjaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER
Kesenangan itu adalah guru yang baik, tetapi sebenarnya, kesusahan itu adalah guru yang paling baik. - HAZLITT
Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatan sendiri. - PLATO
Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. - HAMKA
Kegagalan bukan bererti kehancuran, tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu loncatan menuju kejayaan demi kejayaan. - DANEIL WEBSTER
Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah untuk menyimpan kesabaran. - HORATIUS
Jika kita bertimbang rasa dan sudi memikirkan kegembiraan orang lain, tentulah kegembiraan itu lebih dahulu akan singgah pada diri kita. - PLATO
Kegagalan dan kesengsaraan adalah guru yang keras dan kejam, yang bekerja demi kepentingan kita yang tahu mana yang lebih baik dam mencintai kita melebihi kita sendiri. - EDMUND BURKE
Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada dihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN
Mengenal diri sendiri adalah satu tugas yang paling mencabar di dunia ini. Ikutilah manusia bijaksana, dia yang tahu dan sedar kalau dia tahu. - P. DARYANTO
Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya. - PUJANGGA
Setiap jam di dalam umur manusia itu ada gunanya belaka. Maksud yang sudah ditentukan bagi jam itu tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita.
Wang dapat dicari dengan bekerja keras, memeras keringat dan membanting tulang, tetapi wang juga boleh diperolehi dengan hanya berfikir dalam sedikit masa. - PERIBAHASA CINA
Kekurangan kepercayaan kepada diri sendiri, seringkali menjadi penyebab kegagalan manusia. - POUW KIOE AN
Aku akan menemukan jalan. Kalau tidak aku akan membuatnya. Tidak ada sesuatu yang mustahil bagi orang yang mahu. - MIRABEAU Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkan sahaja kata-katamu. - AL-HAKIM
Orang-orang muda menganggap dirinya cukup mengerti sebagaimana orang mabuk menganggap dirinya tidak mabuk. - LORD CHESTERFIELD
Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO
Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kita selamat daripada tengelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB
Bersungguh-sungguhlah menegakkan pendirianmu selama hidup; ketahuilah bahawa kehidupan itu hanya berharga dan bermakna, kerana keyakinan yang tegas dan tetap, serta usaha yang bersungguh-sungguh. - SHAUQI BEY
Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri. - WALTER B. PITKIN
Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi renggutlah dan tawanlah saat sekarang ini serta ambillah faedah. - MARDEN O.S.
Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling tinggi. - HAMKA
Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itu jahil. - IMAM SYAFIE
Di kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di kalangan manusia. - GEORGE BERNARD SHAW
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 17:23:47 GMT 8

Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 3:21:03 GMT 8
Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang2 ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad, (Al-Ghazali)
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 6, 2004 10:08:42 GMT 8
SEKADAR RENUNGAN
Carilah masa untuk berfikir Kerana ia adalah sumber kekuatan
Carilah masa untuk bermaju Kerana ia adalah rahsia kesihatan
Carilah masa untuk membaca Kerana ia adalah cahaya kearifan
Carilah masa untuk mengasihi Kerana ia adalah kurniaan illahi
Carilah masa untuk amal jariah Kerana ia adalah kunci ke akhirat......
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 7, 2004 3:18:33 GMT 8
Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...
by atok..
|
|
|
Post by mizz_seven on Jan 7, 2004 10:27:31 GMT 8
aik..atok...naper pendek je post kali ni?..kan slalunyer panjang2????
hehehehehe
|
|
|
Post by duo on Jan 7, 2004 11:23:27 GMT 8
Yang indah tak semestinya baik, Yang buruk tak semestinya bala; Namun yang baik tak semestinya cantik, Dan kalau bala pon, ada hikamahnya...
|
|
|
Post by duo on Jan 7, 2004 11:25:02 GMT 8
Niat di minda pencetus sesuatu, Ketetapan hati membawa kejayaan; Tapi kalau nak buat apa pon bacalah Bismillah dulu, Kita merancang, tuhan menentukan... ;D
|
|
|
Post by .:.nurisy@*UnpredictablE.:. on Jan 7, 2004 11:33:09 GMT 8
Niat di minda pencetus sesuatu, Ketetapan hati membawa kejayaan; Tapi kalau nak buat apa pon bacalah Bismillah dulu, Kita merancang, tuhan menentukan... ;D cayalah.
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 7, 2004 12:04:27 GMT 8
waaaa.......cam best la duo nye ayat ni......
|
|
|
Post by duo on Jan 7, 2004 12:10:23 GMT 8
bukan cam best laaaa.... memang best sebenarnye....lama kami karang tu tau...hehehe
|
|
|
Post by john on Jan 7, 2004 12:34:57 GMT 8
........tidak akan berperasaan gundah walau sekali kalau kita tahu apa yang dicari........-umar al-khattab-
|
|
|
Post by PoKai B on Jan 7, 2004 13:31:42 GMT 8
minggu lps sedih..... minggu ni pun sedih.... semalam sedih.... ari ni....pun sedih gak..... tak tau naper.....cuma sedih...
|
|