|
Post by atokENSEM on Oct 29, 2003 1:18:46 GMT 8
a'kum..
* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
atok.. ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Oct 29, 2003 22:37:05 GMT 8
a'kum..
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan. * Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati. * Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain. * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama. * Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 4, 2003 4:45:00 GMT 8
10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
hj.atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 4, 2003 16:53:54 GMT 8
a'kum..
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
hj.atok..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Nov 6, 2003 22:04:15 GMT 8
a'kum..
"Jangan membangun kebahagiaan di atas kesengsaraan orang lain..."
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 6, 2003 22:30:30 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 8, 2003 3:34:16 GMT 8
Makna Sebuah Cinta 1. Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
2. Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
3. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
4. Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, dugaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia.
5. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
by: atok
|
|
|
Post by nurkasih on Nov 9, 2003 17:26:54 GMT 8
atokk stay the same ok....
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 9, 2003 20:37:19 GMT 8
KISAH TELADAN..
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Nov 12, 2003 11:34:49 GMT 8
Erm............................
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2003 13:34:39 GMT 8
erm...je?ape lagi..pegilah amik wudhu,gi semb!
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Nov 21, 2003 14:29:01 GMT 8
alah tok.....lupalah niat wuduk....kihkhikhikhahahaha...... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 22, 2003 1:16:24 GMT 8
astarfirallah al azim... sedih atok!tak tahu niat wudhu..ni atok bagi niat..jangan lupa amalkan lak! Bismillaahi(l) Rahmaani(l) Rahim(i) (Dengan nama Allah Pengasih dan Penyayang)
Nawaitu raf'al hadathil asghari lillahi ta'aala (Sahaja aku mengambil hadath kecil bagi mendirikan salah kerana Allah ta'aala) Berwudhu' yang lebih sempurnaBila ingin berwudhu' lebih sempurna, yakni sempurna lahiriah dan sempurna pula dalam ganjaran, maka kerjakanlah tabahan-tambahannya dengan cara sebagai berikut: 1. Mulailah dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim... 2. Menghadaplah kearah kiblat 3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba, dan sebagainya. 4. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari. 5. Berkumur-kumur. 6. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq). 7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap. 8. Mulailah dengan anggota wudhu'yang sebelah kanan. 9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X). 10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu' 11. Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali). 12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telinga, ibu jari dibelakang telinga. 13. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan membaca: Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.
Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci. 14. Lakukanlah solat sunnat wudhu' dua raka'at. by: atok
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Nov 22, 2003 11:24:27 GMT 8
erm.......tq tok..................hihihi///...... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 22, 2003 14:35:20 GMT 8
u're welcome.. * Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. * Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam. * Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar. * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana * Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain * Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari * Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat. * Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus. * Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki * Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. * Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. * Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai * Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
|
|