|
Post by eat_theDay on Jan 5, 2004 14:40:37 GMT 8
bukan soal ganas atau tak ganas... pokoknye ialah kite masuk kandang kambing mengembek...kena ikut persekitaran sekeliling la.... kami memang tak ganas... cume pemalu je....hahahahahaha spt biasa hahahanjing ;D hmmm....aperĀ² je la Cik Duo ,ooii........
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 5, 2004 14:41:25 GMT 8
wah dah trampil gak kat site ni die punye ganazzz...
hahahhahhahannnjing plak tu.......
canggung sgt la ko ni duo..................
|
|
|
Post by duo on Jan 5, 2004 14:45:25 GMT 8
lama tak nampak kelibat ko dollygurl.. mane menyepi? pastu klua2 terus sound kami lak tuh.....
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 5, 2004 14:49:44 GMT 8
hahhahahaaa......mane ader menyepi....
saye masih ader cume dok memantau ajer.....
sound??? maner ader....saper makan cili terasa la pedas nye.....
lek laaa.....
|
|
|
Post by PoKai B on Jan 5, 2004 15:42:41 GMT 8
aku mkn cili gak tadi....cili masak tomato...x lah pedas sgt...hehehe ;D
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Jan 5, 2004 15:57:24 GMT 8
Tadi aku tak makan cili doo masa lunch tadi...Aku makan nasi dengan ayam beserta kuah kari yang sedap....
|
|
|
Post by duo on Jan 5, 2004 16:05:23 GMT 8
kami cume makan roti je....hari ni tak lapar pulak... roti tu takde pulak cilikat dalm die...hehehe ;D
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Jan 5, 2004 16:07:55 GMT 8
Memang la takde cili..Kau makan roti apa..roti sekaya atau roti berinti kelapa parut..Lain la kalau kau makan roti sardin ke,apa ker..
|
|
|
Post by duo on Jan 5, 2004 16:19:45 GMT 8
kami makan roti ban inti kacang merah...memangla takde cili..apa benda la ko ni twinhead...bile lak roti kacang merah ada cili...hahahahaha ;D
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Jan 5, 2004 16:25:25 GMT 8
Apa pulak takde cili?Tu la kau duo.Haa,Ni aku nak bagitau kau,Kacang merah tu sebenarnya tergolong dalam keluarga cili..Haa,tulis kat buku.Ini fakta sains canggung tau tak..
|
|
|
Post by duo on Jan 5, 2004 17:02:12 GMT 8
cara anda berdefensif mcm pokaiboi jugakla twinhead
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 17:20:54 GMT 8
PESANAN BISTARI - 1
Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA
Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO
Kehilangan milik tidak begitu penting, kehilangan kehormatan adalah lebih parah tetapi yang paling malang ialah apabila seseorang kehilangan keberanian. - GOETH
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi. - HAMKA
Kesalahan menggunakan wang masih boleh diperbaiki; tetapi salah dalam mempergunakan waktu, akan hilang selama-lamanya. - TRIMANTO
Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA
Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN
Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak berguna. - HAMKA
Kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan ubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terus hilang. - MARDEN O.S.
Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan, nescaya dia akan mendengar beberapa perkataan lagi. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB
Orang yang mempunyai seribu orang kawan, tidak seorangpun yang akan ditemuinya. Tetapi orang yang mempunyai seorang musuh akan menemuinya dimana-mana. - RALPH WALDO EMERSON
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai. - HAMKA
Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM
Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA
Hanya mereka yang mendapat didikan agama dan peradaban yang tertib ketika kanak-kanak dapat diharap berdiri tegak sewaktu menghadapi pancaroba. - W.E. VAN WIJK
Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itu bergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untuk bekerja. - SOEKARNO
Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan oleh orang kaya atau miskin kerana mutiara yang berharga tetap tidak jatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina. - IBNU MAAFA'
Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran, membuat hati tenteram dan dusta membuat hati ragu-ragu. - MAKSUD HADIS
Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu. - HAMKA
Orang berani tidak membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya. - STAHL. P.J.
Naga makan segala apa yang melintasi dihadapannya, tetapi insan yang bijaksana dapat menyisihkan yang bermanafaat dengan yang bermudarat. - F.D. ROOSEVELT
Seorang guru mengajar dengan apa yang dia tahu, apa yang dicakapkan dan apa yang dilakukan. - MARK TWAIN
Pendidikan yang baik saja belum pasti menjamin watak yang baik. - FONTTENEILE
Jangan mengira bahawa orang yang ketawa betul-betul riang gembira dalam hatinya. Kegembiraan sejati adalah suatu hal yang serius. - SENECA
Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup - satu mendapat apa yang diinginkan dan kedua, menikmatinya. Bagaimanapun hanya orang yang bijak yang berjaya mencapai tujuan kedua. - HAMKA
Janji untuk melaksanakan kewajipan tidak penting, tetapi sentiasa menyedari kewajipan itulah yang penting. - J. LINDWORSKY
Persiapan yang baik untuk masa depan adalah tugas yang terakhir dilakukan dengan sebaik-baiknya. - MACDONALD
Seseorang baru boleh mengatakan bahawa memaaf sesama yang bersalah itu adalah baik dan luhur, apabila dia sendiri telah dan boleh melakukannya dalam kehidupannya seharian. - TRIMANTO
Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH
Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripada keadaan itu sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING
Betapapun mulianya cita-cita, kalau hati tidak teguh dan tidak ada ketahuan, maksud tidak akan tercapai. - AJARAN FILSAFAT
Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN
Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiap keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak dikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE
Salah satu perbezaan paling besar dan orang yang tidak berjaya terletak pada penggunaan waktu senggangnya. - W.J. BROWN
Tidaklah sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selain dia beramal. - SAYYID WAHAB MUNABIH
Di antara segala pekerjaan yang paling susah ialah memahami dan mengerti. Apabila telah faham dan mengerti, segala pekerjaan mudah saja dilaksanakan. - DR. SUN YAT SEN
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. - ABU DARDA
Manusia yang paling pandai menguasai diri ialah yang paling sedikit mengganggu orang lain. - SUMANTRI MERTODIPURO
Khabar bohong hanya laku pada suatu masa kepada sesetengah orang, tetapi tidak laku pada setiap masa untuk setiap orang. - ABRAHAM LINCOLN
Sahabat yang paling setia kepada setiap orang ialah sepuluh batang jarinya. - MARDEN O.S.
Empat perkara yang menimbulkan kasih sayang: Muka jernih, ringan tulang, mencari penyesuaian masa dan sama yang dimulut dengan dihati. - HAMKA
IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB
Timbang menimbang di dalam setiap pekerjaan adalah sangat diperkenankan Tuhan. - MAKSUD HADIS
Perasaan sombong itu sama keadaannya dengan ayam jantan, disangkanya matahari terbit setiap pagi kerana hendak mendengar kokoknya. - GEORGE ELLIOT
Sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yang besar, harus sungguh-sungguh berusaha, dapat membezakan dengan tajam, memerhatikannya dari segenap penjuru, serta dalam mempelajarinya berkeras dan berkemahuan yang tidak dapat dipatahkan. - SCHILLER
Hak dan kewajiban adalah seperti pokok-pokok palma yang hanya akan berbuah bila tumbuh berdampingan. - FELICTE DE LAMENNAIS
Anda dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang pada adabnya dan daripada jawapan-jawapannya. - VOLTAIRE
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 17:21:22 GMT 8
Seorang Islam yang telah berakar iman di dalam dadanya, tidak pernah merasa jengkel dan tidak pernah merasa kecil jiwanya. - ULAMA
Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat bodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya ia tergelincir. - MUSLIM BIN YASAR
Jangan menghina orang lain kalau anda sendiri tidak suka di hina. - PERIBAHASA INGGERIS
Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasa kepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE
Pertengkaran itu tidak mempunyai apa-apa erti dari sudut agama. - MALIK BIN ANAS
Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkan dia sebagai menyingkirkan bahaya daripada musuh-musuh mu. - ANON
Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusia mempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - HAMKA
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai.
Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA
Kalau anda seorang majikan, adakalanya anda perlu berlagak buta,dan kalau anda seorang pelayan, adakalanya anda perlu berlagak tuli. - FULLER
Pemuda yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi kebijaksanaan selalunya memimpinnya. - KAMAL ATTATURK
Setiap yang dilakukan oleh manusia termmasuk fikiran, kemenangan dan semua yang telah berlalu, tersimpan dalam lembaran buku-buku. Buku-buku itu adalah milik atau harta utama manusia. - THOMAS CARLYLE
Surat khabar adalah benda yang tidak boleh diabaikan. Barangsiapa yang tidak mahu ditolak keluar dari zamannya, hendaklah membaca suratkhabar. - L. SIMONS
Hilanglah satu ciri kelakian seorang laki-laki, apabila ia memakai pakaian dan perhiasan perempuan. - PEMUDA
Politik adalah penyakit gila, yang dideritai oleh ramai orang untuk menguntungkan segelintir orang sahaja. - ALEXANDER POPE
Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup. - KANT
Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat kepada sesiapa. - WILLIAM SHAKESPEARE
Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum diketahuinya. - OVIDE DARCOLY
Pendidikan dalam rumahtangga dan suasana di rumah itu besar pengaruhnya dalam membentuk sikap jiwa. Kebiasaan-kebiasaan yang selalu dilakukan, amat payah diubah. - PERIBAHASA MELAYU
Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA
Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA
Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN
Jika kita mahu berjaya dalam hidup, yang bererti kita memiliki jasmani dan rohani, kita harus melukiskan dalam angan-angan kita gambaran tentang diri dalam keadaan sejahtera. - SUMANTRI MERTODIPURO
Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan, tetapi semuanya berdaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER
Orang harus mengetahui cacat-cela kawannya tanpa membencinya. - HORATIUS
Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraan mengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkan bekas. - OVIDIUS
Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas; kalau kekayaan memerintah, kita akan menjadi miskin. - EDMUND BURKE
Kalau engkau tidak bahagia, itu adalah kesalahan mu kerana engkau suka menuntut yang bukan hak mu serta melupakan hak mu sendiri. - DR. ROSE
Kasih ibu kasih sahaja, kasih bapa mendengar kata. - PERIBAHASA MELAYU
Jika bangsa-bangsa hanya membuat perjanjian-perjanjian tetapi tidak mengusahakan keamanan, maka perdamaian abadi akan sentiasa terancam. - TRYGVE LIE
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat. - BENG TJU
Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan kerana memandang enteng. - HAMKA
Kalau engkau merasa berkuasa untuk bembuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih kuasa membalasnya. - UMAR AL-KHATTAB
Ada banyak pokok dan tidak semua berbuah. Ada banyak buah tetapi tidak semuanya baik dan ada banyak ilmu pengetahuan tetapi tidak semua berguna. - NABI ISA A.S.
Jalan kekayaan terletak pada dua kata, kerja dan hemat. - BENJAMIN FRANKLIN
Orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya. - MAHATMA GHANDI
Kalau manusia ingin membunuh harimau, ia menyebutnya olahraga. Kalau harimau ingin membunuh manusia, ia menyebutnya keganasan. - GEORGE BERNARD SHAW
Hanya orang yang mempunyai keberanian mampu menanggung beban dari pengalaman yang buruk yang boleh dialami manusia dengan sikap bijaksana. - WILLIAM SHAKESPEARE
Demokrasi itu sebenarnya ialah pemerintahan daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. - OSCAR WILDE
Orang yang bertujuan hidup baik, akan segera jelas kelihatan baiknya dan orang yang berpura-pura akan segera pula kelihatan kepura-puraannya. Memang sangatlah nisbi wajah hidup yang dihadapi di dunia ini. Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji. Mengakui sebagai hamba Allah, ertinya akan menepati janji dengan Allah. Mungkir janji dengan manusia pun bererti memungkiri janji dengan Allah. - HAMKA Kesalahan besar dalam pendidikan yang sehingga kini belum dapat dilenyapkan ialah banyak anak-anak yang ditakuti dengan cerita-cerita dongeng yang ngeri. - PROF. L. STRUMPHELL
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebih sengsara. - SAYIDINA ABU BAKAR
Perkerjaan baik dipandang baik oleh akal dan perasaan yang sihat, dan kejahatan dipandang jahat oleh akal dan perasaan yang sihat. - MUHAMMAD ABDULLA
Kelebihan sesetengah manusia dengan sesetengah manusia lain, baik di dunia mahupun di akhirat, ialah kelebihan akal. Kesempurnaan bahagia tergantung kepada kesempurnaan akal. - MAKSUD HADIS
Kalau seseorang menyalahkan orang lain apabila dia mengalami kegagalan, dia juga akan menyatakan bahawa orang lainlah yang berjasa kalau dia berjaya. - HOWARD NEWTON
Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri. - HAMKA
Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dan semangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besi yang dingin. - MANN HORACE
Angka buruk dalam Kad Kemajuan Pelajaran, harus dipertanggungjawabkan oleh murid, angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL
Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab, tiada disukai oleh manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT
Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua belah tangan dan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - DR. ABU HANAFIAH
Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun. Mana yang tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita. - HAMKA
Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum diketahuinya. - DR. OVIDE DARCOLY
Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran membuat hati tenteram dan dusta membuat hati ragu-ragu. - MAKSUD HADIS
Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakan Tuhan untuknya. - SOCRATES
Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani dan seratus kali lagi kami hormati kalau dia beradab. - BUDIMAN
Saya percaya bahawa setiap hak mengandungi erti bertanggungjawab, setiap kesempatan juga mengandungi keharusan dan setiap milik mengandungi kewajipan. - JOHN D. ROCKEFELLER
Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia tidak timbul daripada diri manusia itu sendiri melainkan dilimpahkan oleh Allah dengan kuatkuasanya. - HAMKA
Agama Islam amat benci orang yang berambut kusut masai, tidak bersikat, berjanggut kusut masai, tidak bersih dan sebagainya. - MAKSUD HADIS
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 17:21:53 GMT 8
Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO
Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN
Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cinta sejati. - LORD CHESTERFIELD
Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. - ABDULLAH MAS'UD
Jika tuan seorang yang kuat, pergilah tuan kepada yang lemah untuk menguatkan dan menunjang mereka. Jika tuan sendiri lemah, tinggalkanlah mereka dan carilah pergaulan dengan yang terkuat dan tertinggi budinya diantara bangsa tuan. - AUGUST LUBEN
Aku hairan melihat orang yang berpantang daripada halal kerana takut sakit, tetapi tidak berpantang daripada yang haram kerana takutkan neraka. - IBNU SJABRAMAH
Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu. - IBNU ABBAS
Setiap hukuman, hendaklah dilakukan dan ditimbang dengan seadil-adilnya kerana apa juga pekerjaan, berkehendak kepada keadilan. Sebab bila keadilan tidak didirikan besar harapan sesuatu pekerjaan itu akan terganggu. - H.M. MANSUR
Keadilan yang ada pada diri seorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. - HUKAMA
Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi rebut dan tawan saat ini serta ambillah faedahnya. - MARDEN O.S.
Seorang musuh lebih mudah mengambil tempat dalam kepala kita daripada seorang sahabat dalam hati kita. - EDMUND BURKE
Saudara itu ada tiga lapisan. Pertama; saudara seperti makanan yang tidak dapat diketepikan sama sekali untuk selama-lamanya; saudara seperti ubat yang diperlukan dalam tempoh yang tertentu dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukan sama sekali. - KHALIFAH AL-MA'MUN
Tujuan utama saya hidup ialah mencari kebenaran bagi alam ini dan saya berkuasa menghimpunkan diantara sebesar-besar kasih bagi seseorang dan sebesar-besar kemurkaan bagi kesalahan. - MAHATMA GANDHI
Jangan cepat-cepat jadi kawan orang, tetapi sekali menjadi kawan, peliharalah hubungan itu sebaik-baik dan jangan sampai putus. - SOCRATES
Ambillah dari dunia untuk tubuh badanmu dan ambillah dari akhirat untuk hatimu. - SUFYAN ATS-TSAURI
Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah, iaitu bersedekah dan menguatkan hubungan persaudaraan. - MAKSUD HADIS
Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadi melainkan rajin. - PERIBAHASA TIBET
Sabar terbahagi kepada dua iaitu, sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidak suka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka. - SAYIDINA ALI ABI TALIB
Apabila anda berbuat salah, jangan malu untuk mengakuinya dan berusahalah untuk memperbaikinya. Sesungguhnya itu adalah kesalahan. - CONFUCIUS
Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangan dan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - ABU HANAFIAH
Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan kerana mencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. - MUSLIM
Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama masih menuntut. Tetapi pada suatu ketika apabila ia berkata, "Aku sudah pintar, " maka tetapkanlah bahawa ia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. - LUKMANUL HAKIM
Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehingga mempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA
Kalau ada kemahuan jujur, tentu ada jalan yang cepat dan dapat melaksanakan yang dicita. - LORD KILLEARN
Apapun langkah yang anda ambil untuk mencapai kejayaan, bererti tatatertib terhadap diri sendiri dan kewajipan. - AHLI JIWA
Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang anda tidak suka. - CICERO
Masa muda adalah waktu yang baik untuk membina dan menyempurnakan sifat dan kelakuan. - PERIBAHASA INGGERIS
Terlalu banyak bercakap tidak cekap, terlalu banyak makan menyebabkan muntah. - PERIBAHASA TIBET
Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaan jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-benda dan kedudukan yang tinggi. - HAMKA
Kanak-kanak adalah umpama simen basah. Setiap yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan. - BEECHER
Semua orang membuat kesalahan. Kebanyakan orang tergoda untuk membuat kesalahan kerana dipengaruhi nafsu atau kepentingan peribadi. - JOHN LOOKE
Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan tidak benar amat panas dalam tangan, menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman. - SYAIR ARAB
Watak seseorang menentukan nasibnya. Kebahagian atau kesengsaraan adalah akibat yang tidak dapat dihindarkan daripada watak itu. - PUTERI KARAJA
Memang mudah untuk berasa riang gembira jika hidup sentiasa lancar dan menyenangkan, laksana lagu yang merayu menawan hati. Tetapi orang yang pantas dipuji ialah orang yang masih sanggup tersenyum dalam keadaan yang serba menyayat hati. - ELLA AHEELER WILCOX
Orang yang ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya. - SOCRATES
Mengagumi seseorang bererti berkeinginan menjadi sama seperti orang yang dikagumi; merasa irihati terhadap seseorang bererti berkehendak untuk menyingkirkannya. - PIERRE REVEERDY
Segala persoalan harus dikupas dengan hati panas, tetapi kepala hendaklah tetap dingin. - HATTA
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 17:22:23 GMT 8
Jangan meminjam wang kepada teman atau tetangga. Pinjamkan sahaja kepada orang asing supaya kalau sudah dilunasi tidak ada lagi cerita-cerita tentang hal itu. - LORD BURGHLEY
Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah. - SAYIDINA ABU BAKAR
Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu adalah berakhir yang baik. - HAMKA
Orang yang terhormat itu kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. - BUDIMAN
Kita pasti sampai ke pantai jaya, bila berperahukan kemahuan besi dan baja dalam mengharunginya. - ANONIM
Pendidikan bangsa akan turut menentukan corak kebudayaan nasional kita; kebudayaan nasional pula akan mendorong pendidikan bangsa kepada yang dikehendaki. Dengan demikian, pendidikan dan kebudayaan saling mempengaruhi. - DR. ABU HANIFIAH
Pelajarilah jagat raya ini. Jangan kecewa jika dunia tidak mengenali anda tetapi kecewalah kerana anda tidak mengenali dunia. - CONFUCIUS
Permulaan marah itu adalah gila, kesudahannya adalah menyesal. - LUKMANUL HAKIM
Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jika engkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala. - UMAR AL KHATTAB
Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman; rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. - DARYANTO
Berusahalah berbuat baik dengan segera. Lebih baik berbuat demikian pada hari ini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek, sedangkan waktu berlari kencang. - PYTHAGORAS
Kegirangan tidak terletak ketika memotong padi tetapi kegirangan ialah memotong padi tanaman sendiri. Dan jiwa manusia bukan tumbuh kerana upah, tetapi kerana kerja yang sewajarnya mendapat upah. - MULTATULI
Kejahatan yang dilakukan oleh manusia ditinggalkannya di dunia. Kebajikan yang dilakukannya ditanam bersama-sama tulangnya. - WILLIAM SHAKESPEARE
Kesudahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembap, tiada disukai oleh manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT
Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini. Orang-orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang dari keadaan itu sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA
Jika anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkan dahulu padanya bahawa anda adalah sahabat karibnya. - ABRAHAM LINCOLN
Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB
Siapa yang selalu mencurigai orang lain, sebenarnya dia sendiri tidak dapat dipercayai. - BERTHOLD AUERBACH
Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapi penipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri. - WILLIAM SHAKESPEARE
Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian. Akal yang cerdas adalah termasuk rezeki yang baik. Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian adalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA
Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlah dia. Marah mu itu adalah tanda engkau menyayanginya. - ABU DZAR
Dalam banyak hal, jalan tengahlah yang terbaik. Segala yang berlebih-lebihan akan menimbulkan pelbagai kesukaran. - PLATUS
Kalau anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orang yang akan memajukan anda. Sebenarnya kesempatan-kesempatan itu sentiasa ada untuk memperlihatkan kecekapan anda. - FILSUF
Kemenangan itu berserta sabar, kelapangan berserta kepayahan; dan sesungguhnya, bersserta kesusahan itu ada kesenangan. - MAKSUD HADIS
|
|