|
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 21:45:54 GMT 8
Matanya kulihat berkaca-kaca.
"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."
"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.
"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.
`'Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."
"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain... Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'
"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."
"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."
Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'
Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah ke! luarga y ang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.
"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.
"Kenapa?"
"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang.Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."
"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'
`'Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."
"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."
"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.
Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kes! epian in i. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.
Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.
`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.
"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.
`'Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.
`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `' Aku menduga keikhlasan bicaranya.
'Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 21:46:54 GMT 8
Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku. Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya. Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku padanya. Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan ke! sempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik.Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain.Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri. Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain.Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w "Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah). Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu.KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan. Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini. DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,disusahkan sedikit agar insaf,namun segera disenangkan semula.Itulah belaianNya.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya.Dipanggil-panggil kepadaNya,untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya,tapi si hamba tidak peduli langsung!" abis da..camna?sedih tak...
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 11:56:45 GMT 8
[glow=blue,2,300]INSTRUCTIONS FOR LIFE[/glow] 1. Give people more than they expect and do it cheerfully. 2. Memorize your favorite poem. 3. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want. 4. When you say, "I love you", mean it. 5. When you say, "I'm sorry", look the person in the eye. 6. Be engaged at least six months before you get married. 7. Never laugh at anyone's dreams. 8. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely. 9. In disagreements, fight fairly. No name calling. 10. Don't judge people by their relatives. 11. Talk slowly but think quickly. 12. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask,"Why do you want to know?" 13. Remember that great love and great achievements involve great risk. 15. Call your mom. 17. Say "God bless you" when you hear someone sneeze. 18. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; Responsibility for all your actions. 19. Don't let a little dispute injure a great friendship. 20. When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it. 21. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice. 22. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other. 23. Spend some time alone. 24. Open your arms to change, but don't let go of your values. 25. Remember that silence is sometimes the best answer. 26. Read more books and watch less TV. 27. Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you'll get to enjoy it a second time. 29. A loving atmosphere in your home is so important.Do all you can to create a tranquil harmonious home. 30. In disagreements with loved ones, deal with the current situation. Don't bring up the past. 31. Read between the lines. 32. Share your knowledge. It's a way to achieve immortality. 33. Be gentle with the earth. 34. Solat. 35. Never interrupt when you are being flattered. 36. Mind your own business. 37. Don't trust a man/woman who doesn't close his/her eyes when you kiss. 38. Once a year, go someplace you've never been before. 39. If you make a lot of money, put it to use helping others while you are living. That is wealth's greatest satisfaction. 40. Remember that not getting what you want is sometimes a stroke of luck. 41. Remember that the best relationship is one where your love for each other is greater than your need for each other. 42. Judge your success by what you had to give up in order to get it. 43. Remember that your character is your destiny. 44. Approach love and cooking with reckless abandon.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2004 18:13:55 GMT 8
ni mesti amik kat www.angelfire.com/ kan strider? Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Firman Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu, nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 19:25:23 GMT 8
yup...
|
|
Qhas _da best
Senior Student
kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan, kesabaran itu ketenangan, fikirlah wahai teman!!!!
Posts: 374
|
Post by Qhas _da best on Jan 5, 2004 13:47:12 GMT 8
senyumlah sepanjang masa yerk...
|
|
|
Post by duo on Jan 5, 2004 14:01:00 GMT 8
Peluang mungkin tidak akan hadir walau sekali dalam sesbuah kehidupan....namun jika ia muncul walau sedetik, jangan sekali-kali melihat dan melepaskannya....-socrates- ;D
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 5, 2004 14:03:49 GMT 8
Peluang mungkin tidak akan hadir walau sekali dalam sesbuah kehidupan....namun jika ia muncul walau sedetik, jangan sekali-kali melihat dan melepaskannya....-socrates- ;D mcm tak caya je Cik Duo tu bole meluah kan perasaan sebegini rupe...hahahaha ;D ooppss
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Jan 5, 2004 14:17:48 GMT 8
Assalamualaikum wbt. Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT,
Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata
apa-apa... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A..;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia...
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.
OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.
Wassalamualaikum
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 5, 2004 14:20:39 GMT 8
Assalamualaikum wbt. Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT, Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.." WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A..; Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia... Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH. Wassalamualaikum ish...ish...ish...insaf aku ....
|
|
|
Post by duo on Jan 5, 2004 14:29:44 GMT 8
mcm tak caya je Cik Duo tu bole meluah kan perasaan sebegini rupe...hahahaha ;D ooppss to: cik makan hari ape yang kau tak percayanye? kompius lak kami dibuatnye
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 5, 2004 14:34:09 GMT 8
to: cik makan hari ape yang kau tak percayanye? kompius lak kami dibuatnye firstly, nick name aku eat_theDay, bukan nye makan hari, okey ;D x yah la korunk nak translate nama aku nih.... secondly, aku x caye sbb kat site lain korunk punye la ganaz.....'hahahahanjing' lagi..kat site ni mcm x brape ganaz.......ntah la aku pun tak tau nak kater ape..
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 5, 2004 14:38:47 GMT 8
aku x caye sbb kat site lain korunk punye la ganaz.....'hahahahanjing' lagi..kat site ni mcm x brape ganaz.......ntah la aku pun tak tau nak kater ape.. percaya ajelah Eat_theDay.....duo pun penuh ngan perasaan gak... kelembutan hak milik setiap insan.........
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 5, 2004 14:39:25 GMT 8
Latih Diri Kasihkan Rasulullah
Umat Islam di galakkan agar membanyakkan selawat dan salam kepada Rasulallah s.a.w kerana Allah dan para MalaikatNya pun berselawat dan salam kepada Rasulallah s.a.w. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat kepada nabi, (Dari itu) wahai orang mukmin bersalawatlah kamu kepada Rasulallah dan mendoakan keselamatannya." (Al Ahzab: 36)
Rasullallah s.a.w dibangkitkan untuk memimpin umat manusia menuju ke jalan kebenaran. Allah mengutuskan rasulNya untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara terus kepada umat agar dengan itu umat manusia keluar daripada kegelapan dan kesesatan.
Firman Allah di dalam surah Al Ahzab, ayat 21: "Sesungguhnya pada Rasulallah itu bagi kamu ada ikutan yang amat baik."
Tanda kita ingat dengan Rasulallah s.a.w ialah dengan kita berselawat kepadanya. Apabila kita berdoa elok kita mulakan membaca selawat, kerana keberkatan selawat di dalam doa itu akan mengangkat hijab. Ini jelas sebagaimana hadith yang diterangkan oleh Anan bin Malik: "Segala doa itu terhijab di langit sehingga di bacakan selawat kepada Nabi s.a.w ." Menurut Jabir bin Abdullah, telah berkata kepada Muhammad bin Al Mukandir, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Sesiapa yang membaca selawat padaku seratus kali sehari, maka Allah akan menyampaikan seratus hajatnya. Tujuh puluh darinya hajat di akhirat, dan tiga puluh darinya hajat di dunia."
Dari Saie bin Umair Al Ansari r.a berkata, bahawa Rasulallah s.a.w pernah berkata: "Sesiapa yang tulus ikhlas membaca salawat kepadaku, maka Allah akan memberinya selamat (rahmat) untuknya sepuluh kali dan diangkat ke sepuluh darjat, dan diampunkannya sepuluh dosa." (Hadith dipetik dari kitab Al Mashaabiih)
|
|
|
Post by duo on Jan 5, 2004 14:39:33 GMT 8
bukan soal ganas atau tak ganas... pokoknye ialah kite masuk kandang kambing mengembek...kena ikut persekitaran sekeliling la.... kami memang tak ganas... cume pemalu je....hahahahahaha spt biasa hahahanjing ;D
|
|