|
Post by atokENSEM on Dec 15, 2003 20:38:34 GMT 8
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 16, 2003 8:34:35 GMT 8
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yg telah pun terbuka untuk kita. Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang.... Carilah seseorang yang bisa membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan anda kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan anda bahagia.... Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan..... Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam " Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 16, 2003 8:40:15 GMT 8
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 2) Istighafar keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok-elok belaka) 7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!) 8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa) 10) Kekalkan wuduk 11) Bersedekah 12) Belanja orang makan. 13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subahat 14) Berkawan dengan ulama 15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) 16) Pesan pada orang, jadi baik 17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat. ;D
|
|
|
Post by kiasannaluri_cute on Dec 16, 2003 12:06:36 GMT 8
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak." -- Imam Al-Ghazali
|
|
|
Post by kiasannaluri_cute on Dec 16, 2003 12:21:05 GMT 8
Live needs sacrifice, Sacrifice needs fight, Fight needs courage, Courage needs confidence, Confidence determine success, Success lead us to happiness...
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Dec 16, 2003 13:54:35 GMT 8
Erm...............bdkcute dahsyat lu punya fakta tuh.....
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 16, 2003 18:00:06 GMT 8
»» Think about this-Friendship ««
GOOD FRIENDS are hard to find, harder to leave and impossible to forget. When it HURTS to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your BEST FRIENDS will be there. Most people walk in and out of your life, but only FRIENDS leave footprints in your heart.
FRIENDSHIP NEVER END-IT's FOREVER.
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 17, 2003 9:38:49 GMT 8
fulamak..........ayat touching inside la tok. Btul tu.....saye sokong sangat ayat ni. Kawan yang bebetul bukan senang nak cari. Jadi sesaper yang dah dapat kengkawang yang betul2 best la.....so pandai2 lah jage silaturrahim tu ok. " FRIENDSHIP FOREVER"
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 17, 2003 12:30:57 GMT 8
x semua yg kiter impikan indah..tetapi leh di rancang...kate pepatah farid ismit(rtm)
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 17, 2003 16:37:03 GMT 8
ayat nenek bg sms kat atok mase mule2 kenal.. ;D
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 18, 2003 9:00:49 GMT 8
ye ke atuk????leh thn gak jiwang atuk ni yer...bg lah mutiara kater yg atuk ader...kongsi lah pengalaman...hehe...leh amik iktibar... ;D
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 18, 2003 13:32:57 GMT 8
ape la ko ni pokai b...cube2 la ko plk yg bg mutiara kate...asyik nak tau je....ini tdk,yg ko tau,nak bhn org je....ape kate ko plk yg bg kate2 hikmat...leh share same2...aku tau...klu ko bls,ko msti nak bhn aku blk kan....x heran...
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Dec 18, 2003 13:48:32 GMT 8
pokai b punya ilmu masih cetek lagi lah cuak
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 18, 2003 15:01:19 GMT 8
ek eleh nan ni...nak kena bhn gk ker....kecik2 dah pandai nk sembang ngan org....ingat skit ko tu bayi lagi...makn chese nan ngan kaya nan pun tak tau lagi... to:cuak.... bkn ko ker yg hebat kater2 hikmat....aku tgk dlm msg blk ko tu...wah2...bukan main lagi....ko bagaikan bulan lah...ko hero ku lah..aper lagi...kongsi lah...hahahaha ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 19, 2003 1:34:25 GMT 8
to: pokai B.. hehehe... ;Dsape ha pokai B ni?atok nak kenai sgtla..takpe,atok cuba cari...sape hang ni! Orang yang berilmu itu selalu menang dlm pergaulan kerana ia membiasakan:
- Caci disambut dgn senyuman, - Penghinaan ditangkis dgn lemah lembut, - Kemarahan dibalas dgn diam, - Kejahatan dibalas dgn kebaikan.
|
|